Footer


*WANITA & ISLAM*WANITA & ISLAM*WANITA & ISLAM*

Cursor

SAHABAT WANITA ISLAM

Thursday 28 March 2013

Umrah Part 8: Peristiwa Menarik di Mekah

Kali ini eja nak ceritakan peristiwa-peristiwa menarik sepanjang eja berada di Mekah. Salah satu peristiwa menarik yang eja alami sendiri adalah semasa tawaf sunat terdetik dalam hati ini nak melihat sesuatu yang pelik, sebabnya sepanjang eja berada di Mekah tiada suatu perkara aneh dan pelik yang eja lihat seperti yang selalu jemaah-jemaah cerita.

Biasanya apa sahaja yang kita doa dan terniat sekejap sahaja Allah akan tunaikan dan tunjuk. Pada keesokkan harinya selepas solat maghrib di masjidil haram di tingkat 1 bangunan masjid. Semasa jemaah berpusu-pusu untuk keluar, (biasanya jalan utk keluar orang terlalu sesak dan tiada yang boleh jalan 2 hala). eja ternampak seorang lelaki berjubah putih dan memakai serban putih...mukanya sangat hensem atau genteng dalam bahasa indonesia hihi... eja pandang tak berkelip dan terpancul di mulut subhanallah...orangnya berambut lurus dan panjang takat bahu. 5 minit kemudian, pemuda tersebut lalu buat kali kedua. Pada permulaannya eja ingatkan biasalah kalau terlihat lelaki hensem..tapi bila dia lalu buat kali kedua maksudnya 'Dia' ingin menunjukkan kebesarannya.eja tk pasti itu manusia ataupun apa.. subhanallah.........

Yang kedua, semasa berjalan pergi dan balik ke masjidil harram terutama pada waktu solat subuh atau maghrib sentiasa ada orang-orang meniaga di tepi-tepi jalan... mereka akan lari jika ada polis yang kejar..kebetulan terdetik dalam hati eja, nih kalau tengah pegang barang kalau peniaga tu lari apa la nak buat dengan barang-barang orang nih... Kebetulan 2 hari selepas itu, selepas balik solat subuh di masjidil harram. eja saja singgah-singgah kat gerai tepi jalan ni..eja pegang jubah kanak-kanak 2 helai. Sedang belek-belek jubah tu eja tanya berapa?? si penjual menjawab 10 riyal 1... ok 20 riyal la 2 baju nih.... baru pikir-pikir nak beli ke tak..penjual tu terus lari bawak barang-barang dia... baju kat tangan eja nih dia tak amik pon... Eja kejar dia nak bagi baju nih..tapi sekejap je dah hilang...

Dalam perjalanan balik ke hotel eja fikir, apa aku nak buat dengan baju nih...si penjual ada 3 orang perempuan memakai niqab..muka memang tak nampak.. Selepas berfikir panjang dan berbincang dengan suami..baru teringat eja pernah berfikir macam mana nak buat kalau baju ni kat tangan kita tapi kita tatau macam mana nak pulangkan.Jadi Allah nak kita cari jawapannya sendiri. Apa yang kita nak buat... hasil dari perbincangan dengan suami...Suami bertanya pada ustaz mutawwif andalusia.. dan ustaz berkata harga baju kedua-duanya 20 riyal.jadi kena beli quran pada harga 20 riyal atau lebih kemudian wakafkan di masjid. Jadi pahala berterusan akan dapat pada si pemunya baju dan kita terlepas dari masalah tersebut...
Wah panjang lebar eja bercerita kan...hihi

Nasihat Eja kepada bakal-bakal jemaah semua...Eja doakan kepada pembaca-pembaca blog eja nih akan menjadi jemaah-jemaah umrah atau haji seterusnya..aamiin... Sebelum kita hendak ke Mekah, kita perlulah betulkan niat kita..biar kita ke sana semata-mata kerana Allah bukan kerana hendak menunjuk-nunjuk atau kerana mengikut orang...bila niat kita betul in sha Allah akan mudahkan segala urusan kita.. Sebelum kesana siapkan diri dengan segala solat sunat taubat dan hajat.. settlekan segala hutang-hutang kita (kecuali rumah dan kereta iaitu hutang bulanan). Minta maaf pada orang yang pernah kita sakiti sebab perjalanan kita ke Mekah ini adalah umpama perjalanan kita menuju kematian.. Ibaratnya jika kita nak mati tentulah kita settlekan setiap hutang-hutang kita...dan bekalan-bekalan yang secukupnya.

