Footer


*WANITA & ISLAM*WANITA & ISLAM*WANITA & ISLAM*

Cursor

SAHABAT WANITA ISLAM

Tuesday 23 August 2011

Airmata Malam Pertama



Cerpen nih saya penah baca dari facebook lama dah. Lupa siapa yang post. tapi kisahnya memang sangat menarik dan menyentuh hati sehingga boleh menangis. Korang layan dulu pastu leh komen yek.

"Hatiku
bercampur baur antara kegembiraan, kesedihan dan kehibaan. Terlalu
sukar untuk kugambarkan perasaan hatiku tatkala ini. Sanak saudara
duduk mengelilingiku sambil memerhatikan gerak geri seorang lelaki yang
berhadapan dengan bapaku serta tuan imam.Hari ini adalah hari
yang cukup bermakna bagi diriku.
Aku akan diijab kabulkan dengan seorang lelaki yang tidak pernak kukenali pilihan keluarga. Aku pasrah.Semoga
dengan pilihan keluarga ini beserta dengan rahmat Tuhan. Bakal suamiku
itu kelihatan tenang mengadap bapaku, bakal bapa mentuanya. Mereka
berkata sesuatu yang aku tidak dapat mendengar butir bicaranya.
Kemudian beberapa orang mengangguk-angguk. Serentak dengan itu, para
hadirin mengangkat tangan mengaminkan doa yang dibacakan lelaki itu."Ana
dah jadi isteri!" Bisik sepupuku sewaktu aku menadah tangan. Tidak
semena-mena beberapa titis air mata gugur keribaanku. Terselit juga
hiba walaupun aku amat gembira. Hiba oleh kerana aku sudah menjadi
tanggungjawab suamiku. Keluarga sudah melepaskan tanggungjawab mereka
kepada suamiku tatkala ijab kabul."Ya Allah! Bahagiakanlah hidup
kami. Kurniakanlah kami zuriat-zuriat yang menjadi cahaya mata dan
penyeri hidup kami nanti." Doaku perlahan.Aku bertafakur
sejenak. Memikirkan statusku sekarang. Aku suadh bergelar isteri. Sudah
tentu banyak tanggungjawab yang perlu aku tunaikan pada suamiku dan
pada keluarga yang aku dan suamiku bina nanti."Mampukah aku memikul tanggungjawab ini nanti". Tiba-tiba sahaja soalan itu berdetik di hati.Kadang-kadang aku rasakan seolah-olah aku tidak dapat melaksanakan tanggungjawab seorang isteri terhadap suami.

"Assalamualaikum!"
Sapa suatu suara yang mematikan tafakur tadi. Baru aku perasan, seorang
lelaki berdiri betul-betul di hadapanku. Aku masih tidak mampu untuk
mendongak, melihat wajahnya itu. Aku berteleku melihat kakinya.Sanak
saudara yang tadi bersama-samaku, kini membukakan ruang buat lelaki itu
mendekatiku. Aku tambah gementar bila dibiarkan sendirian begini. Tanpa
kusangka, dia duduk menghadapku."Sayang"..Serunya perlahan. Suaranya itu seolah membelai dan memujuk jiwaku supaya melihat wajahnya.Aku
memaksa diriku untuk mengangkat muka, melihat wajahnya. Perlahan-lahan
dia mencapai tangan kiriku, lalu disarungkan sebentuk cincin emas
bertatahkan zamrud kejari manisku."Abang".. Seruku perlahan sambil bersalam dan mencium tangan lelaki itu yang telah sah menjadi suamiku."Ana
serahkan diri Ana dan seluruh kehidupan Ana kepangkuan abang. Ana
harap, abang akan terima Ana seadanya ini seikhlas hati abang.."Bisikku
perlahan. " Kita akan sama-sama melayari hidup ini dan akan kita bina
keluarga yang bahagia." Janjinya padaku.Itulah kali pertama aku
menemui suamiku itu. Aku tidak pernah melihatnya selain daripada
sekeping foto yang telah diberikan emak kepadaku.Kenduri
perkahwinan kami diadakan secara sederhana sahaja. Namun meriah dengan
kehadiran sanak saudara terdekat dan sahabat handai yang rapat. Senang
sikit, tak payah berpenat lelah. Sibuk juga aku dan suamiku melayani
para tetamu yang hadir ke majlis itu.Ramai juga teman-teman
