Footer


*WANITA & ISLAM*WANITA & ISLAM*WANITA & ISLAM*

Cursor

SAHABAT WANITA ISLAM

Showing posts with label Amalan harian. Show all posts
Showing posts with label Amalan harian. Show all posts

Tuesday, 10 September 2013

Wasiat Imam Syafie

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah,

beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut
ialah kandungan wasiat tersebut:

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat
persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL
PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI
NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA
SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha’ Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI S.A.W
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, 10 April 2013

Surah al kauthar...

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Perkara yg baik kita amalkan selalu. Sebar2kan kepada kekawan,tanpa perlu minta izin lagi untuk berkongsi.



credit to : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=246443018716816&set=a.246442872050164.77406.100000533591706&type=1&theater
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, 1 January 2013

Panduan Solat Tahajjud

Solat Apabila Terjaga Daripada Tidur Malam. Sebaik - Baiknya 1/3 Malam Yang Terakhir Iaitu Dalam Lingkungan Jam 3 @ 4 Pagi.
Bagi Yang Terlepas Waktu Tersebut Masih Boleh Solat Tahajjud Kerana Solat Ini Boleh Di Lakukan Sebelum Masuk Waktu Solat Subuh.

Di Antara Fadhilat Solat Tahajjud:

- Mendapat Pengawasan Allah Dan Menampakkan Kesan Ketaatan Di Wajahnya.
- Di Kasihi Oleh Para Ahli Ibadah Dan Orang Mukmin.
- Percakapannya Menjadi Hikmah Dan Bijaksana.
- Di Mudahkan Hisab Ke Atasnya.
- Mendapat Catatan Amal Dari Tangan Kanan.

*Jumlah Rakaat Sekurang - Kurangnya 2 Rakaat.

Lafaz Niat Solat Tahajjud:

"Sahaja Aku Sembahyang Sunnat Tahajjud Dua Rakaat Kerana Allah Ta’ala."

Doa Selepas Solat Tahajjud:

“Ya Allah. Bagi-Mu Segala Puji. Engkau Penegak Langit Dan Bumi Dan Segala Isinya. Bagi-Mulah Segala Puji. Bagi-Mu Kerajaan Langit Dan Bumi Serta Isinya. Dan Bagi-Mulah Segala Puji Cahaya Bagi Langit Dan Bumi. Engkaulah Yang Hak Dan Janji-Mu Adalah Hak Dan Syurga Adalah Hak Dan Neraka Adalah Hak Dan Nabi - Nabi Itu Adalah Hak Dan Nabi Muhammad S.A.W Adalah Hak Dan Saat Hari Kiamat Itu Adalah Hak. Ya Allah. Kepada-Mulah Kami Berhukum. Ampunilah Kami Atas Kesalahan Yang Sudah Kami Lakukan Dan Yang Belum Kami Lakukan Baik Yang Kami Sembunyikan Mahu Pun Yang Kami Nyatakan. Engkaulah Tuhan Yang Terdahulu Dan Tuhan Yang Terakhir. Tiada Tuhan Melainkan Engkau. Tiada Daya Dan Kekuatan Melainkan Dengan Allah."

Marilah Menunaikan Solat Sunat Tahajjud. :)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, 5 November 2012

Aku Yang Berdosa

Setiap manusia yang diciptakan oleh Allah tidak akan sempurna...kerana jika sempurna ia akan mengatasi sang pencipta... Subhanallah......

Ya Allah sejak habis Ramadhan yg lepas aku terasa banyak masa yang aku lalai terhadapmu.. banyak masa aku habis begitu sahaja..alhamdulillah tiba-tiba dugaan datang bertalu-talu...aku tersedar setiap dugaan yang Kau beri tidak lain hanyalah kerana Engkau rindu akan doa dan munajat dari hambaMu yang hina ini ya Allah...ampunkan aku kerana lalai dari mencintaiMu sepenuh hatiku...

Aku tersedar...jika aku masih mencintai dunia bagaimana aku mampu untuk mencintaiMu sepenuh hati...sesungguhnya aku rasa bersyukur Kau masih lagi percikkan hidayahMu padaku ya Allah...Syukurlah aku masih tersedar sebelum Engkau pisahkan aku dari dunia yang fana ini....Tuhanku bimbinglah aku agar aku sentiasa mendekatiMu..bimbinglah aku supaya tidak jauh dariMU.... Hatiku kini kuat mencintaiMu..jangan Kau tarik rasa cintaku ini ya Allah...

Sejauh mana
Langkah ku di sana
Aku melupakan Mu
Seluas mana
Kau beri padaku
Masih ku angkuh pada-Mu
Segalanya dusta
Gelap mengaburi ku
Ya Allah
Apa yang bisa
Ku tebus kepada-Mu
Atas dosaku
Ya Allah
Ku hina terasa
Biar ku bersujud
Untuk ke syurga-Mu
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, 26 July 2012

Kenali Sujud Sajdah @ Sujud Tilawah




 Selamat Bersahur Jom Kenali Sujud Sajdah atau Sujud Tilawah. Pagi Pagi Jumaat Solat Subuh di Masjid kebiasaan Imam membaca surah al sajdah.

