Footer


*WANITA & ISLAM*WANITA & ISLAM*WANITA & ISLAM*

Cursor

SAHABAT WANITA ISLAM

Showing posts with label Kurus. Show all posts
Showing posts with label Kurus. Show all posts

Sunday, 13 January 2013

8 Cara mudah kuruskan badan dengan berkesan

Tajuk nih eja memang copy paste dari 1 website alpha lipid sd2.. Saja nak share dengan pembaca-pembaca blog semua eja nak start diet cara alpha lipid sd2.. beli dengan kawan dapat harga rm670 untuk 4 tin. Dapat hadiah shaker, buku panduan dan keahlian. Masih tunggu lagi member eja Zalifa post hihi..pastu leh terus start..target dalam 4 minggu nih turun 10kg hikhik..

Eja akan amalkan pemakanan cara alpha lipid nih tak boleh makan karbohidrat..juz makan sayur hujau n ayam atau ikan... senaman 30 minit sehari.. n guna felinna untuk shape body....tak sabar nk tengok kesan...lagi 4 minggu eja update kesannya positif or negetif...jom kita uat testimoni kat badan sendri okeyy..... tagline : "badan yg ramping idamanku" cehh nak muntah hahahaha.... Selain itu eja nak amalkan 8 cara mudah nak kuruskan badan..berkesan katanya....tapi memang betul kalau ikut logik ..hihihi...lupa nak share eja juga makan vitamin c felinna... 2 biji sehari.... muka habis keluar jerawat nih.... :( kesan permulaan kot...


1. Kawal Pemakanan Anda

  • Pastikan anda berhenti sebelum anda rasa kenyang atau terlalu kenyang.
  • Tahukah anda, setiap lebihan makanan/ kalori yang anda makan akan bertukar menjadi LEMAK jika ia tidak dibakar melalui aktiviti harian anda. 
  • Fakta: Setiap lebihan 8000 unit kalori dalam badan, berat badan anda akan naik 1KG!
2. Kurangkan Karbohidrat, Lebihkan Protein
  • Untuk pengetahuan anda, pengambilan karbohidrat dalam kuantiti yang banyak akan menggemukkan badan anda. Malah karbohidrat hanya memberikan kesan kekenyangan yang sementara (2 jam sahaja) dan kemudian anda akan berasa lapar semula.
  • Protein pula lebih cepat mengenyangkan serta rasa kenyang itu bertahan lebih lama.
  • Jika anda kurangkan karbohidrat (ambil portion kecil sahaja), badan anda akan membakar lemak anda sebagai sumber alternatif bagi membekalkan tenaga kepada anda setiap hari. Oleh itu, badan anda akan kurus dan langsing!
3.  Jangan Berlapar! (Jaga Waktu Makan Anda)
  • Jangan lupa mengambil sarapan kerana ia akan meningkatkan kadar metabolisma badan anda. Jadi kadar pembakaran lemak anda juga bertambah cepat!
  • Makan setiap 2 jam dan selangkan dengan snek ringan supaya anda tidak berasa terlalu lapar.
  • Kadar metabolisma badan anda telah menurun selepas 7.00 malam. Setiap makanan yang diambil selepas itu akan dicerna dengan perlahan dan menyebabkan kegemukan.
  • Jadi, pastikan anda berdiet TANPA berlapar. Bagaimana? Klik di sini
4. Elakkan/ Kurangkan Minuman Bergula dan Berkafein
  • Contoh air bergula adalah air berkarbonat. Kandungan gula dalam air gas ini adalah sangat tinggi iaitu 7-8 sudu gula bagi setiap hidangan!
  • Pengambilan gula yang berlebihan akan menyebabkan masalah kegemukan serta akan mendatangkan penyakit serius seperti kencing manis.
  • Manakala kafein pula bukan sahaja menyebabkan kadar metabolisma badan menurun (kesannya gemuklah!), malah juga boleh menyingkirkan nutrien seperti vitamin daripada badan anda.
5. Minum Air Kosong 8 Gelas Sehari