Malam tadi...khamis malam jumaat semasa tidur eja bermimpi dapat mengucup hajaratul aswad sepuas-puas hati. Semasa di Mekah jemaah terlalu ramai..dan di sekitar hajaratul aswad memang terlalu ramai sangat orang... sedangkan lelaki berkulit hitam yang tinggi tegap pun boleh menangis kerana ditolak ketika dia dah hampir sampai ke hajaratul aswad.Lagikan eja yang pendek nih. Semasa cuba berebut nak ke hajaratul aswad eja nampak perempuan-perempuan indonesia ada 2,3 orang berebut sama dengan lelaki.Siap memanjat dinding kaabah.Eja terfikir di mana maruah seorang perempuan yang lemah lembut. Selepas itu jemaah lelaki pula tolak menolak sampai bertumbuk pon ada. Eja dah rasa tak betul macam ini. Asalnya nak buat ibadat terus bergaduh... eja fikir xpelah takde rezeki aku nak cium dan sentuh hajaratul aswad. Lain kali ada rezeki boleh la datang lagi..kita beralah dengan orang lain in sha Allah nanti Allah akn bg juga kesempatan tu kat kita. Walaupun dalam mimpi eja rasa cium hajaratul aswad tu sangat real...ada eja sorang je mula2..dapat cium sepuas- puas hati...dapat pegang....tatau macam mana perasaan tu...lepas itu eja ternampak suami dan panggil dia kucup sekali.... ini semua dalam mimpi je tau..tapi ok la dr takde langsung hikhikhik....
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Umrah Part 7: Kasih Seorang Anak

Assalammualaikum kepada semua pembaca blog wanita dan islam. Semoga sentiasa diberkati oleh Allah di dunia dan akhirat.. Selawat dan salam kepada nabi junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Topik pagi jumaat penghulu segala hari ni..eja nak buka topik kasih seorang anak.

Di Bumi Mekah dan Madinah ni apa yang eja nampak...ramai anak-anak yang majoritinya orang arab sangat menyayangi dan menjaga ibu bapa mereka sepenuh hati. Eja tak sempat nak snap picture tapi eja akan bagi contoh gambar.. Disana anak-anak terutama sekali anak lelaki akan mengendong ibu bapa mereka semasa menunaikan umrah samada masa saie dan tawaf. Boleh tak kamu semua bayangkan apa perasaan kita yang melihat ni... subhanallah... Kasih ibu membawa ke syurga..kasih ayah sepanjang masa.. kasih anak mendapat pahala... :)

Kalau kita mengendong ibu atau anak kita kata ustaz...kena 2 kali niat..contohnya semasa tawaf si anak kena buat 14 pusingan. & pusingan untuk dirinya 7 pusingan dan lagi 7 pusingan untuk ibu atau anaknya... tapi disarankan tolak guna wheelchair kerana boleh di niatkan sekali dan hanya perlu 7 pusingan sahaja.. Ini adalah apa yang disampaikan oleh ustaz mutawwif saya.. kalau salah tolong komen dan saya akan betulkan..terima kasih...

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Umrah Part 6 : Kisah doa si Anak

Suatu hari si anak berhajat ingin menunaikan umrah...hajatnya ingin membawa suami, ibu dan ayahnya bersama.. Satu tahun lamanya si ank telah planning sehabis baik untuk menunaikan hajatnya dan menunaikan hajat ibu bapanya...Selain itu si ank ini telah berkongsi duit bersama adik lelakinya untuk bayaran umrah kedua ibu bapanya tadi.. Bulan demi bulan dari bulan mac sehinggalah pada bulan december. Suatu musibah telah terjadi kepada keluarga ini. Ramai yang mengatakan ini adalah kifarah dosa-dosa yang lalu untuk si anak ini dan dia terima dengan redha akan hadiah yang berbentuk ujian dari Tuhan yang maha Agung...

