Footer


*WANITA & ISLAM*WANITA & ISLAM*WANITA & ISLAM*

Cursor

SAHABAT WANITA ISLAM

Tuesday, 23 August 2011

Airmata Malam Pertama



Cerpen nih saya penah baca dari facebook lama dah. Lupa siapa yang post. tapi kisahnya memang sangat menarik dan menyentuh hati sehingga boleh menangis. Korang layan dulu pastu leh komen yek.

"Hatiku
bercampur baur antara kegembiraan, kesedihan dan kehibaan. Terlalu
sukar untuk kugambarkan perasaan hatiku tatkala ini. Sanak saudara
duduk mengelilingiku sambil memerhatikan gerak geri seorang lelaki yang
berhadapan dengan bapaku serta tuan imam.Hari ini adalah hari
yang cukup bermakna bagi diriku.
Aku akan diijab kabulkan dengan seorang lelaki yang tidak pernak kukenali pilihan keluarga. Aku pasrah.Semoga
dengan pilihan keluarga ini beserta dengan rahmat Tuhan. Bakal suamiku
itu kelihatan tenang mengadap bapaku, bakal bapa mentuanya. Mereka
berkata sesuatu yang aku tidak dapat mendengar butir bicaranya.
Kemudian beberapa orang mengangguk-angguk. Serentak dengan itu, para
hadirin mengangkat tangan mengaminkan doa yang dibacakan lelaki itu."Ana
dah jadi isteri!" Bisik sepupuku sewaktu aku menadah tangan. Tidak
semena-mena beberapa titis air mata gugur keribaanku. Terselit juga
hiba walaupun aku amat gembira. Hiba oleh kerana aku sudah menjadi
tanggungjawab suamiku. Keluarga sudah melepaskan tanggungjawab mereka
kepada suamiku tatkala ijab kabul."Ya Allah! Bahagiakanlah hidup
kami. Kurniakanlah kami zuriat-zuriat yang menjadi cahaya mata dan
penyeri hidup kami nanti." Doaku perlahan.Aku bertafakur
sejenak. Memikirkan statusku sekarang. Aku suadh bergelar isteri. Sudah
tentu banyak tanggungjawab yang perlu aku tunaikan pada suamiku dan
pada keluarga yang aku dan suamiku bina nanti."Mampukah aku memikul tanggungjawab ini nanti". Tiba-tiba sahaja soalan itu berdetik di hati.Kadang-kadang aku rasakan seolah-olah aku tidak dapat melaksanakan tanggungjawab seorang isteri terhadap suami.

