Footer


*WANITA & ISLAM*WANITA & ISLAM*WANITA & ISLAM*

Cursor

SAHABAT WANITA ISLAM

Sunday 14 April 2013

Doa untuk diri sendiri dan keturunan tidak meninggalkan solat



Susahnya kan nak suruh anak solat....bukan ank orang lain jer..ank eja pon kalau suruh solat baru nak solat..kalau kita diam dia pon diam... eja terjumpa satu artikel dalam facebook nih...doa amalan yang boleh dibaca dalam sujud waktu solat kita dan juga doa-doa selepas solat. Semoga doa ini bermanfaat untuk semua menjana generasi cemerlang.... solat adalah tiang agama...tiada tiang runtuhlah rumah kita... Jom kita jadikan doa ini sebagai amalan kita yang berterusan. Semoga Allah mendengar dan menunaikan apa yg kita minta setiap hari....

Doanya adalah dalam Surah Ibrahim [14], ayat # 40 (mohon rujuk al-Quran)


رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ



"Rabbij 'alni muqeema salaati, wa min Dhurriyyati, rabbana wataqabbal Duaa"

[14:40] Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.


Solat memanglah sangat berat...walaupun paling banyak pon hanya empat waktu tetapi kita rasa sangat susah nak buat kan..tetapi jika kita paksa diri kita solat walaupun hati rasa terpaksa in sha Allah lama kelamaan ikhlas itu akan datang juga dalam diri kita..bila satu waktu jer tertinggal tanpa sengaja pon hati kita akan gelisah...

Perkara pertama yang Allah akan hisab adalah solat..Jika solat kita pon tak cukup. Rasa-rasa kita boleh lepas ke ke step yang berikutnya...Tepuk dada tanya iman...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday 10 April 2013

Rumah Tangga bermasalah jika mempunyai 7 tanda berikut



Rumah tangga anda ada masalah jika ia mempunyai tujuh petanda berikut:

1. Anda rasa sangat susah untuk memaafkan pasangan anda. Anda rasa susah kerana anda semakin hilang rasa sayang pada pasangan anda. Perasaan yang ada hanyalah perasaan negatif dan marah pada pasangan anda.

2. Anda mula berhenti berkongsi fikiran, perasaan, impian dan bermacam perkara lagi dengan pasangan anda. Anda berhenti berkongsi kerana anda tidak lagi percaya pasangan anda faham apa yang anda ingin kongsikan.

3. Anda dapati diri anda di pandang serong oleh pasangan anda dan anda rasa tidak kisah jika kehilangan dia dalam hidup anda.

4. Anda mula cari alasan untuk tidak lagi meluangkan masa bersama – sama dengan pasangan anda. Anda lebih utamakan perkara lain dari masa untuk keluarga.

5. Anda mula bekerja lebih masa dan lakukan berbagai aktiviti untuk menutup masalah dalam rumah tangga. Anda juga mula mencari kebahagian dan ketenangan di luar rumah.

6. Anda tiada lagi niat untuk memberi rangsangan dan galakan pada pasangan anda.

7. Anda mengelak apabila pasangan anda ajak berbincang.

Jika anda ada tujuh petanda di atas, anda perlu muhasabah diri kerana anda sebenarnya menghampiri penceraian. Bercerai hanya akan jauhkan diri anda dari kebahagiaan. Jika anda lihat pasangan anda mula berubah dan mahukan anda, baik anda muhasabah diri dan terima dia kembali.



ShareThis Copy and Paste
- See more at: http://blogterbaikk.blogspot.com/2013/04/tujuh-petanda-rumah-tangga-anda-ada.html#sthash.ptC8NIx7.dpuf
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Surah al kauthar...

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Perkara yg baik kita amalkan selalu. Sebar2kan kepada kekawan,tanpa perlu minta izin lagi untuk berkongsi.



credit to : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=246443018716816&set=a.246442872050164.77406.100000533591706&type=1&theater
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Keadaan mayat di dalam kubur



TUBUH KITA DI ALAM KUBUR

Sesungguhnya mayat di dalam kubur akan melewati beberapa fase perubahan. Dan secara ringkas beberapa fase tersebut sejak malam pertama masuk ke kuburan hingga 25 tahun setelahnya...

Berikut ini fase tersebut...:

- Malam Pertama:

Di kuburan PEMBUSUKAN BERAWAL pada daerah PERUT dan KEMALUAN..

SUBHANALLAH..
''PERUTdan KEMALUAN'' adalah DUA HAL TERPENTING yang anak cucu adam ini saling bergulat dan menjaganya di dunia..

Dua hajat yang karenanya Allah azza wa jalla membuat manusia merugi di dunia..akan membusuk pada malam pertamanya di kuburan..

Setelah itu..Mulailah ''JASAD BERUBAH WARNA'' menjadi hijau kehitaman...
Setelah ''BERBAGAI MAKE UP''..dan alat-alat kecantikan membuatnya memiliki ragam pesona..nanti tubuh manusia hanya akan memiliki SATU WARNA SAJA...