Kemudian, si ayah tersayang telah jatuh sakit.. Segala kelengkapan umrahnya...bajunya, jubahnya pasport dan gambar visanya telah siap di buat... hanya ada 3 bulan lagi sebelum tarikh bertolak ke Madinah dan mekah.. Si ayah berkata kepada anaknya... " Abah tak mampu nak pergi umrah, abah sakit..". Si anak dan menantu masih lagi mencuba memujuk si ayah.. kami sanggup jaga abah.. jika itu bahagian kami kami akan jaga abah sungguh-sungguh.. Si ayah berkata.. " abah tak mampu, abah sakit, abah tak boleh jalan, abah muntah-muntah... nanti abah susahkan kamu semua". Kami menjawab.. in sha Allah kami cuba...

Tapi si ayah mengatakan..." abah tak lama lagi nak mati dah". Ya Allah.. hanya Engkau yang tahu betapa pilunya hati si anak ini tadi...dia sangat menyayangi si ayah sepenuh hatinya..dia bukanlah anak yg pandai mengambil hati si ayah dengan perkataan yang lemah lembut yang memujuk..kasih sayangnya kadang-kadang tidak nampak...cuma yang dia mampu berikan apa yg ayahnya minta..berikan kesenangan dan tidak berkira.

Si ayah terus sakit, dari boleh berjalan sambil dipapah.. si ayah hanya boleh duduk sahaja...dari duduk kemudian beliau baring sahaja.. Pada tanggal 26 febuari 2013 iaitu 2 minggu sebelum si anak ingin berangkat ke Makkah.. si ayah telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di samping anak lelakinya...

Semasa tempoh sebulan sebelum pemergiannya...si ayah ada menyuruh si anak perempuan ini mengurutnya..kebetulan hanya anak yg ini sahaja di rumah.. si ayah berpesan pada ank perempuannya... "abah dah bagi pelajaran pada kamu semua, makan minum yang cukup... abah hanya minta kamu semua doakan abah bila abah dah tiada"... si anak perempuan hanya mengangguk... dan kata si ayah lagi  " abah suka kalau anak-anak lelaki bersolat di masjid setiap waktu, nanti pesanlah pada ank2 lelaki abah"..  jawab anaknya "in sha Abah abah, saya akan sampaikan kepada mereka". dan katanya lagi... "kamu mempunyai suami yang boleh membimbing kamu ke arah agama dan Tuhan..jangan kamu tinggalkan dia..jagalah suami kamu elok2 sebab kamu banyak berubah sejak kahwin" jawab anak itu.. "alhamdulillah abah..."


Si Ayah juga telah meninggalkan wasiatnya.. " Abah telah ampunkan dosa2 dan kesalahan isteri abah dan anak-anak abah jika ada". Alhamdulillah..........

Tanggal 12 mac 2013 si anak pun berangkat ke Makkah hanya bersama suaminya sahaja.. si ibu dalam tempoh iddah... hajatnya tidak kesampaian..tetapi dia redha dan terima akan ujian yg telah Allah berikan padanya.. dalam perjalanan dari Jeddah ke madinah..si anak asyik teringatkan si ayah dan ibunya tadi dan dia mengalirkan air mata sepanjang perjalanan..

Semasa di Masjid nabawi si anak berdoa ingin melihat keadaan roh ayahnya...kerana terlalu rindu akan dia kepada ayahnya... Allah masih lagi tidak memakbulkan doanya... 5 hari berlalu dan si anak ingin ke Makkah untuk menunaikan umrah. Pada hari kedua umrahnya..si anak telah membuat badal umrah untuk arwah ayahnya...pada malamnya si ank telah membuat tawaf sunat 7 keliling dan hanya berdoa untuk setiap pusingan untuk melihat ayahnya..ampunkan segala doa ayahnya... lapangkan kuburnya...bukankan taman-taman syurga di kuburan ayahnya...juga meminta Allah terangi cahaya di dalam kubur ayahnya.. kerana si anak tahu..kehidupan di alam kubur sangat susah..sebaik mana pon si ayah walaupun solatnya cukup tetapi kita masih tidak tahu akan nasibnya di sana.....

