Footer


*WANITA & ISLAM*WANITA & ISLAM*WANITA & ISLAM*

Cursor

SAHABAT WANITA ISLAM

Thursday 28 March 2013

Umrah Part 8: Peristiwa Menarik di Mekah

Kali ini eja nak ceritakan peristiwa-peristiwa menarik sepanjang eja berada di Mekah. Salah satu peristiwa menarik yang eja alami sendiri adalah semasa tawaf sunat terdetik dalam hati ini nak melihat sesuatu yang pelik, sebabnya sepanjang eja berada di Mekah tiada suatu perkara aneh dan pelik yang eja lihat seperti yang selalu jemaah-jemaah cerita.

Biasanya apa sahaja yang kita doa dan terniat sekejap sahaja Allah akan tunaikan dan tunjuk. Pada keesokkan harinya selepas solat maghrib di masjidil haram di tingkat 1 bangunan masjid. Semasa jemaah berpusu-pusu untuk keluar, (biasanya jalan utk keluar orang terlalu sesak dan tiada yang boleh jalan 2 hala). eja ternampak seorang lelaki berjubah putih dan memakai serban putih...mukanya sangat hensem atau genteng dalam bahasa indonesia hihi... eja pandang tak berkelip dan terpancul di mulut subhanallah...orangnya berambut lurus dan panjang takat bahu. 5 minit kemudian, pemuda tersebut lalu buat kali kedua. Pada permulaannya eja ingatkan biasalah kalau terlihat lelaki hensem..tapi bila dia lalu buat kali kedua maksudnya 'Dia' ingin menunjukkan kebesarannya.eja tk pasti itu manusia ataupun apa.. subhanallah.........

Yang kedua, semasa berjalan pergi dan balik ke masjidil harram terutama pada waktu solat subuh atau maghrib sentiasa ada orang-orang meniaga di tepi-tepi jalan... mereka akan lari jika ada polis yang kejar..kebetulan terdetik dalam hati eja, nih kalau tengah pegang barang kalau peniaga tu lari apa la nak buat dengan barang-barang orang nih... Kebetulan 2 hari selepas itu, selepas balik solat subuh di masjidil harram. eja saja singgah-singgah kat gerai tepi jalan ni..eja pegang jubah kanak-kanak 2 helai. Sedang belek-belek jubah tu eja tanya berapa?? si penjual menjawab 10 riyal 1... ok 20 riyal la 2 baju nih.... baru pikir-pikir nak beli ke tak..penjual tu terus lari bawak barang-barang dia... baju kat tangan eja nih dia tak amik pon... Eja kejar dia nak bagi baju nih..tapi sekejap je dah hilang...

Dalam perjalanan balik ke hotel eja fikir, apa aku nak buat dengan baju nih...si penjual ada 3 orang perempuan memakai niqab..muka memang tak nampak.. Selepas berfikir panjang dan berbincang dengan suami..baru teringat eja pernah berfikir macam mana nak buat kalau baju ni kat tangan kita tapi kita tatau macam mana nak pulangkan.Jadi Allah nak kita cari jawapannya sendiri. Apa yang kita nak buat... hasil dari perbincangan dengan suami...Suami bertanya pada ustaz mutawwif andalusia.. dan ustaz berkata harga baju kedua-duanya 20 riyal.jadi kena beli quran pada harga 20 riyal atau lebih kemudian wakafkan di masjid. Jadi pahala berterusan akan dapat pada si pemunya baju dan kita terlepas dari masalah tersebut...
Wah panjang lebar eja bercerita kan...hihi

Nasihat Eja kepada bakal-bakal jemaah semua...Eja doakan kepada pembaca-pembaca blog eja nih akan menjadi jemaah-jemaah umrah atau haji seterusnya..aamiin... Sebelum kita hendak ke Mekah, kita perlulah betulkan niat kita..biar kita ke sana semata-mata kerana Allah bukan kerana hendak menunjuk-nunjuk atau kerana mengikut orang...bila niat kita betul in sha Allah akan mudahkan segala urusan kita.. Sebelum kesana siapkan diri dengan segala solat sunat taubat dan hajat.. settlekan segala hutang-hutang kita (kecuali rumah dan kereta iaitu hutang bulanan). Minta maaf pada orang yang pernah kita sakiti sebab perjalanan kita ke Mekah ini adalah umpama perjalanan kita menuju kematian.. Ibaratnya jika kita nak mati tentulah kita settlekan setiap hutang-hutang kita...dan bekalan-bekalan yang secukupnya.

Malam tadi...khamis malam jumaat semasa tidur eja bermimpi dapat mengucup hajaratul aswad sepuas-puas hati. Semasa di Mekah jemaah terlalu ramai..dan di sekitar hajaratul aswad memang terlalu ramai sangat orang... sedangkan lelaki berkulit hitam yang tinggi tegap pun boleh menangis kerana ditolak ketika dia dah hampir sampai ke hajaratul aswad.Lagikan eja yang pendek nih. Semasa cuba berebut nak ke hajaratul aswad eja nampak perempuan-perempuan indonesia ada 2,3 orang berebut sama dengan lelaki.Siap memanjat dinding kaabah.Eja terfikir di mana maruah seorang perempuan yang lemah lembut. Selepas itu jemaah lelaki pula tolak menolak sampai bertumbuk pon ada. Eja dah rasa tak betul macam ini. Asalnya nak buat ibadat terus bergaduh... eja fikir xpelah takde rezeki aku nak cium dan sentuh hajaratul aswad. Lain kali ada rezeki boleh la datang lagi..kita beralah dengan orang lain in sha Allah nanti Allah akn bg juga kesempatan tu kat kita. Walaupun dalam mimpi eja rasa cium hajaratul aswad tu sangat real...ada eja sorang je mula2..dapat cium sepuas- puas hati...dapat pegang....tatau macam mana perasaan tu...lepas itu eja ternampak suami dan panggil dia kucup sekali.... ini semua dalam mimpi je tau..tapi ok la dr takde langsung hikhikhik....
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...