suamiku yang datang. Mereka mengucapkan tahniah buat kami berdua. Tak
sangka, suamiku punyai ramai kawan. Katanya, kawan-kawan sejak dari
universiti lagi.Pada pandanganku, suamiku itu memang seorang
yang segak. Berbaju melayu putih sepasang serta bersampin. Aku juga
memakai baju pengantin putih. Kami dah berpakat begitu.Aku
selalu berdoa pada Tuhan agar Dia kurniakan padaku seorang suami yang
dapat membimbing dan menunjukkan aku jalan ketuhanan. Mengasihi aku
sebagai seorang isteri. Tidak kuminta harta mahupun pangkat, cukuplah
sekadar aku bahagia bersamanya dan dia juga bahagia denganku. Aku juga
sering berdoa agar dikurniakan zuriat yang dapat membahagiakan kami."Ana,
ada perkara penting yang mak dan ayah nak bincangkan dengan Ana".Ayah
memulakan mukadimah bicaranya di suatu petang sewaktu kami minum petang
di halaman rumah. Mak hanya diam memerhatikan aku, membiarkan ayah yang
memulkan bicaranya."Apa dia ayah, mak? Macam penting je" Soalku tanpa menaruh sebarang syak wasangka."Sebenarnya, kami telah menerima satu pinangan bagi pihak Ana.""Apa!!!"Pengkhabaran
begitu membuatkan aku benar-benar terkejut. Aku masih belum berfikir
untuk mendirikan rumah tangga dalam usia begini. Aku mahu mengejar
cita-citaku terlebih dahulu. Aku tidak mahu terikat dengan sebarang
tanggungjawab sebagai seorang isteri."Kenapa ayah dan mak tak
bincang dengan Ana dulu?" Soalku agak kecewa dengan keputusan mak dan
ayah yang membelakangi aku. Sepatutnya mereka berbincang denganku
terlebih dulu sebelum membuat sebarang keputusan yang bakal mencorakkan
masa depanku."Kami tahu apa jawapan yang akan Ana berikan
sekiranya kami membincangkan perkara ini dengan Ana. Pastinya Ana akan
mengatakan bahawa Ana masih belum bersedia. Sampai bilakah Ana akan
berterusan begitu?"Ayah mengemukakan alasannya bertindak demikian."Sebagai
orang tua, kami amat berharap agar anak kesayangan kami akan mendapat
seorang suami yang boleh melindungi dan membimbing Ana. "Ujar mak
setelah sekian lama membisu."Apakah Ana fikir mak dan ayah akan
duduk senang melihat anak gadisnya berterusan hidup sendirian tanpa
penjagaan dari seorang suami? Kami bukan nak lepaskan tanggungjawab
kami sebagai orang tua, tapi itulah tanggungjawab orang tua mencarikan
seorang suami yang baik untuk anak gadisnya."Terang ayah lagi."Ana.." Seru ayah setelah dia melihat aku mendiamkan diri, menahan rasa."Percayalah, kami membuat keputusan ini adalah untuk kebaikan Ana sebab kami terlalu sayangkan Ana.";"Ini
cincinnya, pakailah." Mak meletakkan satu kotak kecil berbaldu di
hadapanku. Perasaanku berbaur. Macam-macam yang datang. Berbelah bagi.
Apa yang patut aku lakukan sekarang. Sekiranya aku menerima dan
bersetuju dengan keputusan mak dan ayah itu, bermakna aku telah
membiarkan cita-citaku semakin kabur dan berbalam di hadapan. Namun
kiranya aku menolak, bermakna aku telah melukakan hati kedua-dua orang
tuaku itu. Orang tua yang telah banyak berjasa dalam hidupku. Tanpa
mereka berdua, aku takkan hadir dan mustahil untuk melihat dunia ini."Ahhhhgggg…"Keluhku
sendirian. Aku dalam dilemma. Yang manakah patut aku utamakan? Perasaan
sendiri atau perasaan dan harapan mak dan ayah. Aku selalu tewas bila
melibatkan perasaan mak dan ayah. Aku terlalu takut untuk melukakan
hati mereka. Aku takut hidupku nanti tidak diberkati Tuhan.Azan
maghrib yang berkumandang mengejutkan aku dari lamunan. Dah masuk waktu
maghrib rupanya. Masih banyak lagi barang-barang yang belum dikemaskan.
