Footer


*WANITA & ISLAM*WANITA & ISLAM*WANITA & ISLAM*

Cursor

SAHABAT WANITA ISLAM

Tuesday 7 February 2012

Kek Marble

Hari sabtu baru nih saja buat kek main-main..kek marble hihi...sekali tersedap la plak...kek nih amik dlm internet jer...Kita layan gambar dulu yer..

Ni lepas kuar oven..bg sejuk sket...yg suku tu dh kena ngap haha

ni masih dlm oven tak tahan tgknya

 Resepi kek marble..
 Bahan2 (Loyang 8.5" x 8.5")
  • 330g Marjerin
  • 420g gula pasir
  • 300g tepung gandum
  • 3 sudu susu pekat manis
  • 7 biji telur gred B
  • 1 penutup botol esen vanilla/ perisa pisang (salah satu)
Cara2:
  1. Panaskan air pengukus terlebih dahulu (air pengukus isikan hampir penuh)
  2. Di dalam bekas,pukul marjerin bersama gula pasir hingga sebati
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus dipukul kelajuan sederhana
  4. Setelah sebati,masukkan esen vanila atau perisa pisang dan sebatikan.
  5. Masukkan susu pekat dan ayakkan terus tepung ke dalam adunan.
  6. Pukul menggunakan mixer dengan kelajuan paling perlahan.
  7. Setelah semua kelihatan sebati,gaulkan adunan menggunakan senduk-ini penting untuk hasil kek yang benar2 sebati dan tidak berminyak akibat adunan yg tidak sebati
  8. Bahagikan adunan pada 2 bahagian-warnakan kepada 2 warna pilihan. Jika mahu lebih warna...bahagikan adunan pada beberapa bahagian lagi.
  9. Masukkan 1 senduk adunan ke dalam tengah2 loyang yang sudah digriskan marjerin dan ditabur tepung(rata).
  10. Adunan tadi dilapiskan lagi dengan warna seterusnya benar2 ditengah2 adunan pertama. 'Henjut'2kan adunan mengunakan senduk setiap kali menambah lapisan untuk mengemaskan corak marble nanti. Buat begitu sehingga adunan habis.
  11. Pastikan air kukusan sudah mendidih dan kukus/bakar kek selama 1 jam atau sehingga kek masak. (tutup loyang dengan aluminium foil ketika mengukus untuk mengelakkan air menitik di atas kek)
 Resepi nih saya amik dari blog sue-hasue.. kredit utk dia yer..kek yg sgt sedap... cuma utk kek gebus...ms mixer bahan last sekali saya lebihkan tepung. Untuk seimbangkan bahan tersebut saya tambah air panas yg baru masak tu..insyaallah kek akan gebus...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...