Footer


*WANITA & ISLAM*WANITA & ISLAM*WANITA & ISLAM*

Cursor

SAHABAT WANITA ISLAM

Showing posts with label Kisah Rasullullah. Show all posts
Showing posts with label Kisah Rasullullah. Show all posts

Monday, 17 December 2012

7 Sunnah Rasulullah...

Bila sesuatu artikel eja jumpa berkaitan dengan Rasul junjungan kira Nabi Muhammad SAW... hati jadi dub dab dub dab...terasa rindu...pantas airmata rasa nak mengalir...walaupun kita tidak bernah bersua ya Rasulullah...tapi hatiku sentiasa rindu...saratnya rasa hati ini...tak sabar nak bertemumu Rasulullah... insyaallah panjang umur dan diizinkan Allah SWT kita jumpa bulan mac nanti... :)

Jika sayangkan nabi rindukan nabi..cuba la sedaya upaya mengikuti 7 sunnah Rasulullah nih...

Pertamanya: Solat Tahajjud...
kerana kemuliaan seseorang mukmin terletak pada tahajjudnya. 
* Kadang-kadang kita secara tidak sengaja terjaga 2/3 malam..sebab anak nak susu la..nak terkucil la...rugi kan bila setel urusan kita tidur balik...malaikat dah gerak tu...solat la sekejap 2 rakaat jer...insyaallah eja memang sebelum ni malas nak buat tahajjud..boleh bangun g toilet terus tidur..alangkah ruginya aku...sekarang kuatkan hati...bila ada sesuatu bisik ngantuklah, ada berapa jam jer lagi nak tidur nih...cepat2 naik atas katil...tu tandanya iblis dah goncang...berpeluh-peluh dia sebab kita dah berjaga & teringat nak buat tahajjud.. Malaikat pula bisik..eja solat dulu 2 rakaat jer..len kali ai merajuk takmo gerak lagi baru tau...ohh tidak...terus patah balik amik wuduk...alhamdulillah setel..2 rakaat jer..alangkah manisnya selepas berjaya tepis, sepak godaan iblis tu....berjaya yeay...

Keduanya: Membaca Al- Quran.... sebelum terbit matahari. Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca al-quran terlebih dahulu dengan penuh pemahaman..
* adoihhh belum lagi yang ini...bulan puasa jer buat...selalu baca al-quran sebelum tutup mata (selepas maghrib & sebelum nak tidur). Takpe la pasnih cuba baca surah Al Ikhlas 3x boleh tak??? ( mata pusing2...)

Ketiganya: Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh...
Yang itu untuk lelaki lar...kita yang perempuan nih lebih afdal solat kat umh jer..

Keempatnya: Jaga Solat Dhuha
Kerana kunci rezeki terletak pada solat Dhuha..
* Yang nih masih boleh dibilang dengan jari...

Kelimanya : Jaga sedekah setiap hari
Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat selalu mendoakan kepada orang yang selalu bersedekah setiap hari.
* Alhamdulillah memang sentiasa amalkan yang ini...

Keenamnya: Jaga wudhu terus menerus.
Kerana Allah menyayangi hamba yang berwuduk.
* Takleh kekalkan wudhu sebab asik nk terkucil jek hikhik.. (malu :P)

Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat.
* Alhamdulillah sedang amalkan..


Adakah bermakna dengan amalkan sunah-sunah Rasulullah ni kita dijamin masuk syurga....insyaallah hihi..kerana masuk syurga tu bukan sebab apa-apa...tapi masuknya kita ke dalam syurga adalah kerana rahmat dari allah..pegang yang itu yer jagan tergelincir....bukan sebab kita solat 5 waktu cukup kita boleh masuk syurga...selama 500 tahun pon kita solat belum mampu lagi untuk membayar harga sebiji mata yang Allah SWT kurniakan...