"Assalamualaikum!"
Sapa suatu suara yang mematikan tafakur tadi. Baru aku perasan, seorang
lelaki berdiri betul-betul di hadapanku. Aku masih tidak mampu untuk
mendongak, melihat wajahnya itu. Aku berteleku melihat kakinya.Sanak
saudara yang tadi bersama-samaku, kini membukakan ruang buat lelaki itu
mendekatiku. Aku tambah gementar bila dibiarkan sendirian begini. Tanpa
kusangka, dia duduk menghadapku."Sayang"..Serunya perlahan. Suaranya itu seolah membelai dan memujuk jiwaku supaya melihat wajahnya.Aku
memaksa diriku untuk mengangkat muka, melihat wajahnya. Perlahan-lahan
dia mencapai tangan kiriku, lalu disarungkan sebentuk cincin emas
bertatahkan zamrud kejari manisku."Abang".. Seruku perlahan sambil bersalam dan mencium tangan lelaki itu yang telah sah menjadi suamiku."Ana
serahkan diri Ana dan seluruh kehidupan Ana kepangkuan abang. Ana
harap, abang akan terima Ana seadanya ini seikhlas hati abang.."Bisikku
perlahan. " Kita akan sama-sama melayari hidup ini dan akan kita bina
keluarga yang bahagia." Janjinya padaku.Itulah kali pertama aku
menemui suamiku itu. Aku tidak pernah melihatnya selain daripada
sekeping foto yang telah diberikan emak kepadaku.Kenduri
perkahwinan kami diadakan secara sederhana sahaja. Namun meriah dengan
kehadiran sanak saudara terdekat dan sahabat handai yang rapat. Senang
sikit, tak payah berpenat lelah. Sibuk juga aku dan suamiku melayani
para tetamu yang hadir ke majlis itu.Ramai juga teman-teman
suamiku yang datang. Mereka mengucapkan tahniah buat kami berdua. Tak
sangka, suamiku punyai ramai kawan. Katanya, kawan-kawan sejak dari
universiti lagi.Pada pandanganku, suamiku itu memang seorang
yang segak. Berbaju melayu putih sepasang serta bersampin. Aku juga
memakai baju pengantin putih. Kami dah berpakat begitu.Aku
selalu berdoa pada Tuhan agar Dia kurniakan padaku seorang suami yang
dapat membimbing dan menunjukkan aku jalan ketuhanan. Mengasihi aku
sebagai seorang isteri. Tidak kuminta harta mahupun pangkat, cukuplah
sekadar aku bahagia bersamanya dan dia juga bahagia denganku. Aku juga
sering berdoa agar dikurniakan zuriat yang dapat membahagiakan kami."Ana,
ada perkara penting yang mak dan ayah nak bincangkan dengan Ana".Ayah
memulakan mukadimah bicaranya di suatu petang sewaktu kami minum petang
di halaman rumah. Mak hanya diam memerhatikan aku, membiarkan ayah yang
memulkan bicaranya."Apa dia ayah, mak? Macam penting je" Soalku tanpa menaruh sebarang syak wasangka."Sebenarnya, kami telah menerima satu pinangan bagi pihak Ana.""Apa!!!"Pengkhabaran
begitu membuatkan aku benar-benar terkejut. Aku masih belum berfikir
untuk mendirikan rumah tangga dalam usia begini. Aku mahu mengejar
cita-citaku terlebih dahulu. Aku tidak mahu terikat dengan sebarang
tanggungjawab sebagai seorang isteri."Kenapa ayah dan mak tak
bincang dengan Ana dulu?" Soalku agak kecewa dengan keputusan mak dan
ayah yang membelakangi aku. Sepatutnya mereka berbincang denganku
terlebih dulu sebelum membuat sebarang keputusan yang bakal mencorakkan
masa depanku."Kami tahu apa jawapan yang akan Ana berikan
sekiranya kami membincangkan perkara ini dengan Ana. Pastinya Ana akan
mengatakan bahawa Ana masih belum bersedia. Sampai bilakah Ana akan
berterusan begitu?"Ayah mengemukakan alasannya bertindak demikian."Sebagai
orang tua, kami amat berharap agar anak kesayangan kami akan mendapat
seorang suami yang boleh melindungi dan membimbing Ana. "Ujar mak
setelah sekian lama membisu."Apakah Ana fikir mak dan ayah akan
duduk senang melihat anak gadisnya berterusan hidup sendirian tanpa
penjagaan dari seorang suami? Kami bukan nak lepaskan tanggungjawab
kami sebagai orang tua, tapi itulah tanggungjawab orang tua mencarikan
seorang suami yang baik untuk anak gadisnya."Terang ayah lagi."Ana.." Seru ayah setelah dia melihat aku mendiamkan diri, menahan rasa."Percayalah, kami membuat keputusan ini adalah untuk kebaikan Ana sebab kami terlalu sayangkan Ana.";"Ini
cincinnya, pakailah." Mak meletakkan satu kotak kecil berbaldu di
hadapanku. Perasaanku berbaur. Macam-macam yang datang. Berbelah bagi.
Apa yang patut aku lakukan sekarang. Sekiranya aku menerima dan
bersetuju dengan keputusan mak dan ayah itu, bermakna aku telah
membiarkan cita-citaku semakin kabur dan berbalam di hadapan. Namun
kiranya aku menolak, bermakna aku telah melukakan hati kedua-dua orang
tuaku itu. Orang tua yang telah banyak berjasa dalam hidupku. Tanpa
mereka berdua, aku takkan hadir dan mustahil untuk melihat dunia ini."Ahhhhgggg…"Keluhku
sendirian. Aku dalam dilemma. Yang manakah patut aku utamakan? Perasaan
sendiri atau perasaan dan harapan mak dan ayah. Aku selalu tewas bila
melibatkan perasaan mak dan ayah. Aku terlalu takut untuk melukakan
hati mereka. Aku takut hidupku nanti tidak diberkati Tuhan.Azan
maghrib yang berkumandang mengejutkan aku dari lamunan. Dah masuk waktu
maghrib rupanya. Masih banyak lagi barang-barang yang belum dikemaskan.
Penat juga nak kemaskan semua ni."Nanti kite kemas lepas ni. Mari solat maghrib dulu." Ujar ayah padaku.Adik-adik
sibuk bentangkan tikar dan sejadah di ruang solat. Begitulah selalunya
apabila kami berkumpul. Solat berjemaah adalah saru agenda yang tidak
boleh dilupakan.Semua orang telah siap sedia menunggu sewaktu
aku keluar dari berwudhuk di bilik air. Aku cepat-cepat mengenakan
telekung dan memasuki saf bersama emak, kakak dan adik.Selesai
je iqamah, ayah memberikan penghormatan kepada suamiku untuk menjadi
imam. Dia kelihatan serba salah dengan permintaan ayah itu. Dia
merenung ke arahku. Aku hanya mengangguk sebagai isyarat supaya dia
memenuhi permintaan ayah itu. Maka dengan tenang, dia mengangkat
takbir. Menjadi imam solat maghrib kami pada malam itu.Betapa
hatiku tenang sekali menjadi makmumnya. Dengan bacaan yang jelas dan
merdu itu membuatkan aku berasa kagum dengan suamiku itu. Mungkin tepat
pilihan ayah dan mak buatku. Bacaannya lancar lagi fasih. Bagaikan
seorang arab yang menjadi imam."Wahai Tuhan kami! Janganlah
Engkau mengirakan kami salah jika kami terlupa atau tersilap. Wahai
Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kami dengan bebanan yang berat
sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang
terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Jangan Engkau pikulkan
kepada kami apa-apa yang tidak terdaya kami memikulnya. Dan maafkanlah
kesalahan kami serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada
kami.""Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami daripada isteri dan
suami serta zuriat keturunan yang boleh menjadi cahaya mata buat kami
dan jadikanlah kami daripada golongan orang-orang yang muttaqin."Dia
membaca doa dengan khusyuk memohon kepada Tuhan setelah selesai solat.
Kami bersalaman. aku mendekati suamiku sambil menghulurkan tangan."Bang,
maafkan Ana!" Bisikku perlahan sewaktu mencium tangannya. Dia
kemudiannya mengucupi dahiku sebagai tanda kasih yang tulus."Sayang tak ada apa-apa salah dengan abang."Ujarnya sambil tersenyum merenung wajahku.Selepas berwirid dan berzikir, dia bangun menuju ke halaman rumah."Abang nak kemana tu?"Soalku."Nak kemaskan barang-barang kat bawah tu.
Ada sikit lagi."Jawabnya."Dah la tu. Rehat jelah. Esok kita boleh sambung lagi."Aku kesian melihatnya, keletihan."Betul
kata Ana tu Zul. Sambung esok sajalah." Sampuk ayah yang tiba-tiba
mendengar perbualan kami. Emak pun mengangguk menyetujui sarananku itu."Takpelah
ayah, Ana. Sikit aje tu. Kejap je saya buatnya." Dia masih berkeras
sambil berlalu turun ke halaman rumah untuk mengemas beberapa peralatan
yang masih lagi berada di bawah khemah.Aku menukar pakaian,
kemudian keluar membantu suamiku mengemas barang-barang di halaman
rumah. Dia kelihatan asyik tanpa menyedari kehadiranku. Semua
barang-barang telah dikemasnya. Aku mencapai kain pengelap dan mula
mengelap meja."Bila Ana turun?" Soalnya apabila menyedari aku sedang mengelap meja." Baru aje. Asyik sangat abang buat kerja sampai tak sedar Ana datang.""Maafkan abang sayang." Dia menghampiriku."Sayang tak marahkan?" Soalnya lagi sambil memeluk pinggangku erat.Aku
merenungnya, kemudian mengeleng-ngeleng sebagai tanda aku tak ambil
hati pun pasal tu. Dia tersenyum sambil menghadiahkan satu ciuman di
pipiku."Ish..abang ni! Nanti dilihat orang, malu kita." Rungkutku tersipu-sipu. Nanti malu juga kalau dilihat oleh ahli keluargaku."Apa nak malu,
kan sayang ni isteri abang."Jawabnya tersenyum."Tau la, tapi tengok la keadaan dan tempat. Kalau kita berdua saja, lebih dari cium pun Ana bagi.""Betul ni?"Soal suamiku cepat-cepat."Ish..;gatal la abang ni!" Dia
cuba mengelak dari menjadi mangsa cubitan tanganku.Aku
terasa bahagia disayangi begini. Inilah pertama kali dalam hidupku
merasai betapa nikmatnya cinta dan kasih sayang seorang kekasih hati
yang aku sayangi. Aku tidak pernah terlibat dengan cinta walaupun
semasa aku di universiti dulu. Dan pada tika ini, aku akan menikmatinya
selepas perkahwinan. Cinta seorang suami terhadap seorang isteri.Walaupun
begitu,masih ada sedikit rasa takut di hatiku. Aku takut aku tidak
mampu untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Aku takut
aku tidak mampu untuk menjadi seorang isteri yang solehah dan mulia
dalam hidup suamiku."Apa yang Ana menungkan ni?"Soalan itu
mengejutkan aku dari lamunan. Aku berehat sekejap di atas kerusi batu
dalam taman di halaman rumah setelah selesai mengemas barang-barang."Abang ni, terkejut Ana tau!" Aku buat-buat merajuk. Saja nak menduga bagaimana suamiku memujuk."Alaa..sayang ni.macam tu pun nak marah." Usiknya sambil mencubit pipiku."Nampak
gayanya terpaksalah abang tidur bawah katil dengan nyamuk-nyamuk malam
ni sebab isteri abang dah merajuk. Kesian kat abang yea!" Aku mula
tersenyum dengan kata-kata suamiku itu. Pandai juga suamiku buat lawak
nak memujuk aku."Sayang…" Seru suamiku sambil merangkul tubuhku."Sayang nak honeymoon kemana?" Tak terfikir pulak akau pasal honeymoon tu. Aku pun tak ada apa-apa plan atau cadangan pasal tu."Ana ikut aje kemana abang nak bawa.""Kalau abang bawa ke bulan atau bintang, sayang nak ikut ke?" Guraunya."Banyak ke duit abang nak bayar tambang roket dan nak beli set bajunya nanti?" Soalanku itu membuatkan suamiku pecah ketawa."Nanti sayang nak berapa orang anak?" Soalnya lagi setelah ketawanya reda."Abang nak berapa?" Soalku kembali tanpa menjawab soalannya."Abang nak sebanyak mungkin. Larat ke sayang nanti?""Ish…abang ni. Abang ingat Ana ni kilang anak ke?" Sekali lagi suamiku ketawa. Nampaknya dia adalah orang yang mudah ketawa."Takdelah macam tu. Tapi abang suka kalau kita ada anak yang ramai. Sama banyak lelaki dan perempuan.""Insya Allah, kalau ada rezeki nanti Ana sanggup." Penjelesanku itu membuatkan suamiku tersenyum gembira."Ni yang buat
abang tambah sayang ni." Satu lagi kucupan mesra singgah di pipiku.Aku terasa bahagia diperlakukan begitu. Aku punyai suami yang baik dan penyayang. Aku rasa dilindungi."Zul, Ana! Jom kita makan dulu!" Suara mak memanggil."Mari
bang! Ana pun dah lapar ni." Ajakku sambil memimpin tangannya. Kami
bangun beriringan masuk ke dalam rumah untuk menghadapi hidangan makan
malam.Rasa lapar la juga kerana sejak tadi lagi asyik layan
tetamu dan buat kerja aje sampai lupa untuk makan. Seronok sangat
dengan kahadiran kawan-kawan rapat serta gembira dianugerahi seorang
suami yang baik.Sudah beberapa hari aku asyik memikirkan pasal
pertunanganku. Terlalu sukar untuk aku menerimanya. Tambah lagi dengan
lelaki yang tidak pernah kukanali. Perkahwinan bukanlah sesuatu yang
boleh diambil mudah. Kehidupan yang memerlukan persefahaman sepanjang
hidup. Tanpa persefahaman dan tolak ansur, mustahil dua jiwa dan dua
hati boleh bersatu dalam menjalani hidup sebagai suami isteri. Tidak
sedikit cerita yang aku dengar tentang rumah tangga yang hanya mampu
betahan buat seketika atau separuh jalan sahaja. Kemudian pecah
berkecai umpama kapal dipukul badai. Berselerak dan bertaburan. Apataha
lagi kalau dah dikurniakan anak. Anak-anak akan jadi mangsa keadaan."Mampukah
akau menerima suamiku nanti sepenuh hatiku? Mampukah aku menyediakan
seluruh ruang isi hatiku ini buat suamiku itu? Bahagiakah aku bila
bersamanya nanti?" Bertalu-talu persoalan demi persoalan menerjah benak
fikiranku. Aku rasa amat tertekan dengan keadaan ini. Bukan aku tak
fakir pasal rumah tangga, tapi aku masih belum bersedia untuk
melaluinya."Ya Allah, bantulah aku dalam membuat keputusan.
Tunjukkanlah aku jalan penyelesaian. Janganlah Engkau biarkan aku
sendirian dalam menentukan masa depan hidupku.""Ya Allah, aku
benar-benar tersepit antara kehendak orang tuaku dan persaan hatiku
sendiri. Kiranya ia baik buatku, maka berilah aku redha dalam
menerimanya wahai Tuhan.Indahnya kuperhatikan suasana kamarku.
Aku sendiri yang menghiasinya. Kamar malam pertamaku bersama seorang
lelaki yang bergelar suami. Kamar yang akan menjadi saksi bisu bila
mana aku menyerahkan khidmatku pada seorang suami. Kegusaran dan
sedikit gentar mula bertandang dalam sanubari. Aku rasa takut sendirian
untuk melalui keindahan malam pertama ini.
Bagaimanakah akan melayani
suamiku nanti?Ketukan pada pintu bilik membuatkan hatiku bertambah gusar. Dari tadi lagi aku hanya duduk di birai katil."Masuklah, pintu tak berkunci." Aku bersuara perlahan. Aku pasti, itu adalah suamiku.Dia masuk, kemudian menutup pintu bilik kami dengan perlahan. Dia kemudiannya menghampiri dan duduk di sisiku."
Kenapa asyik termenung aje ni? Sayang tak gembirakah bersama abang?"
Aku tak menyangka soalan itu yang diajukan oleh suamiku tatkala
ketakutan di malam pertama begitu membanjiri jiwaku.Aku hanya mampu mengeleng-ngeleng. Aku sendiri tak tahu apa jawapan yang terlebih baik untuk soalan suamiku itu."Habistu apa yang sayang menungkan ni?"Ana takut bang!" Itulah aku rasa jawapan yang tepat bagi menjawab soalannya.Dia memelukku erat sambil membelai rambutku." Apa yang nak ditakutkan? Abangkan ada. Abang akan Bantu dan tolong sayang. Kita sama-sama bina keluarga kita." Pujuk suamiku."
Ana takut Ana tak mampu untuk menjalankan tugas sebagai isteri abang.
