DARI SEGI BAHASA :
Zakat bererti ”BERSIH” , ”SUCI” , ”SUBUR”, ”BERKAT” dan ”BERKEMBANG”.
Pengertian ”BERSIH” dan ”SUCI” dalam istilah zakat ialah membersihkan harta dan membersihkan diri orang kaya daripada sifat kedekut dan bakhil. Dalam erti kata yang lain ialah membersihkan diri daripada sifat dengki dan dendam terhadap orang kaya.
DARI SEGI SYARAK
Zakat dari segi syarak ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada golongan-golongan yang berhak menerimanya dengan syarat-syarat yang tertentu.
HIKMAH DISYARIATKAN ZAKAT
Hikmah dan tujuan ALLAH mensyariatkan zakat antaranya ialah :
1. Mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan yang berada kepada
golongan yang kurang berada.
golongan yang kurang berada.
2. Membersihkan diri pembayar zakat.
3. Membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat.
4. Mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH di
kalangan golongan yang berada.
kalangan golongan yang berada.
5. Mengurangkan perasaan iri hati di kalangan orang yang kurang bernasib baik.
6. Mewujudkan perhubungan antara hamba dengan ALLAH di samping perhubungan
antara manusia dengan manusia.
antara manusia dengan manusia.
7. Memberikan peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat dalam bentuk
mengeluarkan zakat daripada harta mereka.
mengeluarkan zakat daripada harta mereka.
8. Mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat ISLAM dalam urusan ekonomi dan
kewangan.
kewangan.
9. Memberikan masyarakat satu cara mengurus ekonomi dan kewangan yang diredhai
oleh ALLAH.
oleh ALLAH.
10. Melahirkan rasa tenang dan tenteram dalam hati dan jiwa pembayar zakat.
No comments:
Post a Comment