  • Air kosong adalah sangat bagus untuk badan anda kerana hampir keseluruhan badan mengandungi air. Maka, amalkan minum air kosong sebanyak 8 gelas (2-3 liter) setiap hari.
  • Selain itu, air yang mencukupi dapat menyingkirkan bahan perkumuhan yang tak diperlukan oleh badan anda. Lemak yang telah diuraikan juga disingkirkan melalui air kencing dan perpeluhan. 
6. Lakukan Aktiviti Fizikal/ Senaman Ringan
  •  Anda digalakkan untuk melakukan aktiviti fizikal yang ringan (30 minit) setiap hari untuk bakar kalori yang berlebihan dalam badan anda.
  • Cara yang paling mudah: Anda tahan nafas dalam-dalam (pada bahagian perut) selama yang mungkin, kemudian lepaskan semula. Lakukan sekurang-kurangnya 7 kali sehari. Aktiviti ini akan bantu mengempiskan perut anda.
  • Selain itu, apalah salahnya jika sekali- sekala anda menggunakan tangga jika office/ rumah anda tidak terlalu tinggi. Malah, anda juga boleh amalkan aktiviti ini di shopping mall. Sambil shopping, sambil kurus!
7. Pilih Program Diet/ Kuruskan Badan Yang Terbaik
  • Perhatian: Jangan sesekali membuang duit anda di slimming center. Anda jejakkan kaki sahaja ke dalam pejabat mereka, anda perlu bayar RM300 hanya untuk mendapatkan consultation/ khidmat nasihat mereka. 
  • Jika anda fikir mesin-mesin mereka boleh menguruskan badan anda, anda silap! Akhirnya, anda akan diberikan suatu jadual pemakanan yang sangat ketat sehinggakan salah satu menu anda adalah satu batang lobak untuk waktu petang!
  • Anda boleh rujuk blog saya untuk mendapatkan program diet yang benar-benar berkesan, semulajadi dan tidak membebankan. Malah, ia mengikut kesemua 8 cara mudah untuk kuruskan badan dengan berkesan.
8. Positifkan Diri Anda
  • Akhir sekali, anda buatkan satu target yang ingin anda capai seperti berapa berat yang ingin anda capai dalam jangka masa tertentu. Kemudian, disiplinkan diri anda untuk mengikut perancangan yang telah dibuat.
  • Timbang berat badan anda maksimum sekali sahaja dalam seminggu. Ini untuk mengelakkan anda kecewa jika tiada penurunan berlaku. Iyalah, anda takkan nampak kesannya dalam sehari!
  • Jika anda positifkan diri, anda akan menghasilkan result yang positif!
Semoga Berjaya!




kredit to : http://www.rahsiaslimdiet.com/2012/08/8-cara-mudah-kuruskan-badan-dengan-cepat.html






Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, 13 September 2011

Pil Diet



  • Pengambilan Pil Diet

Pil Diet?.. dengan sebiji pil diet boleh menghancurkan lemak… mudahnya nak kurus! cara yang cepat dan mudah untuk kurus. Memang benar pil diet dapat membakar lemak dengan berkesan dan cepat kurus tapi tidak pula memberi kebaikan tanpa meninggalkan kesan sampingan.

Kebanyakan pil diet akan menghilangkan selera makan dengan meransang terus ke bahagian otak. Pil diet memang mampu membuatkan kamu tidak lapar dan seterusnya langsung tidak menyentuh makanan dan boleh membawa ketagihan dan kesan buruk kepada kesihatan. Kadang kala pil diet memberi kesan terhadap organ dalaman yang lain dan mungkin lebih parah dalam jangkamasa yang lama. Mudah kurus mudah pula datang penyakit.. wah! cara ini kah yang patut di pilih? atau ada cara lain yang lebih mudah kurus?


  • Phentermine
Contoh cara kurus menggunakan pil diet ialah sejenis pil diet yang dikenali sebagai Phentermine. Phentermine adalah sejenis pil diet yang telah diterima dan diluluskan oleh FDA sekitar tahun 1959 sebagai satu kaedah menyekat selera makan. Pil diet ini juga bertindak terus pada otak untuk menyekat selera makan seseorang. Cara diet ini adalah di luluskan kepada pesakit yang mengalami obesiti di tahap yang teruk dan boleh membahayakan pesakit namun ia perlu di selaraskan bersamaprogram diet dan senaman yang berkesan. Namun begitu pil diet ini turun mempunyai kesan sampingan seperti ketagihan, meningkatkan tekanan jantung, darah tinggi, insommia dan debaran jantung.