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, 2 August 2012

Cinta Rasulullah


Cinta kepada Rasulullah SAW membawa manusia ke syurga. Mencintai Baginda SAW perlu mengatasi dan mendahului segala sesuatu kerana ini adalah perintah dan syarat bagi mendapatkan cinta Allah SWT. Alangkah bertuahnya umat ini kerana dikurniakan seorang Rasul yang memiliki cinta agung yang tulus dan sejati terhadap umatnya. Baginda SAW mengungkapkan cintanya dengan ungkapan-ungkapan cinta yang paling murni dan sejati, termasuklah cinta seorang ayah kepada anaknya, sabda Baginda, “Sesungguhnya diriku bagi kalian bagaikan seorang ayah bagi anaknya.” (HR al-Darimi).
Firman ALLAH SWT: “Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin”. (Al- Taubah: 128)
Tepuk dada tanyalah iman sejauh mana dan sedalam mana kecintaan kita terhadap Rasulullah SAW. Pastilah sebelum kita menemukan jawapannya, Baginda Nabi terlebih dahulu menzahirkan kasih dan sayang Baginda terhadap kita orang-orang mukmin. Seorang Nabi yang sanggup berkongsi, sanggup merasai penderitaan dan yang sangat menginginkan keselamatan pada diri ummat Baginda. Maka sewajarnyalah untuk kita membalas seikhlas-ikhlasnya cinta terhadap Kekasih Allah ini sama bahkan kalau boleh lebih lagi daripada kasih dan cintanya sahabat-sahabat Baginda dahulu.
Banyak kisah-kisah cinta sahabat terhadap Muhammad Rasulullah yang telah terakam dalam sejarah ummat, antaranya seorang Arab Badwi telah datang menemui Rasulullah seraya bertanyakan perihal Hari Kiamat. Rasulullah bertanya, “Apa yang sudah engkau persiapkan bagi hari itu?” Arab Badwi itu menjawab, “Ya Rasulullah, aku tidak memiliki apa-apa, tetapi aku mencintai Allah dan RasulNya”. Mendengar jawapan itu, Rasulullah berkata, “Engkau bersama orang yang engkau cintai.” (HR al-Bukhari)
Salah seorang sahabat bernama Thauban sangat mendalam cintanya kepada Rasulullah SAW, sehingga dia tidak sanggup berpisah lama dengan baginda. Pada suatu hari dia muncul di hadapan Rasulullah dalam keadaan yang sangat mencemaskan. Wajahnya pucat, tubuhnya makin mengurus dan kesedihan nampak jelas pada seluruh raut wajahnya. Rasulullah bertanya kepadanya, “Apakah gerangan yang membuatmu kelihatan begitu sengsara, wahai Thauban?”
“Aku sihat, tidak ada satu penyakit jasmani yang aku keluhkan. Namun, apabila aku tidak menyaksikan wajahmu beberapa saat, nescaya aku dirudung kerinduan dan langsung merasa kesepian. Aku merana luar biasa, sebelum berjumpa denganmu. Aku sangat mencintaimu. Cinta yang lebih besar dan lebih luhur daripada cintaku kepada anak, isteri dan diriku sendiri, sehingga aku tidak akan mampu berpisah lama darimu. Ketika aku sedang bersama dengan anggota keluargaku, bayanganmu masih saja di pelupuk mataku. Ingatanku kepadamu terlalu merasuk di hati, tidak terkendali olehku, sampai aku kembali menyaksikan kesejukan wajahmu. Terlintas keyakinan di benakku, jika perjumpaan tertunda lebih lama lagi, nescaya nyawaku akan segera tercabut bersama memuncaknya kerinduanku”.
Thauban tidak mampu melanjutkan pembicaraan yang kelihatannya belum selesai. Air matanya tidak tertahan lagi, jatuh berderai-derai bersama esak tangisnya yang mula menggema. “Kenapa pula kamu menangis sekarang, bukankah kita sudah bersama lagi?” tanya Rasulullah SAW memujuknya.
“Terbayang olehku perihal kematianku dan kematianmu. Rasa rindu dan merana di dunia ini sudah tentu dapat ku atasi dengan datang menemuimu. Aku sangat khuatir penyesalan yang sama terhadap musibahku ini tidak akan terjadi di kehidupan akhirat. Aku sedari kedudukanmu di syurga nanti akan ditinggikan Allah SWT sedemikian rupa, sehingga tidak ada yang dapat menemanimu kecuali para nabi sahaja. Keinginanku bagi dapat bersamamu di akhirat nanti, sudah membuat hidupku amat sengsara sekarang ini.”
Di ketika yang lain, sunnah merakamkan dialog penuh makna antara Rasulullah SAW dan Saidina Umar al-Khattab r.a. Saidina Umar diriwayatkan berkata, "Wahai Rasulullah, Engkau lebih aku cintai daripada mana-mana manusia yang ada di dunia ini melainkan jiwaku yang berada di dalam jasadku".
