Footer


*WANITA & ISLAM*WANITA & ISLAM*WANITA & ISLAM*

Cursor

SAHABAT WANITA ISLAM

Wednesday 29 October 2014

Tips: Perth Australia

Salam semua....

Seperti yang dijanjikan untuk entry yg pertama ni saya akan berkongsi tentang jumlah perbelanjaan dan  maklumat berkaitan percutian saya dan suami ke Perth, Australia. Mungkin boleh dijadikan rujukan buat pembaca semua jika berkesempatan dan diizinkan Allah untuk menjejakkan kaki di bumi kangaroo.


Jumlah Perbelanjaan

   
Flight (air asia beli time promotion)
*Pergi dan balik  2 dewasa 1 baby: Rm1500
* Booking awal

Kereta sewa
* Airies Car Rental (milik lelaki cina malaysia)
* 1 hari: 75 dollar usd = Rm 225 (kalau banyak hari darab sendiri :) )
* Rate luar dari Perth 75 dollar
             dalam bandar perth lebih dr seminggu 25 dollar sehari
             dalam bandar Perth sehari 50 dollar

Cervantes lodge
* 1 malam : Rm367
* Ada 1 katil queen dan 3 katil single.

Hotel Criterion, Perth
* 3 malam Rm1100
* Jalan Hay street

 Caversham Wildlife park
* terletak di Whiteman's Park
* Harga tiket 22 dollar seorang = Rm 66

Fremantle
* 45 minit dari Bandar Perth
* Harga tiket untuk 1 falimy 12 dollar

Muzium Fremantle Shipwreck Gallery 
* Free
* Area Fremantle

Muzium Maritime:
Selepas diskaun : 5 dollar seorang = Rm15 (harga biasa 10 dollar)

Perth Mint 
Ikut tour 22 dollar seorang = Rm66. 
Tak ikut tour masuk free tapi bahagian kedai sahaja.

Muzium Western Australia
* Free
* Dalam Bandar Perth 

Pasaraya Big W ( nak beli corelle)
* Kalau dari Muzium Western Australia naik keretapi (Perth Railway Station)  2.90 ( dollar seorang)
* Ikut Madurah line turun di 'Esplanade'.
* Kemudian naik bas transperth bas nombor 39 dan turun di hentian 'Belmont Forum' : free
* Masa balik tunggu di bus stop bertentangan naik transperth nombor 39 juga turun di 'St George
   Terrace'. Harga tiket bas 5.90 dollar.

Kings Park
* Naik bas Green Cat di Harbour Town
* Masa balik: naik green cat dari Kings Park road turun di Harbour Town balik.
* Kemudian naik Yellow Cat ke 'William Street' ( Hotel Criterion Hay Street)



Jumlah perbelanjaan kami utk flight, sewa kereta dan hotel hanya Rm1758.50 seorang. Jumlah tersebut tidak termasuk tambang bas, train, makan dan shopping.
Ok harap entry ni membantu semua, terima kasih kat suami saya sebab dia punya ingatan yg kuat boleh ingat semua maklumat nih..salute!! hihi...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...