Ana banyak kelemahan bang. Ana takut nanti Ana akan mengecewakan abang.
Ana takut.." Aku tidak sempat untuk meneruskan kata-kataku kerana
suamiku telah meletakkan telunjuknya di bibirku tanda tidak membenarkan
aku menghabiskan bicaraku. Terkebil-kebil mataku memandangnya."
Sayang, abang terima sayang sebagai isteri abang seadanya. Abang terima
segala kelebihan dan kekurangan yang ada pada sayang. Usahlah sayang
risaukan pasal itu. Ok sayang! " Bisiknya.Aku memeluknya syahdu di atas penerimaannya terhadapku."
Sayang, abang nak mandi kejap. Badan ni dah rasa macam melekit." Aku
bangun membuka almari pakaian dan mencapai sehelai tuala serta kain
pelikat. Kuhulurkan kepadanya dengan penuh kasih sayang.Dia tersenyum kepadaku dan mencium pipiku sebelum berlalu ke bilik air. Kemudian aku terdengar siraman air terjun ke lantai.Malam
berark perlahan. Langit kelihatan gelap pekat tanpa bulan dan bintang.
Mungkin sekejap lagi hujan akan mencurah, membasahi bumi yang sudah
beberapa hari merindui titis air untuk membajai ketandusannya."Ayah, mak! Ana dah buat keputusan." Beritahuku sewaktu kami sedang berehat di beranda rumah pada suatu hari.Ayah yang sedang membaca akhbar dan emak yang sedang menyulam tiba-tiba memandangku serentak, kemudian berpaling sesama sendiri." Keputusan tentang apa?" Soal ayah inginkan kepastian. Mungkin mereka tertanya-tanya keputusan apakah yang telah kubuat." Pasal peminangan tu." Ujarku.Ayah
dan emak kembali merenungku. Mereka memberikan perhatian kepada apa
yang bakal aku beritahu. Keputusan yang telah kubuat setelah berfikir
baik dan buruknya. Keputusan yang bakal menentukan masa depan arah
perjalanan hidupku." Kiranya ini takdir Tuhan, maka Ana redha
dengan jodoh yang ayah dan emak pilih." Terasa pilu sekali hatiku
sewaktu meluahkannya.
Ada sedikit titis jernih jatuh ke riba. Aku mengesatnya dengan hujung jari.Emak
bangun dan memelukku. Aku tidak tahu apakah ertinya pelukan emak itu.
Pelukan gembira oleh kerana aku menerima pilihan mereka atau pelukan
untuk menenangkan jiwaku yang sedang berkecamuk dan sedih ini? Hanya
emak yang tahu hakikatnya." Syukurlah, moga Ana bahagia nanti." Ucap ayah padaku.Aku
terpaksa berkorban demi untuk melihat senyuman di bibir ayah dan emak
walaupun hatiku sendiri terpaksa menangis. Tapi adalah terlebih baik
bagiku memakan hatiku sendiri daripada memakan hati orang tua ku."Nanti mak kenalkan dia pada Ana." Ujar emak sambil tersenyum kerana keputusanku memihak kepada mereka." Tak payahlah mak. Kenalkan pada Ana di hari perkahwinan tu aje." Aku rasa lebih baik demikian kerana selepas ijab
Kabul
aku sudah tidak punyai pilihan lain selain daripada menerima walaupun
dengan terpaksa lelaki pilihan ayah dan emak ku itu sebagai suamiku.
Aku tidak mahu pertemuan sebelum ijab kabul nanti akan menyebabkan aku
berbelah bagi dengan keputusan yang telah aku buat." Kenapa pula macam tu?
Kan lebih baik kalau Ana berkenalan dahulu dengannya." Ayah mempersoalkan keputusanku itu."
Ana telah memenuhi kehendak ayah dan mak dengan menerima pilihan ayah
dan mak. Tak bolehkah ayah dan mak memenuhi permintaan dan kehendak Ana
pula?" Aku berlalu meninggalkan mereka dalam keadaan tercengang dengan
permintaan ku itu.Aku siapkan kamar tidur seadanya. Aku letakkan
pakaian persalinan buat suamiku di atas katil. Aku menunggunya keluar
dari bilik air. Aku sendiri telah bersiap-siap menukar pakaian malam
menanti suamiku itu dengan penuh debaran. Kedengaran pintu bilik air
dibuka. Dia keluar sambil tersenyum ke arahku." Sayang, boleh tak ambilkan abang segelas air. Dahagalah." Pintanya sambil mengelap-ngelap badannya dengan tuala di tangan." Baik bang. Bang, ni baju abang." Ujarku sambil bangun untuk ke dapur.Sewaktu aku keluar, lampu di ruang tamu semuanya telah dipadamkan. Kulihat jam dah dekat pukul 1 pagi." Patutlah." Bisik hatiku. Aku meneruskan langkahku ke dapur dalam smar-samar cahaya bilik yang masih lagi terpasang.Kupenuhkan labu sayung dengan air masak dan ku capai sebiji gelas. Aku membawa kedua-duanya menuju ke bilik.Suasana malam agak sunyi. Tiada bunyi cengkerik atau cacing tanah. Cuma kat luar
sana kadang-kadang langit kelihatan cerah diterangi cahaya kilat memancar. Malam yang pekat bakal mencurahkan hujan.Sewaktu
aku melangkah masuk ke bilik, kelihatan suamiku sedang khusyuk berdoa
atas sejadah. Mulutnya terkumat kamit tanpa kutahu butir bicaranya.Kutuangkan
air kedalam gelas dan kuletakkan atas meja menanti suamiku selesai
berdoa. Kemudian dia bangun menghampiriku. Aku menghulurkan gelas air
kepadanya."Bang…."Seruku."Ada apa sayang?" Soalnya apabila melihat aku tersipu-sipu kearahnya."Malam
ni abang nak…..nak….."Agak segan untuk kuteruskan pertanyaan itu.
Suamiku masih lagi menanti persoalan yang kutanya… " Nak apa sayang?"
Soalnya lagi sambil tersenyum."Ah..abang ni…"Aku malu sendirian apabila melihat suamiku seolah-olah dapat membaca fikiranku."Ya, abang nak sayang layan abang malam ni. Boleh tak?" Bisiknya ketelingaku.Aku hanya mampu mengangguk-angguk tanda bersedia untuk melayani segala kehendak dan kemahuannya. Aku
cuba
untuk mempersiapkan diri sebagai seorang isteri yang mampu menyediakan
dan memenuhi segala keperluan dan kemahuan suamiku itu."Assalamualaikum, wahai pintu rahmat!" Bisik suamiku." Waalaikumussalam wahai tuan pemilik yang mulia." Jawabku.Malam
yang gelap kehitaman itu kulaluinya bertemankan seorang lelaki yang
telah kuserahkan kepadanya seluruh jiwa dan ragaku ke dalam tangannya.
Dia berhak segala-galanya keatasku. Sebagai seorang isteri, aku mesti
sentiasa patuh kepada segala arahan dan suruhannya selagi mana ia tidak
bercanggah dengan ketetapan Tuhan dan Rasul.Pertama kali kulalui
dalam hidupku, malam bersama seorang lelaki yang telah dihalalkan aku
keatasnya. Aku umpama lading dan suamiku itu adalah peladang. Ia berhak
mendatangiku mengikut sekehendak hatinya. Aku telah membaca beberapa
buah buku tentang alam perkahwinan, rumahtangga dan tanggungjawab
seorang isteri apabila aku menerima pilihan emak dan abah terhadapku.
Aku
cuba untuk memperaktikkannya selagi aku termampu untuk
melakukannya. Aku cuba menjadi yang terbaik bagi suamiku. Aku ingin
suamiku bahagia bersamaku. Aku ingin menjadi permaisuri yang bertahta
di hati dan jiwanya sepanjang usia hayatnya.Rasulullah bersabda:"Sebaik-baik
isteri itu ialah yang dapat menenangkan kamu apabila kamu melihatnya
dan taat kepada kamu apabila kamu perintah dan memelihara dirinya dan
menjaga hartamu apabila kamu tiada."Rasulullah bersabda:"Setiap wanita itu adalah pengurus sebuah rumahtangga suaminya dan akan ditanyakan hal urusan itu."Rasulullah bersabda:"Isteri yang mulia ini merupakan sesuatu yang terbaik di antara segala yang bermanfaat di dunia."Rasulullah bersabda:"Sesungguhnya
wanita yang baik itu adalah wanita yang beranak, besar cintanya,
pemegang rahsia, berjiwa kesatria terhadap keluarganya, patuh terhadap
suaminya, pesolek bagi suaminya, menjaga diri terhadap lelaki lain,
taat kepada ucapan suaminya dan perintahnya, dan apabila bersendirian
dengan suaminya, dia pasrahkan dirinya kepada kehendak suaminya itu."Sesungguhnya
perkahwinan ataupun rumahtangga itu bukanlah sesuatu yang boleh
dipandang remeh atau yang boleh dipermain-mainkan. Ia adalah suatu
ikatan yang menghalalkan yang haram sebelumnya. Ia memerlukan
persefahaman, tolak ansur, saling mempercayai, tolong menolong, kasih
mengasihi seikhlas hati dan sebagainya. Tanpa itu semua, mana bisa dua
jiwa yang berlainan sifat dan sikap mampu mengharungi sebuah kehidupan
yang penuh dengan dugaan ini bersama-sama. Ia amat mustahil sekali.Maka
seharusnya kita perlu mempersiapkan diri sebelum memasuki gerbang
perkahwinan dengan pelbagai ilmu. Ilmu kekeluargaan, ilmu keibu bapaan,
psikologi kanak-kanak dan sebagainya. Jangan cuba untuk menghampirinya
selagi mana kita belum benar-benar bersedia untuk menghadapinya. Jangan
kita fikirkan tentang nafsu semata-mata. Fikirkan sama tentang
tanggungjawab yang bakal kita pikul nanti. Tanggungjawab sebagai
seorang suami ataupun isteri, tanggungjawab sebagai seorang bapa
ataupun ibu. Mampukah kita semua memenuhi atau menunaikan tanggungjawab
dan tuntutan itu. Kita pastinya akan dipersoalkan tentang
pertanggungjawaban itu. Sama ada di dunia mahaupun di hadapan Tuhan
nanti. Kerana tanggungjawab itu adalah amanah yang perlu ditunaikan
oleh setiap orang.Bunyi batuk yang berlarutan menyebabkan aku
tersedar dari tidur istimewaku malam ini. Sewaktu aku membuka mata, aku
lihat suamiku sedang bersimpuh diatas sejadah. Dia mengurut-urut
dadanya menahan batuk. Aku bingkas bangun, turun dari katil dan
menghampirinya."Abang tak apa-apa?" Soalku risau dengan
keadaannya. Aku mula risau, takut-takut suamiku itu mempunyai
penyakit-penyakit tertentu yang tidak aku ketahui."Abang ok je.
Mungkin sejuk sikit kot."Jelasnya. Mungkin juga. Hawa dinihari itu
sejuk sebab hujan masih lagi bergerimis selepas mencurah lebat semalam."Pergilah
mandi, ayah dan semua orang sedang menunggu kita untuk berjemaah di
luar tu." Arah suamiku sambil tersenyum merenungku dengan pajama itu.
Aku malu sendirian bila mata suamiku menyorot memerhati seluruh tubuhku
itu."Nakallah abang ni." Aku bangun mencapai tuala dan terus ke
bilik air untuk mandi. Aku masih lagi terdengar batuk-batuk dari luar.Ayah
mahu suamiku mengimami solat subuh itu, tapi suamiku menolak dengan
alasan dia batuk-batuk dan tak berapa sihat. Namun ayah masih berkeras,
maka terpaksalah dia menjadi imam.Kesian aku melihatnya.
Bacaannya tidak selancar semalam. Banyak tersangkut dan terpaksa
berhenti atau mengulanginya kerana asyik batuk-batuk sahaja. Aku mula
risau lagi dengan keadaan begitu.Selepas beriwirid pendek, dia
membacakan doa dengan perlahan tapi masih boleh didengari oleh semua
ahli keluargaku. Aku lihat muka suamiku agak kepucatan."Kenapa ni bang?" Soalku sewaktu bersalaman dengannya." Entahlah, abang rasa kurang sihat sikit pagi ni..""Zul sakit ke?" Tanya ayah."Takdelah, cuma kurang sihat sikit. Mungkin sebab cuaca kot."Jawabnya."Elok makan ubat, nanti takut melarat pulak." Sampuk mak."Nanti Ana ambilkan ubat." Aku bangun ke dapur untuk mengambil ubat dalam rak ubat.Ubat-ubatan
asas sentiasa tersimpan dalm rak ubat di rumahku. Ini bagi memudahkan
bagi tujuan rawatan segera kalau ada apa-apa berlaku. Aku ambil sebotol
ubat batuk dan segelas air.Suamiku sudah masuk ke bilik.
Batuknya agak berkurangan sedikit dari tadi. Mungkin betul juga ia ada
kaitan dengan keadaan cuaca yang sejuk. Dia menghirup sirap batuk yang
kusuapkan."Terima kasih." Ucapnya perlahan. Aku angguk."Abang berehatlah." Ujarku sambil membaringkan badannya ke atas tilam."Abang minta maaf kerana menyusahkan sayang."" Kenapa pula abang cakap macam tu. Sikit pun Ana tak rasa susah.""Abang
tahu sayang susah hati tengok abang begini. Sepatutnya hari pertama
begini, abang kena membahagiakan sayang. Tapi abang minta maaf sebab
keadaan abang tak mengizinkan.""Dahla tu bang. Ana isteri abang.
Ana sentiasa bersedia berkhidmat untuk abang tanpa sedikit pun rasa
susah."Pujukku walaupun sebenarnya hatiku memang runsing dengan
keadaannya."Walau apapun yang berlaku, abang tetap sayang dan
cintakan saying. Sayanglah satu-satunya buah hati abang." Sambung
suamiku tanpa menghiraukan nasihatku supaya dia berehat saja.Entah kenapa tiba-tiba sahaja hatiku dilanda kesedihan. Entah darimana ia berputik."Abang minta maaf atas segalanya. Sayang maafkan abang yea""Abang nak tidur dulu. Mengantuk rasanya." Ujarnya perlahan."Abang
tidurlah." Aku menarik selimut untuk menyelimutinya. Aku menciumi
dahinya. Sekejap sahaja dia terlena selepas mulutnya terkumat kamit
membacakan sesuatu.Aku memerhatikan suamiku buat seketika.
Tidurnya kelihatan tenang dengan susunan nafas yang teratur. Aku suka
melihat wajahnya yang memberikan ketenangan buatku. Wajahnya yang agak
bersih dihiasi dengan kumis dan jambang yang nipis dan terjaga. Aku
berdoa dan berharap agar kurniaan Tuhan ini akan berkekalan bersamaku
hingga ke akhir hayat.Namun segala-galanya telah ditentukan
Tuhan. Hidup, mati, rezeki, baik dan buruk seseorang hamba itu telah
ditentukan Tuhan semenjak ia berada dalam kandungan ibunya lagi. Maka
aku sebagai seorang hamba yang lemah terpaksa menerima segala
kehendaknya dengan redha dan tenang. Siapa tahu, rupa-rupanya itulah
hari pertama dan terakhir aku bersama suamiku yang baru aku kenali itu.
Aku hanya mengenalinya seketika sahaja, namun dia telah meninggalkan
aku buat selama-lamanya. Aku belum sempat untuk menjalankan tugasan
sebagai isteri dengan sepenuhnya. Apalagi yang dapat aku lakukan.
Patutlah dia asyik memohon maaf dariku.Sewaktu aku ingin
mengejutkannya untuk bersarapan, berkali-kali aku cuba memanggil
namanya. Namun dia masih tak menjawab. Aku menggoncang tubuhnya, tetapi
tetap tak ada respon. Aku sentuh tangannya, sejuk. Aku memeriksa nadi
dan denyutan jantungnya. Senyap! Air mataku terus je mengalir tanpa
dapat ditahan lagi. Menangisi kepergian seorang suami. Aku tersedu-sedu
sewaktu semua ahli keluarga masuk kebilik untuk melihat apa yang
berlaku setelah terlalu lama aku cuba mengejutkan suamiku itu. Tapi
rupanya hanyalah jasad yang terbujur kaku." Sudahlah Ana, bersyukurlah kerana masih ada lagi pusaka tinggalannya buat Ana." Pujuk emak.Aku
hanya mampu tersenyum dengan pujukan emak itu sambil memandang wajah
seorang bayi lelaki yang sedang nyenyak tidur disebelahku. Itulah
takdir Tuhan, malam pertama yang telah membuahkan hasil. Walaupun hanya
pertama, tapi itulah panglima yang menang dalam pertarungan bagi
menduduki rahimku ini. Hari ini, zuriat suamiku itu telah menjengok
dunia ini. Satu-satunya pusaka yang tidak ada nilai buatku selain
sebuah rumah yang telah diwasiatkan oleh suamiku buatku.Ya
Allah, tempatkanlah rohnya bersama golongan yang soleh. Ya Allah,
rahmatilah anakku ini. Jadikanlah dia umpama bapanya yang sentiasa taat
kepadamu. Jadikanlah ia berjasa kepada perjuangan dalam menegakkan
agamamu. Jadikanlah ia sebagai permata yang membahagiakan aku dan
seluruh keluargaku.Amin..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, 22 August 2011

