Dulu masa bujang eja memang jenis kaki gym.. sanggup sorang-sorang lepak gym ngn abang badan ketul2 yg gagah tapi baik hati.. diaorang la yang bagi semangat untuk eja teruskan bersenam untuk dapatkan badan yang ideal.. tetapi memang puas hati sangat- sangat sebab dapat postur badan yang diimpikan.. Tapi sekarang nih macam dah tinggal kenangan jer..sejak kahwin nih masa memang tak cukup.. dengan masalah sapa nak jaga anak time kita nak pergi gym pon satu masalah.. tetiba terdetik dalam hati kecil yang berjiwa kental nih (cewahh) aku memang kena lakukan sesuatu sebelum berat badan nih bertambah parah...caranya dengan bersenam...ubat diet....oh tidak....!!! aku takkan bunuh diri...huhuhu...
Cara pertama yang eja survey adalah dengan menggunakan bola pilates.. usha gambar dulu pada yang tak pernah tau atau tengok yer..rasanya ramai yang tau... :)
dikenali sebagai bola pilates,bola sukan, bola kestabilan, bola terapi, bola yoga dll |
Pernah ter'usha' bola nih dalam bilik tetamu..hihi... Mr. Zafran beli la kot takkan En. fath kot kan...okey kita tunggu Mr.Zafran buka mulut dulu suruh isterinya nih gunakan yer.. sebab bolanya masih kemek lagi...
boleh ke buat macam brader nih |
Okey kita study sket tentang kebaikkan menggunakan bola nih yer....
Membuang lemak paha.
Baring di atas bola, badan tegakkan ke hadapan lalu angkat satu kaki di atas bola - langkah ini untuk merenggangkan otot kaki.Membuang lemak di perut
Tolak badan ke hadapan, angkat dada, luruskan kaki dan angkat tangan ke paras telinga
Menguatkan otot di kaki
Baring di lantai, letakkan bola di celah kaki dan angkat manakala tangan lurus di sisi
Tekan Tubi - baik untuk mengempiskan perut
Letakkan bola di atas lantai. Letakkan kaki di atas bola, letakkan tangan di kepala dan angkat kepala dan bahu ke paras dada - membakar lemak di bahagian bawah perut - cruches abdormal
Regangan - Otot belakang badan sesuai untuk mengatasi masalah sakit belakang
Masih dalam kedudukan sama, kaki luruskan dan letakkan di atas bola. Tangan letak di sisi dan angkat dada dan badan lurus
Regangan sisi
Menguatkan otot paha, kaki, pinggang dan sisi badan
Ulangi langkah sama tetapi kali ini angkat sebelah kaki dan bengkokkan. Tangan kanan angkat buat bentuk L manakala tangan kiri masih memegang bola
FAKTA: Bola senaman
Diperoleh dalam empat saiz utama: 85 sentimeter (sm), 95 sm, 105 sm dan 120 sm. Diameternya 35 hingga 85 sentimeter
Dijual bersama jadual senaman dan beg
Asalnya digunakan sebagai peralatan untuk terapi anggota bagi kanak-kanak yang menghadapi masalah lemah anggota
Dikenali sebagai Swiss ball sempena negara pengeluarannya atau bola keseimbangan, bola kecergasan, bola badan, bola pilates, bola sukan, bola kestabilan, bola terapi, bola yoga, birth ball, gym ball, physioball atau swedish ball
Diperbuat daripada PVC lembut dan elastik dengan diameter 35 hingga 85 sentimeter
Harga bola antara RM60 hingga RM150
Sumber nih di copy dari blog anizyn.blogspot.com kredit utk you...tq
No comments:
Post a Comment