Footer


*WANITA & ISLAM*WANITA & ISLAM*WANITA & ISLAM*

Cursor

SAHABAT WANITA ISLAM

Showing posts with label Info Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Info Kesihatan. Show all posts

Wednesday, 18 September 2013

Gejala semasa hamil- Simpul biawak atau simpul mengkarung

Sejak masuk trimester kedua nih..malam-malam masa tidur mula la rasa simpul biawak nih asyik nak menyerang jer. Biasa bila ada terasa nak tegang jer betis tu eja akan keraskan kaki jadi memang simpul biawak tu tak jadi. Malam tadi ada rasa-rasa macam tu la..tak sempat pulak nak keraskan kaki... makanya kekejangan la malam tadi rasa nak meniti jer air mata nih hihi..nasib baik la tak lama dalam seminit jer..Tapi seminitnya bagaikan sehari hihi...

Biasanya simpul biawak nih jadi kat kawasan betis dan tapak kaki



Antara penyebab simpul biawak nih terjadi adalah kerana:
 
1. Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi anda mengambil apa yang diperlukannya daripada simpanan badan anda.
2. Uterus (rahim) anda yang semakin membesar memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki anda. Ini, serta kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki anda.
 Cara rawatan adalah: 

1. Rendamkan kaki didalam air suam yang dicampur dengan garam. 
Dengan ini ia membantu melegakan kaki anda.
2. Minum air secukupnya setiap hari
3. Pakai stokin tebal sewaktu tidur bagi mengelakkan kaki dari sejuk. Kaki yang sejuk mudah mengalami kekejangan
4. Pakai seluar panjang sewaktu tidur
5. Sapu minyak panas pada betis untuk elak angin sejuk masuk
6. Lapik bantal di bawah/hujung kaki. 

Cara pencegahan:
 
1. Elakkan dari berdiri atau duduk dengan kaki bersilang dalam masa yang lama
2. Lakukan senaman kaki atau senaman regangan setiap kali sebelum masuk tidur
3. Terdapat kajian menunjukkan pengambilan suplemen magnesium sebagai vitamin sampingan kepada multi vitamin sewaktu hamil boleh membantu sesetengah wanita yang menghadapi masalah kekejangan kaki.



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, 1 January 2013

Sakit tulang pinggul




Last week eja mengalami sakit tulang pinggul yang sangat extreme..sampai 1 hari setengah tak boleh bangun..kesian kan..ini bukan cubaan..bukan tipu..ini adalah benar hihi... hanya Tuhan jer yang tau bertapa seksanya kalau sakit pinggang... kalau dah berdiri tak boleh nak duduk..dah duduk tak boleh nak berdiri..kalau posisi baring tu memang sangat selesa...tapi kalau dah baring nak bangun Tuhan jer tau bertapa seksanya...

Mula-mula ingatkan kena slipped disc sebab sakitnya sampai punggung rasa kebas.Lepas xtray semalam alhamdulillah cuma sakit urat biasa yang luar biasa kata doktor hihi sampai kena cucuk steroid la kat punggung nih.. ..sebenarnya sampai sekarang ni pon sakit lagi..bila bangun mesti jalan menyengget jer hihi...
kata Fath ibu macam nenek tua dah hikhik....

Okey.. eja juz nak ingatkan kawan-kawan semua bila umur dah berganjak dari 30 nih kena mula minum susu..makan la suppliment vitamin C ke Collegen ker... start dari umur 30 ni macam-macam penyakit boleh dapat kan...sebab kalau banyak membaca kan kita boleh dapat maklumat..pakar-pakar ada buat kajian masalah tulang rapuh nih biasanya selalu jadi kat kaum cina ataupun mat saleh...pendek kata yang berkulit putih la..eja memang ada gen darah cina sebelah abah dan belanda sebelah atuk mak...jadik kena la jaga tulang bermula dari sekarang,,,,, hari-hari minum susu lembu...mooookkkkkkkkkk!!!!!!!!!!! katanya ahaks...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, 9 May 2012

Gila Meroyan

Rasanya dah lama sangat tak update blog...mood rasa down sebulan dua nih...mood hilang habis selepas isu bersih hari tu..masing-masing nak bergaduh dan tegakkan pendirian masing-masing.. Memang ada kesilapan aku sebab post video-video kat facebook. Niat kat hati cuma nak sharing dengan kawan-kawan. Tak sangka la pulak, ramai2 datang komen carut2 kat wall aku n gaduh2 sesama mereka..mmg hott...Lepas nih jadikan pengajaran la nih..sebab tak semua orang hatinya baik...ada jer nk cari gaduh tak tentu pasal..Sebab kes nih jugak aku kehilangan kawan n adik sendiri..tapi takpe lah tak jadi kudis pon..bukan aku yang cari pasal.. Diaorang yang datang serang2...mencarut2 macam orang takde akal dan maruah...