MALAM LAILATULQADAR 2011


10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.
Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".

Sebab turun surah al-Qadr
Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas. 

Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.

Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.
Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut
Maksudnya: "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya"
Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.
Maksudnya: "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."

Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar
Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.
Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu. 

Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.
Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:
Maksudnya: "Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.
Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.

Doa khusus di Malam Lailatulqadar
Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut
1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.
Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. 

Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"
Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silap hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silapku" Terdapat juga beberapa doa yang disarankan oleh para alim ulama kita melakukannya seperti membaca doa
Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:

1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.
Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.

Tanda Malam Lailatulqadar
Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:
- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.
Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.

Sumber : http://www.al-azim.com
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, 21 August 2011

Nabi Ibrahim a.s

Suatu ketika Nabi Ibrahim a.s berjalan bersama isterinya Sarah, tiba - tiba mereka melintasi daerah kekuasaan seorang raja yang zalim ( suka dengan perempuan cantik ). Raja itu diberitahu oleh pengawalnya bahwa ada seseorang yang datang memasuki daerahnya bersama dengan seorang wanita yang sangat cantik. Kemudian raja mengutus pengawalnya untuk menanyakan perihal wanita ini kepada Nabi Ibrahim as. Siapakah wanita ini?. Ibrahim menjawab : Dia adalah saudara perempuanku.
Lalu Ibrahim mendatangi Sarah lalu berkata  Hai Sarah,di muka bumi ini tidak ada orang yang beriman selain diriku dan dirimu dan orang - orang itu menanyakan kepadaku tentang dirimu maka ku beritahukan kepada mereka bahwa engkau adalah saudara perempuanku maka janganlah engkau dustakan perkataanku. Kemudian raja mengutus pengawalnya untuk membawa Sarah ke hadapannya. Ketika Sarah datang menemui sang raja, maka raja zalim tersebut berusaha menjamah Sarah. Namun tiba - tiba raja itu tidak mampu bergerak sedikitpun. Raja memohon kepada Sarah : Berdoalah kepada Allah tuhanmu untukku dan aku tidak akan mencelakaimu...lalu Sarah berdoa kepada Allah SWT...dan raja itu sembuh dari lumpuhnya.... ternyata raja kembali hendak menjamah Sarah..... tiba - tiba ia kembali tidak mampu bergerak bahkan lebih parah lagi.... raja kemudian kembali memohon kepada Sarah : Berdoalah kepada Allah tuhanmu untukku dan aku tidak akan mencelakai dirimu. Lalu Sarah kembali berdoa kepada Allah SWT dan raja tersebut kembali sembuh dari lumpuhnya. Kemudian raja memanggil beberapa orang dari pengawalnya dan mengatakan : Kalian tidak membawa kepadaku manusia tetapi wanita ini adalah syaitan.... lalu raja memerintahkan untuk membebaskan Sarah dengan memberi seorang khadam ( pembantu / budak ) yang bernama Hajar.

Sampai dengan umur yang cukup tua. Nabi Ibrahim as belum di kurnia oleh Allah putra.Nabi Ibrahim pun tak henti - hentinya berdoa memohon kepada Allah SWT agar di beri keturunan yang shalih,yang baik-baik rabbi habli minas shaalihiin ". Maka Allah SWT pun segera menyampaikan kabar gembira mengenai hal tersebut.Sarah berkata kepada Ibrahim as : Sesungguhnya Allah tidak memperkenankan aku melahirkan anak karenanya menikahlah dengan budakku ini, mudah - mudahan Allah mengurniakan anak kepadamu melalui dirinya.

Nabi Ibrahim pun akhirnya menikahi Hajar budak Sarah pemberian dari raja yang zalim tadi. Akhirnya Hajar pun hamil. Mmulailah kecemburuan Sarah timbul sehingga seringkali Sarah menusuk daun telinga hajar dengan duri pohon kurma sampai membekas ketika cemburu dan ketika Ibrahim as tahu akan hal ini kemudian Ibrahim as mengambil bunga pohon kurma dimasukkan kedalam lubang di telinga Hajar..... INILAH HAL IHWAL DARI ADANYA ANTING - ANTING sebuah produk dari kecemburuan....

