Footer


*WANITA & ISLAM*WANITA & ISLAM*WANITA & ISLAM*

Cursor

SAHABAT WANITA ISLAM

Wednesday 29 October 2014

Perth, Australia (Caversham Wildlife Park)


HARI PERTAMA ( 22 OKTOBER 2014)

Penerbangan kami dari KLIA2 pada jam 12.00am dan sampai di Perth airport pada jam 5.00am. Perjalanan mengambil masa dalam 5jam. Untuk pengetahuan semua waktu di Perth dan Malaysia adalah sama. jadi takde masalah nak adjust jam, waktu tidur dan sebagainya.

Sampai sahaja di Perth selepas ambil beg dan urusan imigresen. Kami terus beli simcard phone vodaphone. Harganya 30 dollar (rm90) dalam tu ada 1gb data untuk internet. Tu sebabnya laju je en.mizi menghapdet gambau-gambau dia ambil melalui dslr note 2 dia hahhaha...takpe yang penting gambar cantik kan?

Nak solat kat airport takde masalah... sebelum keluar ke tempat menunggu teksi dan bas ada tempat solat tapi campur lelaki dan perempuan. pandai2 la ikut giliran kan.

luar airport dah...masa ni bercakap mulut berasap-asap hihi...
Dari sini kami terus ambil teksi dan tempat pertama yang dituju adalah Aries Car Rental kepunyaan cina Malaysia. Harga teksi mengikut meter 40 dollar (Rm120). Teksi kat sini korang jangan risau. Diaorang memang jujur takde nak menipu. Setiap teksi memang ada gps dan meter. rate teksi malam dan siang sama jer.

Sebelum ni kami baca dalam blog-blog ramai yang kata owner nih baik lah..peramah lah. Indah khabar dari rupa la kan...maybe dah kaya jadi dia sombong dah kot...muka plak macam mintak penampau ahhaa... lain kali kami takmau la sewa kereta kat situ. Lain kali tu macam nak pergi lagi kan hihihi...
Aries Car Rental
Kereta kami...kerlass kan hihihi.. paling murah sewa la nih ahhaa

Selepas setel proses sewa kereta tu kami terus ke Caversham Wildlife Park.  Tiket dalam 22dolar (Rm66) seorang.

Sebelum saya cerita apa yang menarik kat Caversham nih...saya nak share dulu gambar-gambar yang sy sempat ambil kat sana.
Pintu masuk- Masa ni dah terasa sejuk-sejuk angin Australia..
Ibu dan Koala. kelihatan koala tu macam suka je kat saya... ( muntahlah tak kisah)

kat sini best sebab boleh bagi makan kat kanggaroo... bagi makan kfc boleh tak? hahha

Sedang ngorat ilama yang kekwat
Masa nih ngah tengok pertunjukkan Wombat & the Geng

Zara yang seronok kena layan 1st class ngan abah
mempersembahkan aksi terlampau dari kami haha..khas utk pembaca blog..gambar terpaksa dikecikkan hahha...

Kamben biri-biri yang sedang tunggu turn untuk mencukur

Apa yang menarik kat caversham Wildlife Park ni???

Berbanding dengan zoo kat Malaysia...kat Caversham ni keadaan zoonya tersangatlah bersih dan pelawat boleh masuk dalam kandang dan pegang haiwan secara langsung. Pelawat boleh bagi makan kat kangaroo. Kangaroonya plak pandai buat lawak...haha...yang tu saya menambah jer... ;P




Wombat
Antara haiwan yang unik ada kat Caversham ni adalah Wombat. Wombat nih comel sangat. Kerja dia membuta jer haha....

Wombat ni adalah haiwan marsupial berkaki pendek.
Spesies Wombat yang ada di Caversham adalah Southern Hairy-nosed Wombat / Lasiorhinus latifrons.


Koala Bear dan Mizi hihi
Ilama

Donkey @ Himal
Kangaroo Albino
Kangaroo Albino ini adalah spesis yang jarang dijumpai. Ia tiada beza dengan kangaroo normal kecuali pada warna kulit dan matanya Lazimnya ia seperti manusia albino juga. Berbeza pada warna kulit, warna mata, bulu dan kening,

Seluruh tubuh Kangaroo Albino ini berwarna putih, dan kadang-kadang biji matanya berwarna pink. Bezanya Kangaroo jenis ini agak sensitif terhadap cahaya matahari. Dan penglihatannya pun tidak setajam kangaroo normal.

di Molly Farm meyaksikan Farm Show

Farm show nih kami tak semoat nak masuk sebenarnya. dapat tgk dari tepi sebab lambat...lambat pon sebab sibuk nak kasi kangaroo makan..padahal kangaroo tu ada je tangan kan boleh suap sendiri haha...

Show nih tunjukkan cara memotong bulu biri-biri, pertandingan menyusu ank kambing. Biasanya depa bagi kanak-kanak yang susukan. Cara memerah susu lembu. Mizi dapatlah perah nenen lembu aritu. Saya tak sempat sedihnya....

### Secara keseluruhannya, dengan cuaca yang dingin, angin sepoi-sepoi bahasa, haiwan-haiwan yang jinak, penjaga2 haiwan yang mesra, taman-taman bunga yang mendamaikan. Zoo Caversham nih bolehlah di bagi  5 bintang hihi.Itupun kalau hatnya 5 bintang.Kalau ada 7 bintang..semua 7 sy kasi hihi...
Pembaca-pembaca semua kalau berkesempatan melancong ke Perth jangan abaikan tempat ni yer. masukkan dalam tentatif program jalan-jalan korang. Tempat ni antara tempat yang wajib singgah... :)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...