Footer


*WANITA & ISLAM*WANITA & ISLAM*WANITA & ISLAM*

Cursor

SAHABAT WANITA ISLAM

Wednesday 21 September 2011

ZAKAT WANG SIMPANAN


Kaedah Pengiraan Zakat Wang Simpanan
Pada dasarnya wang bermaksud "wang yang disimpan di dalam akaun simpanan, akaun simpanan tetap, simpanan semasa, saham, saham amanah serta lain-lain bentuk simpanan". Zakat dikenakan atas jumlah baki terendah yang sudah cukup nisab dan haul.
 Jadual 1 : Contoh Akaun Konvensional
TARIKH
MASUK
KELUAR
BAKI
 
(RM)
(RM)
(RM)
01/01/**
20,000
 
20,000
23/01/**
 
2,000
18,000
30/05/**
 
3,000
15,000
10/07/**
Faedah 200
 
15,200
12/08/**
 
1,000
14,200
11/11/**
 
2,000
12,200*
31/12/**
1000
 
13,200
 * Baki terendah

Baki terendah dalam jadual ini ialah RM 12,200. ia telah melebihi nisab (RM 7,681.32) dan genap setahun. Baki terendah diambil sebagai asas pengiraan zakat kerana ia merupakan jumlah yang tetap ada dalam simpanan sepanjang setahun (haul). Walau bagaimanapun, wang sebanyak RM 12,200 ini termasuk wang faedah. Oleh yang demikian, wang faedah perlu ditolak daripada baki terendah tersebut sebelum dikira zakatnya.
Cara Pengiraannya
Tahun Haul                    :           1 Muharram – 30 Zulhijjah
Nisab (contoh)               :           RM 7,681.32 (mengikut harga semasa bagi 85 gram emas)
Baki Terendah               :           RM 12,200 – RM 200 (faedah) = RM 12,000
Kadar Zakat                   :           2.5%
Zakat yang Dikenakan :  RM 12,000 x 2.5% = RM 300
 
Jadual 2 : Contoh Akaun Wadiah 
TARIKH
MASUK
KELUAR
BAKI
 
(RM)
(RM)
(RM)
01/01/**
20,000
 
20,000
23/01/**
 
2,000
18,000
30/05/**
 
3,000
15,000
10/07/**
Hibah 200
 
15,200
12/08/**
 
1,000
14,200
11/11/**
 
2,000
12,200*
31/12/**
1000
 
13,200
 * Baki terendah
Baki terendah dalam jadual ini ialah RM 12,200. ia telah melebihi nisab (RM 7,681.32) dan genap setahun. Baki terendah diambil sebagai asas pengiraan zakat kerana ia merupakan jumlah yang tetap ada dalam simpanan sepanjang setahun (haul). Wang sebanyak RM 12,200 ini termasuk di dalamnya pemberian hibah (hadiah dalam bentuk wang yang diterima oleh penyimpan terhadap wang yang disimpan setelah pihak bank menjalankan perniagaannya dalam dalam tempoh setahun).
Cara Pengiraannya
Tahun Haul                     :    1 Muharram – 30 Zulhijjah
Nisab (contoh)               :  RM 7,681.32 (mengikut harga semasa bagi 85 gram emas)
Baki Terendah                :    RM 12,200 (termasuk hibah)
Kadar Zakat                    :     2.5%
Zakat yang Dikenakan    :    RM 12,200 x 2.5% = RM 305 


Jadual 3 : Contoh Pengiraan Pelbagai Buku AkaunSimpanan

Sekiranya seseorang penyimpan mempunyai banyak akaun simpanan di dalam bank atau mana-mana institusi kewangan, satu tempoh haul yang sesuai mestilah ditentukan. Kemudian diambil baki terendah kesemua buku akaun simpanan dan sekiranya melebihi nisab maka hendaklah dikenakan zakat.


Cara Pengiraannya
Tahun Haul                    :         1 Muharram – 30 Zulhijjah
Nisab (contoh)               :         RM 7,681.32 (mengikut harga semasa bagi 85 gram emas)
Baki Terendah               :         Buku 1            :         RM   4,000
                                                   Buku 2            :         RM   1,000
                                                   Buku 3            :         RM 15,000
Jumlah baki terendah ketiga-tiga buku       :         RM 20,000
Zakat yang Dikenakan :  RM 20,000 x 2.5% = RM 500


Jadual 4 : Contoh Pengiraan Zakat Simpanan Tetap
Bagi akaun simpanan tetap, zakat dikenakan ke atas nilaian simpanan yang disimpan dalam jangka masa setahun atau lebih.




Contoh Kiraan Simpanan Tetap* :
TARIKH
UNIT MASUK
HARGA SEUNIT
JUMLAH
BAKI UNIT
URUS NIAGA
(RM)
(RM)
(RM)
(RM)
 
 
 
 
 
01/01/2003
20,000
1.00
20,000.00
20,000.00
01/01/2004
700
0.94
    658.00
20,700.00
01/01/2005
1,200
0.92
 1,104.00
21,900.00
01/01/2006
500
0.60
    300.00
22,400.00
01/01/2007
350
0.52
    182.00
22,750.00
01/01/2008
950
0.77
    731.50
23,700.00


Zakat atas pelaburan yang dibuat dalam akaun amanah mahupun akaun simpanan tetap di sesebuah institusi perbankan atau syarikat pengurusan amanah dikenakan ke atas jumlah nilaian simpanan/pelaburan setelah cukup nisab dan haulnya.




Cara Pengiraannya :

TARIKH
NILAI SIMPANAN
KADAR ZAKAT
ZAKAT YANG DIKENAKAN
 
 
(%)
(RM)
2003
20,000 x 1.00
2.5
500.00
2004
 20,700 x 0.94
2.5
486.45
2005
 21,900 x 0.92
2.5
 503.70
2006
 22,400 x 0.60
2.5
336.00
2007
 22,750 x 0.52
2.5
295.75
2008
 23,700 x 0.77
2.5
456.22
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...