Akhirnya dari Hajar inilah terlahir seorang putra yang shalih bernama Ismail as yang meneruskan garis keturanan bangsa Arab.... Nabi Muhammad SAW dan umat Islam sampai sekarang.

Ketika Nabi Ibrahim as bersama Sarah berusia sangat tua maka datanglah kabar berita dari Allah SWT yang dibawa oleh malaikat utusan Nya yang sedang dalam perjalanan untuk menhancurkan kaum Luth.... bahwa melalui Sarah Allah akan menganugerahkan seorang anak .... QS 11 : 69 - 73

Dan sesungguhnya utusan-utusan Kami (malaikat-malaikat) telah datang kepada lbrahim dengan membawa kabar gembira, mereka mengucapkan: "Selamat." Ibrahim menjawab: "Selamatlah," maka tidak lama kemudian Ibrahim menyuguhkan daging anak sapi yang dipanggang.

Maka tatkala dilihatnya tangan mereka tidak menjamahnya, Ibrahim memandang aneh perbuatan mereka, dan merasa takut kepada mereka. Malaikat itu berkata: "Jangan kamu takut, sesungguhnya kami adalah (malaikat-malaikat) yang diutus kepada kaum Luth."

Dan isterinya berdiri (dibalik tirai) lalu dia tersenyum, maka Kami sampaikan kepadanya berita gembira tentang (kelahiran) Ishak dan dari Ishak (akan lahir puteranya) Ya'qub.

Isterinya berkata: "Sungguh menghairankan, apakah aku akan melahirkan anak padahal aku adalah seorang perempuan tua, dan ini suamikupun dalam keadaan yang sudah tua pula?. Sesungguhnya ini benar-benar suatu yang sangat aneh."

Para malaikat itu berkata: "Apakah kamu merasa hairan tentang ketetapan Allah? (Itu adalah) rahmat Allah dan keberkatan-Nya, dicurahkan atas kamu, hai ahlulbait! Sesungguhnya Allah Maha Terpuji lagi Maha Pemurah."

Dari Sarah kemudian lahirlah Ishaq as ....Ya'qub as.... Yahya as.... Zakaria as....... Musa as....Isa as.....sampai dengan Bani Israil..... Yahudi dan Nasrani sampai saat ini....

Satu ayah iaitu Nabi Ibrahim as.... dengan dua Ibu.... iaitu Sarah dan Hajar... dan sama - sama menghasilkan keturunan...... dari Ibu Hajar menghasilkan keturunan umat islam sampai saat ini...... dari Ibu Sarah menghasilkan umat Bani Israil... Yahudi dan Nasrani sampai saat ini yang diantara anak cucunya ada yang berbuat zalim terhadap dirinya dengan nyata..... QS 37 : 112 - 113

Dan Kami beri dia kabar gembira dengan (kelahiran) Ishaq seorang nabi yang termasuk orang-orang yang saleh.

Kami limpahkan keberkatan atasnya dan atas Ishaq. Dan diantara anak cucunya ada yang berbuat baik dan ada (pula) yang Zalim terhadap dirinya sendiri dengan nyata.

Ikhwan wa Akhwat...

Inilah sebuah pertunjukan kisah nyata yang pernah ada dari sejarah Al Anbiyaa.... para Nabi Allah....dari SEORANG AYAH.... dan DUA ORANG IBU....MAKA KETURUNAN MEREKA AKAN BERTIKAI.....umat Islam dengan umat Yahudi dan Nasrani pun sampai saat ini terus bertikai.... saling rebut... dan saling bunuh.... bahkan hingga hari kiamat nanti..... PALESTINA bukti nyatanya....

Bagaimana dengan lakon keluarga yang mempunyai kisah seperti diatas ? satu ayah... dengan dua...tiga...empat Ibu..... bagaimana keturunan mereka ? Akur kah mereka ?....Mesra kah mereka ?....Damai kah mereka.... Bahagia kah mereka ?..... InsyaAllah yang terjadi adalah sebaliknya....

Sebuah catatan penting bagi kita dalam rangka membina sekaligus melahirkan keturunan yang bahagia dunia akhirat.... mudah - mudahan teman - teman semua dapat mengambil ibrah dan pelajaran dari kisah indah kali ini....Amiin.
 Sumber: fesbuk kelauarga sakinah (https://www.facebook.com/smp.sma.islam.assakinah.sidoarjo)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Nabi saleh a.s



Mari mengenal Nabi saleh a.s..

Menurut salasilah, Nabi Saleh Alaihissalam adalah putra kepada 'Ubaidah bin Tsamud bin 'Amir bin Iram bin Sam bin Nuh AS. Kirenye, Nabi Saleh ni keturunan Nabi Nuh Alaihissalam laa...Baginda diutuskan kepada kaum Tsamud yang hidup di atas bekas runtuhan kaum Aad (kaum Nabi Hud). Name kaum Thamud ni diambil daripada name moyang diorang seperti yang saye nyatakan kat atas tadi (Ubaidah bin Thamud). Bangsa Tsamud ni sebenarnya lebih pandai daripada kaum Aad. Setelah kaum Aad binasa, negeri mereka menjadi tandus dan kering. Kemudian negeri ini dibangun kembali oleh kaum Tsamud, sehingga menjadi negeri yang hijau dan makmur.

Tsamud adalah nama suatu suku yg oleh sementara ahli sejarah dimasukkan bahagian dari bangsa Arab dan ada pula yg menggolongkan mereka ke dalam bangsa Yahudi. Mereka bertempat tinggal di suatu dataran bernama ” Alhijir ” terletak antara Hijaz dan Syam yg dahulunya termasuk jajahan dan dikuasai suku Aad yg telah habis binasa disapu angin taufan yg di kirim oleh Allah sebagai pembalasan atas pembangkangan dan pengingkaran mereka terhadap dakwah dan risalah Nabi Hud A.S.

Kemakmuran dan kemewahan hidup serta kekayaan alam yg dahulu dimiliki dan dini’mati oleh kaum Aad telah diwarisi oleh kaum Tsamud.Tanah-tanah yg subur yg memberikan hasil berlimpah ruah binatang-binatang perahan dan lemak yg berkembang biak kebun-kebun bunga yag indah-indah bangunan rumah-rumah yg didirikan di atas tanah yg datar dan dipahatnya dari gunung.Semuanya itu menjadikan mereka hidup tenteram sejahtera dan bahgia merasa aman dari segala gangguan alamiah dan bahawa kemewahan hidup mereka akan kekal bagi mereka dan anak keturunan mereka.

Kaum Tsamud tidak mengenal Tuhan. Tuhan Mereka adl berhala-berhala yg mereka sembah dan puja kepadanya mrk berqurban tempat mrk minta perlindungan dari segala bala dan musibah dan mengharapkan kebaikan serta kebahagiaan.Mrk tidak dpt melihat atau memikirkan lbh jauh dan apa yg dpt mrk jangkau dgn pancaindera. Nabi Saleh Berdakwah Kepada Kaum Tsamud

Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang tidak akan membiarkan hamba-hamba_Nya berada dalam kegelapan terus-menerus tanpa diutusnya nabi pesuruh disisi-Nya utk memberi penerangan dan memimpin mrk keluar dari jalan yg sesat ke jalan yg benar. Demikian pula Allah tidak akan menurunkan azab dan seksaan kepada suatu umat sebelum mrk diperingatkan dan diberi petunjukkan oleh-Nya dgn perantara seorang yg dipilih utk menjadi utusan dan rasul-Nya. Sunnatullah ini berlaku pula kepada kaum Tsamud yg kepada mrk telah diutuskan Nabi Saleh seorang yg telah dipilih-Nya dari suku mrk sendiri dari keluarga yg terpandang dan dihormati oleh kaumnya terkenal tangkas cerdik pandai rendah hati dan ramah-tamah dalam pergaulan.

Dikenalkan mrk oleh Nabi Saleh kepada Tuhan yg sepatut mrk sembah Tuhan Allah Yang Maha Esa yg telah mencipta mrk menciptakan alam sekitar mrk menciptakan tanah-tanah yg subur yg menghasilkan bhn-bhn keperluan hidup mrk mencipta binatang-binatang yg memberi manfaat dan berguna bagi mrk dan dgn demikian memberi kepada mrk keni’matan dan kemewahan hidup dan kebahagiaan lahir dan batin.Tuhan Yang Esa itulah yg harus mrk sembah dan bukan patung-patung yg mrk pahat sendiri dari batu-batu gunung yg tidak berkuasa memberi sesuatu kepada mrk atau melindungi mrk dari ketakutan dan bahaya.

Nabi Saleh memperingatkan mrk bahwa ia adlah seorang drp mrk terjalin antara dirinya dan mereka ikatan keluarga dan darah. Mrk adl kaumnya dan sanak keluarganya dan dia adl seketurunan dan sesuku dgn mrk.Ia mengharapkan kebaikan dan kebajikan bagi mrk dan sesekali tidak akan menjerumuskan mrk ke dalam hal-hal yg akan membawa kerugian kesengsaraan dan kebinasaan bagi mrk. Ia menerangkan kepada mrk bahwa ianya adl pesuruh dan utusan Allah dan apa yg diajarkan dan didakwahkan kepada mrk adl amanat Allah yg harus dia sampaikan kepada mrk utk kebaikan mrk semasa hidup mrk dan sesudah mrk mati di akhirat kelak. Ia mengharapkan kaumnya mempertimbangkan dan memikirkan sungguh-sungguh apa yg ia serukan dan anjurkan dan agar mrk segera meninggalkan persembahan kepada berhala-berhala itu dan percaya beriman kepada Allah Yang Maha Esa seraya bertaubat dan mohon ampun kepada-Nya atas dosa dan perbuatan syirik yg selama ini telah mrk lakukan.Allah maha dekat kepada mrk mendengarkan doa mrk dan memberi ampun kepada yg salah bila dimintanya.

