Footer


*WANITA & ISLAM*WANITA & ISLAM*WANITA & ISLAM*

Cursor

SAHABAT WANITA ISLAM

Sunday 20 May 2012

Terangkatnya Darjat Seorang Penyanyi.

Baru-baru ni saya terjumpa sebuah buku yang sangat menarik iaitu kisah wali-wali Allah. Tanpa fikir panjang terus beli.Disebabkan mata tak boleh nk lelap di tengah hari ahad ni. Saya taip dan salin untuk tatapan pembaca-pembaca sekalian...Bukan semua kisah saya nak paparkan.Hanya yang menarik sahaja.

Tajuk: Terangkatnya darjat seorang penyanyi.

Suatu ketika Al-Junaid sedang berada di sebuah masjid Jame' untuk tujuan beribadah. Tiba- tiba datang seorang lelaki masuk masjid itu dan terus bersembahyang dua rakaat, kemudian berdoa seperlunya. Lepas solat lelaki itu duduk di situ sambil kakinya dijulurkan ke hadapan. Setelah beberapa saat duduk, is datang menghampirinya. Merasa dirinya dipanggil, Al-Junaid bangun dari duduknya dan pergi kepada lelaki itu.

"Wahai Abul Qasim" kata lelaki itu menyebut nama panggilan Al-Junaid.
"Dari mana engkau tahu nama saya" kata Junaid dalam hatinya.Diperhatinya wajah lelaki itu sambil mengingat-ingat mungkin pernah berjumpa di suatu masa dahulu. Tidak juga. " Ah, lelaki itu tentu seorang yang kasy-syaf".

"Sudah hampir masanya aku akan menghadap Allah, menjumpai Kekasihku." katanya sebaik saja Al-Junaid mendekat padanya.

Al-Junaid bertambah hairan apabila ia menyebut tentang kematiannya. Tidak ada sesiapapun yang boleh menentukan hari kematiannya, tetapi lelaki ini sudah mengetahuinya terlebih dahulu.

"Jika aku mati sebentar lagi, kau uruskan jenazahku.Selepas itu aku minta tolong padamu agar menyempurnakan amanahku".

"Amanah apa itu?" tanya Al-Junaid.

"Nanti bila aku sudah mati dan dikebumikan, akan datang kepadamu seorang pemuda yang sekarang pekerjaannya sebagai penyanyi. Bila dia datang nanti, maka serahkan barang-barangku ini kepadanya yang berupa tongkat, jubah dan bekas air."

Pada mulanya Al-Junaid hairan mengapa barang-barang seorang wali Allah akan diwariskan kepada seorang penyanyi, tidak kepada orang lain yang lebih soleh.

"Tuan kan seorang wali Allah, mengapa barang-barang tuan mesti diserahkan kepada seorang penyanyi?: tanya Al- Junaid.

"Betul dia seorang penyanyi. tapi sebentar lagi Allah akan mengangkat darjatnya ke maqam yang tinggi menggantikan kedudukanku untuk berkhidmat kepada Allah semata."

Junaid tidak membantah lagi, kerana semua yang diucapkan oleh orang itu memang keluar dari hati nuraninya yang dikendalikan oleh Allah. Dia seorang wali, mengetahui siapa di antara hanba Allah yang akan dan telah jadi wali. Tiada beapa kemudian lelaki itu membetulkan letak badannya, memandang ke atas dan ketika pula nyawanya berpisah dari tubuh kasarnya. Al-Junaid segera memandikan, mengapankan, menyembahyangkan dan mengebumikannya.

Baru saja urusan pengkebumian dijalankan, tiba-tiba seorang pemuda lengkap dengan pakaiannya sebagai seorang artis datang kepada Al-Junaid. Berdasarkan kepada wasiat yang mati, Al-Junaid sudah mengagak bahawa itulah bakal wali Allah Abdal yang dimaksudkan.

"Betulkah tuan yang bernama Abul Qasim Al-Junaid?' tanya pemuda itu setelah memberikan salam.
"Ya betul," jawab Al-Junaid.
"Kalau begitu tuanlah yang memegang amanah seorang wali yang baru meninggal dunia itu. Mana barang-barang itu sekarang?"
"Kau ini siapa?"
"Saya seorang penyanyi dari Mesir."
"Kau kan seorang penyanyi, lagipun tinggal di Mesir jauh dari sini. Dari mana kau mengetahui itu semua?"

Si penyanyi menerangkan bahawa ketika dia sedang menyanyi dalam suatu majlis makan-makan dan minum yang sedang dianjurkan oleh Bani Fulan, tiba-tiba terdengar suatu bunyi hentakkan kuat. Di dalam hentakkan itu ada suara yang ditujukan kepadanya: " Pergilah engkau sekarang juga kepada orang yang bernama Al-Junaid." dan barang-barang warisan wali Allah yang perlu dituntut daripadanya. "Engkau telah ditugaskan mengantikan Fulan sebagai wali Abdal," kata pemuda itu meniru suara yang didengarnya ketika menyanyi.

Setelah mendengarkan itu semua. Al-Juanid menyerahkan barang-barang yang diamanahkan kepadanya dengan perasaan terharu. Si pemuda menerima barang utu dan dibelek-beleknya untuk memastikan kebenarannya.

Ketika itu juga dia menanggalkan baju artis yang sedang dipakainya dan pergi mandi. Lepas itu dipakainya jubah sufi yang kasar tadi, kemudian dicapainya tongkat sementara tangan kirinya menjinjing rikwah atau bekas air yang biasa dipakai oleh orang sufi. Setelah mengucapkan salam kepada Al-Junaid, iapun pergi menuju ke arah Syam. Radiallahu anh.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...