Footer


*WANITA & ISLAM*WANITA & ISLAM*WANITA & ISLAM*

Cursor

SAHABAT WANITA ISLAM

Sunday 13 January 2013

8 Cara mudah kuruskan badan dengan berkesan

Tajuk nih eja memang copy paste dari 1 website alpha lipid sd2.. Saja nak share dengan pembaca-pembaca blog semua eja nak start diet cara alpha lipid sd2.. beli dengan kawan dapat harga rm670 untuk 4 tin. Dapat hadiah shaker, buku panduan dan keahlian. Masih tunggu lagi member eja Zalifa post hihi..pastu leh terus start..target dalam 4 minggu nih turun 10kg hikhik..

Eja akan amalkan pemakanan cara alpha lipid nih tak boleh makan karbohidrat..juz makan sayur hujau n ayam atau ikan... senaman 30 minit sehari.. n guna felinna untuk shape body....tak sabar nk tengok kesan...lagi 4 minggu eja update kesannya positif or negetif...jom kita uat testimoni kat badan sendri okeyy..... tagline : "badan yg ramping idamanku" cehh nak muntah hahahaha.... Selain itu eja nak amalkan 8 cara mudah nak kuruskan badan..berkesan katanya....tapi memang betul kalau ikut logik ..hihihi...lupa nak share eja juga makan vitamin c felinna... 2 biji sehari.... muka habis keluar jerawat nih.... :( kesan permulaan kot...


1. Kawal Pemakanan Anda

  • Pastikan anda berhenti sebelum anda rasa kenyang atau terlalu kenyang.
  • Tahukah anda, setiap lebihan makanan/ kalori yang anda makan akan bertukar menjadi LEMAK jika ia tidak dibakar melalui aktiviti harian anda. 
  • Fakta: Setiap lebihan 8000 unit kalori dalam badan, berat badan anda akan naik 1KG!
2. Kurangkan Karbohidrat, Lebihkan Protein
  • Untuk pengetahuan anda, pengambilan karbohidrat dalam kuantiti yang banyak akan menggemukkan badan anda. Malah karbohidrat hanya memberikan kesan kekenyangan yang sementara (2 jam sahaja) dan kemudian anda akan berasa lapar semula.
  • Protein pula lebih cepat mengenyangkan serta rasa kenyang itu bertahan lebih lama.
  • Jika anda kurangkan karbohidrat (ambil portion kecil sahaja), badan anda akan membakar lemak anda sebagai sumber alternatif bagi membekalkan tenaga kepada anda setiap hari. Oleh itu, badan anda akan kurus dan langsing!
3.  Jangan Berlapar! (Jaga Waktu Makan Anda)
  • Jangan lupa mengambil sarapan kerana ia akan meningkatkan kadar metabolisma badan anda. Jadi kadar pembakaran lemak anda juga bertambah cepat!
  • Makan setiap 2 jam dan selangkan dengan snek ringan supaya anda tidak berasa terlalu lapar.
  • Kadar metabolisma badan anda telah menurun selepas 7.00 malam. Setiap makanan yang diambil selepas itu akan dicerna dengan perlahan dan menyebabkan kegemukan.
  • Jadi, pastikan anda berdiet TANPA berlapar. Bagaimana? Klik di sini
4. Elakkan/ Kurangkan Minuman Bergula dan Berkafein
  • Contoh air bergula adalah air berkarbonat. Kandungan gula dalam air gas ini adalah sangat tinggi iaitu 7-8 sudu gula bagi setiap hidangan!
  • Pengambilan gula yang berlebihan akan menyebabkan masalah kegemukan serta akan mendatangkan penyakit serius seperti kencing manis.
  • Manakala kafein pula bukan sahaja menyebabkan kadar metabolisma badan menurun (kesannya gemuklah!), malah juga boleh menyingkirkan nutrien seperti vitamin daripada badan anda.
5. Minum Air Kosong 8 Gelas Sehari