Terperanjatlah kaum Saleh mendengar seruan dan dakwahnya yg bagi mrk merupakan hal yg baru yg tidak diduga akan datang dari saudara atau anak mrk sendiri.Maka serentak ditolaklah ajakan Nabi Saleh itu seraya berkata mereka kepadanya:”Wahai Saleh! Kami mengenalmu seorang yg pandai tangkas dan cerdas fikiranmu tajam dan pendapat serta semua pertimbangan mu selalu tepat. Pada dirimu kami melihat tanda-tanda kebajikan dan sifat-sifat yg terpuji. Kami mengharapkan dari engkau sebetulnya utk memimpin kami menyelesaikan hal-hal yg rumit yg kami hadapi memberi petunjuk dalam soal-soal yg gelap bagi kami dan menjadi ikutan dan kepercayaan kami di kala kami menghadapi krisis dan kesusahan.Akan tetapi segala harapan itu menjadi meleset dan kepercayaan kami kepadamu tergelincir hari ini dgn tingkah lakumu dan tindak tandukmu yg menyalahi adat-istiadat dan tatacara hidup kami. Apakah yg engkau serukan kepada kami? Enkau menghendaki agar kami meninggalkan persembahan kami dan nenek moyang kami persembahan dan agama yg telah menjadi darah daging kami menjadi sebahagian hidup kami sejak kami dilahirkan dan tetap menjadi pegangan utk selama-lamanya.Kami sesekali tidak akan meninggalkannya krn seruanmu dan kami tidak akan mengikutimu yg sesat itu. Kami tidak mempercayai cakap-cakap kosongmu bahkan meragukan kenabianmu. Kami tidak akan mendurhakai nenek moyang kami dgn meninggalkan persembahan mrk dan mengikuti jejakmu.”

Nabi Saleh memperingatkan mereka agar jangan menentangnya dan agar mengikuti ajakannya beriman kepada Allah yg telah mengurniai mrk rezeki yg luas dan penghidupan yg sejahtera. Diceritakan kepada mrk kisah kaum-kaum yg mendapat seksa dan azab dari Allah krn menentang rasul-Nya dan mendustakan risalah-Nya. Hal yg serupa itu dpt terjadi di atas mrk jika mrk tidak mahu menerima dakwahnya dan mendengar nasihatnya yg diberikannya secara ikhlas dan jujur sebagai seorang anggota dari keluarga besar mrk dan yg tidak mengharapkan atau menuntut upah drp mrk atas usahanya itu. Ia hanya menyampaikan amanat Allah yg ditugaskan kepadanya dan Allahlah yg akan memberinya upah dan ganjaran utk usahanya memberi pimpinan dan tuntutan kepada mrk.

Sekelompok kecil dari kaum Tsamud yg kebanyakkannya terdiri dari orang-orang yg kedudukan sosial lemah menerima dakwah Nabi Saleh dan beriman kepadanya sedangkan sebahagian yg terbesar terutamanya mrk yg tergolong orang-orang kaya dan berkedudukan tetap berkeras kepala dan menyombongkan diri menolak ajakan Nabi Saleh dan mengingkari kenabiannya dan berkata kepadanya:” Wahai Saleh! Kami kira bahwa engkau telah kerasukan syaitan dan terkena sihir.Engkau telah menjadi sinting dan menderita sakit gila. Akalmu sudah berubah dan fikiranmu sudah kacau sehingga engkau dgn tidak sedar telah mengeluarkan kata-kata ucapan yg tidak masuk akal dan mungkin engkau sendiri tidak memahaminya. Engkau mengaku bahwa engkau telah diutuskan oleh Tuhanmu sebagai nabi dan rasul-Nya. Apakah kelebihanmu drp kami semua sehingga engkau dipilih menjadi rasul padahal ada orang-orang di antara kami yg lbh patut dan lbh cekap utk menjadi nabi atau rasul drp engkau. Tujuanmu dgn bercakap kosong dan kata-katamu hanyalah utk mengejar kedudukan dan ingin diangkat menjadi kepala dan pemimpin bagi kaummu.Jika engkau merasa bahwa engkau sihat badan dan sihat fikiran dan mengaku bahwa engkau tidak mempunyai arah dan tujuan yg terselubung dalam dakwahmu itu maka hentikanlah usahamu menyiarkan agama barumu dgn mencerca persembahan kami dan nenek moyangmu sendiri.Kami tidak akan mengikuti jalanmu dan meninggalkan jalan yg telah ditempuh oleh orang-orang tua kami lbh dahulu.

Nabi Saleh menjawab: ” Aku telah berulang-ulang mengatakan kepadamu bahwa aku tidak mengharapkan sesuatu apapun drpmu sebagai imbalan atas usahaku memberi tuntunandan penerangan kepada kamu. Aku tidak mengharapkan upah atau mendambakan pangkat dan kedudukan bagi usahaku ini yg aku lakukan semata-mata atas perintah Allah dan drp-Nya kelak aku harapkan balasan dan ganjaran utk itu. Dan bagaimana aku dapat mengikutimu dan menterlantarkan tugas dan amanat Tuhan kepadaku padahal aku talah memperoleh bukti-bukti yg nyata atas kebenaran dakwahku.Jgnlah sesekali kamu harapkan bahawa aku akan melanggar perintah Tuhanku dan melalaikan kewajibanku kepada-Nya hanya semata-mata utk melanjutkan persembahan nenek moyang kami yg bathil itu. Siapakah yg akan melindungiku dari murka dan azab Tuhan jika aku berbuat demikian? Sesungguhnya kamu hanya akan merugikan dan membinasakan aku dgn seruanmu itu.”

Setelah gagal dan berhasil menghentikan usaha dakwah Nabi Saleh dan dilihatnya ia bahkan makin giat menarik orang-orang mengikutinya dan berpihak kepadanya para pemimpin dan pemuka kaum Tsamud berusaha hendak membendung arus dakwahnya yg makin lama makin mendpt perhatian terutama dari kalangan bawahan menengah dalam masyarakat. Mrk menentang Nabi Saleh dan utk membuktikan kebenaran kenabiannya dgn suatu bukti mukjizat dalam bentuk benda atau kejadian luar biasa yg berada di luar kekuasaan manusia.
Allah Memberi Mukjizat Kepada Nabi Saleh A.S.
Nabi Saleh sedar bahawa tentangan kaumnya yg menuntut bukti drpnya berupa mukjizat itu adl bertujuan hendak menghilangkan pengaruhnya dan mengikis habis kewibawaannya di mata kaumnya terutama para pengikutnya bila ia gagal memenuhi tentangan dan tuntutan mrk. Nabi Saleh membalas tentangan mrk dgn menuntut janji dgn mrk bila ia berhasil mendatangkan mukjizat yg mrk minta bahwa mrk akan meninggalkan agama dan persembahan mrk dan akan mengikuti Nabi Saleh dan beriman kepadanya.
Sesuai dgn permintaan dan petunjuk pemuka-pemuka kaum Tsamud berdoalah Nabi Saleh memohon kepada Allah agar memberinya suatu mukjizat utk membuktikan kebenaran risalahnya dan sekaligus mematahkan perlawanan dan tentangan kaumnya yg masih berkeras kepala itu. Ia memohon dari Allah dgn kekuasaan-Nya menciptakan seekor unta betina dikeluarkannya dari perut sebuah batu karang besar yg terdpt di sisi sebuah bukit yg mereka tunjuk.

Maka sejurus kemudian dgn izin Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Pencipta terbelahlah batu karang yg ditunjuk itu dan keluar dari perutnya seekor unta betina.
Dengan menunjuk kepada binatang yg baru keluar dari perut batu besar itu berkatalah Nabi Saleh kepada mrk:” Inilah dia unta Allah janganlah kamu ganggu dan biarkanlah ia mencari makanannya sendiri di atas bumi Allah ia mempunyai giliran utk mendptkan air minum dan kamu mempunyai giliran utk mendptkan minum bagimu dan bagi ternakanmu juga dan ketahuilah bahwa Allah akan menurunkan azab-Nya bila kamu sampai mengganggu binatang ini.”

Kemudian berkeliaranlah unta di ladang-ladang memakan rumput sesuka hatinya tanpa mendpt gangguan. Dan ketika giliran minumnya tiba pergilah unta itu ke sebuah perigi yyang diberi nama perigi unta dan minumlah sepuas hatinya. Dan pada hari-hari giliran unta Nabi Saleh itu datang minum tiada seekor binatang lain berani menghampirinya hal mana menimbulkan rasa tidak senang pada pemilik-pemilik binatang itu yg makin hari makin merasakan bahwa adanya unta Nabi Saleh di tengah-tengah mereka itu merupakan gangguan laksana duri yg melintang di dalam kerongkong.
Dengan berhasilnya Nabi Saleh mendtgkan mukjizat yg mrk tuntut gagallah para pemuka kaum Tsamud dalam usahanya utk menjatuhkan kehormatan dan menghilangkan pegaruh Nabi Saleh bahkan sebaliknya telah menambah tebal kepercayaan para pengikutnya dan menghilang banyak keraguan dari kaumnya. Maka dihasutlah oleh mrk pemilik-pemilik ternakan yg merasa jengkel dan tidak senang dgn adanya unta Nabi Saleh yg merajalela di ladang dan kebun-kebun mrk serta ditakuti oleh binatang-binatang peliharaannya. Unta Nabi Saleh Dibunuh.

Persekongkolan diadakan oleh orang-orang dari kaum Tsamud utk mengatur rancangan pembunuhan unta Nabi Saleh. Dan selagi orang masih dibayangi oleh rasa takut dari azab yg diancam oleh Nabi Saleh bila untanya diganggu di samping adanya dorongan keinginan yg kuat utk melenyapkan binatang itu dari atas bumi mrk muncullah tiba-tiba seorang janda bangsawan yg kaya raya menawarkan akan menyerah dirinya kepada siapa yg dpt membunuh unta Saleh. Di samping janda itu ada seorang wanita lain yg mempunyai beberapa puteri cantik-cantik menawarkan akan menghadiahkan salah seorang dari puteri-puterinya kepada orang yg berhasil membunuh unta itu.

Dua macam hadiah yang menggiurkan dari kedua wanita itu di samping hasutan para pemuka Tsamud mengundang dua orang lelaki bernama Mushadda’ bin Muharrij dan Gudar bin Salif berkemas-kemas akan melakukan pembunuhan bagi meraih hadiah yg dijanjikan di samping sanjungan dan pujian yg akan diterimanya dari para kafir suku Tsamud bila unta Nabi Saleh telah mati dibunuh.

