* no akaun tidak disertakan dalam artikel... siapa ada maklumat boleh la share
JENGKA – Keluarga seorang bayi berusia
empat bulan yang didapati menghidap jantung berlubang dan salur darah
sempit, memerlukan wang tambahan untuk menampung kos rawatan serta
pembedahan untuk kali kedua.
Bayi itu, Muhammad Haidar Hisamudin kini
ditempatkan di unit rawatan rapi pediatrik (PICU) Institut Jantung
Negara (IJN), Kuala Lumpur kerana baru sahaja menjalani pembedahan
menelan kos sebanyak RM50,000, kelmarin.
Ibunya, Juniza Johari, 28, berkata,
anaknya pada asalnya dijangka menjalani sekali sahaja pembedahan, namun
doktor memutuskan untuk membuat dua kali pada saat akhir.
“Anak saya dikatakan mempunyai tiga
lubang di jantung dan saluran darah sempit. Keadaan itu mungkin
menyebabkan dia memerlukan dua kali pembedahan. Pembedahan kali pertama
berjaya dilakukan semalam (kelmarin), namun pembedahan kedua belum
diketahui tarikhnya lagi.
“Sekali pembedahan menelan kos RM50,000.
Pembedahan kedua masih belum diketahui kos pembedahannya lagi. Kos
pembedahan pula tidak termasuk bayaran selama tinggal dalam wad,”
katanya.
Juniza berkata, anaknya disahkan
menghidap penyakit itu pada 24 September lalu dan ditahan di wad
Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh.
Menurutnya, pada 23 Oktober lalu, Muhammad Haidar dipindahkan ke IJN dan kini anaknya berada di wad hampir dua bulan.
“Keluarga saya dan suami (Hisamudin
Mohamed) banyak membantu untuk menampung kos pembedahan pertama. Tanpa
keluarga, saya tidak tahu di mana hendak mencari wang. Namun, saya masih
memerlukan kos tambahan untuk pembedahan kedua.
“Suami cuma bekerja sebagai pembantu
tukang masak dengan pendapatan RM700 sebulan. Jumlah itu tidak cukup
untuk menampung kos rawatan anak kami,” katanya.
Juniza mengatakan dia masih belum
mengetahui jumlah sebenar kos pembedahan tersebut dan menganggarkan ia
mungkin menelan belanja sehingga RM50,000 atau lebih.
Difahamkan, Juniza sekeluarga baru
sahaja dua minggu pulang ke Pahang sebelum anaknya dimasukkan ke wad dan
kini dikatakan menumpang di rumah mentuanya di Felda Ulu Jempol. - Sinar Harian Online
No comments:
Post a Comment