Penat juga nak kemaskan semua ni."Nanti kite kemas lepas ni. Mari solat maghrib dulu." Ujar ayah padaku.Adik-adik
sibuk bentangkan tikar dan sejadah di ruang solat. Begitulah selalunya
apabila kami berkumpul. Solat berjemaah adalah saru agenda yang tidak
boleh dilupakan.Semua orang telah siap sedia menunggu sewaktu
aku keluar dari berwudhuk di bilik air. Aku cepat-cepat mengenakan
telekung dan memasuki saf bersama emak, kakak dan adik.Selesai
je iqamah, ayah memberikan penghormatan kepada suamiku untuk menjadi
imam. Dia kelihatan serba salah dengan permintaan ayah itu. Dia
merenung ke arahku. Aku hanya mengangguk sebagai isyarat supaya dia
memenuhi permintaan ayah itu. Maka dengan tenang, dia mengangkat
takbir. Menjadi imam solat maghrib kami pada malam itu.Betapa
hatiku tenang sekali menjadi makmumnya. Dengan bacaan yang jelas dan
merdu itu membuatkan aku berasa kagum dengan suamiku itu. Mungkin tepat
pilihan ayah dan mak buatku. Bacaannya lancar lagi fasih. Bagaikan
seorang arab yang menjadi imam."Wahai Tuhan kami! Janganlah
Engkau mengirakan kami salah jika kami terlupa atau tersilap. Wahai
Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kami dengan bebanan yang berat
sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang
terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Jangan Engkau pikulkan
kepada kami apa-apa yang tidak terdaya kami memikulnya. Dan maafkanlah
kesalahan kami serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada
kami.""Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami daripada isteri dan
suami serta zuriat keturunan yang boleh menjadi cahaya mata buat kami
dan jadikanlah kami daripada golongan orang-orang yang muttaqin."Dia
membaca doa dengan khusyuk memohon kepada Tuhan setelah selesai solat.
Kami bersalaman. aku mendekati suamiku sambil menghulurkan tangan."Bang,
maafkan Ana!" Bisikku perlahan sewaktu mencium tangannya. Dia
kemudiannya mengucupi dahiku sebagai tanda kasih yang tulus."Sayang tak ada apa-apa salah dengan abang."Ujarnya sambil tersenyum merenung wajahku.Selepas berwirid dan berzikir, dia bangun menuju ke halaman rumah."Abang nak kemana tu?"Soalku."Nak kemaskan barang-barang kat bawah tu.
Ada sikit lagi."Jawabnya."Dah la tu. Rehat jelah. Esok kita boleh sambung lagi."Aku kesian melihatnya, keletihan."Betul
kata Ana tu Zul. Sambung esok sajalah." Sampuk ayah yang tiba-tiba
mendengar perbualan kami. Emak pun mengangguk menyetujui sarananku itu."Takpelah
ayah, Ana. Sikit aje tu. Kejap je saya buatnya." Dia masih berkeras
sambil berlalu turun ke halaman rumah untuk mengemas beberapa peralatan
yang masih lagi berada di bawah khemah.Aku menukar pakaian,
kemudian keluar membantu suamiku mengemas barang-barang di halaman
rumah. Dia kelihatan asyik tanpa menyedari kehadiranku. Semua
barang-barang telah dikemasnya. Aku mencapai kain pengelap dan mula
mengelap meja."Bila Ana turun?" Soalnya apabila menyedari aku sedang mengelap meja." Baru aje. Asyik sangat abang buat kerja sampai tak sedar Ana datang.""Maafkan abang sayang." Dia menghampiriku."Sayang tak marahkan?" Soalnya lagi sambil memeluk pinggangku erat.Aku
merenungnya, kemudian mengeleng-ngeleng sebagai tanda aku tak ambil
hati pun pasal tu. Dia tersenyum sambil menghadiahkan satu ciuman di
pipiku."Ish..abang ni! Nanti dilihat orang, malu kita." Rungkutku tersipu-sipu. Nanti malu juga kalau dilihat oleh ahli keluargaku."Apa nak malu,
kan sayang ni isteri abang."Jawabnya tersenyum."Tau la, tapi tengok la keadaan dan tempat. Kalau kita berdua saja, lebih dari cium pun Ana bagi.""Betul ni?"Soal suamiku cepat-cepat."Ish..;gatal la abang ni!" Dia
cuba mengelak dari menjadi mangsa cubitan tanganku.Aku
terasa bahagia disayangi begini. Inilah pertama kali dalam hidupku
merasai betapa nikmatnya cinta dan kasih sayang seorang kekasih hati
yang aku sayangi. Aku tidak pernah terlibat dengan cinta walaupun
semasa aku di universiti dulu. Dan pada tika ini, aku akan menikmatinya
selepas perkahwinan. Cinta seorang suami terhadap seorang isteri.Walaupun
begitu,masih ada sedikit rasa takut di hatiku. Aku takut aku tidak
mampu untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Aku takut
aku tidak mampu untuk menjadi seorang isteri yang solehah dan mulia