Dengan bantuan tujuh orang lelaki lagi bersembunyilah kumpulan itu di suatu tempat di mana biasanya di lalui oleh unta dalam perjalanannya ke perigi tempat ianya minum. Dan begitu unta-unta yg tidak berdosa itu lalu segeralah dipanah betisnya oleh Musadda’ yg disusul oleh Gudar dgn menikamkan pedangnya di perutnya.
Dengan perasaan megah dan bangga pergilah para pembunuh unta itu ke ibu kota menyampaikan berita matinya unta Nabi Saleh yg mendpt sambutan sorak-sorai dan teriakan gembira dari pihak musyrikin seakan-akan mrk kembali dari medan perang dgn membawa kemenangan yg gilang gemilang.
Berkata mrk kepada Nabi Saleh:” Wahai Saleh! Untamu telah amti dibunuh cubalah datangkan akan apa yg engkau katakan dulu akan ancamannya bila unta itu diganggu jika engkau betul-betul termasuk orang-orang yg terlalu benar dalam kata-katanya.”

Nabi Saleh menjawab:” Aku telah peringatkan kamu bahwa Allah akan menurunkan azab-Nya atas kamu jika kamu mengganggu unta itu. Maka dgn terbunuhnya unta itu maka tunggulah engkau akan tibanya masa azab yg Allah talah janjikan dan telah aku sampaikan kepada kamu.Kamu telah menentang Allah dan terimalah kelak akibat tentanganmu kepada-Nya.Janji Allah tidak akan meleset .Kamu boleh bersuka ria dan bersenang-senang selama tiga hari ini kemudian terimalah ganjaranmu yg setimpal pada hari keempat. Demikianlah kehendak Allah dan taqdir-Nya yg tidak dpt ditunda atau dihalang.”
Ada kemungkinan menurut sementara ahli tafsir bahwa Allah melalui rasul-Nya Nabi Saleh memberi waktu tiga hari itu utk memberi kesempatan kalau-kalau mrk sedar akan dosanya dan bertaubat minta ampun serta beriman kepada Nabi Saleh kepada risalahnya.
Akan tetapi dalam kenyataannya tempoh tiga hari itu bahkan menjadi bahan ejekan kepada Nabi Saleh yg ditentangnya utk mempercepat datangnya azab itu dan tidak usah ditangguhkan tiga hari lagi. Turunnya Azab Allah Yang Dijanjikan
Nabi Saleh memberitahu kaumnya bahwa azab Allah yg akan menimpa di atas mrk akan didahului dgn tanda-tanda iaitu pada hari pertama bila mrk terbangun dari tidurnya akan menemui wajah mrk menjadi kuning dan berubah menjadi merah pada hari kedua dan hitam pada hari ketiga dan pada hari keempat turunlah azab Allah yg pedih.
Mendebgar ancaman azab yg diberitahukan oleh Nabi Saleh kepada kaumnya kelompok sembilan orang ialah kelompok pembunuh unta merancang pembunuhan atas diri Nabu Saleh mendahului tibanya azab yg diancamkan itu.Mrk mengadakan pertemuan rahsia dan bersumpah bersama akan melaksanakan rancangan pembunuhan itu di waktu malam di saat orang masih tidur nyenyak utk menghindari tuntutan balas darah oleh keluarga Nabi Saleh jika diketahui identiti mrk sebagai pembunuhnya. Rancangan mrk ini dirahsiakan sehingga tidak diketahui dan didengar oleh siapa pun kecuali kesembilan orang itu sendiri.
Ketika mrk datang ke tempat Nabi Saleh bagi melaksanakan rancangan jahatnya di malam yg gelap-gulita dan sunyi-senyap berjatuhanlah di atas kepala mereka batu-batu besar yg tidak diketahui dari arah mana datangnya dan yg seketika merebahkan mrk di atas tanah dalam keadaan tidak bernyawa lagi. Demikianlah Allah telah melindingi rasul-Nya dari perbuatan jahat hamba-hamba-Nya yg kafir.
Satu hari sebelum hari turunnya azab yg telah ditentukan itu dgn izin Allah berangkatlah Nabi Saleh bersama para mukminin pengikutnya menuju Ramlah sebuah tempat di Palestin meninggalkan Hijir dan penghuninya kaum Tsamud habis binasa ditimpa halilintar yg dahsyat beriringan dgn gempa bumi yg mengerikan. Kisah Nabi Saleh Dalam Al-Quran
Kisah Nabi Saleh diceritakan oleh 72 ayat dalam 11 surah di antaranya surah Al-A’raaf ayat 73 hingga 79 surah ” Hud ” ayat 61 sehingga ayat 68 dan surah ” Al-Qamar ” ayat 23 sehingga ayat 32. Pengajaran Dari Kisah Nabi Saleh A.S.
Pengajaran yg menonjol yg dpt dipetik dari kisah Nabi Saleh ini ialah bahwa dosa dan perbuatan mungkar yg dilakukan oleh sekelompok kecil warga masyarakat dpt berakibat negatif yg membinasakan masyarakat itu seluruhnya.
Lihatlah betapa kaum Tsamud menjadi binasa hancur dan bahkan tersapu bersih dari atas bumi krn dosa dan pelanggaran perintah Allah yg dilakukan oleh beberapa gelintir orang pembunuh unta Nabi Saleh A.S.
Di sinilah letaknya hikmah perintah Allah agar kita melakukan amar makruf nahi mungkar. Karena dgn melakukan tugas amar makruf nahi mungkar yg menjadi fardu kifayah itu setidak-tidaknya kalau tidak berhasil mencegah kemungkaran yg terjadi di dalam masyarakat dan lindungan kita kita telah membebaskan diri dari dosa menyetujui atau merestui perbuatan mungkar itu
Bersikap pasif acuh tak acuh terhadap maksiat dan kemungkaran yg berlaku di depan mata dapat diertikan sebagai persetujuan dan penyekutuan terhadap perbuatan mungkar itu.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, 11 August 2011

Kisah Nabi Hud a.s

"Aad" adalah nama bapa suatu suku yang hidup di jazirah Arab di suatu tempat bernama "Al-Ahqaf" terletak di utara Hadramaut antara Yaman dan Umman dan termasuk suku yang tertua sesudah kaum Nabi Nuh serta terkenal dengan kekuatan jasmani dalam bentuk tubuh-tubuh yang besar dan sasa. Mereka dikurniai oleh Allah s.w.t. tanah yang subur dengan sumber-sumber airnya yang mengalir dari segala penjuru sehinggakan memudahkan mereka bercucuk tanam untuk bahan makanan mereka dan memperindah tempat tinggal mereka dengan kebun-kebun bunga yang indah-indah. Berkat kurnia Allah s.w.t. itu mereka hidup menjadi makmur, sejahtera dan bahagia serta dalam waktu yang singkat mereka berkembang biak dan menjadi suku yang terbesar diantara suku-suku yang hidup di sekelilingnya.

Sebagaimana dengan kaum Nabi Nuh kaum Hud ialah suku Aad ini adalah penghidupan rohaninya tidak mengenal Allah Yang Maha Kuasa Pencipta alam semesta. Mereka membuat patung-patung yang diberi nama " Shamud" dan " Alhattar" dan itu yang disembah sebagai tuhan mereka yang menurut kepercayaan mereka dapat memberi kebahagiaan, kebaikan dan keuntungan serta dapat menolak kejahatan, kerugian dan segala musibah. Ajaran dan agama Nabi Idris dan Nabi Nuh sudah tidak berbekas dalam hati, jiwa serta cara hidup mereka sehari-hari. Kenikmatan hidup yang mereka sedang tenggelam di dalamnya berkat tanah yang subur dan menghasilkan yang melimpah ruah menurut anggapan mereka adalah kurniaan dan pemberian kedua berhala mereka yang mereka sembah. Kerananya mereka tidak putus-putus sujud kepada kedua berhala itu mensyukurinya sambil memohon perlindungannya dari segala bahaya dan mushibah berupa penyakit atau kekeringan.

Sebagai akibat dan buah dari aqidah yang sesat itu pergaulan hidup mereka menjadi dikuasai oleh tuntutan dan pimpinan Iblis laknatullah, di mana nilai-nilai moral dan akhlak tidak menjadi dasar penimbangan atau kelakuan dan tindak-tanduk seseorang tetapi kebendaan dan kekuatan lahiriahlah yang menonjol sehingga timbul kerusuhan dan tindakan sewenang-wenang di dalam masyarakat di mana yang kuat menindas yang lemah yang besar memperkosa yang kecil dan yang berkuasa memeras yang di bawahnya. Sifat-sifat sombong, congkak, iri-hati, dengki, hasut dan benci-membenci yang didorong oleh hawa nafsu merajalela dan menguasai penghidupan mereka sehingga tidak memberi tempat kepada sifat-sifat belas kasihan, sayang menyayang, jujur, amanat dan rendah hati. Demikianlah gambaran masyarakat suku Aad tatkala Allah s.w.t. mengutuskan Nabi Hud sebagai nabi dan rasul kepada mereka.

 
Sudah menjadi sunnah Allah s.w.t. sejak diturunkannya Adam Ke bumi bahawa dari masa ke semasa jika hamba-hamba-Nya sudah berada dalam kehidupan yang sesat sudah jauh menyimpang dari ajaran-ajaran agama yang dibawa oleh Nabi-nabi-Nya diutuslah seorang Nabi atau Rasul yang bertugas untuk menyegarkan kembali ajaran-ajaran nabi-nabi yang sebelumnya mengembalikan masyarakat yang sudah tersesat ke jalanlurus dan benar dan mencuci bersih jiwa manusia dari segala tahayul dan syirik menggantinya dan mengisinya dengan iman tauhid dan aqidah yang sesuia dengan fitrah.

Demikianlah maka kepada suku Aad yang telah dimabukkan oleh kesejahteraan hidup dan kenikmatan duniawi sehingga tidak mengenalkan Tuhannya yang mengurniakan itu semua. Di utuskan kepada mereka Nabi Hud seorang daripada suku mereka sendiri dari keluarga yang terpandang dan berpengaruh terkenal sejak kecilnya dengan kelakuan yang baik budi pekerti yang luhur dan sgt bijaksana dalam pergaulan dengan kawan-kawannya. Nabi Hud memulai dakwahnya dengan menarik perhatian kaumnya suku Aad kepada tanda-tanda wujudnya Allah s.w.t. yang berupa alam sekeliling mereka dan bahawa Allah s.w.t. lah yang mencipta mereka semua dan mengurniakan mereka dengan segala kenikmatan hidup yang berupa tanah yang subur, air yang mengalir serta tubuh-tubuhan yang tegak dan kuat. Dialah yang seharusnya mereka sembah dan bukan patung-patung yang mereka perbuat sendiri. Mereka sebagai manusia adalah makhluk Tuhan paling mulia yang tidak sepatutnya merendahkan diri sujud menyembah batu-batu yang sewaktunya dapat mereka hancurkan sendiri dan memusnahkannya dari pandangan.