Selepas tawaf sunat tersebut si anak membuat solat hajat...memohon kepada Tuhan yg Esa..."berilah aku melihat ayahku walaupun sekejap ya Allah..aku amat merindui ayahku.." Kemudian si anak tertidur di dalam masjidil harram... dalam tidur yg antara jaga dan tidur itu si anak melihat si ayah datang kepadanya dalam berpakaian ihram... tetapi cuma sekejap sahaja...seperti yg didoakan si anak..berilah walau sekejap...Tuhan itu maha Adil... walaupun sekejap sudah cukup bagi anak itu... si ayah berpakaian ihram.. wajahnya seperti waktu dia sihat...."

Si ayah dalam cerita ini adalah Allahyarham Ameerudin bin Abdul Ghani (26 feb 2013).. ayahanda kepada 8 orang anak.. 5 lelaki dan 3 perempuan... semoga anak-anak ini menjadi aset dan liabiliti kepada arwah....abangku, kakak-kakakku, adik-adikku...jika kamu sentiasa mendoakan kedua ibu bapamu... in sha Allah bila sampai waktumu anak-anakmu pula akan mendoakanMu.. Islam ini permulaannya adalah memberi kemudia baru menerima... apa yg kamu beri kamu akan terima kemudiannya.. janji Allah...jika kamu memberi 1 Aku akan membalas dengan 10 kemudiannya.... subhanallah...


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday 27 March 2013

Umrah Part 5 : My Niqab

ni niqab atau purdah pertama saya dan suami hihihihi.....jangan terpedaya yer...



terjadinya pemakaian niqab yg pertama nih sebenarnya suami saya yang cabar hihi...takpe kita jenis hati kering walaupun mula-mula fikir apa orang cakap nanti..sebenarnya orang tak heran pon hihii..kalau kat malaysia mungkin la depa heran hihi... yesss

dan seterusnya..semasa edisi ziarah atau lawatan ke lembah magnet... kawasannya panas dan berdebu sebab kawasan di area padang pasir. jadi eja pakai niqab untuk menghalang habuk dan cahaya matahari cium muka yg tak berapa nk gebus nih...Ziarah kalau kalau kat madinah maksudnya melawat makam nabi atau ke Raudhah...

ini pon semasa dalam van melalui kawasan lembah magnet

dalam masjidil haram....baru sampai..tudung pun senget benget...

waktu siang atau tengahari...ini rupa eja...niqab dan spec gelap...sebab rabun silau yang teruk...sebenarnya selesa pakai mcm nih...sebab orang takde pon nk tengok-tengok kita ke...org kata nk korek idung pon senang hahahha....

Di jabal Rahmah...kami baru mendoakan supaya Allah mengekalkan cinta dan kasih sayang di antara kami kekal di dunia dan akhirat..di kurniakan ank-anak yg soleh dan solehah... kami juga tidak lupa mendoakan kasih sayang dalam keluarga bagi adik beradik kami, sahabat handai kami dan juga ibu bapa kami... buat adik2 yg masih belum kahwin pon kami doakan jodoh yang terbaik untuk kalian....aammin... harap Allah mendengar doa2 kami...kerana Allah adalah Tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui........

Kami...(Ejamizie) di atas puncak jabal rahmah...suami mendoakan isteri aminkan... doa haruslah dibaca dengan kuat supaya isteri mendengar butiran-butiran doa tersebut ihihihihi.... kata ustaz..isteri jangan main amin jer doa suami...mana tau kot dia doa nk mintak kawen satu lagik hihihihihi....yess ustaz..mission complete....hihihi

Baru balik solat zuhur di Masjidil Haram....berhadapan dengan menara jam safwa tower....tempat kami melepak dan makan2...ada kisah saya di safwa tower ni..nanti saya akan cerita dan link sini utk episod akan datang....