dalam hidup suamiku."Apa yang Ana menungkan ni?"Soalan itu
mengejutkan aku dari lamunan. Aku berehat sekejap di atas kerusi batu
dalam taman di halaman rumah setelah selesai mengemas barang-barang."Abang ni, terkejut Ana tau!" Aku buat-buat merajuk. Saja nak menduga bagaimana suamiku memujuk."Alaa..sayang ni.macam tu pun nak marah." Usiknya sambil mencubit pipiku."Nampak
gayanya terpaksalah abang tidur bawah katil dengan nyamuk-nyamuk malam
ni sebab isteri abang dah merajuk. Kesian kat abang yea!" Aku mula
tersenyum dengan kata-kata suamiku itu. Pandai juga suamiku buat lawak
nak memujuk aku."Sayang…" Seru suamiku sambil merangkul tubuhku."Sayang nak honeymoon kemana?" Tak terfikir pulak akau pasal honeymoon tu. Aku pun tak ada apa-apa plan atau cadangan pasal tu."Ana ikut aje kemana abang nak bawa.""Kalau abang bawa ke bulan atau bintang, sayang nak ikut ke?" Guraunya."Banyak ke duit abang nak bayar tambang roket dan nak beli set bajunya nanti?" Soalanku itu membuatkan suamiku pecah ketawa."Nanti sayang nak berapa orang anak?" Soalnya lagi setelah ketawanya reda."Abang nak berapa?" Soalku kembali tanpa menjawab soalannya."Abang nak sebanyak mungkin. Larat ke sayang nanti?""Ish…abang ni. Abang ingat Ana ni kilang anak ke?" Sekali lagi suamiku ketawa. Nampaknya dia adalah orang yang mudah ketawa."Takdelah macam tu. Tapi abang suka kalau kita ada anak yang ramai. Sama banyak lelaki dan perempuan.""Insya Allah, kalau ada rezeki nanti Ana sanggup." Penjelesanku itu membuatkan suamiku tersenyum gembira."Ni yang buat
abang tambah sayang ni." Satu lagi kucupan mesra singgah di pipiku.Aku terasa bahagia diperlakukan begitu. Aku punyai suami yang baik dan penyayang. Aku rasa dilindungi."Zul, Ana! Jom kita makan dulu!" Suara mak memanggil."Mari
bang! Ana pun dah lapar ni." Ajakku sambil memimpin tangannya. Kami
bangun beriringan masuk ke dalam rumah untuk menghadapi hidangan makan
malam.Rasa lapar la juga kerana sejak tadi lagi asyik layan
tetamu dan buat kerja aje sampai lupa untuk makan. Seronok sangat
dengan kahadiran kawan-kawan rapat serta gembira dianugerahi seorang
suami yang baik.Sudah beberapa hari aku asyik memikirkan pasal
pertunanganku. Terlalu sukar untuk aku menerimanya. Tambah lagi dengan
lelaki yang tidak pernah kukanali. Perkahwinan bukanlah sesuatu yang
boleh diambil mudah. Kehidupan yang memerlukan persefahaman sepanjang
hidup. Tanpa persefahaman dan tolak ansur, mustahil dua jiwa dan dua
hati boleh bersatu dalam menjalani hidup sebagai suami isteri. Tidak
sedikit cerita yang aku dengar tentang rumah tangga yang hanya mampu
betahan buat seketika atau separuh jalan sahaja. Kemudian pecah
berkecai umpama kapal dipukul badai. Berselerak dan bertaburan. Apataha
lagi kalau dah dikurniakan anak. Anak-anak akan jadi mangsa keadaan."Mampukah
akau menerima suamiku nanti sepenuh hatiku? Mampukah aku menyediakan
seluruh ruang isi hatiku ini buat suamiku itu? Bahagiakah aku bila
bersamanya nanti?" Bertalu-talu persoalan demi persoalan menerjah benak
fikiranku. Aku rasa amat tertekan dengan keadaan ini. Bukan aku tak
fakir pasal rumah tangga, tapi aku masih belum bersedia untuk
melaluinya."Ya Allah, bantulah aku dalam membuat keputusan.
Tunjukkanlah aku jalan penyelesaian. Janganlah Engkau biarkan aku
sendirian dalam menentukan masa depan hidupku.""Ya Allah, aku
benar-benar tersepit antara kehendak orang tuaku dan persaan hatiku
sendiri. Kiranya ia baik buatku, maka berilah aku redha dalam
menerimanya wahai Tuhan.Indahnya kuperhatikan suasana kamarku.
Aku sendiri yang menghiasinya. Kamar malam pertamaku bersama seorang
lelaki yang bergelar suami. Kamar yang akan menjadi saksi bisu bila
mana aku menyerahkan khidmatku pada seorang suami. Kegusaran dan
sedikit gentar mula bertandang dalam sanubari. Aku rasa takut sendirian
untuk melalui keindahan malam pertama ini.
Bagaimanakah akan melayani
suamiku nanti?Ketukan pada pintu bilik membuatkan hatiku bertambah gusar. Dari tadi lagi aku hanya duduk di birai katil."Masuklah, pintu tak berkunci." Aku bersuara perlahan. Aku pasti, itu adalah suamiku.Dia masuk, kemudian menutup pintu bilik kami dengan perlahan. Dia kemudiannya menghampiri dan duduk di sisiku."
