Footer


*WANITA & ISLAM*WANITA & ISLAM*WANITA & ISLAM*

Cursor

SAHABAT WANITA ISLAM

Wednesday 5 November 2014

Perth Australia (Fremantle) Part 1

HARI KETIGA (24 OKTOBER 2014)

Pagi yang nyaman di Bandar Perth...

Sambil tunggu ibu & abah siap Zara memunggah dulu... :p
Dalam train
Selepas siap-siap pagi tu kami ke hentian keretapi. Kami naik keretapi dari Perth Town ke Fremantle. Bayaran yang dikenakan adalah 12 dollar utk 1 keluarga. Tiket ini adalah untuk pergi dan balik.

Perjalanan memakan masa dalam 40 minit. Sekejap jer terasa bila melihat pemandangan yang indah-indah  diluar dan di dalam.. Di dalam tu maksudnya lihat rakyat aussie nih cantik-cantik belaka. Ada mata kelabu la, biru, hijau n hazel... wahhh

Ini adalah laluan keretapi kami. Lihat laluan kaler biru ke Fremantle.
Suasana dalam train. Sopan jer duduk baca buku. Kami je yang bersembang ekekkek.

Sesampainya di Fremantle kami cari tempat makan dulu. Maklumlah pagi tak makan langsung sebab nak simpan perut untuk fish & Chip hihi... Kebetulan Zara pun tidur memang kami boleh makan dengan tenang, slowly dan kunyah bagi hadam ekekke...heaven betoi hihi...
Restoran yang kami cuba ni adalah:

Kailies Fish & Chip Restaurant.


Tengok tu kapal peronda baru nak datang
Sekarang dia dah sampai yeay...diaorang stop sebab nak lunch...agaknya lah hahaha
Ini la hidangan yang kami order. 12 dollar (Rm36)  dan 14 dollar (Rm42)
Ikan yang dihidangkan sememangnya sangat fresh dan manis. Masih terasa-rasa lagi kat lidah. Ni yang membuatkan saya rindu nak pergi sana lagi ehmmm....

Sejujurnya kami order sampai 2 set atas dasar tamak haloba. Sebenarnya tak habis pon hihi...

Close up sket hihihi.. meleleh air liur bila teringatkan ikan nih hihi

Sea Food & Chip 14 dollar yo...
Ni satu lagi Restoran Fish & Chip yang popular di Fremantle- Cicerello's

Museum Shipwreck Gallery

Lepas habis makan kami merayau-rayau dengan hala tujuan hihi... sambil mencari Wreck Gallery sambil tu kami menikmati keindahan Pekan Fremantle ni. Di Pekan Fremantle ni mereka masih lagi mengekalkan bangunan-bangunan lama. Nampak sangat klasik dan indah.

Inilah bangunan Museum shipwreck
Kedai cenderamata 
Pintu masuk ke Museum
Kapal lanun yang berusia ribuan tahun. Dalam nih juga ada rangka kelasi kapal.
Balik dari Museum shipwreck gallery, kami mencari Maritim Museum melalui peta yang dibekalkan. Layan dulu permandangan yang kami sempat snap sementara mencari Maritime Museum..





Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...