Footer


*WANITA & ISLAM*WANITA & ISLAM*WANITA & ISLAM*

Cursor

SAHABAT WANITA ISLAM

Thursday 25 August 2011

Jodoh adalah dari Allah

Cepat atau lambat jodoh seseorang itu bukan kita yang tentukan. Semuanya telah ditetapkan oleh Allah. Segalanya telah tertulis di Luh Mahfuz. Janganlah mempersoalkan mengapa, kenapa, bagaimana dan apa-apa sahaja lah.
tapi ingatlah, jodoh itu pasti ada. kalau tidak di dunia ini, pasti ada di akhirat, maka sama2 kita berusaha mendapatkan syurga, kerana di sana pastikan ada jua jodoh kita andai kita tak di takdir untuk berjodoh di dunia. wanita dan lelaki bujang yang masuk syurga akan dijodohkan sesama mereka supaya mereka tidak kesunyian di syurga.

Jika jawapan ini pun tidak mampu menenangkan hati kerana jodoh yang  dikejar ialah jodoh di dunia ini, maka satu saja pesan saya, selalulah berdoa, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, Dia pasti memakbulkan doa hambaNya yang bersungguh meminta. tapi jika anda merasakan doa anda masih tidak dimakbul Allah, pasti ada sebabnya ia berlaku, perbanyakkan amalan kita dan bebaskan diri dari dosa. 

InsyaAllah, semoga kita menemui jodoh yang selayaknya buat diri kita. amin.


Petikan nih saya ambil dari fesbuk kawan saya yang menerangkan mengapa dia masih belum lagi berumahtangga. Apa yang ditulisnya merupakan luahan hati yang pada saya sangat tepat dan menjawab semua persoalan yang ditanya.
"Jwpnku tntg p'kahwinan

Knp lmbt? =Krn Allah tahu ms yg t'baik utkku

Dah b'punya? =Ya.. krn setiap org telah ditetapkan jodoh masing²
......
Siapa? =Nanti Allah akn p'kenalkan kpdku...

Bila? =Bila kami dah dipertemukan.. InsyaAllah jemput dtg ke walimatul urusku nanti...

Jgnlah slalu b'tanya bila org tu nak kawen krn semua rahsia dia, t'letak di tgn Allah... Sampai ms Allah akn m'bongkarkannya..♥♥♥"
Apa yang ditulisnya merupakan luahan hati yang pada saya sangat tepat dan menjawab semua persoalan yang ditanya. Sebenarnya, jika saya sekalipun masih lagi belum berkahwin saya juga tentu risau. siapa yang akan jaga saya tua nanti, siapa akan teman saya dikala tua..macam-macam yang saya fikirkan tapi siapa kita nk menolak hukum Tuhan.Siapa kita nk menolak takdir Allah. Jika ada jodoh kita cepat atau lambat pasti akan ada..Buat sahabat-sabahat yang masih lagi belum bertemu jodoh saya doakan Allah permudahkan segala urusan kalian dan dipercepatkan.Jika tiada jodoh kalian didunia ini di syurga nanti pasti akan ada jodoh yang menanti. Pada yang sering bertanya tu cukuplah..jagalah perasaan sahabat kita....
Jadi kepada semua jangan ditanya mengapa si gadis masih lagi belum mahu berkahwin kerana semua itu adalah urusan Allah...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...