Footer


*WANITA & ISLAM*WANITA & ISLAM*WANITA & ISLAM*

Cursor

SAHABAT WANITA ISLAM

Thursday 1 October 2015

Family


Hai hai semua!!!!!!!!!!
Lamanya blog saya bersarang, gila punya malas nk menulis sekarang. Banyak sangat cerita dah terbabas dan terlepas. Hari saya tetiba teringat dan rindu pada arwah abah saya.. Allahyarham Ameerudin Abdul Ghani. Mohon sedekah Al fatihah dar kalian untuk arwah abah saya.. :'(

Saya just nak update sedikit gambar kenangan arwah abah saya dan gambar kami masa kecik-kecik. 

Abah masa muda-mudi. Hensem kan.. abah saya ni kacukan Bugis dan Cina... bugis sblh atuk dan cina sebelah opah.. 

Masa ni abah dalam 40an.. Kami ke Melaka ambil yong habis belajar Diploma Pengurusan Perniagaan di Uitm Melaka.. Saya masa ni 13thn (sy tiada dlm gambar)

Huhhu.. ini saya lah....masa ni 3 tahun..omey dak macam si Alisya jek.

Ni saya ngan paksu sebelah mak..umur dalam 6bulan kot time ni..sebiji cam zara hihihi...

Masa umur ni maka cite kami menyewa kat umh hijau..kiranya umh setinggan kot. Dari kecik belajar hidup susah alhamdulillah dah besar ni sy sgt suka pada org miskin...sebab sy tau apa rasa ms miskin. Mas ni lepak atas kereta nyonya yang mengasuh saya..pengasuh saya cina masa nih hihihi...

Kenangan yang tidak mungkin akan kembali... :'(

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday 14 January 2015

Sesi persekolahan 2015

Assalammualaikum.......

Korang..... pejam celik pejam celik kejap je masa berlalukan...kata sorang ustaz nih. kalau korang rasa masa tu cepat jer berlalu maksudnya korang mensia-siakan hari korang... bab nih kena tengok balik tujuan asal korang dicipta.. Saya takmau berlagak macam ustazah plak hihihi....

Okeylah tahun 2015 nih.. dah 2 orang ank saya bersekolah. Macam biasa ibulah yang paling sibuk. Abah pun sama hihihi... abah sibuk basuh baju dan lipat kain jer hihihi...

Setiap pagi ibu nih kena bangun jam 5.30am atau 5.45am.. pling lewat kalau penat sangat 6.00am hihi... sebabnya fath kena sampai di sekolah sebelum jam 7.20am. Setiap pagi ada perhimpunan. 2 hari ni ibu smp jam 7.15am dan 7.20am.. Fath kena duk kat tempat budak yang mai lewat. Kesian kat dia.. Ibu usaha la adjust masa ibu nak bagi Fath sampai ke sekolah awal dan hari ni ibu berjaya. Jam 7am ibu sampai dan disambut oleh guru besar kat pagar ekkekek... 7tahun kot ibu kerja ni paling awai ibu mai...

Tahun nih Fath dah masuk darjah 2. Fath berpindah dari Sekolah rendah Islam Al-Ummah ke Skptldm.. Sayang sebenarnya tukarkan Fath dari sekolah agama tu sebabnya sistem belajar dia bagus. Tetapi sebab sekolahnya dah berpindah bangunan dan safety kurang sikit, saya takmau amik risiko.. Kat sekolah kebangsaan pun okey..petang2 hantar dia ke sekolah kafa.. cuma ibu dia nih la yg kena tuff sket...kena buang ms senang2 ibu time rehat 1 jam tu..kena siapkan makanan dia, mandikan dan pakai kemas2 hihi... Selagi suami tersayang menghargai dan support apa pun ibu buat tetap rasa seronok. letih pon seronok.. Tapi kalau ibu garang tu maafkanlah ibu yer..ibu penat sangat makan pun kurang dah la nih eekkeke....

Alisya plak tahun nih 4 tahun dah dia... senang cerita sekolahkan terus hihi sebab nampak dia minat belajar..kita sekolahkan dia awai2 hihihi....

1st day adik abang g sekolah. Nampak semangat sesangat.

Along segak macam ustaz hihi.. semoga Allah makbulkan doa ibu..10thn t kita masuk pondok ehh.. nanti dah besaq along along faham kenapa ibu dahulukan pendidikan akhirat pd along... ibu nak along berjaya di akhirat dulu..dunia nih hanya tempat ujian je buat kira.. tapi ibu akan usaha along akan dapat kedua2nya sekali.