Kenapa asyik termenung aje ni? Sayang tak gembirakah bersama abang?"
Aku tak menyangka soalan itu yang diajukan oleh suamiku tatkala
ketakutan di malam pertama begitu membanjiri jiwaku.Aku hanya mampu mengeleng-ngeleng. Aku sendiri tak tahu apa jawapan yang terlebih baik untuk soalan suamiku itu."Habistu apa yang sayang menungkan ni?"Ana takut bang!" Itulah aku rasa jawapan yang tepat bagi menjawab soalannya.Dia memelukku erat sambil membelai rambutku." Apa yang nak ditakutkan? Abangkan ada. Abang akan Bantu dan tolong sayang. Kita sama-sama bina keluarga kita." Pujuk suamiku."
Ana takut Ana tak mampu untuk menjalankan tugas sebagai isteri abang.
Ana banyak kelemahan bang. Ana takut nanti Ana akan mengecewakan abang.
Ana takut.." Aku tidak sempat untuk meneruskan kata-kataku kerana
suamiku telah meletakkan telunjuknya di bibirku tanda tidak membenarkan
aku menghabiskan bicaraku. Terkebil-kebil mataku memandangnya."
Sayang, abang terima sayang sebagai isteri abang seadanya. Abang terima
segala kelebihan dan kekurangan yang ada pada sayang. Usahlah sayang
risaukan pasal itu. Ok sayang! " Bisiknya.Aku memeluknya syahdu di atas penerimaannya terhadapku."
Sayang, abang nak mandi kejap. Badan ni dah rasa macam melekit." Aku
bangun membuka almari pakaian dan mencapai sehelai tuala serta kain
pelikat. Kuhulurkan kepadanya dengan penuh kasih sayang.Dia tersenyum kepadaku dan mencium pipiku sebelum berlalu ke bilik air. Kemudian aku terdengar siraman air terjun ke lantai.Malam
berark perlahan. Langit kelihatan gelap pekat tanpa bulan dan bintang.
Mungkin sekejap lagi hujan akan mencurah, membasahi bumi yang sudah
beberapa hari merindui titis air untuk membajai ketandusannya."Ayah, mak! Ana dah buat keputusan." Beritahuku sewaktu kami sedang berehat di beranda rumah pada suatu hari.Ayah yang sedang membaca akhbar dan emak yang sedang menyulam tiba-tiba memandangku serentak, kemudian berpaling sesama sendiri." Keputusan tentang apa?" Soal ayah inginkan kepastian. Mungkin mereka tertanya-tanya keputusan apakah yang telah kubuat." Pasal peminangan tu." Ujarku.Ayah
dan emak kembali merenungku. Mereka memberikan perhatian kepada apa
yang bakal aku beritahu. Keputusan yang telah kubuat setelah berfikir
baik dan buruknya. Keputusan yang bakal menentukan masa depan arah
perjalanan hidupku." Kiranya ini takdir Tuhan, maka Ana redha
dengan jodoh yang ayah dan emak pilih." Terasa pilu sekali hatiku
sewaktu meluahkannya.
Ada sedikit titis jernih jatuh ke riba. Aku mengesatnya dengan hujung jari.Emak
bangun dan memelukku. Aku tidak tahu apakah ertinya pelukan emak itu.
Pelukan gembira oleh kerana aku menerima pilihan mereka atau pelukan
untuk menenangkan jiwaku yang sedang berkecamuk dan sedih ini? Hanya
emak yang tahu hakikatnya." Syukurlah, moga Ana bahagia nanti." Ucap ayah padaku.Aku
terpaksa berkorban demi untuk melihat senyuman di bibir ayah dan emak
walaupun hatiku sendiri terpaksa menangis. Tapi adalah terlebih baik
bagiku memakan hatiku sendiri daripada memakan hati orang tua ku."Nanti mak kenalkan dia pada Ana." Ujar emak sambil tersenyum kerana keputusanku memihak kepada mereka." Tak payahlah mak. Kenalkan pada Ana di hari perkahwinan tu aje." Aku rasa lebih baik demikian kerana selepas ijab
Kabul
aku sudah tidak punyai pilihan lain selain daripada menerima walaupun
dengan terpaksa lelaki pilihan ayah dan emak ku itu sebagai suamiku.
Aku tidak mahu pertemuan sebelum ijab kabul nanti akan menyebabkan aku
berbelah bagi dengan keputusan yang telah aku buat." Kenapa pula macam tu?
Kan lebih baik kalau Ana berkenalan dahulu dengannya." Ayah mempersoalkan keputusanku itu."
