Footer


*WANITA & ISLAM*WANITA & ISLAM*WANITA & ISLAM*

Cursor

SAHABAT WANITA ISLAM

Thursday 12 June 2014

Jom Deco Rumah Part 3

Salam jumaat pembaca semua....

Kali ni eja nak sambung cerita deco-deco rumah part 3 rasanya hihihihi....
Rumah yang kami beli dengan harga yang boleh dikategorikan murah jugalah sebab banyak juga kerosakkan masa mula-mula dapat kat tangan kami. Rumah yang berumur 12 tahun masa kami beli 8 tahun lepas.. Eja dan mizie repair sikit-sikit ikut kemampuan kami. Jadi dalam masa 8 tahun kami menginap kami akan kongsi apa ubah suai yang telah kami buat pada syurga kecil kami ni.. untuk episod pertama ini saya  hanya akan kongsi gambar-gambar semasa proses baik pulih di lakukan. Hasilnya tunggu episod akan datang pula yer hihi...

Kalau nak baca episod sebelum- sebelum ini klik di sini  deco part 1 & deco part 2

 Ini adalah gambaran dari dalam selepas ditebuk hihi... bahagian depan buang habis. Sliding door yang dah berkarat dan rosak dibuka dan digantikan dengan tingkap gaya moden...moden la konon kan hihihi


Ini pula bahagian luar...abaikan En.mizi yg tinggi mengalah itu yer hihihihi.....


Ini pula setelah siap...amacam nampak moden ker.. ini adalah idea dari en. Mizi kita hihi


 Disebabkan rumah kami nih kecil dan comel kami hiaskan dinding bahagian luar nih dengan tile cenggini.. bagi nampak luas sebenarnya dan hasilnya memang rumah yang kecil molek nih nampak lebih luas..ok gambar sepenuhnya nanti dulu yer hihihi... kita kasi gambar yang comot-comot dulu...

Gambaran kedua selepas dicuci tapi masih belum siap lagi


Ok kita masuk bahagian dalam rumah pula. Ruang tamu eja ni panjang jadi kami buat jadikan 2 partition untuk asingkan ruang family dan ruang tamu. Jadi kami pasangkan tiang-tiang ni...
Idea eja copy dari gambar ini...


Cantik kan contoh gambar kayu partition yang eja google nih,,,idea dari gambar ni la...

Abaikan ketiak apek tu hihi...ini semasa proses memasang...

Ini baru siap separuh hihi... amacam?? ada sama tak mcm gambar contoh tu...


Nanti ada part 4 pulak... eja nak tunjukkan deco bilik air utama pula.... jangan lupa follow ya mana tau kot ada idea-idea yg boleh pembaca semua follow... da..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday 2 June 2014

Menu Cintaku - cuti sekolah

Menu cinta ibu n fath sempena cuti sekolah ni.... jeng jeng jeng hihihihi
Sebelum tu layan dulu lagu nih... lagu menu cintaku

(AT-RI)
Ayah.. terima kasih atas segala cintamu
Ibu.. terima kasih dengan menu cintamu

Kau berikan aku semua yang ku perlu
Kau pupuk diriku dengan tulus cintamu

Ayah.. terima kasih atas perhatianmu
Ibu.. terima kasih atas ikhlas cintamu

Bimbinglah diriku dengan kesabaranmu
Ajarkan diriku dengan tulus cintamu

Korus
Menu cintaku hari ini, hangat peluk kasihmu
Menu cintaku hari esok, perhatianmu
Menu cintaku hujung minggu, waktu denganmu
Menu cintaku selama-lamanya, kasih sayangmu

(Encik Mimpi)
Ayah dan ibu, tetaplah bersatu
Besarkan aku dengan cintamu
Ayah dan ibu, harungi bahteramu
Hingga ke akhir hujung usiamu

Ayah dan ibu berikan ku waktu
Agar dapatku membahagiakanmu



Projek menu cinta kami nih rumahku syurgaku hihihi
bahan-bahannya:
1. kotak oat choco yang nk dibuang..
2. kertas warna
3. gam
4. stepler

ikatkan kotak guna dawai supaya kuat dan ketat


selepas jadi kotak tebukkan lubang utk buat tingkap dan lekatkan kertas dinding hihi

inilah prototaip rumah kami...projek menu cintaku hihihi 

mula lekatkan rumput untuk hiasan

besar nanti boleh buat rumah sendiri yer..hihihi
touch up lagi yer sayang.. :)
ok bebeh siap dah rumah fath hihihihi.... buat masa ini rumah ini jer yg mampu ibu buatkan utk fath n ica hihii

Ibu sibuk bekerja... tapi ibu akan pastikan ibu punya masa utk ank-ank ibu...semoga membesar dengan ceria syg2 ibu fath, ica n zara...



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...