Solat Apabila Terjaga Daripada Tidur Malam. Sebaik - Baiknya 1/3 Malam Yang Terakhir Iaitu Dalam Lingkungan Jam 3 @ 4 Pagi. Bagi Yang Terlepas Waktu Tersebut Masih Boleh Solat Tahajjud Kerana Solat Ini Boleh Di Lakukan Sebelum Masuk Waktu Solat Subuh.
Di Antara Fadhilat Solat Tahajjud:
- Mendapat Pengawasan Allah Dan Menampakkan Kesan Ketaatan Di Wajahnya. - Di Kasihi Oleh Para Ahli Ibadah Dan Orang Mukmin. - Percakapannya Menjadi Hikmah Dan Bijaksana. - Di Mudahkan Hisab Ke Atasnya. - Mendapat Catatan Amal Dari Tangan Kanan.
*Jumlah Rakaat Sekurang - Kurangnya 2 Rakaat.
Lafaz Niat Solat Tahajjud:
"Sahaja Aku Sembahyang Sunnat Tahajjud Dua Rakaat Kerana Allah Ta’ala."
Doa Selepas Solat Tahajjud:
“Ya Allah. Bagi-Mu Segala Puji. Engkau Penegak Langit Dan Bumi Dan
Segala Isinya. Bagi-Mulah Segala Puji. Bagi-Mu Kerajaan Langit Dan Bumi
Serta Isinya. Dan Bagi-Mulah Segala Puji Cahaya Bagi Langit Dan Bumi.
Engkaulah Yang Hak Dan Janji-Mu Adalah Hak Dan Syurga Adalah Hak Dan
Neraka Adalah Hak Dan Nabi - Nabi Itu Adalah Hak Dan Nabi Muhammad S.A.W
Adalah Hak Dan Saat Hari Kiamat Itu Adalah Hak. Ya Allah. Kepada-Mulah
Kami Berhukum. Ampunilah Kami Atas Kesalahan Yang Sudah Kami Lakukan Dan
Yang Belum Kami Lakukan Baik Yang Kami Sembunyikan Mahu Pun Yang Kami
Nyatakan. Engkaulah Tuhan Yang Terdahulu Dan Tuhan Yang Terakhir. Tiada
Tuhan Melainkan Engkau. Tiada Daya Dan Kekuatan Melainkan Dengan Allah."
No comments:
Post a Comment