Eja tukang ambil gambar akak2 indon..tapi gambar kami depa tak tolong ambil...jadi ambilla sendiri yer..org malaysia kan lemah lembut....org arab yg kata begitu.... semasa shopping..ada sorg arab nih tanya... are u malazy...  saya jwb yes i'm... kemudian dia kata.. i love malazy... malazy bagus... shopping 1 kalam ok... indonesia filipine... 1 kalam no.. 2 kalam and 3 kalam......... (maksudnya orang malaysia nih kalau shopping tak banyak mintak tawar mlainkan bangsa lain..kalau shopping tawar kaw2).. kemudian saya jwb... i'm filipine i want 3 kalam hahahahha...


Okey gambar niqab nih banyak kat kamera kawan saya azila..nanti saya akan update dan tambah kemudian..selamat membaca....jazakallahu khairan...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Umrah Part 4 : Makanan di Madinah dan Mekah

Assalammualaikum pembaca yang ganteng dan budiman semua..semoga Allah melimpahkan rahmat dan kasih sayangnya kepada kita semua.. Selawat dan salam kepada nabi junjungan kita Muhammad SAW..
Post untuk part 4 nih eja nak kongsi makanan-makanan yang terdapat di area Mekah dan Madinah. Di Madinah eja paling suka makan roti dan kari ayam.. pehh memang sedap mabeles hihihihi....
Bakso goyang lidah, terdapat di area Masjid Terapung Jeddah... semangkuk dan ada 3 ketul daging  harganya 5 Riyal.. kalau duit RM dalam RM 4.30
Ini pula ada layer fruit juice.. lapisan bawah jambu batu merah, kedua mango, ketiga yogurt susu, dan paling atas...warna hijau tu tak pasti...maybe honeydew rasanya... rasanya sangat-sangat manis...memang tak habis minum.. berkongsi berdua dengan Azila... harga 10 riyal= rm8.60
Ini adalah nasi mandhi talam...1 talam kongsi 5 orang... ada 2 ketul ayam dan 3 ekor ikan... seronok makan setalam nih...len kali kalau ada kenduri kat rumah boleh buat macam nih.....terasa silaturahim tu makin erat hihihi...sikit makan sama sikit...banyak makan sama banyak......
Inilah aiskrim Makkah yang sangat diminati para jemaah..terutama sekali jemaah dari Malaysia... ada 6 perisa campur-campur. Strawberi, honeydew, jambu merah, vanilla, coklat dan mango....

Ini model aiskrim Makkah....ya hanana..... dapat makan aiskrim nih..sehari 2x..balik malaysia sakit tekak hihihihi....Model yg cun sebelah kanan tu la Azila yang selalu disebut2 dan ditulis2 namanya oleh eja hikhik...

Kami juga model layer fruit juice....hihihihi

Fruit juice yg kiri tu kepunyaan Mr. Mizie Zafran... yang ini kurang manis dan sangat sedap..sepanjang di Makkah dah 3 cawan dia minum hihi...

Ini la roti arab dan kari ayam yang sangat sedap di Madinah...eja tak ingat harganya berapa...berbelas riyal juga rasanya...paling sedap karinya... boleh didapati dia gerai-gerai di luar masjid Nabawi....

Ini pula nasi mandhi ayam... kongsi berdua nih..kalau sorang mak-mak arab jer yg mampu habiskan hihihi...

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Umrah Part 3 - Kembara Mencari Tuhan

Assalammualaikum...

Madinah Al Munawarah

Sebelum tu eja nak kongsi gambar pas ataupun identiti kad untuk jemaah andalusia...hihihi...gambar nih juga gambar visa eja...

kita kena simpan niat untuk ke Mekah untuk menunaikan umrah dan haji...in sha Allah...hajat kita akan tercapai..berniat dan menabung yer..jangan lupa hihihi
Pada kad ni ada tulis nama hotel semasa kita di Madinah dan Mekah, siap dengan no telefon mutawwif lagi. In case kalau sesat boleh la tunjuk kat orang kad nih.. sebab ada kes di Madinah.. sepasang warga emas sesat..waktu tu nak masuk solat subuh.pakcik makcik ni dari hotel lain..sementara tunggu anak2 mereka kat lobby mereka merayau-rayau dulu sampai la kat hotel kami..kebetulan pada kad jemaah mereka nih cuma ada no phone mutawif sahaja..alamat hotel langsung takde... jadi al kisahnya nak jadi rezeki eja jaga makcik nih sementara solat subuh di masjid..kemudian bawa balik ke hotel semula dan serahkan pada mutawif untuk cari hotel penginapan mereka..