  • Orlistat


Pil diet ini pula dinamakan Olistat satu lagi cara kurus menggunakan pil diet. Pil diet ini bertindak menyekat lemak dari di serap oleh badan. Pil diet ini mampu menyekat sehingga 30% lemak dari di serap. Caranya dengan mengambil pil diet ini setiap kali sebelum makan 3 kali sehari. Lemak-lemak akan disekat dan di hantar terus ke sistem pencernaan. Pil diet ini bukanlah begitu berkesan kerana didapati ia hanya dapat mengurangkan kira-kira 5% berat badan namun kesannya buruknya menyebabkan mereka yang mengunakan cara diet ini akan kembali gemuk apabila menghentikan pengunaannya.

  • Bontril / Phendimetrazine
Satu lagi pil diet yang sering digunakan ialah Bontril atau Phendimetrazine. Cara kurus ini juga seperti pil diet – pil diet yang lain. Cara kurus mengunakan pil diet ini ialah mengurangkan selera makan. Namun pil diet ini adalah di haramkan kerana kesan ketagihannya. Penggunaan pil diet ini dalam jangka masa panjang boleh menyebabkan kerosakan sistem saraf, ketakutan, insomnia, letih dan tekanan. Adakah cara kurus ini yang menjadi pilihan anda?

  • Hoodia
Pil diet ini pula bukanlah sejenis dadah. Pil diet ini digunakan untuk menangani sakit perut malah jangkitan. Ada juga yang mendakwa ia mampu menyekat selera makan. Terdapat ramuan aktif yang dikenali sebagai P57 yang ditemui didalam hoodia ini yang mampu memberikan kesan pada selera makan. Ekstrak hoodia kini boleh didapati secara semulajadi untuk menahan lapar dan mengawal selera makan. Namun begitu ada kajian dilakukan keatas tikus mendapati pengambilan pil diet dari ekstrak hoodia ini menyebabkan kerosakan hati. Aduh sukarnya nak berdiet dengan mudah. Ada cara lainkah yang lebih mudah kurus?

  • Liposuction

Cara ini paling mudah kini untuk mengurangkan berat badan dalam masa yang singkat. Satu insisi pantas yang mendakap diri kamu untuk menjadi vakum di panggil cannula yang dapat menyedut lemak dengan kemasnya. Lemak akan direntap dari badan bersama kapilari-kapilari darah akan di sedut keluar. Jika semuanya berjalan lancar kamu akan kurus dalam masa 6 minggu sahaja. Namun adakalanya cara kurus ini menyebabkan berlaku kekebasan, kulit berlekuk atau tidak sekata dan berparut. Cara kurus ini bukanlah begitu mudah seperti yang difikirkan. Cara kurus ini sebenarnya lebih kepada kaedah membentuk badan, jika kamu terlalu gemuk tidak boleh hanya bergantung kepada satu kaedah ini sahaja. Menyedut keluar sebilangan besar lemak boleh menyeberikan trauma pada tubuh. Tambahan pula hasil kaedah ini tidak kekal. Jika kamu kembali kepada kaedah makan yang asal lemak akan kembali berkumpul.

  • Pintasan Gastrik

Mengecilkan perut, mengurangkan pengambilan makanan dan mengurangkan berat badan. Cara kurus ini dilakukan oleh doktor mengetip bahagian perut kamu menjadikan perut lebih kecil. Cara ini mengurangkan kalori secara drastik dan menghilangkan berat badan dengan berkesan. Namun begitu cara kurus ini mungkin membawake pada kesan-kesan lain yang mungkin berlaku seperti kekurangan gizi kerana jumlah serapan makanan yang kurang, dan boleh menjadi punca jangkitan jika perut terbocor. Walaupun cara ini berisiko namun cara kurus ini amat berkesan dan diamalkan oleh beberapa selebriti ternama.