Mintak maaf kalau ada yg tak selesa tgk alisya seksi hihi.. nih memang cara pemakaian sekolah alisya. Tapi tak kisahla dia kan kecik lagi...ibu pon smp 16 tahun seksi.. tapi bila Allah nak bagi hidayah dari tak bertudung pon boleh bertudung...tutup aurat dengan sempurna.. &tahun t alisya bersekolah di  sekolah rendah islam Taalim... ms tu start terus pakai tudung labuh n berjubah hihi....


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Musim Banjir musim hujan musim kahwin

Assalammualaikum para pembaca semua..

lately ni saya memang tak berapa ada mood nak menulis sangat.. tapi banyak sangat cerita yang terperam sayang plak tak bukukan dalam nih hihi.. Sebenarnya peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam hidup kita memang akan menjadi sejarah. Tetapi jika tidak direkodkan sangatlah rugi kan.. at least ank cucu kita boleh baca.. kenangan bersama ibu abah atau atuk nenek mereka. Secara tidak langsung mereka akan mengenal kita melalui penulisan kita. Jika blog ini di baca oleh anak cucuku nanti... ibu just nak bagitau... ibu dan abh love korang sangat2...dunia akhirat... arghhh sedih :'(. Jika kami dah takde doakan kami sepanjang masa ye sayang...

Okeylah kita berbalik pada tujuan asal penulisan nih... tahun 2014 dan 2015 nih adalah ujian yang hebat dari Allah buat kita rakyat Malaysia. Disebalik ujian ini apa yang kita dapat simpulkan dan fikirkan. Sebenarnya ini adalah tanda peringatan dari Allah buat kita... terpulang kita samada nak berfikir ini adalah bala, musibah atau peringatan dari Allah buat kita.

Kehilangan Mh370, Mh17 terhempas (al- Fatihah pada mangsa2 semua). Yang terbaru adalah banjir antara yang terburuk dalam sejarah Malaysia. Banjir-banjir nih meliputi kawasan negeri Kelantan, Pahang, Perak dan Terengganu.

Bulan 12 baru ni kami menghadiri majlis kenduri kahwin pakcik saudara kepada suami saya di Kampung Gajah, Perak. Kawasan ni adalah antara yang paling teruk banjir selain Kuala Kangsar dan Kayan. Jom kita layan gambar dulu... :)

Kami terpaksa ikut jalan jauh ke tapah road dari Manjung untuk sampai ke Kampung Gajah...fuhhh
Jalan raya dipenuhi air..abah cuak nk lalu, ank2 plak bersorak seronok... hihihi
Penduduk kampung ambil kesempatan menjala ikan... hasilnya ada ikan patin yang sangat besar.. katanya dari kolam ikan..hihi untunglah ko pakcik t kena mintak halal la kat pemilik kolam tapi kalau kes camnih kira halal je la kan...

Tebar lagi pakcik hihi.. kami nih ngah ngendeng kot dapat sekor ekekkeke
Ni plak kawasan rumah penduduk kampung. Besar ujian buat mereka...

Baru paras peha masa nih...
Mintak maaflah gambar tak berapa nk ok..ank teruna den yang ambik hihi... jenuh lintas titi besaqnya 4 inci kot ngan bertumit tinggi hihi... akhirnya tak jatuh jua ekeke..... hujan2 n banjir ni selamat juga pak long saudara suami ku ini kenduri hihi... Selamat pengantin baru pak long..semoga kekal hingga ke jannah....

Close up gambaq pengantin... mak long nih cikgu...nampak kan muka cikgu hihii.....
Seperti biasa saya memang tak pandai nak buat cerita penutup..dah layan gambaq kan..sekian terima kasih...jangan marah na... Assalammualaikum...


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday 5 November 2014

Perth Australia (Fremantle) Part 2

MARITIME MUSEUM

Fremantle Maritime Museum adalah tempat wajib singgah kalau anda semua ke Fremantle. Pada saya tempat ini sangat menarik kerana terdapat kapal selam, ikan shark yang di awet, bermacam jenis boat dan banyak lagi. Bayaran masuk ke Maritime Museum ini adalah 10 dollar tapi sebab suami ada kad student dia kasi diskaun separuh harga.
Ini adalah laluan masuk ke Maritime Museum dari Museum Shipwreck Gallery


Kapal selam dan pemiliknya... kerlass kan..