Lupa nak tnya nama makcik nih apa...tapi jangan risau di tanah suci ada sahaja orang yang akan bantu kita in sha Allah. Gambar hanya untuk kenang-kenangan..
Di tanah harram Makkah dan Madinah.. pergantungan kita hendaklah 100% hanya kepada Allah. Jangan terlalu risau pasangan kita ke mana atau risau mereka hilang...kita kena yakin penjagaan Allah adalah lebih baik in sha Allah...mudahlah urusan kita kat sana. Jika kita terlalu risau, Allah akan bagi kerisauan tu pada kita...

Semasa di Makkah eja janji dengan suami jumpe di tempat sekian-sekian..hampir 1 jam tak jumpa...selepas itu baru teringat, tadi...masa berjanji lupa nak cakap..."abang.. kita jumpa disini yer..insyaallah".... tapi kami cuma ckp..kita jumpa disini nanti. Lepas beristifar... eja ambil keputusan balik hotel terus...tengok2 cik abang kita best jer bertenet kat lobby hotel hihihihi... bila saya kata abg kenapa balik awal tak tunggu... katanya tak nampak la ja tunggu tadi...abg terus balik hotel....dan katanya... jangan risau kalau cari xde kita tunggu kat hotel..in sha allah ada...bergantunglah pada Allah...  --->  :) baiklah suamiku...

artikel sebelum klik disini
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Umrah Part 2 - Kembara Mencari Tuhan

Madinah al Munawarah

Rombongan umrah kami tiba di Lapangan Terbang Jeddah pada jam 11 malam waktu Malaysia...kami bertolak dari Malaysia pada jam 3 petang. Pertukaran waktu antara Arab Saudi- Malaysia dalam 5 jam lebih kurang..jika kat malaysia jam 11mlm..maksudnya kat arab saudi pukul 6 petang... Selepas itu kami terus menaiki bas ke Madinah Al Munawarah dalam 6 jam perjalanan...

Sesampai je kat Hotel Mubarak silver dalam jam 3 pagi waktu tempatan.. Kami tak tidur..cuma bersiap-siap dan mandi terus ke masjid Nabawi. Waktu subuh di Masjid Nabawi...


Dari Mubarak Silver Hotel ke Masjid Nabawi mengambil masa 5 minit lbh perjalanan... dekat sangat-sangat alhamdulillah...ini adalah view perjalanan ke Masjid Nabawi

Waktu solat subuh di Masjid nabawi..  gambar ehsan dari kamera Mizi :)
Lepas waktu subuh...kanopi atau payung di Masjid Nabawi di buka...
Walaupun baru 2 hari eja meninggalkan bumi berkah Makkah Al Munawarah...hati dah tersa rindu sangat-sangat...boleh pulak terdetik kat hati nak cari kerja dan menetap kat Madinah nih hihi...Kebetulan semasa di Makkah memang ada doa kalau ada rezeki nak jadi rakyat sana..hihihi...perasan kan...mana nak tau kot memang Allah dah tulis rezeki macam itu kan.. dapat jadi tukang cuci kat masjid nabawi pon ok dah..banyak pahala tu....

Maghrib di Masjidil Nabawi - gambar ehsan Mr. Mizi Zafran...
Eja, Mizie dan group umrah kami bermalam di Madinah selama 4 malam.... dalam 5 hari 4 malam nih..kami dapat masuk raudhah 2 kali jer...itu pon jenuh kena siku.. kena pijak kepala dan kena duduk kat kepala nih time solat kat Raudhah... tapi eja niat je dalam hati.. xpe Allah jaga...kena duduk kena pijak pon tak rasa sakit...sebab hati memang dah berbunga2 nak jumpa Rasululllah saw.... ( Allahumma solli ala saidina muhamamad.. waala alihi saidina muhamamad..).