Kata-kata Umar RA ini disambut oleh Rasulullah SAW dengan tegas, “Tiada sesiapapun yang benar-benar menjadi Mukmin sejati sehinggalah aku lebih dicintainya walaupun daripada dirinya sendiri.”
Mendengarkan sabda yang mulia ini, Umar r.a lantas berkata: “Demi Tuhan yang menurunkan Kitab kepadamu, sekarang ini engkau lebih aku cintai daripada diriku yang berada di dalam jasadku”. Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Sekarang (barulah kamu mempunyai iman yang sempurna) wahai Umar!” (HR al-Bukhari dan Muslim)
Selain hadis-hadis yang mengikat iman dengan kecintaan terhadap Nabi SAW, kita juga menemukan hadis-hadis yang menjadikan cintakan Nabi SAW sebagai pra-syarat bagi mendapatkan matlamat-matlamat sehebat kemanisan iman dan seagung dapat bersama dengan Nabi SAW dalam syurga Allah SWT.
Rasulullah SAW diriwayatkan bersabda, “Sesiapa yang terdapat di dalam dirinya tiga perkara ini, akan merasai kemanisan iman; Allah dan RasulNya lebih dikasihi daripada selain keduanya, dia mengasihi seseorang yang tidak dikasihinya melainkan kerana Allah dan dia berasa benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana dia berasa benci sekiranya dicampakkan ke dalam neraka. (HR Ahmad, al-Bukhari, Muslim, Tirmizi dan Nasa’i di dalam Bab Iman)
Begitulah. Cinta laksana air mengalir yang memindahkan seluruh sifat dan karakter kekasih kepada yang mencintainya. Bukti nyata kita mencintai Rasulullah SAW adalah mencontohi akhlak Baginda dan setia mengikuti sunnah Baginda.
Rasulullah SAW bersabda, “Orang yang paling aku cintai dan paling dekat kepadaku di antara kalian di akhirat kelak adalah orang yang paling baik akhlaknya.”(HR Ahmad)
Firman Allah; “Katakan, (wahai Muhammad), ‘Jika kamu (benar benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa dosamu’. Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang” (Ali-Imran :31)
Maka bohonglah orang yang mengaku mencintai Allah tetapi dia tidak mencintai RasulNya, bohonglah orang yang mengaku mencintai RasulNya tetapi dia tidak mencintai kaum fakir dan miskin. Dan bohonglah orang yang mengaku mencintai syurga tetapi dia tidak mahu mentaati Allah SWT. Demikian ditegaskan Imam Al Ghazali dalam Ihya’ Ulum al Din.
Jiwa kita akan bersama dengan orang yang kita cintai. Rasulullah SAW menganjurkan kita untuk mencintai Baginda dan Ahlil Bait. Ini kerana bila kita mencintai Baginda dengan tulus maka perilaku kita akan sesuai dengan perilaku Rasulullah dan ahi keluarga Baginda. Kita akan berakhlak seperti apa yang dikehendaki Rasulullah SAW. Seluruh kejadian dan peristiwa yang menimpa Rasulullah dan keluarga Baginda akan mempengaruhi emosi dan perasaan kita.
Jika ALLAH telah mengikatmu dengan Nabi yang penuh Rahmat dalam kehidupanmu maka engkau akan mendapatkan kebahagian dan ketenangan. Di antara tanda bahwa engkau telah terikat dengan Nabi Muhammad SAW adalah ketika engkau akan masuk ke dalam rumahmu maka engkau akan teringat apa yang diucapkan Rasulullah SAW ketika memasuki rumah, dan ketika engkau memasuki pasar maka kau teringat tuntunan Nabi Muhammad SAW tentang apa yang diucapkan beliau saat memasuki pasar, ketika engkau sedang menghadapi makanan dan engkau teringat akan tuntunan Rasulullah SAW apa yang diucapkan ketika akan makan, maka sungguh engkau telah terikat dengan Nabi yang penuh Rahmah.
Allah tidak membiarkan keresahan itu berlarutan di hati para pencinta sejati. Allah segera mengakhirinya dengan kedamaian yang menyejukkan. Syurga itu dapat diraih dengan cinta yang tulus kepada Rasulullah SAW. Sekali lagi, marilah kita gegarkan jiwa kita dengan kecintaan terhadap Junjungan Mulia Muhammad Rasulullah SAW melalui sabda Baginda, “Siapa yang mencintaiku, kelak dia akan berada di syurga bersamaku”. 
 crdt to :http://ainulyaqin.blogspot.com/2011/02/cinta-kepada-rasulullah-membawa-ke.html
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Aku terlalu rindu...