Ana telah memenuhi kehendak ayah dan mak dengan menerima pilihan ayah
dan mak. Tak bolehkah ayah dan mak memenuhi permintaan dan kehendak Ana
pula?" Aku berlalu meninggalkan mereka dalam keadaan tercengang dengan
permintaan ku itu.Aku siapkan kamar tidur seadanya. Aku letakkan
pakaian persalinan buat suamiku di atas katil. Aku menunggunya keluar
dari bilik air. Aku sendiri telah bersiap-siap menukar pakaian malam
menanti suamiku itu dengan penuh debaran. Kedengaran pintu bilik air
dibuka. Dia keluar sambil tersenyum ke arahku." Sayang, boleh tak ambilkan abang segelas air. Dahagalah." Pintanya sambil mengelap-ngelap badannya dengan tuala di tangan." Baik bang. Bang, ni baju abang." Ujarku sambil bangun untuk ke dapur.Sewaktu aku keluar, lampu di ruang tamu semuanya telah dipadamkan. Kulihat jam dah dekat pukul 1 pagi." Patutlah." Bisik hatiku. Aku meneruskan langkahku ke dapur dalam smar-samar cahaya bilik yang masih lagi terpasang.Kupenuhkan labu sayung dengan air masak dan ku capai sebiji gelas. Aku membawa kedua-duanya menuju ke bilik.Suasana malam agak sunyi. Tiada bunyi cengkerik atau cacing tanah. Cuma kat luar
sana kadang-kadang langit kelihatan cerah diterangi cahaya kilat memancar. Malam yang pekat bakal mencurahkan hujan.Sewaktu
aku melangkah masuk ke bilik, kelihatan suamiku sedang khusyuk berdoa
atas sejadah. Mulutnya terkumat kamit tanpa kutahu butir bicaranya.Kutuangkan
air kedalam gelas dan kuletakkan atas meja menanti suamiku selesai
berdoa. Kemudian dia bangun menghampiriku. Aku menghulurkan gelas air
kepadanya."Bang…."Seruku."Ada apa sayang?" Soalnya apabila melihat aku tersipu-sipu kearahnya."Malam
ni abang nak…..nak….."Agak segan untuk kuteruskan pertanyaan itu.
Suamiku masih lagi menanti persoalan yang kutanya… " Nak apa sayang?"
Soalnya lagi sambil tersenyum."Ah..abang ni…"Aku malu sendirian apabila melihat suamiku seolah-olah dapat membaca fikiranku."Ya, abang nak sayang layan abang malam ni. Boleh tak?" Bisiknya ketelingaku.Aku hanya mampu mengangguk-angguk tanda bersedia untuk melayani segala kehendak dan kemahuannya. Aku
cuba
untuk mempersiapkan diri sebagai seorang isteri yang mampu menyediakan
dan memenuhi segala keperluan dan kemahuan suamiku itu."Assalamualaikum, wahai pintu rahmat!" Bisik suamiku." Waalaikumussalam wahai tuan pemilik yang mulia." Jawabku.Malam
yang gelap kehitaman itu kulaluinya bertemankan seorang lelaki yang
telah kuserahkan kepadanya seluruh jiwa dan ragaku ke dalam tangannya.
Dia berhak segala-galanya keatasku. Sebagai seorang isteri, aku mesti
sentiasa patuh kepada segala arahan dan suruhannya selagi mana ia tidak
bercanggah dengan ketetapan Tuhan dan Rasul.Pertama kali kulalui
dalam hidupku, malam bersama seorang lelaki yang telah dihalalkan aku
keatasnya. Aku umpama lading dan suamiku itu adalah peladang. Ia berhak
mendatangiku mengikut sekehendak hatinya. Aku telah membaca beberapa
buah buku tentang alam perkahwinan, rumahtangga dan tanggungjawab
seorang isteri apabila aku menerima pilihan emak dan abah terhadapku.
