Footer


*WANITA & ISLAM*WANITA & ISLAM*WANITA & ISLAM*

Cursor

SAHABAT WANITA ISLAM

Wednesday 29 October 2014

Perth, Australia (Cervantes)

HARI PERTAMA ( 22 OKTOBER 2014 )

Selepas selesai melawat geng-geng kat Caversham Wildlife Park. Kami set gps untuk mencari satu-satunya kilang dan kedai roti n pai yang halal kat Perth nih.

DANISH PATISSERIE

Kami beli stok roti untuk 3,4 hari punya. Sambil tu lepak2 kat luar kedai nih sambil minum kopi n hot coklat panas..nyaman je rasa. Seronoknya travel sendiri nih kami tak perlu ikut orang, tak perlu nak rush. Memang santai dan ikut jer bila kami nak bertolak bila nak berhenti...betul- betul ikut suka hati. Jadi travel kali ni memang betul2 seronok.

ni la kilang roti halal n glamour kat Perth

Muka ada senyum..seronok tgk harga pai, roti kat situ.. sebab ibu yang nak belanja..kat sini je habis rm60. rotinya sikit je dpt ekekke...
Alamat kilang/kedai:
5 Dyer Road
Bassendean
Perth
Western Australia, 6054
Phone: +61 8 9376 9376
Fax: +61 8 9377 3744
Email:
info@danpat.com.au
Website :http://www.danpat.com.au/


CERVANTES


Dengan berpandukan map dan gps, kami bertolak ke Pekan kecil nelayan, Cervantes. Perjalanan memakan masa 4jam sejauh 350km.

Suasana jalanrayanya memang sunyi sebab takde sangat kereta yang lalu lalang. Berbekalkan doa dan tawakal kami pun bertolak.

Boss isi minyak dulu. Tgk muka dia senyum kamben sebab ada minah saleh ngah tlg ajar dia isi minyak haha....seronok kan...?? gatey

ok tadi dia boss sekarang dia pak supir saya.. standard la kan boss dok belakang...haha

Sepanjang perjalanan kami jarang buka air-cond. Kami buka je tingkap sebab nak rasa kesejukkan dan angin sepoi-sepoi bahasa...Suasana jalan dia macam cerita orang putih orang makan orang tu haha...seram kan... Gambar-gambar nih saya ambil dr dalam kereta jer...disebabkan malasan nak keluar.

ada orang sdg selfie... :p

hutan simpan dia pokok renek2 jer..dan berbunga cantik..
nampak tak bayang-bayang kat gambar nih...hihi saya tangkap dr dlm kereta jer..pergi jauh2 tapi malas nk keluar kan.. busuk punya orang hihihi...
nampak tak kincir angin tu...
Kalau korang biasa main permainan kad Donkey masa kecik2 dulu. Pemandangan sepanjang perjalanan kami nih memang semuanya ada dalam kad tu..

refresh balik ehh...ni la kad donkey tu...semua dlm kad tu semuanya kami dh jumpe...(kembang idong)- gambar nih ambil dr google
Akhirnya, berbekalkan keseronokkan dan keterujaan kami pun sampai di Cervantes Lodge Resort. Dengan suhu sejuknya sampai krem kaki hihi....dari luar tingkap kami nampak kangaroo main nyorok2 pulak hahaha....
Bilik kami di 'Cervantes Lodge Resort' bahagian kiri ada 1 katil 2 tingkat. tak guna pun.
Address:  91 Seville Street, 6511 Cervantes, Australia.
rumah-rumah kampung di Cervantes


Zara asyik tidur jer hihi


Ini bangunan St John ambulance


red rooster nih kedai tak halal pon tapi tempat famous orang melepak sebab dia ada stesyen minyak n kedai makan fish n chip... pig n chip pon ada hihi

Suasana malam kat sini sangat sunyi. Lampu jalan pon takde. Kalau pembaca semua berhajat nak kesini dari bandar Perth sila bertolak paling lewat jam 2 petang. Jika drive waktu malam.. peratusan nak eksident tu tinggi sebab gelap dan kangaroo akan melintas bila-bila masa. Jadi bila di negara orang sila amalkan sikap berhati- hati yer..

Sekian ceritera hari pertama kami di bandar Perth yang permai ni... :)












Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...