- Malam Kedua..
Di kuburan, mulailah anggota-anggota tubuh membusuk seperti: limpa, hati, paru-paru dan lambung.

Hari Ketiga
Di kuburan..mulailah anggota-anggota tubuh itu mengeluarkan bau busuk tidak sedap...

- Seminggu Setelahnya..
Wajah mulai tampak membengkak..dua mata..kedua bibir dan pipi...

- Setelah 10 hari..
Tetap terjadi pembusukan..pada kali ini pada anggota-anggota tubuh tersebut..perut..lambung..limpa..

- Setelah Dua Minggu..
Rambut mulai rontok..

- Setelah 15 Hari
Lalat hijau mulai bisa mencium bau busuk dari jarak 5 km..dan ulat-ulat pun mulai menutupi seluruh tubuhnya..

- Setelah Enam Bulan
Anda tidak akan menemukan kecuali rangka tulang saja...

- Setelah 25 Tahun..
Rangka tubuh ini akan berubah menjadi semacam biji.. dan di dalam biji tersebut..anda akan menemukan satu tulang yang sangat kecil disebut..ADJBUDZ DZANAB'' (tulang ekor)..

Dari tulang inilah kita akan dibangkitkan oleh Allah azza wa jalla pada hari kiamat...

Inilah tubuh yang selama ini kita jaga...
Inilah tubuh yang kita berbuat maksiat kepada Allah dengannya...

Oleh karena itulah..
Jangan biarkan umur kita melewati jasad ini sia-sia..karena dia akan mendapatkan kejadian seperti itu..

Aku memohon keteguhan kepada Allah untukku dan untuk Anda sekalian...

Ya Allah..
Dzat yang membolak-balikkan hati..tetapkanlah hati kami di atas agama-Mu..
Ya Allah..
jadikanlah kuburan kami sebagai satu taman dari taman-taman syurga..dan jangan jadikan dia sebagai satu lobang dari lobang-lobang api neraka...Aamin Ya Rabbal alamiin...
Wallahu 'alam bishawwab .

Sumber Dr.Zuhair Rabih (Anggota Haiah I’jazul Ilmi Makkah al-Mukarromah)

Bantu share sebagai pengingat bahwa kita semua akan mati...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday 8 April 2013

Umrah Part 11: Ladang Ternakan Unta Hudaibiyah

Sepanjang berada di Makkah, ada satu hari tu kami di bawa melawat ladang unta...sama la harinya dengan panjat Jabal Nur entry sebelum ini klik disini. Lokasinya ditepi highway sahaja.. Unta-unta tersebut diternak oleh arab badwi.Lepas snap-snap gambar dengan unta...kami pergi beli susu unta 5 riyal sahaja untuk sebotol..

Brader arab badwi ngah isi susu unta...berebut-rebut... " Ahmad, susu 2..." hahahha.. camtu la eja jerit hahaha

Ambil jauh-jauh..penakut hihihi
Semasa dalam bas selapas balik dari ladang ternakan unta ni..eja tanya mizi...kat mana nak dapat daging unta yer..rasa teringin nak makan..kata mizi memang susah nak dapat daging unta kat makkah ni.. Nak dijadikan cerita lagi 2 hari sebelum balik ke Malaysia.. ada seorang ustaz nih beria-ria ajak azila dan eja (tumpang rezeki azila hihi) makan nasi mandhi katanya. Kebetulan kami memang baru lepas makan nasi mandhi juga tapi ayam..perut masih kenyang lagi..tapi org kata tak baik tolak pelawaan orang...dah sedap2 makan tu baru ustaz kata...adik tu nasi mandhi daging unta.. terus eja kata alhamdulillah dalam hati sebab memang teringin pon dan Allah beri hihi...kat makkah ni terniat la apa2 pun baik atau buruk semua Allah bagi hihihihi... (dari pengalaman eja la...)

Mizi pon ambil gambar ngn unta jauh hahahhaha....
Masa makan-makan nasi mandhi unta ustaz andalusia belanja...ada seorang brader ni buka cerita..katanya dia baru jer makan daging unta masa kami melawat ladang ternakan unta nih....katanya pada kawannya...tlg ambil gambar aku dengan unta nih...aku baru jer makan daging unta...terus unta ngapp tangan brader nih...eja tengok la tangan brader tu berlubang dek penangan gigi unta hihihi...itu la pasai...unta paham tu apa yg manusia cakap hihii....


lihat unta nih senyum je kan...ni la haiwan paling pemalu
Bulu unta nih kasar je tau...sebelum pegang eja ingatkan lembut mcm bulu kucing...rupanya kasar

Okeh ayat ni eja tiru ayat suami eja dalam facebook dia hihihi... Unta ini adalah binatang ajaib yang diciptakan Allah kerana mempunyai sifat yang pemalu dan seekor yang cerdik.. (yg itu eja tmbh hihi). Setiap kali masuk waktu solat unta akan berhenti dengan sendirinya untuk memberitahu tuannya...solat weiiii......hikhik... gitu la hahhaha..... (tlg la jgn percaya eja tiru bulat-bulat ayat suami eja...hihi...bab-bab menambah memang la haku terer)..... Unta ni pula kalau dia bersenyawa (ayt malu nk tulis sbb sopan skit bunyi senyawa nih) kalau terrrr buat dengan ibunya sendiri dia akan mati terus...macam tu la ustaz cerita....menarik kan...maksudnya beliau memang haiwan yg suci...