Ya Allah ya Tuhanku..saat ini air mataku menitik lagi.. dua tiga hari kebelakangan ini hati aku rasa seakan dihimpit...pedih..sayu...kerana aku terlalu rindukan kekasihmu...kekasihku jua...hanya lagu menceritakan kisahnya sebagai peneman diriku yg kerdil ini.

Ya Allah adakah aku dapat bertemunya di akhirat nanti...adakah syafaatnya akan menjadi milikku...aku tidak layak tapi aku sangat mengharapkannya...

Ya rasulullah...selawat dan salam dariku untukmu...aku berharap kau mengetahui betapa aku merinduimu...



Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu

Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya
Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu

Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu

Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, 7 February 2012

Banner Maulidurrasul

Sila jangan jeles tengok baner maulidurrasul dari prasekolah tldm nih yer...saya cuma terselit jd ahli...lukis sikit-sikit dan warna sikit2 hihihi





yg nih tak siap lagi..

tara...ok siap dah...agak2 leh menang tak hihi...perasan jer kan



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, 8 January 2012

Mari ikut cara rasulullah

PETUA IMAM SYAFIE

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

doa.
zikir.
itulah kekuatan seorang muslim :)

copy from https://www.facebook.com/#!/pages/Tinta-hatiku-berbicara/217564448271170
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, 22 September 2011

BIODATA RASULULLAH SAW


 Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan  20 April
                        571. Masehi (dikenali sebagai   Tahun Gajah; 
                        sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang 
                        menyerang kota Kaabah).
Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf..
Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu 
                                   Aiman.
                                 Hamba perempuan bapa   Rasulullah SAW).
Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih 
                            dikenali Halimah As-Saadiah.  Suaminya bernama
                            Abu Kabsyah).
    
USIA 5 TAHUN
Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya. 
USIA 6 TAHUN
Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.
  
USIA 8 TAHUN
Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
  
USIA 9 TAHUN  (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
  
USIA 20 TAHUN
Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ', jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.  Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk member pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.
  
USIA 25 TAHUN
Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.  Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.  Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.  Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
  
USIA 35 TAHUN
Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah. Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.  Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.


USIA 40 TAHUN
Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.


USIA 53 TAHUN
Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.  Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M..
  
USIA 63 TAHUN
Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.
  
ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
·         Khadijah Binti Khuwailid.
·         Saudah Binti Zam'ah.
·         Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
·         Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
·         Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
·         Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
·         Zainab Binti Jahsy.
·         Maimunah Binti Harith.
·         Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
·         Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu
          Orang Miskin).


ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1.      Qasim
2.      Abdullah
3..     Ibrahim
4.      Zainab
5.      Ruqaiyah
6.      Ummi Kalthum
7.      Fatimah Al-Zahra ' 
ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy.
Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda)..
  
SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW
IBU SUSUAN:  Thuwaibah
SAUDARA SUSUAN:
1.      Hamzah
2.      Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
IBU SUSUAN:   Halimah Al-Saidiyyah
SAUDARA SUSUAN:
1.      Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2.      Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3.      Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4.      ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza
  
BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
1..     Al-Harith
2.      Muqawwam
3.      Zubair
4.      Hamzah ***
5.      Al-Abbas ***
6.      Abu Talib
7.      Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8.      Abdul Ka ' bah
9.      Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***
 *** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.


Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku.
Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga."
(Riwayat Al-Sajary daripada Anas ) 
NABI MUHAMMAD SAW - MANUSIA AGUNG
KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH. Begitu indahnya sifat fizikal Baginda,
sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan
keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda..


Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:
·         Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah 
          saw..
·         Aku melihat cahaya dari lidahnya.
·         Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat
          matahari terbit.
·         Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
·         Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
·         Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
·         Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt 
          bulan purnama.
·         Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona...
·         Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
·         Wajahnya seperti bulan purnama.
·         Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
·         Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak 
          semakin jelas semasa marah.
          Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang..
·         Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, 
          kebiruan asli di bahagian sudut.
·         Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan
          luas sekali
·         Mulut baginda sederhana luas dan cantik..
·         Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di 
          bahagian depan.
·         Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari 
          giginya.
·         Janggutnya penuh dan tebal menawan...
·         Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti 
          arca. Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
·         Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
·         Rambutnya sedikit ikal. Rambutnya tebal kdg-kdg 
          menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah
          bahu tapi disisir rapi. Rambutnya terbelah di tengah.
·         Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut
          menganjur dari dada ke pusat.
·         Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara 
          kedua bahunya lebih drpd biasa.
·         Seimbang antara kedua bahunya.
·         Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya
          juga besar dan tersusun dgn cantik.Tapak tangannya bagaikan 
          sutera yang lembut.
·         Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
·         Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak 
          melekat air.
·         Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
·         Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi 
          campuran coklat dan putih. Warna putihnya lebih banyak.
·         Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
·         Warna kulitnya putih tapi sihat.
·         Kulitnya putih lagi bercahaya.
·         Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan 
          kukuh.
·         Badannya tidak gemuk. Badannya tidak tinggi dan tidak pula
          rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
·         Perutnya tidak buncit. Badannya cenderung kepada tinggi, 
          semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih 
          tinggi drpd mereka.


KESIMPULAN :
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman..
Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, 21 September 2011

Hadiah Malam Jumaat

Pada suatu malam bertepatan malam Jumaat Salih Al Mazi pergi ke masjid jamik untuk mengerjakan solat subuh. Kebiasaannya ia berangkat awal sebelum masuk waktu subuh dan melalui sebuah pekuburan. Di situ Salih duduk sekejap sambil membaca apa-apa yang boleh mendatangkan pahala bagi ahli kubur memandangkan waktu subuh masih lama lagi. Tiba-tiba dia tertidur dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar beramai-ramai dari kubur masing-masing.

Mereka duduk dalam kumpulan-kumpulan sambil berbual-bual sesama mereka. Al Mazy ternampak seorang pemuda ahli kubur memakai baju kotor serta tidak berkumpul dengan ahli-ahli kubur yang lain. Dia duduk seorang diri di tepi kuburnya dengan wajah murung, gelisah kerana sedih.

Tidak berapa lama kemudian datang malaikat membawa beberapa talam yang ditutup dengan saputangan. Seolah-olah seperti cahaya yang gemerlapan.

Malaikat mendatangi para ahli kubur dengan membawa talam-talam itu, tiap seorang mengambil satu talam dan dibawanya masuk ke dalam kuburnya.

Semua ahli kubur mendapat satu talam seorang sehingga tinggallah si pemuda yang kelihatan sedih itu seorang diri tidak mendapat apa-apa.

Dengan perasaan yang sedih dan duka dia bangun dan masuk semula ke dalam kuburnya.

Tapi sebelum dia masuk Al Mazy yang bermimpi segera menahannya untuk bertanyakan keadaannya. “Wahai hamba Allah ! Aku lihat engkau terlalu sedih mengapa?” tanya Salih Al Mazy. “Wahai Salih, adakah engkau lihat talam-talam yang dibawa masuk oleh malaikat sebentar tadi?” tanya pemuda itu. “Ya aku melihatnya. Tapi apa benda di dalam talam-talam itu ?” tanya Al Mazy lagi. Si pemuda menerangkan bahwa talam-talam itu berisi hadiah orang-orang yang masih hidup untuk orang-orang yang sudah mati yang terdiri dari pahala sedekah, bacaan ayat-ayat suci Al Quran dan doa. Hadiah-hadiah itu selalunya datang setiap malam Jumaat atau pada hari Jumaat. Si pemuda kemudian menerangkan tentang dirinya dengan panjang lebar.