  • Diet Ekstrem
Cara kurus paling lazim dilakukan.. iaitu menolak segala karbohidrat dan hanya memakan sayur-sayuran. Satu hidangan sehari dan tiada gula atau garam dalam masakan. Semua itu mampu menyekat kalori dan menurunkan berat badan. Ia mungkin amat perit untuk dilakukan namun ia amat berkesan jika dilakukan. Di sebalik impak positifnya ada juga negatifnya mengunakan cara kurus ini. Jika terlalu kurang kalori dalam badan, ia boleh menyebabkan keletihan dan tidak berdaya. selain itu juga kekurangan gizi boleh berlaku kerana kekurangan sesetengah sumber zat vitamin yang diperlukan oleh tubuh. Diet yang keterlaluan ini juga selalunya tidak akan bertahan dalam jangka masa yang panjang dan berat badan akan bertambah semula apabila berhenti berdiet.

Tulah antara cara nak kurus....banyak caranya. walhal kan ubat nak kurus tu senang ajer, semuanya ada kat tangan kita yang penting usaha....hendak dengan tak hendak jer...malah kalau guna kaedah yang kita boleh buat ni kita akan dapat bonus lagi iaitu badan kita akan menjadi sihat dan otak pun cergas....tak perlu keluar kos yang banyak ratus ratus atau ribu riban...yang penting kita luangkan sedikit masa dalam sehari...senang jer.... habiskan setengah jam sehari berjoging, takpun menari...tak susah mana pun...tak perlu nak makan itu ini yang memerlukan kos dikeluarkan ..yang mana kalau kita stop makan nanti entah2 boleh jadi gemuk semula pulak....so fikir2kanlah....

Dan tak perlulah kita membayar kos yang tinggi menjalani program pelangsingan sedangkan semuanya boleh ajer dibuat di rumah sendiri....dan tak perlulah ke sauna yang boleh buat kita salah2 gaya sesak nafas lak dalam sauna tu....huii ngeri....dan habis semua air dalam badan tersejat keluar pulak...sedangkan lemak2 masih berleluasa..lemak tepu bukan mudah nak dibuang yer...kalau makan ubat pulak ada kesan sampingannya.... Okay kalau nak makan ubat2 dietker nak kuruskan badan ker jangan main makan jer, perlu tahu juga kategori mana ubat kurus tu....apa kandungannya....dibawah ini sekadar berkongsi bahan2 yang selalu digunakan untuk menguruskan badan.....saya petik dari web ini yer...ni antara produk-produk yang sering digunakan untuk tujuan membantu menguruskan berat badan ialah seperti yang diterangkan di bawah ini:


1. Appetite suppresant

Ubat jenis ini digunakan untuk mengekang selera makan anda. Antara jenama yang ada di pasaran ialah Adipex Retard, Duromine, Ionamin, Panbesy, dsb. Kesemuanya mengandungi phentermine. Ia berkait dengan ubat seperti amphetamine (ecstasy). Ubat-ubatan ini dikenali sebagai ubat-ubat psikotropik. Pembelian di farmasi hendaklah disertakan dengan preskripsi dari doktor.


Ubat dari jenis ini hendaklah diambil dengan berhati-hati. Anda dinasihatkan berjumpa dengan doktor untuk membuat pemeriksaan terlebih dahulu mengambilnya. Pesakit jantung, galukoma, hyperthyroidism ataupun yang pernah menagih dadah tidak boleh mengambil ubat ini. Ubat ini boleh menyebabkan ketagihan.Ubat jenis ini mempunyai banyak kesan-kesan sampingan dan penggunaan yang lama tidak digalakkan. Pengambilan melebihi tiga bulan berturut-turut adalah tidak dibenarkan. Antara kesan sampingan yang paling ketara ialah rasa resah (restlessness), menjadi lebih agresif dan sukar tidur. Kesan-kesan ini berlaku kerana ubat dari jenis ini bertindak di bahagian otak pengambilnya untuk memberhentikan selera makannya. Antara kesan sampingan lain ialah tekanan darah naik, mulut kering, dsb.

Oleh kerana ubat ini (contohnya Duromine) berkesan selama 16 jam, pengambilnya yang menghadapi masalah untuk tidur perlu mengambilnya pada awal pagi (sebaik sahaja bangun pagi). Pengambilan ubat ini bersama-sama dengan ubat kurus yang lain adalah tidak digalakkan. Pengambilannya bersama-sama dengan ubat monoamine oxidase inhibitor adalah tidak dibenarkan. Amino asid l-phenylalanine juga dikatakan boleh membantu mengawal selera makan. Ia boleh diambil sebagai alternatif yang selamat berbanding ubat-ubat konvensional biasa.