Aku
cuba untuk memperaktikkannya selagi aku termampu untuk
melakukannya. Aku cuba menjadi yang terbaik bagi suamiku. Aku ingin
suamiku bahagia bersamaku. Aku ingin menjadi permaisuri yang bertahta
di hati dan jiwanya sepanjang usia hayatnya.Rasulullah bersabda:"Sebaik-baik
isteri itu ialah yang dapat menenangkan kamu apabila kamu melihatnya
dan taat kepada kamu apabila kamu perintah dan memelihara dirinya dan
menjaga hartamu apabila kamu tiada."Rasulullah bersabda:"Setiap wanita itu adalah pengurus sebuah rumahtangga suaminya dan akan ditanyakan hal urusan itu."Rasulullah bersabda:"Isteri yang mulia ini merupakan sesuatu yang terbaik di antara segala yang bermanfaat di dunia."Rasulullah bersabda:"Sesungguhnya
wanita yang baik itu adalah wanita yang beranak, besar cintanya,
pemegang rahsia, berjiwa kesatria terhadap keluarganya, patuh terhadap
suaminya, pesolek bagi suaminya, menjaga diri terhadap lelaki lain,
taat kepada ucapan suaminya dan perintahnya, dan apabila bersendirian
dengan suaminya, dia pasrahkan dirinya kepada kehendak suaminya itu."Sesungguhnya
perkahwinan ataupun rumahtangga itu bukanlah sesuatu yang boleh
dipandang remeh atau yang boleh dipermain-mainkan. Ia adalah suatu
ikatan yang menghalalkan yang haram sebelumnya. Ia memerlukan
persefahaman, tolak ansur, saling mempercayai, tolong menolong, kasih
mengasihi seikhlas hati dan sebagainya. Tanpa itu semua, mana bisa dua
jiwa yang berlainan sifat dan sikap mampu mengharungi sebuah kehidupan
yang penuh dengan dugaan ini bersama-sama. Ia amat mustahil sekali.Maka
seharusnya kita perlu mempersiapkan diri sebelum memasuki gerbang
perkahwinan dengan pelbagai ilmu. Ilmu kekeluargaan, ilmu keibu bapaan,
psikologi kanak-kanak dan sebagainya. Jangan cuba untuk menghampirinya
selagi mana kita belum benar-benar bersedia untuk menghadapinya. Jangan
kita fikirkan tentang nafsu semata-mata. Fikirkan sama tentang
tanggungjawab yang bakal kita pikul nanti. Tanggungjawab sebagai
seorang suami ataupun isteri, tanggungjawab sebagai seorang bapa
ataupun ibu. Mampukah kita semua memenuhi atau menunaikan tanggungjawab
dan tuntutan itu. Kita pastinya akan dipersoalkan tentang
pertanggungjawaban itu. Sama ada di dunia mahaupun di hadapan Tuhan
nanti. Kerana tanggungjawab itu adalah amanah yang perlu ditunaikan
oleh setiap orang.Bunyi batuk yang berlarutan menyebabkan aku
tersedar dari tidur istimewaku malam ini. Sewaktu aku membuka mata, aku
lihat suamiku sedang bersimpuh diatas sejadah. Dia mengurut-urut
dadanya menahan batuk. Aku bingkas bangun, turun dari katil dan
menghampirinya."Abang tak apa-apa?" Soalku risau dengan
keadaannya. Aku mula risau, takut-takut suamiku itu mempunyai
penyakit-penyakit tertentu yang tidak aku ketahui."Abang ok je.
Mungkin sejuk sikit kot."Jelasnya. Mungkin juga. Hawa dinihari itu
sejuk sebab hujan masih lagi bergerimis selepas mencurah lebat semalam."Pergilah
mandi, ayah dan semua orang sedang menunggu kita untuk berjemaah di
luar tu." Arah suamiku sambil tersenyum merenungku dengan pajama itu.
Aku malu sendirian bila mata suamiku menyorot memerhati seluruh tubuhku
itu."Nakallah abang ni." Aku bangun mencapai tuala dan terus ke
bilik air untuk mandi. Aku masih lagi terdengar batuk-batuk dari luar.Ayah
mahu suamiku mengimami solat subuh itu, tapi suamiku menolak dengan
alasan dia batuk-batuk dan tak berapa sihat. Namun ayah masih berkeras,
maka terpaksalah dia menjadi imam.Kesian aku melihatnya.
Bacaannya tidak selancar semalam. Banyak tersangkut dan terpaksa
berhenti atau mengulanginya kerana asyik batuk-batuk sahaja. Aku mula
risau lagi dengan keadaan begitu.Selepas beriwirid pendek, dia
membacakan doa dengan perlahan tapi masih boleh didengari oleh semua
ahli keluargaku. Aku lihat muka suamiku agak kepucatan."Kenapa ni bang?" Soalku sewaktu bersalaman dengannya." Entahlah, abang rasa kurang sihat sikit pagi ni..""Zul sakit ke?" Tanya ayah."Takdelah, cuma kurang sihat sikit. Mungkin sebab cuaca kot."Jawabnya."Elok makan ubat, nanti takut melarat pulak." Sampuk mak."Nanti Ana ambilkan ubat." Aku bangun ke dapur untuk mengambil ubat dalam rak ubat.Ubat-ubatan
asas sentiasa tersimpan dalm rak ubat di rumahku. Ini bagi memudahkan
bagi tujuan rawatan segera kalau ada apa-apa berlaku. Aku ambil sebotol
ubat batuk dan segelas air.Suamiku sudah masuk ke bilik.