Katanya dia ada seorang ibu yang masih hidup di alam dunia bahkan telah berkahwin dengan suami baru. Akibatnya dia lupa untuk bersedekah untuk anaknya yang sudah meninggal dunia sehingga tidak ada lagi orang yang mengingati si pemuda. Maka sedihlah si pemuda setiap malam dan hari jumaat apabila melihat orang-orang lain menerima hadiah sedangkan dia seorang tidak menerimanya.

Al-Mazy sangat kasihan mendengarkan cerita si pemuda. lalu ia bertanya nama dan alamat ibunya ia dapat menyampaikan keadaan anaknya. Si pemuda menerangkan sifat2 ibunya. Kemudian Al Maizy terjaga. Pada sebelah paginya Al Maizy terus pergi mencari alamat ibu pemuda tersebut. Setelah mencari kesana kemari beliaupun berjumpa ibu si pemuda tersebut lantas menceritakan perihal mimpinya.


pusara1

Ibunya menangis mendengar keterangan Al maizy mengenai nasib anaknya yang merana di alam barzah. Kemudian ia berkata :”wahai salih !

Memang betul dia adalah anakku. Dialah belahan hatiku, dia keluar dari dalam perutku.

Dia membesar dengan minum susu dari dadaku dan ribaanku inilah tempat dia berbaring dan tidur ketika kecilnya.” Al Maizy turut sedih melihat keadaan ibu yang meratap dan menangis penuh penyesalan kerna tidak ingat untuk mendoakan anaknya selama ini.

“Kalau begitu saya mohon minta diri dahulu.” kata Al maizy lalu bangun meninggalkan wanita tersebut. Tatkala dia cuba untuk melangkah si ibu menahannya agar jangan pulang dahulu. Dia masuk kedalam biliknya lalu keluar dengan membawa wang sebanyak seribu dirham. “Wahai Salih, ambil wang ini dan sedekahkanlah untuk anakku, cahaya mataku. Insya Allah aku tidak akan melupakannya untuk berdoa dan bersedekah untukya selama aku masih hidup.”

Salih Al Maizy mengambil wang itu disedekahkannya kepada fakir miskin sehingga tidak sesenpun dari seribu dirham itu yang tinggal.

Dilakukannya semua itu sebagai memenuhi amanah yang diberi kepadanya oleh ibu pemuda tersebut.

Pada suatu malam Jumaat di belakang selepas itu, Al Maizy berangkat ke masjid jamik untuk solat jamaah. Dalam perjalanan sebagaimana biasa ia singgah di perkuburan. Di situlah ia terlena sekejap dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar dari kubur masing2. Si pemuda yang dulunya kelihatan sedih seorang diri kini keluar bersama-sama dengan memakai pakaian putih yang cantik serta mukanya kelihatan sangat gumbira.

Pemuda tersebut mendekati Salih Al Maizy seraya berkata :
“Wahai tuan Salih, aku ucapkan terima kasih kepadamu. Semoga Allah membalas kebaikanmu itu.


al-quran-yang-mulia

” “Hadiah dari ibuku telah ku terima pada hari jumaat.” katanya lagi. “Eh, Engkau boleh mengetahui hari Jumaat ?” tanya Al Maizy.

“Ya, Tahu.” “Apa tandanya ?” “Jika burung-burung di udara berkicau dan berkata “Selamat selamat pada hari yang baik ini, yakni hari Jumaat.”

Salih Al Maizy terjaga dari tidurnya. Ia cuba mengingati mimpinya dan merasa gumbira kerana sipemuda telah mendapat rahmat dari Allah disebabkan sedekah dan doa dari ibunya.

Jadi renung-renungkanlah sejenak.. ;)

Petikan dari pengalaman Salih Al Mazi
 
Kredit to: KHAIRUL ANUAR BIN MOHAMAD ARIF
824110 BK TME (P)
STAF PERISCOPE & MAST

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, 4 August 2011

10 Orang Yang Mayatnya Tidak Busuk & Tidak Reput


Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?"

Maka jawabnya Rasulullah saw, "Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'." Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :
 
1. Para Nabi
2. Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:
Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hanba-hamba Ku berpuasa (ahli puasa) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga.

Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :"Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."*

Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

" Dan (ingatlah) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan." (Surah Al-Baqarah : 237)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...