2.  Makanan Gantian (Meal Replacement)

Rawatan dari jenis ini mengandungi makanan yang perlu anda ambil mengikut peraturannya, dan berhenti daripada mengambil makanan-makanan yang biasa diambil seperti nasi untuk makan tengahari, dsb. Dalam kata lain, anda hanya boleh mengambil produk ini sahaja sepanjang tempoh rawatan. Bergantung kepada jenis produk yang anda beli, ada yang menyarankan anda mengambilnya dua kali sehari dan ada yang tiga kali sehari. Ada juga yang membenarkan anda meminum susu, dan ada juga yang membenarkan anda mengambil sedikit makanan sekiranya anda rasa betul-betul lapar. Produk-produk jenis ini mengandungi low calory diet (makanan berkalori rendah) atau very low calory diet (makanan berkalori sangat rendah). Sebagaimana yang dinyatakan bahawa pemakanan yang baik dan senaman yang kerap adalah penting untuk membantu anda mengurangkan berat anda secara berkesan dan untuk jangka masa yang lama. Email kami yang terdahulu juga ada menyatakan bahawa penurunan berat badan antara 5-10% adalah memadai untuk mengurangkan risiko-risiko berkaitan dengan kegemukan.


Rawatan melalui pemakanan gantian ini adalah antara cara yang efektif untuk mengurangkan berat badan dengan cepat. Bagaimanapun adalah penting supaya mereka yang mengamalkannya mempunyai daya motivasi yang tinggi. Ini kerana sepanjang rawatan ini anda akan rasa ketagih untuk makan makanan yang tidak sepatutnya anda ambil. Banyak antara mereka ini merasa tertekan dan sukar untuk melawan nafsu makan mereka. Akhirnya, bila mereka mengambil makanan yang tidak dibenarkan, terutamanya makanan berlemak, badan mereka mendapati bahawa lemak ini menjadi lebih sukar untuk dibuang. Berat badan akan naik semula (kesan yo-yo). Ini adalah akibat dari penurunan kadar metabolisma badan mereka semasa mereka menjalani rawatan melalui pemakanan gantian ini. Selalunya produk jenis ini juga mempunyai bahan yang membantu anda mengurangkan rasa ingin makan dengan mencampurkan bahan seperti serat di dalamnya. Oleh itu nafsu makan anda sedikit sebanyak dapat dikawal. Produk-produk ini menurunkan berat badan dengan menambah metabolisma lemak. Ia tidak menghakis otot (protin) dari badan anda. Oleh itu tone badan anda dapat dikekalkan. Antara perkara lain yang perlu diperhatikan semasa mengambil produk ini ialah :
  • Sila ikuti program makanan yang disediakan bersama-sama dengan produk yang anda beli, sekiranya ada.
  • Jangan campur dengan air yang panas kerana ia akan merosakkan amino asid yang ada di dalam produk-produk ini.
  • Antara jenama yang ada di pasaran Malaysia ialah :
    1. Cambridge Diet
    2. 21st Century Fat Burner
3. Lipase inhibitor

Xenical adalah antara ubat terkini yang digunakan untuk tujuan menguruskan berat badan. Ia mengandungi orlistat 120mg dalam setiap kapsul berwarna biru. Xenical bertindak dengan memberhentikan fungsi enzim lipase. Enzim lipase bertanggungjawap memecahkan lemak yang kita ambil dari pemakanan kepada free fatty acids dan monoglycerides. Oleh kerana lemak ini tidak dipecahkan (atau tidak dicerna) ia tidak boleh memasuki sistem darah pengambilnya. Xenical hendaklah diambil sebelum makan atau dalam masa sejam selepas makan. Pengambilan Xenical tidak perlu sekiranya makanan yang diambil tidak mengandungi lemak.


