Rumah tangga anda ada masalah jika ia mempunyai tujuh petanda
berikut:
1. Anda rasa sangat susah untuk memaafkan pasangan anda. Anda
rasa susah kerana anda semakin hilang rasa sayang pada pasangan anda. Perasaan
yang ada hanyalah perasaan negatif dan marah pada pasangan anda.
2. Anda mula berhenti berkongsi fikiran, perasaan, impian dan
bermacam perkara lagi dengan pasangan anda. Anda berhenti berkongsi kerana anda
tidak lagi percaya pasangan anda faham apa yang anda ingin kongsikan.
3. Anda dapati diri anda di pandang serong oleh pasangan anda
dan anda rasa tidak kisah jika kehilangan dia dalam hidup anda.
4. Anda mula cari alasan untuk tidak lagi meluangkan masa
bersama – sama dengan pasangan anda. Anda lebih utamakan perkara lain dari masa
untuk keluarga.
5. Anda mula bekerja lebih masa dan lakukan berbagai aktiviti
untuk menutup masalah dalam rumah tangga. Anda juga mula mencari kebahagian dan
ketenangan di luar rumah.
6. Anda tiada lagi niat untuk memberi rangsangan dan galakan
pada pasangan anda.
7. Anda mengelak apabila pasangan anda ajak berbincang.
Jika anda ada tujuh petanda di atas, anda perlu muhasabah
diri kerana anda sebenarnya menghampiri penceraian. Bercerai hanya akan jauhkan
diri anda dari kebahagiaan. Jika anda lihat pasangan anda mula berubah dan
mahukan anda, baik anda muhasabah diri dan terima dia kembali.
ShareThis Copy and Paste
- See more at: http://blogterbaikk.blogspot.com/2013/04/tujuh-petanda-rumah-tangga-anda-ada.html#sthash.ptC8NIx7.dpuf
No comments:
Post a Comment