Makam Nabi Muhammad SAW.  Gambar ni mizi yang ambil sebab lelaki jer boleh masuk hat nih...yang perempuan dapat disebalik tiang jer.. itu pon dapat rasa akan kehadiran Rasulullah junjungan kita nih...
kali pertama eja masuk ke raudhah di pandu oleh mutawif... kali kedua eja masuk sendiri dengan azila..lepas habis solat isyak dalam jam 8.30 malam.. kami tunggu turn..kul 12 baru dapat masuk.. eja dan azila gunakan peluang nih solat hajat dan solat taubat.. kami juga menyampai salam kepada Rasulullah sengan lafaz... Assalammualaika ya Rasulullah... ana Rose Asliza binti Ameerudin... saya perlukan syafaat darimu Rasulullah... selepas tu eja sampaikan salam yang dikirimkan oleh adk beradik saudara mara dan sahabat dari malaysia... cakap je bahasa arab campur bahasa melayu ihihihi...janji jangan senyap jer...sebab Rasulullah mendegar dan melihat kita... ada eja pernah terdengar..salah 1 mukjizat nabi adalah...penglihatan beliau adalah 360 darjah walaupun beliau sedang memandang ke depan tapi beliau dapat melihat apa yg dibelakangnya...subhanallah...

Artikel selepas klik disini
Artikel sebelum klik disini 
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Umrah Part 1 - Kembara mencari Tuhan

'Labbaika Allahu malabbaik, 
labbaika la syarikala kala baik,
Innal hamda walni'mata 
laka walmulk la syarikalakalak'

Aku sahut panggilanMu ya Allah!
Aku sahut, tidak ada sekutu bagiMu ya Allah Kami Sahut!
Segala pujian, nikmat dan kerajaan adalah kepunyaanMu ya Allah!
Tiada sekutu bagiMu


"Perjalanan kita ke Tanah Suci untuk mengerjakan ibadah Haji/Umrah ibarat perjalanan kita menuju Allah s.w.t....ibarat perjalanan kita menuju Akhirat...ibarat perjalanan kita menuju kematian ". - Imam Ghazali.

Semasa eja berhajat nak menunaikan umrah, idea tu datang tanpa dipengaruhi sesiapa. tetiba jer terasa nak pergi buat umrah di Makkah.. Bukan sebab tengok kawan pergi kita pun nak pergi... ilham tu datang dari Allah..Tetiba terdetik hati ni nak pergi dan eja terus bagitau pada suami...alhamdulillah kebetulan duit pon dah ada...maka bermulalah perjalanan kembara eja dan mizi...'Kembara mencari Tuhan'.. Perjalanan ini eja panggil kembara mencari Tuhan kerana memang eja pergi menunaikan umrah semata-mata kerana Allah...alhamdulillah... banyak cerita yang eja nak kongsi dengan pembaca-pembaca semua...eja akan menulis mengikut part-part sebab ceritanya panjang hihi...

Adik-adik yang setia menemani dan hantar akk dan abg mereka ke airport.. tq siti, aimy dan husney... berkat korang hantar kami semoga Allah luaskan pintu rezeki korang untuk ke mekah nanti...

Mak abah, mak bapak, anak-anakku, abang, kakak-kakak, adik-adik, kaum kerabat, saudara mara, sahabat handai... kami nak pergi dah...perjalanan kami perjalanan menuju ilahi...perjalanan kami perjalanan menuju Allah... kami tinggalkan kalian di sini atas jagaan dari Allah.. kami berserah segala-galanya kepada Allah. semoga apa kebaikan dan kesabaran yg kita lalui akan mendapat balasannya dari Allah.... labbaika allahu malabaik.........


