Footer


*WANITA & ISLAM*WANITA & ISLAM*WANITA & ISLAM*

Cursor

SAHABAT WANITA ISLAM

Thursday 12 June 2014

Jom Deco Rumah Part 3

Salam jumaat pembaca semua....

Kali ni eja nak sambung cerita deco-deco rumah part 3 rasanya hihihihi....
Rumah yang kami beli dengan harga yang boleh dikategorikan murah jugalah sebab banyak juga kerosakkan masa mula-mula dapat kat tangan kami. Rumah yang berumur 12 tahun masa kami beli 8 tahun lepas.. Eja dan mizie repair sikit-sikit ikut kemampuan kami. Jadi dalam masa 8 tahun kami menginap kami akan kongsi apa ubah suai yang telah kami buat pada syurga kecil kami ni.. untuk episod pertama ini saya  hanya akan kongsi gambar-gambar semasa proses baik pulih di lakukan. Hasilnya tunggu episod akan datang pula yer hihi...

Kalau nak baca episod sebelum- sebelum ini klik di sini  deco part 1 & deco part 2

 Ini adalah gambaran dari dalam selepas ditebuk hihi... bahagian depan buang habis. Sliding door yang dah berkarat dan rosak dibuka dan digantikan dengan tingkap gaya moden...moden la konon kan hihihi


Ini pula bahagian luar...abaikan En.mizi yg tinggi mengalah itu yer hihihihi.....


Ini pula setelah siap...amacam nampak moden ker.. ini adalah idea dari en. Mizi kita hihi


 Disebabkan rumah kami nih kecil dan comel kami hiaskan dinding bahagian luar nih dengan tile cenggini.. bagi nampak luas sebenarnya dan hasilnya memang rumah yang kecil molek nih nampak lebih luas..ok gambar sepenuhnya nanti dulu yer hihihi... kita kasi gambar yang comot-comot dulu...

Gambaran kedua selepas dicuci tapi masih belum siap lagi


Ok kita masuk bahagian dalam rumah pula. Ruang tamu eja ni panjang jadi kami buat jadikan 2 partition untuk asingkan ruang family dan ruang tamu. Jadi kami pasangkan tiang-tiang ni...
Idea eja copy dari gambar ini...


Cantik kan contoh gambar kayu partition yang eja google nih,,,idea dari gambar ni la...

Abaikan ketiak apek tu hihi...ini semasa proses memasang...

Ini baru siap separuh hihi... amacam?? ada sama tak mcm gambar contoh tu...


Nanti ada part 4 pulak... eja nak tunjukkan deco bilik air utama pula.... jangan lupa follow ya mana tau kot ada idea-idea yg boleh pembaca semua follow... da..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

3 comments:

  1. wah cantiknye rumah kak..bilele saya nak ade rumah sendiri...masih menyewa..singgah-singgah lah blok saya ye www.umainiahazmi.blospot.com

    ReplyDelete
  2. Kak..berape kos buat partition tu dan kat mane buat..?cantik..

    ReplyDelete
  3. Berapa kos buat partition tu ye

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...