Batuknya agak berkurangan sedikit dari tadi. Mungkin betul juga ia ada
kaitan dengan keadaan cuaca yang sejuk. Dia menghirup sirap batuk yang
kusuapkan."Terima kasih." Ucapnya perlahan. Aku angguk."Abang berehatlah." Ujarku sambil membaringkan badannya ke atas tilam."Abang minta maaf kerana menyusahkan sayang."" Kenapa pula abang cakap macam tu. Sikit pun Ana tak rasa susah.""Abang
tahu sayang susah hati tengok abang begini. Sepatutnya hari pertama
begini, abang kena membahagiakan sayang. Tapi abang minta maaf sebab
keadaan abang tak mengizinkan.""Dahla tu bang. Ana isteri abang.
Ana sentiasa bersedia berkhidmat untuk abang tanpa sedikit pun rasa
susah."Pujukku walaupun sebenarnya hatiku memang runsing dengan
keadaannya."Walau apapun yang berlaku, abang tetap sayang dan
cintakan saying. Sayanglah satu-satunya buah hati abang." Sambung
suamiku tanpa menghiraukan nasihatku supaya dia berehat saja.Entah kenapa tiba-tiba sahaja hatiku dilanda kesedihan. Entah darimana ia berputik."Abang minta maaf atas segalanya. Sayang maafkan abang yea""Abang nak tidur dulu. Mengantuk rasanya." Ujarnya perlahan."Abang
tidurlah." Aku menarik selimut untuk menyelimutinya. Aku menciumi
dahinya. Sekejap sahaja dia terlena selepas mulutnya terkumat kamit
membacakan sesuatu.Aku memerhatikan suamiku buat seketika.
Tidurnya kelihatan tenang dengan susunan nafas yang teratur. Aku suka
melihat wajahnya yang memberikan ketenangan buatku. Wajahnya yang agak
bersih dihiasi dengan kumis dan jambang yang nipis dan terjaga. Aku
berdoa dan berharap agar kurniaan Tuhan ini akan berkekalan bersamaku
hingga ke akhir hayat.Namun segala-galanya telah ditentukan
Tuhan. Hidup, mati, rezeki, baik dan buruk seseorang hamba itu telah
ditentukan Tuhan semenjak ia berada dalam kandungan ibunya lagi. Maka
aku sebagai seorang hamba yang lemah terpaksa menerima segala
kehendaknya dengan redha dan tenang. Siapa tahu, rupa-rupanya itulah
hari pertama dan terakhir aku bersama suamiku yang baru aku kenali itu.
Aku hanya mengenalinya seketika sahaja, namun dia telah meninggalkan
aku buat selama-lamanya. Aku belum sempat untuk menjalankan tugasan
sebagai isteri dengan sepenuhnya. Apalagi yang dapat aku lakukan.
Patutlah dia asyik memohon maaf dariku.Sewaktu aku ingin
mengejutkannya untuk bersarapan, berkali-kali aku cuba memanggil
namanya. Namun dia masih tak menjawab. Aku menggoncang tubuhnya, tetapi
tetap tak ada respon. Aku sentuh tangannya, sejuk. Aku memeriksa nadi
dan denyutan jantungnya. Senyap! Air mataku terus je mengalir tanpa
dapat ditahan lagi. Menangisi kepergian seorang suami. Aku tersedu-sedu
sewaktu semua ahli keluarga masuk kebilik untuk melihat apa yang
berlaku setelah terlalu lama aku cuba mengejutkan suamiku itu. Tapi
rupanya hanyalah jasad yang terbujur kaku." Sudahlah Ana, bersyukurlah kerana masih ada lagi pusaka tinggalannya buat Ana." Pujuk emak.Aku
hanya mampu tersenyum dengan pujukan emak itu sambil memandang wajah
seorang bayi lelaki yang sedang nyenyak tidur disebelahku. Itulah
takdir Tuhan, malam pertama yang telah membuahkan hasil. Walaupun hanya
pertama, tapi itulah panglima yang menang dalam pertarungan bagi
menduduki rahimku ini. Hari ini, zuriat suamiku itu telah menjengok
dunia ini. Satu-satunya pusaka yang tidak ada nilai buatku selain
sebuah rumah yang telah diwasiatkan oleh suamiku buatku.Ya
Allah, tempatkanlah rohnya bersama golongan yang soleh. Ya Allah,
rahmatilah anakku ini. Jadikanlah dia umpama bapanya yang sentiasa taat
kepadamu. Jadikanlah ia berjasa kepada perjuangan dalam menegakkan
agamamu. Jadikanlah ia sebagai permata yang membahagiakan aku dan
seluruh keluargaku.Amin..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...