Solat: Sujud Sajdah atau Sujud Tilawah

Ada satu lagi Sujud yg kita wajib tahu, iaitu Sujud Tilawah atau Sujud Sajdah. Sujud Tilawah adalah apabila kita membaca al-Quran atau kita mendegar al-Quran dibacakan, dan kita membaca atau ornag yg membaca al-Quran itu membaca ayat-ayat Sajdah, maka wajib kita Sujud sekali dan bacalah doanya, yg akan kita teliti nanti. Selain itu, ketika kita bersolat atau kita menjadi makmum dalam suatu solat, dan Imam membaca satu ayat Sajdah, maka Imam akan terus Sujud dan kita sebagai makmu ikut Imam Sujud dan bacalah Tasbih Sujud Sajdah itu. Di dalam al-Quran dijelaskan bahawa sesiapa yg membaca Ayat Sajdah atau mendengar Ayat Sajdah dibacakan, dia tidak Sujud maka dia dimurkai Allah (a.w).

Di bawah ini kita turunkan dua daripada beberapa banyak hadith menyebut tentang Sujud Sajdah. Sujud Sajdah ini hendaklah dibaca, bukan sahaja semasa bersolat tetapi juga semasa membaca al-Quran di luar solat:

Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Omar (r.a) berkata: ‘Kadang-kadang membaca Rasulallah (s.a.w) al-Quran, maka bertemu dengan ayat Sajdah, maka Sujud bersama kami sehinggakan berasak-asak kami di sisi beliau, sehingga tidak dapat salah seorang kami tempat untuk Sujud dalamnya’ (Sambung Abdullah Omar): ‘(Sujud) yang selain dari Sujud solat.’ [Hadith Muslim, Kitab Solat]

Di dalam hadith di atas diberitahu oleh Abdullah bin Omar (r.a) bahawa Rasulallah (s.a.w) membaca al-Quran dan, seperti biasa, para sahabat turut sama membaca, yakni belajar dengannya, maka pada suatu ketika Rasulallah (s.a.w) membaca ayat Sajdah, maka beliaupun Sujud, yakni, Sujud Tilawah. Dan, para sahabat juga Sujud. Dan disebabkan, terlalu ramai ketika itu, sampai ada sahabat yang tidak dapat meletakkan dahi mereka untuk Sujud, dan terpaksa Sujud di atas belakang sahabat yang lain. Di dalam hadith berikut, Abu Hurairah (r.a) memberitahu pula dua surah al-Quran yang ada terdapat ayat Sajdah, dan ketika membacanya, Rasulallah (s.a.w) membuat Sujud Tilawah.

Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata bahawasanya berkata: ‘Sujud Rasulallah (s.a.w) di dalam (Surah) ‘izas samaun syaqqat’ [Surah al-Insyiqaq] dan ‘iqrak bismi rababika’ [Surah al-‘Ala’] [Hadith Muslim, Kitab Solat]

Kedua-dua hadith ini merujuk kepada bacaan dalam solat. Ketetapannya adalah ketika membaca ayat Sajdah, hendaklah imam dan makmum terus Sujud sambil menyebut tasbihnya semasa Sujud (Allahu Akbar), dan ketika Sujud membaca kalimah khusus untuk Sujud Tilawah itu, dan kemudian bangkit semula dengan menyebut takbirnya (Allahu Akbar), dan teruskan membaca ayat-ayat berikutnya. Sila rujuk kalimah Doa Sajdah dalam Bab 9 Kitab ini. Apabila membaca al-Quran di luar solat, apabila bertemu dengan ayat Sajdah, hendaklah kita Sujud mengadap Qiblat dan membaca Doa Sajdah juga. [Nota: Sujud Tilawah atau Sujud Sajdah adalah melakukan satu Sujud sebagaimana Sujud bersolat apakala bertemu atau membaca ayat-ayat Sajdah dalam al-Quran. Hendaklah duduk seumpama duduk ketika Sujud, kemudian menyebut Takbir (i.e. Allahu Akbar) dan terus Sujud. Pastikan sebagaimana Sujud ketika solat, tujuh anggota Sujud berada di atas tempat Sujud].

Bacaan ketika Sujud Sajdah: 'Sajjada wajhiyalillazi khalaqahu, syaqqa sam'ahu wa-basarahu bi-haulihi wa-quatik atau mengikut sepotong hadith lain: 'Allahumma laka sajadtu, wa-bika amantu, wa-laka aslamtu. Anta rabbi. Sajjada wajhiyalillazi syaqqa sam'ahu wa-basarahu, tabarakkalahu ahsanul khaliqin'.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, 28 March 2012

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...