Footer


*WANITA & ISLAM*WANITA & ISLAM*WANITA & ISLAM*

Cursor

SAHABAT WANITA ISLAM

Showing posts with label Mereka yang memerlukan bantuan. Show all posts
Showing posts with label Mereka yang memerlukan bantuan. Show all posts

Thursday, 1 November 2012

Penting!!! Bayi 4 bulan perlukan bantuan

 * no akaun tidak disertakan dalam artikel... siapa ada maklumat boleh la share



JENGKA – Keluarga seorang bayi berusia empat bulan yang didapati menghidap jantung berlubang dan salur darah sempit, memerlukan wang tambahan untuk menampung kos rawatan serta pembedahan untuk kali kedua.
Bayi itu, Muhammad Haidar Hisamudin kini ditempatkan di unit rawatan rapi pediatrik (PICU) Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur kerana baru sahaja menjalani pembedahan menelan kos sebanyak RM50,000, kelmarin.
Ibunya, Juniza Johari, 28, berkata, anaknya pada asalnya dijangka menjalani sekali sahaja pembedahan, namun doktor memutuskan untuk membuat dua kali pada saat akhir.
“Anak saya dikatakan mempunyai tiga lubang di jantung dan saluran darah sempit. Keadaan itu mungkin menyebabkan dia memerlukan dua kali pembedahan. Pembedahan kali pertama berjaya dilakukan semalam (kelmarin), namun pembedahan kedua belum diketahui tarikhnya lagi.
“Sekali pembedahan menelan kos RM50,000. Pembedahan kedua masih belum diketahui kos pembedahannya lagi. Kos pembedahan pula tidak termasuk bayaran selama tinggal dalam wad,” katanya.
Juniza berkata, anaknya disahkan menghidap penyakit itu pada 24 September lalu dan ditahan di wad Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh.
Menurutnya, pada 23 Oktober lalu, Muhammad Haidar dipindahkan ke IJN dan kini anaknya berada di wad hampir dua bulan.
“Keluarga saya dan suami (Hisamudin Mohamed) banyak membantu untuk menampung kos pembedahan pertama. Tanpa keluarga, saya tidak tahu di mana hendak mencari wang. Namun, saya masih memerlukan kos tambahan untuk pembedahan kedua.
“Suami cuma bekerja sebagai pembantu tukang masak dengan pendapatan RM700 sebulan. Jumlah itu tidak cukup untuk menampung kos rawatan anak kami,” katanya.
Juniza mengatakan dia masih belum mengetahui jumlah sebenar kos pembedahan tersebut dan menganggarkan ia mungkin menelan belanja sehingga RM50,000 atau lebih.
Difahamkan, Juniza sekeluarga baru sahaja dua minggu pulang ke Pahang sebelum anaknya dimasukkan ke wad dan kini dikatakan menumpang di rumah mentuanya di Felda Ulu Jempol. - Sinar Harian Online
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, 11 October 2012

Update Terbaru Nurul Jannah



Update dari Makcik Nurul Jannah 16 September 2012. Mengatakan keadaan Nurul Jannah semakin sihat.

Update dari facebook makcik Nurul Jannah 15 September 2012.Nurul Jannah dikatakan masih tidak stabil di Hospital Alor Setar.


Sedikit rentetan kisah Nurul Jannah: Maklumat dari makcik Nurul Jannah Norwani Yusof (12 Oktober 2012)

Sebelum ini Nurul Jannah telah demam selama 4 bulan. Pergi check kat hospital doktor tak dapat kesan lagi sampai la lepas raya demamnya semakin teruk dan dia dah tak boleh berjalan kerana kakinya lemah. keluarganya bawa ke Hospital Besar Ipoh dan seminggu kemudian transfer ke Hospital Alor Setar baru doktor dapat kesan dan sahkan Nurul Jannah mengidap kanser saraf.

Jannah dah melakukan rawatan kemoterapi dan masih lagi meneruskan rawatan kemoterapi untuk yang seterusnya. Alhamdulillah, demamnya sudah semakin berkurangan cuma Jannah kelihatan lemah dan tidak aktif. Dalam teks mesej makciknya juga memberitahu di buah pinggang Jannah terdapat tumor. Semalam (11 oktober 2012)  doktor mengesahkan tumor di buah pinggang Jannah telah mengecut (alhamdulillah..). Jika menunjukkan hasil yang positif dan terus mengecut Jannah tak perlu menjalani pembedahan.

Buat masa ini perbelanjaan rawatan, ibu Nurul Jannah telah  daftar dengan MAKNA (Majlis Kanser Nasional), cuma yang akan datang masih lagi tidak tahu sampai bila MAKNA boleh hulurkan sumbangan. Buat masa ini kata makcik Jannah mereka perlukan perbelanjaan ulang alik ke hospital  dan hampir setiap minggu perlu ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan susulan.

Sempena hari Jumaat yang mulia ini..saya mengharapkan sumbangan ikhlas dan doa dari semua bagi membantu adik Jannah... syukran


Sebarang sumbangan boleh di hulurkan ke akaun:

Norazimas bt Yusof  : Akaun Maybank
                                 1580 4262 7330
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Penting!!! Mohon Bantuan Anda.. Hulurkanlah Derma Ikhlas Untuk Menyelamatkan Nyawa Jannah.


Hati ibu mana yang tidak sedih dan  hiba bila melihat ank yang dikandung sembilan bulan 10 hari ini menderita sakit. Dalam usia yang masih muda adik Nurul Jannah, 6 Tahun telah dikesan menghidap kanser saraf tahap 4. Hanya Tuhan sahaja yang tau perasaan seorang ibu yang terpaksa menerima dugaan yang berat dari Allah swt. Orang kata berat mata yang memandang berat lagi bahu yang memikulnya.

Saya hanya mengenali makcik kepada Nurul Jannah iaitu junior di sekolah saya dulu. Melihatkan beliau post gambar ini dalam facebooknya terdetik hati nak membantu apa yang patut.

Nurul Jannah terlalu kecil untuk merasai sakit sebegini tetapi siapa kita untuk melawan qada dan qadar Allah..Sesungguhnya setiap sesuatu yang Allah takdirkan mempunyai hikmah yang tersembunyi..

Diharapkan pembaca blog semua dapat menghulurkan bantuan ikhlas walaupun hanya seringgit jika itu dapat membantu menyelamatkan nyawa adik kita Nurul Jannah.. Semoga dengan bantuan dari anda semua dapat meringan beban ibu dan keluarga adik Nurul Jannah untuk membiayai kos perubatannya. Segala detail tentang Nurul Jannah akan di update. Post ini boleh di share di blog-blog lain..

Bagi pihak keluarga nurul Jannah saya menggucapkan ribuan terima kasih pada yang sudi membantu dan mendoakan Nurul Jannah..

Sebarang sumbangan boleh di hulurkan ke akaun:

Norazimas bt Yusof  : Akaun Maybank
                                 1580 4262 7330

*Semoga Allah membalas setiap kebaikan yang anda buat...

Sumber : Gambar Jannah
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...