Footer


*WANITA & ISLAM*WANITA & ISLAM*WANITA & ISLAM*

Cursor

SAHABAT WANITA ISLAM

Showing posts with label Nasihat. Show all posts
Showing posts with label Nasihat. Show all posts

Tuesday, 10 September 2013

Wasiat Imam Syafie

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah,

beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut
ialah kandungan wasiat tersebut:

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat
persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL
PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI
NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA
SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha’ Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI S.A.W
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, 9 January 2013

Status terakhir di facebook



Tajuk post kali ni menarik pada eja. Apakah status terakhir kita di dalam facebook atau muka buku nanti sesudah ketiadaan kita... adakah status cintakan Tuhan, Status berkenaan suami, anak-anak.,  status aku lapar...aku mengantuk...kutuk mengutuk, caci maki orang lain.. Percayalah selepas jer kita meninggal dunia..ramai kawan-kawan kita, saudara mara dan adik beradik akan buka wall facebook kita untuk melepaskan rindu, membaca setiap celoteh kita, adakah kita akan meninggalkan sesuatu ayat yang akan memalukan diri kita sendri... 

Kata Ustaz Azhar Idrus... kalau rindu suami, kalau cerdik call jer suami terus tak payah tulis dalam facebook nanti buat orang yang baca nak termuntah jer hihihi.. Betul la tu..dulu eja pon ada buat kesilapan yang sama. Suka bercerita hal anak-anak..hal suami tak pernah cerita sebab terlalu peribadi hihi... eja suka sembang pasal ank-ank dalam facebook..setiap perkembangan ank-anak mesti nak update dalam facebook.. sekarang update dalam blog je kan,...siapa suka boleh baca harap tak meluatkan sesiapa hihihi...Sekarang alhamdulillah tak update benda-benda lagha dah... Alhamdulillah syukur kpd Allah sebab bukakan pintu hati ni untuk berubah..


Facebook ni juga boleh diibaratkan sebagai medan pertempuran hihihi.... kalau korang perasaan berapa ramai kawan kita yang dah jadi musuh gara-gara suka menyebuk post kat wall orang...kita akan komen dan menulis ikut sesedap rasa jari kita sehingga menyakitkan hati kawan-kawan..tapi adakah kita rasa bersalah..biasanya tak kan tapi rasa puas hati./..cara terbaik senyap lebih baik...eja pon ada gak gaduh dengan sorang junior sekolah nih sebab kami berbeza pendapat dan dia pula jenis suka menyebuk kat wall orang dan komen-komen yang menyakitkan hati..lastly block terus..adakah itu bermakna putus kawan...memutuskan silaturahim tu sesuatu yang dikutuk dalam Islam... kepada yang berkenaan... seorang anggota polis...nama bermula huruf R... jika ko baca msj nih...sy minta maaf yer..harap kosong-kosong la ehh...belajar la dari kesilapan...sama2 silap...sebenarnya berdiam diri tu lebih baik...


" Dahulu saya juga selalu update facebook seperti kamu, kini tidak lagi, alhamdulillah...."











Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Bahaya hutang

Hutang wajib dibayar walaupun tidak dituntut...

Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )

Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :

Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ; Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhari, 1/214 )



Hadis nabi berkenaan hutang....

Berhati-hatilah dalam berhutang. Sesungguhnya berhutang itu suatu kesedihan pada malam hari dan kerendahan diri (kehinaan) di siang hari. (HR. Ibnu Babawih dan Al-Baihaqi)

Orang kaya yang menunda-nunda (mengulur-ulurkan waktu) pembayaran hutangnya adalah kezaliman. (HR. Bukhari)

Roh seorang mukmin masih tergantung-gantung (sesudah wafatnya) sampai hutangnya di dunia dilunasi. (HR. Ahmad)


Sebaik-baik kamu ialah yang paling baik dalam membayar hutangnya. (HR. Bukhari)

Seorang hamba muslim yang membayar hutang saudaranya maka Allah akan melepaskan ikatan penggadaiannya pada hari kiamat. (HR. Mashabih Assunnah)


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wahai anakku....

Nasihat dari Dato Tuan Ibrahim Tuan Man... juga nasihat dari ibu buat Harith fathullah dan Airis Alisya.

Janganlah engkau tergopoh- gapah semasa mendirikan solat, kerana dihadapanmu adalah Tuhanmu, bukan kawanmu. Engkau sedang berbicara dengan Allah yang Maha Agung, tentulah tidak layak engkau bersikap demikian.


Terima kasih tuan guru...nasihat tu meresap juga dalam hati saya...semoga Allah mengurniakan rahmatnya pada Tuan Guru...aamiin...

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, 26 January 2012

Sampaikan walau hanya 1 ayat

Wasiat dr Allah, Tuhan Semesta Alam...

♥ Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku
tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.

♥ Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.

♥ Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.

♥ Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak
ada kuasa di tangan mereka.

♥ Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu
berserta qiamullail.
_______________________________________________________________________________
Nasihat dari  Para Alim Ulama:
♥ Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.
♥ Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata himat
darinya.
♥ Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat
kemanisan ibadahnya.
♥ Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat husnul
khatimahnya.
♥ Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.
♥ Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan
sangat kelurusan agamanya.
♥ Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan
keredhaan Allah daripadanya.
 
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...