  • Air kosong adalah sangat bagus untuk badan anda kerana hampir keseluruhan badan mengandungi air. Maka, amalkan minum air kosong sebanyak 8 gelas (2-3 liter) setiap hari.
  • Selain itu, air yang mencukupi dapat menyingkirkan bahan perkumuhan yang tak diperlukan oleh badan anda. Lemak yang telah diuraikan juga disingkirkan melalui air kencing dan perpeluhan. 
6. Lakukan Aktiviti Fizikal/ Senaman Ringan
  •  Anda digalakkan untuk melakukan aktiviti fizikal yang ringan (30 minit) setiap hari untuk bakar kalori yang berlebihan dalam badan anda.
  • Cara yang paling mudah: Anda tahan nafas dalam-dalam (pada bahagian perut) selama yang mungkin, kemudian lepaskan semula. Lakukan sekurang-kurangnya 7 kali sehari. Aktiviti ini akan bantu mengempiskan perut anda.
  • Selain itu, apalah salahnya jika sekali- sekala anda menggunakan tangga jika office/ rumah anda tidak terlalu tinggi. Malah, anda juga boleh amalkan aktiviti ini di shopping mall. Sambil shopping, sambil kurus!
7. Pilih Program Diet/ Kuruskan Badan Yang Terbaik
  • Perhatian: Jangan sesekali membuang duit anda di slimming center. Anda jejakkan kaki sahaja ke dalam pejabat mereka, anda perlu bayar RM300 hanya untuk mendapatkan consultation/ khidmat nasihat mereka. 
  • Jika anda fikir mesin-mesin mereka boleh menguruskan badan anda, anda silap! Akhirnya, anda akan diberikan suatu jadual pemakanan yang sangat ketat sehinggakan salah satu menu anda adalah satu batang lobak untuk waktu petang!
  • Anda boleh rujuk blog saya untuk mendapatkan program diet yang benar-benar berkesan, semulajadi dan tidak membebankan. Malah, ia mengikut kesemua 8 cara mudah untuk kuruskan badan dengan berkesan.
8. Positifkan Diri Anda
  • Akhir sekali, anda buatkan satu target yang ingin anda capai seperti berapa berat yang ingin anda capai dalam jangka masa tertentu. Kemudian, disiplinkan diri anda untuk mengikut perancangan yang telah dibuat.
  • Timbang berat badan anda maksimum sekali sahaja dalam seminggu. Ini untuk mengelakkan anda kecewa jika tiada penurunan berlaku. Iyalah, anda takkan nampak kesannya dalam sehari!
  • Jika anda positifkan diri, anda akan menghasilkan result yang positif!
Semoga Berjaya!




kredit to : http://www.rahsiaslimdiet.com/2012/08/8-cara-mudah-kuruskan-badan-dengan-cepat.html






Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

5 comments:

  1. Salam. Very informative post. Let me share 1 video menarik berkaitan dengan topik diet ni. Ini slot dari program bual bicara ABCTV di USA. Just go and watch at http://tinyurl.com/kwuwuqu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Good info. Untuk kesan yang lebih padat, pemakanan yang betul juga memberi sumbagan besar. Ditambah dengan workout, perghh! Boleh ke blog saya untuk info-info kekal cantik dan slim-melim.

      >>> Kurus & Sihat Semula Jadi!<<<

      Delete
  2. Salam. Saya setuju dengan cadangan minum air kosong 8 gelas sehari. Ada yang pernah cakap, minum air kosong ni hanya akan kembungkan perut tapi sebenarnya tak. Ia membantu membuang lemak melalui najis. Nak tolong tambah lagi cara untuk kuruskan badan dengan berkesan iaitu dengan membersihkan usus sebelum start diet. Cara ni di suggest oleh united state diet yang popular iaitu fat loss factor. harga program 47usd. pernah ikut program ni dan mmg berat turun dengan banyak. Lepas tu terjumpa satu program yang lebih kurang sama. Harga rm37. Nyesal plak gi beli sampai 47usd. Tapi overall, suggestion yang diberikan dalam blog ni memang bagus. Kalau nak tengok program yang saya maksudkan tu, boleh klik link ni.

    http://bit.ly/unitedstatediet

    ReplyDelete
  3. perkongsian yg menarik tips kurus badan. Yaya selalu positifkan diri untuk dapat hasil yang baik.. cuma nak minumm air tu banyak-banyak tapi tak selesa sebab buang air banyak

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...