HARI KETIGA (24 OKTOBER 2014)
Pagi yang nyaman di Bandar Perth...
|
Sambil tunggu ibu & abah siap Zara memunggah dulu... :p |
|
Dalam train |
Selepas siap-siap pagi tu kami ke hentian keretapi. Kami naik keretapi dari Perth Town ke Fremantle. Bayaran yang dikenakan adalah 12 dollar utk 1 keluarga. Tiket ini adalah untuk pergi dan balik.
Perjalanan memakan masa dalam 40 minit. Sekejap jer terasa bila melihat pemandangan yang indah-indah diluar dan di dalam.. Di dalam tu maksudnya lihat rakyat aussie nih cantik-cantik belaka. Ada mata kelabu la, biru, hijau n hazel... wahhh
|
Ini adalah laluan keretapi kami. Lihat laluan kaler biru ke Fremantle. |
|
Suasana dalam train. Sopan jer duduk baca buku. Kami je yang bersembang ekekkek. |
Sesampainya di Fremantle kami cari tempat makan dulu. Maklumlah pagi tak makan langsung sebab nak simpan perut untuk fish & Chip hihi... Kebetulan Zara pun tidur memang kami boleh makan dengan tenang, slowly dan kunyah bagi hadam ekekke...heaven betoi hihi...
Restoran yang kami cuba ni adalah:
Kailies Fish & Chip Restaurant.
|
Tengok tu kapal peronda baru nak datang |
|
Sekarang dia dah sampai yeay...diaorang stop sebab nak lunch...agaknya lah hahaha |
|
Ini la hidangan yang kami order. 12 dollar (Rm36) dan 14 dollar (Rm42) |
Ikan yang dihidangkan sememangnya sangat fresh dan manis. Masih terasa-rasa lagi kat lidah. Ni yang membuatkan saya rindu nak pergi sana lagi ehmmm....
Sejujurnya kami order sampai 2 set atas dasar tamak haloba. Sebenarnya tak habis pon hihi...
|
Close up sket hihihi.. meleleh air liur bila teringatkan ikan nih hihi |
|
Sea Food & Chip 14 dollar yo... |
|
Ni satu lagi Restoran Fish & Chip yang popular di Fremantle- Cicerello's |
Museum Shipwreck Gallery
Lepas habis makan kami merayau-rayau dengan hala tujuan hihi... sambil mencari Wreck Gallery sambil tu kami menikmati keindahan Pekan Fremantle ni. Di Pekan Fremantle ni mereka masih lagi mengekalkan bangunan-bangunan lama. Nampak sangat klasik dan indah.
|
Inilah bangunan Museum shipwreck |
|
Kedai cenderamata |
|
Pintu masuk ke Museum |
|
Kapal lanun yang berusia ribuan tahun. Dalam nih juga ada rangka kelasi kapal. |
Balik dari Museum shipwreck gallery, kami mencari Maritim Museum melalui peta yang dibekalkan. Layan dulu permandangan yang kami sempat snap sementara mencari Maritime Museum..