Footer


*WANITA & ISLAM*WANITA & ISLAM*WANITA & ISLAM*

Cursor

SAHABAT WANITA ISLAM

Wednesday 5 November 2014

Perth Australia (Fremantle) Part 2

MARITIME MUSEUM

Fremantle Maritime Museum adalah tempat wajib singgah kalau anda semua ke Fremantle. Pada saya tempat ini sangat menarik kerana terdapat kapal selam, ikan shark yang di awet, bermacam jenis boat dan banyak lagi. Bayaran masuk ke Maritime Museum ini adalah 10 dollar tapi sebab suami ada kad student dia kasi diskaun separuh harga.
Ini adalah laluan masuk ke Maritime Museum dari Museum Shipwreck Gallery


Kapal selam dan pemiliknya... kerlass kan..

Ini adalah bahagian dalam Museum. 
Ini shark yang kena awet..
Kisah 'beliau' tercatat di sini :'(
Close up wajah beliau dari dekat. Saya lupa besar dan panjangnya berapa meter. 
Ni pakaian orang portugis. Kisahnya kenapa pakaian diaorang boleh masuk museum nih korang baca la kat bawah ni.

Okey belajar sejarah sket yer...

Ni pasangan kekasih..ke mak ngn anak pun boleh hihi...
Habis je melawat museum nih kami merayau-rayau lagi. Kali nih tanpa arah tujuan hihihi... saya la.. En. Mizi macam-macam tujuan dia sampai tak larat la nak ikut dia berjalan nih. Nasib la holiday nih dia yang taja jadi tak larat pon follow je huhuhu...

Lihat orang tu ngah baca peta haha..dia dah pesan gambar ni jangan upload...takut kantoi baca peta ke?? hahaha

Sekali merayau-rayau kami jumpa terowong nih. Mintak maaf la yer saya memang tatau terowong apa. Kami main masuk dan redah jer..


Sekali mak oii, disebalik terowong gelap nih tersembunyi permandangan yang sangat cantik, angin yang sepoi-sepoi bahasa... subhanallah.. memang bumi Australia nih bertuah sebab dikurniakan muka bumi yang sangat cantik, indah, nyaman....




Akhir sekali kami ke E-shed market untuk beli buah tangan untuk kawan-kawan dan keluarga.



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Perth Australia (Fremantle) Part 1

HARI KETIGA (24 OKTOBER 2014)

Pagi yang nyaman di Bandar Perth...

Sambil tunggu ibu & abah siap Zara memunggah dulu... :p
Dalam train
Selepas siap-siap pagi tu kami ke hentian keretapi. Kami naik keretapi dari Perth Town ke Fremantle. Bayaran yang dikenakan adalah 12 dollar utk 1 keluarga. Tiket ini adalah untuk pergi dan balik.

Perjalanan memakan masa dalam 40 minit. Sekejap jer terasa bila melihat pemandangan yang indah-indah  diluar dan di dalam.. Di dalam tu maksudnya lihat rakyat aussie nih cantik-cantik belaka. Ada mata kelabu la, biru, hijau n hazel... wahhh

Ini adalah laluan keretapi kami. Lihat laluan kaler biru ke Fremantle.
Suasana dalam train. Sopan jer duduk baca buku. Kami je yang bersembang ekekkek.

Sesampainya di Fremantle kami cari tempat makan dulu. Maklumlah pagi tak makan langsung sebab nak simpan perut untuk fish & Chip hihi... Kebetulan Zara pun tidur memang kami boleh makan dengan tenang, slowly dan kunyah bagi hadam ekekke...heaven betoi hihi...
Restoran yang kami cuba ni adalah:

Kailies Fish & Chip Restaurant.


Tengok tu kapal peronda baru nak datang
Sekarang dia dah sampai yeay...diaorang stop sebab nak lunch...agaknya lah hahaha
Ini la hidangan yang kami order. 12 dollar (Rm36)  dan 14 dollar (Rm42)
Ikan yang dihidangkan sememangnya sangat fresh dan manis. Masih terasa-rasa lagi kat lidah. Ni yang membuatkan saya rindu nak pergi sana lagi ehmmm....

Sejujurnya kami order sampai 2 set atas dasar tamak haloba. Sebenarnya tak habis pon hihi...

Close up sket hihihi.. meleleh air liur bila teringatkan ikan nih hihi

Sea Food & Chip 14 dollar yo...
Ni satu lagi Restoran Fish & Chip yang popular di Fremantle- Cicerello's

Museum Shipwreck Gallery

Lepas habis makan kami merayau-rayau dengan hala tujuan hihi... sambil mencari Wreck Gallery sambil tu kami menikmati keindahan Pekan Fremantle ni. Di Pekan Fremantle ni mereka masih lagi mengekalkan bangunan-bangunan lama. Nampak sangat klasik dan indah.

Inilah bangunan Museum shipwreck
Kedai cenderamata 
Pintu masuk ke Museum
Kapal lanun yang berusia ribuan tahun. Dalam nih juga ada rangka kelasi kapal.
Balik dari Museum shipwreck gallery, kami mencari Maritim Museum melalui peta yang dibekalkan. Layan dulu permandangan yang kami sempat snap sementara mencari Maritime Museum..





Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday 2 November 2014

Perth Australia (Lancelin Sand Dunes)

HARI KEDUA (23 OKTOBER 2014)

Mencari orang tersembunyi hihi...

Selepas selesai melawat pinnale kami singgah di pekan kecil Lancelin untuk bermain sandbording.
Aktiviti utama kalau ke sini ialah sand boarding. Sebab kedudukan sand dunes nya yang tinggi, maka best bermain sand boarding di sini.

Lucky 7

Ini adalah kedai untuk menyewa papan sand bording. Harganya 7dollar tapi deposit 50 dollar kena bayar. Kalau hilang ke papan tu lesap la 50 dollar lebih kurang Rm150 juga lah hihi...banyakkan.. tak berbaloi plak rasa.

Iklan di kedai Lucky 7
Balik dari Pekan kecik Lancelin kami tidak singgah dimana-mana walaupun nampak banyak lagi signboard tempat-tempat menarik. Sebabnya badan dah penat dan nak cepat-cepat check in hotel jer.
Kat area bandar Perth nih gps susah nak detect maybe bangunan-bangunan yang tingi-tinggi.

Sesampainya di Pekan Perth Mizi nak cari satu-satunya masjid kat Perth nih.. saya pulak dah lapar sangat hihi..lastly amik yang lebih afdhal makan dulu baru solat sebab nanti lapar tak kusyuk pulak kan. Kami singgah di Restoran kepunyaan pakcik dari Indonesia. Orangnya peramah dan baik.

Nasi Goreng Belacan
Keadaan di halaman Masjid

Pintu masuk masjid

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...