Suatu hari Ummu Salamah bertanya kepada Rasulullah SAW, “ Ya
Rasulullah SAW, jelaskan padaku huurun ‘inn?”
Jawab Nabi SAW: “Huurun sangat jelas putih dan hitam serta
bulat matanya. Bahkan bulu matanya
bagaikan sayap burung.”
Ummu Salamah: “Fihinna khairaatun hisaan?”
Rasulullah SAW: “Baik akhlak budi pekertinya dan cantik
wajahnya.”
Ummu Salamah: “Ka annahunna baidhum-maknuunun?”
Rasulullah SAW : “Halus kulitnya bagaikan putih telur yang
ada di dalam telur.”
Ummu Salamah: “Uruban atraaba?”
Rasulullah SAW : “ Mereka yang mati di dunia telah tua Bangka
dan tidak bergigi, kulit
yang keriput akan diciptakan Allah SWT menjadi gadis
cantik yang sangat
disayangi, dan semua sebaya usianya.”
Ummu Salamah: “Ya Rasulullah SAW, wanita di dunia lebih
afdhal ataukah bidadari?”
Rasulullah SAW: “Wanita di dunia lebih afdhal daripada
bidadari, kelebihannya yang di luar
daripada di dalam.
Ummu Salamah: “Mengapa demikian?”
Rasulullah SAW: “Kerana solat, puasa dan ibadah mereka
kepada Allah Azza wa Jalla. Allah Ta’ala
member mereka kecantikan dari nur di
wajahnya dan badannya bagaikan sutera
halus, putih kulit, berbaju hijau,
perhiasannya kuning berhiaskan permata,
sisirnya dari emas sambil bernyanyi, “Kamilah
yang kekal, tidak akan mati
selamanya, kami tetap ada tidak akan pergi untuk
selamanya, bahagialah orang
yang mendapatkan kami, dan kami untuknya.”
Ummu Salamah: “ Ya Rasulullah, seorang wanita yang kahwin
dua, tiga, empat kali
kemudian ia mati dan masuk syurga, suaminya pun masuk
syurga, ia bersama
yang mana?”
Rasulullah SAW : “Ia diberi hak memilih, kemudian ia memilih
yang terbaik akhlak dan budi
pekertinya. Dan berkata, “ Inilah yang terbaik
akhlaknya, maka kahwinkanlah
aku dengannya. : hai ummu Salamah, baik budi dan
akhlak itu telah memborong
keuntungan dunia dan akhirat”.
No comments:
Post a Comment