Ini adalah bahagian dalam Museum. 
Ini shark yang kena awet..
Kisah 'beliau' tercatat di sini :'(
Close up wajah beliau dari dekat. Saya lupa besar dan panjangnya berapa meter. 
Ni pakaian orang portugis. Kisahnya kenapa pakaian diaorang boleh masuk museum nih korang baca la kat bawah ni.

Okey belajar sejarah sket yer...

Ni pasangan kekasih..ke mak ngn anak pun boleh hihi...
Habis je melawat museum nih kami merayau-rayau lagi. Kali nih tanpa arah tujuan hihihi... saya la.. En. Mizi macam-macam tujuan dia sampai tak larat la nak ikut dia berjalan nih. Nasib la holiday nih dia yang taja jadi tak larat pon follow je huhuhu...

Lihat orang tu ngah baca peta haha..dia dah pesan gambar ni jangan upload...takut kantoi baca peta ke?? hahaha

Sekali merayau-rayau kami jumpa terowong nih. Mintak maaf la yer saya memang tatau terowong apa. Kami main masuk dan redah jer..


Sekali mak oii, disebalik terowong gelap nih tersembunyi permandangan yang sangat cantik, angin yang sepoi-sepoi bahasa... subhanallah.. memang bumi Australia nih bertuah sebab dikurniakan muka bumi yang sangat cantik, indah, nyaman....




Akhir sekali kami ke E-shed market untuk beli buah tangan untuk kawan-kawan dan keluarga.



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Perth Australia (Fremantle) Part 1

HARI KETIGA (24 OKTOBER 2014)

Pagi yang nyaman di Bandar Perth...

Sambil tunggu ibu & abah siap Zara memunggah dulu... :p
Dalam train
Selepas siap-siap pagi tu kami ke hentian keretapi. Kami naik keretapi dari Perth Town ke Fremantle. Bayaran yang dikenakan adalah 12 dollar utk 1 keluarga. Tiket ini adalah untuk pergi dan balik.

Perjalanan memakan masa dalam 40 minit. Sekejap jer terasa bila melihat pemandangan yang indah-indah  diluar dan di dalam.. Di dalam tu maksudnya lihat rakyat aussie nih cantik-cantik belaka. Ada mata kelabu la, biru, hijau n hazel... wahhh

Ini adalah laluan keretapi kami. Lihat laluan kaler biru ke Fremantle.
Suasana dalam train. Sopan jer duduk baca buku. Kami je yang bersembang ekekkek.

Sesampainya di Fremantle kami cari tempat makan dulu. Maklumlah pagi tak makan langsung sebab nak simpan perut untuk fish & Chip hihi... Kebetulan Zara pun tidur memang kami boleh makan dengan tenang, slowly dan kunyah bagi hadam ekekke...heaven betoi hihi...
Restoran yang kami cuba ni adalah:

Kailies Fish & Chip Restaurant.


Tengok tu kapal peronda baru nak datang
Sekarang dia dah sampai yeay...diaorang stop sebab nak lunch...agaknya lah hahaha
Ini la hidangan yang kami order. 12 dollar (Rm36)  dan 14 dollar (Rm42)
Ikan yang dihidangkan sememangnya sangat fresh dan manis. Masih terasa-rasa lagi kat lidah. Ni yang membuatkan saya rindu nak pergi sana lagi ehmmm....

Sejujurnya kami order sampai 2 set atas dasar tamak haloba. Sebenarnya tak habis pon hihi...

Close up sket hihihi.. meleleh air liur bila teringatkan ikan nih hihi

Sea Food & Chip 14 dollar yo...
Ni satu lagi Restoran Fish & Chip yang popular di Fremantle- Cicerello's

Museum Shipwreck Gallery

Lepas habis makan kami merayau-rayau dengan hala tujuan hihi... sambil mencari Wreck Gallery sambil tu kami menikmati keindahan Pekan Fremantle ni. Di Pekan Fremantle ni mereka masih lagi mengekalkan bangunan-bangunan lama. Nampak sangat klasik dan indah.

Inilah bangunan Museum shipwreck
Kedai cenderamata 
Pintu masuk ke Museum
Kapal lanun yang berusia ribuan tahun. Dalam nih juga ada rangka kelasi kapal.
Balik dari Museum shipwreck gallery, kami mencari Maritim Museum melalui peta yang dibekalkan. Layan dulu permandangan yang kami sempat snap sementara mencari Maritime Museum..





Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...