habis dah isu bersih tu sebab semua yang tak berkenaan aku dah delete & block...semakkan wall je kan..Terbaru pulak aku terjumpa ada orang post kat facebook video baby kena dera..baby girl..kenapa yer..sambil tgk tu aku rasa nk nangis..dan hati rasa sakit sgt tgk mak bby tu...dia mmg tak layak jd mak..dia layak jd pengemis jek...nk kata mcm binatang pon..binatang pon reti sayang ank..mmg tak leh nk kelaskan macam mana org macam tu.. tapi sebenarnya aku rasa dia tu ada masalah tekanan perasaan atau meroyan..harap pihak polis tolong tangkap sekali yang tukang ambil gambar tu...sampai harinih asyik terbayang lagi video tu..sangat menyayat hati...

gambar hiasan

 GILA MEROYAN

Gila Meroyan dari segi perubatan adalah satu bentuk tekanan perasaan berpunca dari keletihan dan gangguan emosi. Hal ini berlaku kerana tidak mendapat kerjasama dan persefahaman terutama daripada suami dan ahli keluarga. Sebagai contoh si ibu yang masih dalam pantang bukan saja perlu menjaga anak yang masih kecil, tetapi menguruskan anak-anak yang lain dan rumah tangga.
Kerap kali, kepercayaan lama mengaitkan masalah tekanan perasaan di dalam atau selepas berpantang disebut gila meroyan dengan masalah gangguan makhlus halus atau melanggar pantang.
Kebanyakkan orang yang kuat berpegang pada adat tradisi proses berpantang adalah proses yang menyeluruh. Menrangkumi soal pemakanan, penjagaan kesihatan, malah ada juga yang langsung  tidak membenarkan suami menghampiri selama 44 hari. Kesemua ini dilihat sebagai langkah pencegahan gila meroyan.

Bila Gila Meroyan Terjadi?
Seawal 2 minggu selepas melahirkan anak. Ia boleh menyebabkan wanita paranoid dan berhalusinasi. Selain itu, dia akan hilang selera makan dan sukar tidur malam. Sesuatu yang paling ketara ialah dia akan kerap menangis, berasa keseorangan dan malu dengan masalah yang dihadapinya.
Wanita yang berhadapan dengan masalah Gila Meroyang ini sangat berbahaya jika ditinggalkan sendirian tanpa pengawasan. Ini kerana mereka berupaya membunuh anak sendiri kerana merasakan anak itu bukan anaknya. Juga berupaya mencederakan dan membunuh diri.

Dua Jenis Gila Meroyan
1. Meroyan  Besar
Dikenali sebagai ‘depression’. Dia tidak mengenali diri dan ahli keluarganya. Malah, dia merasakan anak yang dilahirkan bukan anaknya.
2. Meroyan Kecil
Membabitkan tekanan perasaan yang kecil. Misalnya, dia sedih dan menangis. Dalam perubatan traditional, kita juga percaya gila merooyan ini disebabkan gangguan makhlus halus. Darah yang keluar itu memang disukai makhlus sebegini. Oleh itu, ibu dalam pantang harus membasuhnya sebersih yang mungkin.

Paling Penting!
Dalam berpantang makanan, berurut juga penting.  Urut badan penting kerana ia memberi keselesaan. Selain itu, mereka juga perlu mangambil ubat-ubatan traditional. Sememangnya amalan berpantang agak leceh, tetapi ia mampu memberikan kesan berpanjangan. Jika diabaikan, kesannya mungkin tidak nampak sekarang tetapi tempoh jangka panjang terutama selepas kelahiran anak yang banyak.
Sesetangah ibu berpantang suka mendapatkan perkhidmatan mengurut dari mak bidan, tukang urut dan sebagainya.Produk Sauna/ mandi wap juga merupakan salah satu produk tungku moden yang berupaya memberi keselesaan kepada ibu yang berpantang atau tidak. Ia menghilangkan  rasa ketidakselesaan badan, sengal2 badan keseluruhan. Malah ia juga dapat menurunkan berat badan dengan berkesan secara semulajadi.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, 7 February 2012

Doa hilangkan migrain dan sakit kepala



doa sakit migrain


Amalannya ialah, sila baca 4 ayat terakhir surah al-Hasyr (ayat 21, 22, 23 dan 24) setiap kali sebelum tidur. Semasa membaca ayat-ayat ini, tangan hendaklah diusap-usapkan pada bahagian kepala. Dan niatkan dalam hati, dengan keberkatan ayat-ayat Quran ini, Allah akan menghilangkan sakit kepala @ migrain.

“Sesiapa yang membaca ‘auzubilla hissami’ul alim minas syaitanirrajim’ 3 kali, diikuti membaca tiga ayat yang terakhir daripada surah al-Hasyr, nescaya Allah akan menghantar kepadanya 70,000 malaikat khusus untuk berselawat (berdoa) kepadanya hingga pagi. Jika dia mati pada hari itu, maka dia mati syahid”. (Hadith Nabi).........
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...