Pengambilan Xenical hendaklah diberhentikan selepas 12 minggu (3 bulan) sekiranya berat badan tidak turun sekurang-kurangnya 5% daripada berat badan asal. Oleh kerana produk ini menyerap lemak, vitamin yang larut dalam lemak seperti beta carotene, vitamin A, D, E dan K (sama ada dalam tablet atau dari sumber asli seperti sayuran) tidak akan diserap oleh badan. Oleh itu pengambilan vitamin ini dengan Xenical hendaklah dijarakkan sekurang-kurangnya dua jam (2 jam adalah cukup kerana fungsi Xenical tidak memerlukannya untuk diserap ke dalam darah - di mana ini akan mengambil masa yang lebih lama). Begitu juga, pil perancang yang dibuat daripada kolesterol tidak boleh diambil pada masa yang sama dengan Xenical. Antara ubatan lain yang tidak boleh diambil sekali ialah digoxin, metformin, nifedipine, phenytoins, statins dan warfarin. Xenical tidak boleh diambil oleh mereka yang alahan dengannya, mereka yang mengalami masalah dalam penyerapan makanan dan pesakit cholestasis.


Antara kesan sampingan pengambilan Xenical ini ialah masalah yang berkaitan dengan perut - najis berminyak, lebih kerap buang air dan tidak boleh mengawal buang air besar. Selain itu ia menghalang penyerapan beberapa vitamin (lihat di atas) di mana ini mungkin memerlukan anda mengambil pil-pil vitamin seperti multivitamin



4. Chitosan

Chitosan diperbuat daripada polysaccharide chitin. Ia adalah kanji yang banyak terdapat di dalam kulit udang, kerang dan binatang laut berkulit yang lain. Fungsi chitosan ini samalah seperti fibre (serat) tetapi ia mempunyai kelebihan iaitu ia boleh melekat kepada lemak. Chitosan mengandungi caj-caj positif, dan ini membolehkannya melekat kepada lemak, kolesterol, triglyceride dan asid hempedu yang mengandungi caj-caj negatif. Oleh kerana ia tidak dicerna dan diserap ia tidak menambah kalori ke dalam badan anda.


Kesan-kesan baik yang didapati dengan memakan chitosan
  • Lemak-lemak dari makanan boleh ditapis. Lemak-lemak ini dikeluarkan dari badan dan tidak diserap ke dalam badan.
  • Mengurangkan LDL (kolesterol tidak baik) dan meningkatkan HDL (kolesterol baik).
  • Antacid. Ia melawan asid berlebihan yang dikeluarkan dalam perut / usus. Baik untuk yang menghidapi ulser dan gastrik.

Keburukan chitosan
  • Chitosan mengurangkan penyerapan kalsium. Orang yang berisiko menghidapi osteoporosis tidak digalakkan mengambil chitosan.
  • Chitosan boleh mengurangkan kandungan bakteria baik Bifidobacteria dan Lactobacillus. Bakteria ini penting dalam fungis enzim yang sempurna di samping penting untuk pengeluaran vitamin tertentu.
  • Chitosan boleh menghalang penyerapan ubat-ubat tertentu yang bergantung penyerapannya kepada penyerapan lemak. Ubat-ubatan yang diperbuat daripada lemak seperti pil perancang hendaklah diambil empat jam sebelum atau selepas pengambilan chitosan.
  •  Sebagai fibre (serat), chitosan menarik air. Kekurangan air boleh menyebabkan sembelit. Terlalu banyak chitosan pula boleh menyebabkan anda rasa kenyang.
  •  Tidak semua orang boleh mengambil chitosan. Invdividu di bawah ini disarankan tidak mengambil chitosan :
  •  Mengandung atau menyusukan bayi
  •  Orang yang mengambil ubat-ubat seperti blood thinner
  •  Orang yang mengalami osteoporosis
  •  Orang yang memakan ubat yang banyak. Ini kerana pemakanan ubat pada waktu yang berdekatan dengan pengambilan chitosan menyebabkan ubat tersebut mungkin tidak berfungsi sepenuhnya.

Antara ubat yang sering digunakan untuk tujuan ini ialah benfluorex (Mediaxal) yang berfungsi membaiki metabolisma lemak dan karbohidrat. Selain daripada itu, penggunaan asid amino seperti methionine, choline, inositol, betaine dan l-arginine juga sering digunakan. Asid amino jenis ini bukan sahaja membantu membakar lemak, tetapi juga menyebabkan pengeluaran lecithin oleh hati meningkat. Walaupun tidak digunakan untuk menguruskan badan, lecithin membantu mencairkan kolesterol (Kolesterol ialah lemak di dalam darah dan tidak ada kaitan dengan saiz badan).


kredit to: http://hijrah1429.blogspot.com/2009/11/yang-kurus-itu-indah-menarik-tertarik.html
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...