Dalam flight (Saudi Airline) ...kami beribadat, bercinta dan honeymoon di Madinah n Makkah hihihiihi...
Artikel selepas klik disini

Memo umrah: 
Tarikh: 12/3/2013 sehingga 25/3/2013
Hotel di Madinah : Mubarak Silver Hotel...
Hotel di Makkah : Malak Ajyad Hotel    
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday 7 March 2013

Perjalanan menuju ilahi....Kaabah aku datang...


Gambar nih di ambil dari page facebook heliza helmi klik sini. Padatnya manusia di Mekah sekarang...Nampak macam musim haji... Tak sabarnya.... lagi 4 hari in sha Allah.... sampai la eja ke bumi berkah ni...semoga perjalanan kami diredhai Allah.

Kata imam ghazali, "Perjalanan kita ke Tanah Suci untuk mengerjakan ibadah Haji/Umrah ibarat perjalanan kita menuju Allah s.w.t....ibarat perjalanan kita menuju Akhirat...ibarat perjalanan kita menuju kematian ". 

Ini antara doa yang eja dapat kumpul dari facebook seorang kawan bakal mutawif kami nanti..

Doa bagi mereka yang pernah menjejakkan kami ke Tanah Harram...

"Ya Allah, jangan jadikan tawaf dan ziarah hambamu ini sebagai sebagai kali penghabisan di Baitullah, jika sekiranya di takdirkan menjadi yang terakhir maka hambamu pohon syurga sebagai gantinya dengan kemurahan rahmatmu wahai tuhan yg maha rahmat".Ya Allah hambamu ini terlalu ingin menunaikan haji/umrah bersama suami dan anak-anakku ya Allah.Aku memohon dengan rahmat dan kasih sayangmu kau jemputlah kami ya Allah (suami dan anak anakku) menjadi tetamumu Ya Allah..

Janji Allah Itu Pasti “Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina”.” (Surah al-Mu’min, 40: 60)


Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda :

Ertinya: Air Zamzam itu diminum mengikut apa yang diniatkan atau dikehendaki." (Diriwayatkan dari Jabir, lbnu Abbas, lbnu Umar dan Muawiyah)



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday 3 March 2013

Kepulangan abah tercinta ke rahmatullah

Assalammualaikum kepada para pembaca yang diredhai Allah sekalian..

Al Fatihah 3 oct 1953 (sabtu) hingga 26 feb 2013 (selasa)

Hari ini dah masuk 7 hari abah yang tersayang Ameerudin bin Abdul Ghani meninggalkan kami semua... Tanggal 26 febuari 2013 adalah satu tarikh yang sangat sedih bagi eja dan family. Kehilangan abah sangat kami rasai.. Doa kami harap abah tenang di alam yang asing bagi kita yang masih hidup..alam yang memisahkan yang hidup dengan yang mati... semoga abah ditempatkan dikalangan hamba-hamba Allah yang soleh dan diredhaiNya.

Pada tarikh ini 4 mac 2013..bermakna lg 8 hari eja dan suami akan ke mekah menunaikan umrah..Post sebelum ini eja ada bagitau abah tak dapat nak ikut berikutan masalah kesihatannya..Sekarang mak pula terpaksa tarik diri sebab mak sedang dalam tempoh iddah. Eja dan adik hazrul berniat bawa mak & arwah abh menunaikan umrah.tapi apakan daya..takdir dan qada qadar kami kena terima..bukan rezeki kami nk bawa mak abah ke sana..

Semoga abah beroleh pahala atas kebajikan yang telah abah lakukan di dunia.. Ya Allah ampunkanlah dosa-dosa abahku..terimalah dia dikalangan hamba-hambaMu yang soleh.. al Fatihah abah... sayang selamanya... abah sentiasa di hati ja...semoga kita berjumpa lagi di akhirat nanti....salam sayang...eja (4 mac 2013)

Dipusara abah......
Setiap yang hidup pasti akan merasai mati....masa kita akan tiba juga..apakah persediaan dan bekalan yang akan kita bawa bertemu Tuhan kita... Ya Allah kurniakan hidayah kepadaku peliharalah aku dari melakukan doa2 kecil mahupun besar.. jauhkanlah kami dari siksa kubur..api neraka dan malapetaka hari akhirat..... aamiin...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...