Ini pulak unta jantan...baik la jgn dekat...nanti kena tendang nangis diam-diam...
 
Ni gambar kak ton....comel tak kak ton hihihihiih....  kak ton di padang pasir..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Umrah Part 10: Pendakian Jabal Nur, jejaki Gua Hira'

Assalammualaikum para pembaca semua.. minta maaf jika anda semua menunggu entry seterusnya tentang perjalanan umrah saya...(bajet perasan hihi).. Hari ini baru ada kesempatan nak update part 10.. sebenarnya pening nak pikir tajuk apa untuk entry seterusnya.. Jadi Eja nak kongsi dengan korang semua tentang cerita pendakian jabal nur...


Sebelum daki...beli tongkat 5 riyal...buat penahan nak panjat dan turun nanti

Jabal Nur ni ketinggiannya 2500 kaki...memang tinggi sangat...hihi..tetapi semasa pendakian kami alhamdulillah tiada apa-apa masalah dan rintangan yang melanda (lg ayat tak boleh blah..). Pada permulaannya, suami eja memang dah pesan jangan naik..biar dia jer naik..almaklumle isteri dia oku sikit hihi...sakit pinggang..sendi lutut lari..sebelum ke tanah suci nih pon memang kena sakit saraf pinggang 2 hari tak boleh bangun.. Selepas suami eja naik dah 2 perhentian, Azila dan ayah dia ajak naik juga..katanya jom la merasa susah payah Nabi Muhammad naik jabal Nur nih...setiap 1 tanggal terhapus 1 dosa kata ustaz...katanya hihihii... ok lah demi semangat kawan-kawan ku gagahkan jua kaki ini hihihi... akhirnya sampai jugak ke ke atas..sampai suami eja terkejut badak hihihi...

Kaki Jabal Nur...lihat bulan rasa dekat jer...
Budak-budak comot mendaki..yg sebelah kiri tu kalau mendaki terus bertukar jd mcm panda hahahhaha
Sebenarnya kalau kira semasa daki Jabal Nur nih eja dah pregnant hihihi...tapi xde plak rasa sakit kat bawah ari-ari nih...alhamdulillah...

Suasana dari pertengahan puncak jabal Nur
Setelah capai puncak kena turun untuk ke Gua Hira'
Gua Hira'- kelihatan orang ramai beratur menunggu giliran untuk solat sunat.

Tiga sekawan (geng wonderpet) melepaskan lelah sebelum nak turun...pekena teh o panas dulu hihi
Bahagian puncak Jabal Nur.. kalau tgk ada 1 bangunan yg cahaya putih tu la Makkah..


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday 1 April 2013

Umrah Part 9 : Buah Zuriat


 
Buah Zuriat ni eja beli di area Jabal Uhud. Kata Mizi makan buah zuriat yg dibeli di Jabal Uhud..bila berperang akan berjaya hihihihi

Isi bahagian dalam buah zuriat, Gambar dari google..
Sejarah Buah Zuriat

Sebenarnya buah zuriat ini dikenali sebagai buah adam/ buah zuriattin/buah koka. Semuanya sama. ia adalah buah asal dari pokok koka yang sekarang ramai orang dok sibuk beli buat gelang pakai kat tangan.

Pokok koka ini ialah pokok yang Nabi Noh a.s. gunakan untuk membina bahteranya ketika banjir dulu.
Dikatakan buah zuriat ini amat berkhasiat. Bila direbus ia boleh menyebabkan kita hamil dan menyembuhkan lenguh-lenguh badan.

Buahnya sebesar buah ciku tapi rupanya macam buah kurma. Ia adalah amat keras. Kalau nak pecahkan memang kena guna kudrat orang lelaki dengan sebilah parang. Dalamnya macam sabut kelapa.

Cara Kegunaan:
Belah biji zuriat itu dan rebus biji dan sarungnya sekali. sehingga tukar warna seperti warna teh. Disarankan minum selama 44 hari.

Ini panorama di Jabal Uhud...kedai-kedai yang eja beli buah zuriat, herbatusausa, bunga Fatimah dan lain-lain
Sebelum masuk ke Jabal Uhud dan Makam para syuhada...terdapat lukisan mural di dinding.....cantik.

Masa ni kami sedang bertungkus lumus memanjat jabal uhud dan berdoa di atas.

Di jabal Uhud kami berdoa...dan Allah kabulkan aamiin.....



Inilah hadiah dari Allah....aamiin.....mendoakan zuriat utk kwn2 di Makkah...tapi Allah kurniakan pd kami dulu... :)

Herbatusauda...

Bunga Fatimah..


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...