Di terangkan oleh Nabi Hud bahawa dia adalah pesuruh Allah s.w.t. yang diberi tugas untuk membawa mereka ke jalan yang benar beriman kepada Allah s.w.t. yang menciptakan mereka menghidup dan mematikan mereka memberi rezeki atau mencabutnya daripada mereka. Ia tidak mengharapkan upah dan menuntut balas jasa atas usahanya memimpin dan menuntut mereka ke jalan yang benar. Ia hanya menjalankan perintah Allah s.w.t. dan memperingatkan mereka bahawa jika mereka tetap menutup telinga dan mata mrk menghadapi ajakan dan dakwahnya mereka akan ditimpa azab dan dibinasakan oleh Allah s.w.t. sebagaimana terjadinya atas kaum Nuh yang mati binasa tenggelam dalam air bah akibat kecongkakan dan kesombongan mereka menolak ajaran dan dakwah Nabi Nuh seraya bertahan pada pendirian dan kepercayaan mereka kepada berhala dan patung-patung yang mereka sembah dan puja itu.

Bagi kaum Aad seruan dan dakwah Nabi Hud itu merupakan barang yang tidak pernah mereka dengar ataupun menduga. Mereka melihat bahawa ajaran yang dibawa oleh Nabi Hud itu akan mengubah sama sekali cara hidup mereka dan membongkar peraturan dan adat istiadat yang telah mereka kenal dan warisi dari nenek moyang mereka. Mereka tercengang dan merasa hairan bahawa seorang dari suku mereka sendiri telah berani berusaha merombak tatacara hidup mereka dan menggantikan agama dan kepercayaan mereka dengan sesuatu yang baru yang mereka tidak kenal dan tidak dapat dimengertikan dan diterima oleh akal fikiran mereka. Dengan serta-merta ditolaklah oleh mereka dakwah Nabi Hud itu dengan berbagai alasan dan tuduhan kosong terhadap diri beliau serta ejekan-ejekan dan hinaan yang diterimanya dengan kepala dingin dan penuh kesabaran.

Berkatalah kaum Aad kepada Nabi Hud: "Wahai Hud! Ajaran dan agama apakah yang engkau hendak anjurkan kepada kami? Engkau ingin agar kami meninggalkan persembahan kami kepada tuhan-tuhan kami yang berkuasa ini dan menyembah tuhan mu yang tidak dapat kami jangkau dengan pancaindera kami dan tuhan yang menurut kata kamu tidak bersekutu. Cara persembahan yang kami lakukan ini ialah yang telah kami warisi dari nenek moyang kami dan tidak sesekali kami tidak akan meninggalkannya bahkan sebaliknya engkaulah yang seharusnya kembali kepada aturan nenek moyangmu dan jangan mencederai kepercayaan dan agama mereka dengan memebawa suatu agama baru yang tidak kenal oleh mereka dan tentu tidak akan direstuinya."
Wahai kaumku! jawab Nabi Hud, "Sesungguhnya Tuhan yang aku serukan ini kepada kamu untuk menyembah-Nya walaupun kamu tidak dapat menjangkau-Nya dengan pancainderamu namun kamu dapat melihat dan merasakan wujudnya dalam diri kamu sendiri sebagai ciptaanNya dan dalam alam semesta yang mengelilingimu beberapa langit dengan matahari bulan dan bintang-bintangnya bumi dengan gunung-ganangnya sungai tumbuh-tumbuhan dan binatang-binatang yang kesemuanya dapat bermanfaat bagi kamu sebagai manusia. Dan menjadi kamu dapat menikmati kehidupan yang sejahtera dan bahagia. Tuhan itulah yang harus kamu sembah dan menundukkan kepala kamu kepada-Nya, Tuhan Yang Maha Esa tiada bersekutu tidak beranak dan diperanakan yang walaupun kamu tidak dpt menjangkau-Nya dengan pancainderamu, Dia dekat daripada kamu mengetahui segala gerak-geri dan tingkah lakumu mengetahui isi hati mu denyut jantungmu dan jalan fikiranmu. Tuhan itulah yang harus disembah oleh manusia dengan kepercayaan penuh kepada keesaan-Nya dan kekuasaan-Nya dan bukan patung-patung yang kamu perbuat pahat dan ukir dengan tangan kamu sendiri kemudian kamu sembah sebagai tuhan padahal ia suatu barang yang tidak dapat berbuat sesuatu yang menguntungkan atau merugikan kamu. Alangkah bodohnya dan dangkalnya fikiranmu jika kamu tetap mempertahankan agamamu yang sesat itu dan menolak ajaran dan agama yang telah diwahyukan kepadaku oleh Allah Tuhan Yang Maha Esa itu."
Wahai Hud! jawab kaumnya, "Gerangan apakah yang menjadikan engkau berpandangan dan berfikiran lain daripada yang sudah menjadi pegangan hidup kami sejak dahulu kala dan menjadikan engkau meninggalkan agama nenek moyangmu sendiri bahkan sehingga engkau menghina dan merendahkan martabat tuhan-tuhan kami dan memperbodohkan kami dan menganggap kami berakal sempit dan berfikiran dangkal? Engkau mengaku bahawa engkau terpilih menjadi rasul pesuruh oleh Tuhanmu untuk membawa agama dan kepercayaan baru kepada kami dan mengajak kami keluar dari jalan yang sesat menurut pengakuanmu ke jalan yang benar dan lurus. Kami merasa hairan dan tidak dapat menerima oleh akal kami sendiri bahwa engkau telah dipilih menjadi pesuruh Tuhan. Apakah kelebihan kamu di atas seseorang daripada kami, engkau tidak lebih tidak kurang adalah seorang manusia biasa seperti kami hidup makan minum dan tidur tiada bedanya dengan kami, mengapa engkau yang dipilih oleh Tuhanmu? Sungguh engkau menurut anggapan kami seorang pendusta besar atau mungkin engkau berfikiran tidak sihat terkena kutukan tuhan-tuhan kami yang selalu engkau ejek hina dan cemuhkan."
"Wahai kaumku" jawab Nabi Hud, "Aku bukanlah seorang pendusta dan fikiran ku tetap waras dan sihat tidak kurang sesuatu pun dan ketahuilah bahawa patung-patungmu yang kamu pertuhankan itu tidak dapat mendatangkan sesuatu gangguan atau penyakit bagi badanku atau fikiranku. Kamu kenal aku, sejak lama aku hidup di tengah-tengah kamu bahawa aku tidak pernah berdusta dan bercakap bohong dan sepanjang pergaulanku dengan kamu tidak pernah terlihat pada diriku tanda-tanda ketidak wajaran perlakuanku atau tanda-tanda yang meragukan kewarasan fikiranku dan kesempurnaan akalku. Aku adalah benar pesuruh Allah s.w.t. yang diberi amanat untuk menyampaikan wahyu-Nya kepada hamba-hamba-Nya yang sudah tersesat kemasukan pengaruh ajaran Iblis laknatullah dan sudah jauh menyimpang dari jalan yang benar yang diajar oleh nabi-nabi yang terdahulu kerana Allah s.w.t. tidak akan membiarkan hamba-hamba-Nya terlalu lama terlantar dalam kesesatan dan hidup dalam kegelapan tanpa diutuskan seorang rasul yang menuntun mereka ke jalan yang benar dan penghidupan yang diredhai-Nya. Maka percayalah kamu kepada ku gunakanlah akal fikiran kamu berimanlah dan bersujudlah kepada Allah s.w.t., Tuhan seru sekalian alam, Tuhan yang menciptakan kamu menciptakan langit dan bumi menurunkan hujan bagi menyuburkan tanah ladangmu, menumbuhkan tumbuhan bagi meneruskan hidupmu. Bersembahlah kepada-Nya dan mohonlah ampun atas segala perbuatan salah dan tindakan sesatmu, agar Dia menambah rezekimu dan kemakmuran hidupmu dan terhindarlah kamu dari azab dunia sebagaimana yang telah dialami oleh kaum Nuh dan kelak azab di akhirat. Ketahuilah bahawa kamu akan dibangkitkan kembali kelak dari kubur kamu dan dimintai bertanggungjawab atas segala perbuatan kamu didunia ini dan diberi ganjaran sesuai dengan amalanmu yang baik dan soleh mendapat ganjaran baik dan yang hina dan buruk akan diganjarkan dengan api neraka. Aku hanya menyampaikannya risalah Allah s.w.t. kepada kamu dan dengan ini telah memperingati kamu akan akibat yang akan menimpa kepada dirimu jika kamu tetap mengingkari kebenaran dakwahku."
Kaum Aad menjawab:
"Kami bertambah yakin dan tidak ragu lagi bahawa engkau telah mendapat kutukan tuhan-tuhan kami sehingga menyebabkan fikiran kamu kacau dan akalmu berubah menjadi tidak siuman. Engkau telah mengucapkan kata-kata yang tidak masuk akal bahawa jika kami mengikuti agamamu, akan bertambah rezeki dan kemakmuran hidup kami dan bahawa kami akan dibangkitkan kembali dari kubur kami dan menerima segala ganjaran atas segala amalan kami.Adakah mungkin kami akan dibangkitkan kembali dari kubur kami setelah kami mati dan menjadi tulang. Dan apakah azab dan seksaan yang engkau selalu menakutkan kami dan mengancamkannya kepada kami? Semua ini kami anggap kosong dan ancaman kosong belaka. Ketahuilah bahawa kami tidak akan menyerah kepadamu dan mengikuti ajaranmu kerana bayangan azab dan seksa yang engkau bayangkannya kepada kami bahkan kami menentang kepadamu datangkanlah apa yang engkau janjikan dan ancaman itu jika engkau betul-betul benar dalam kata-katamu dan bukan seorang pendusta."

 
"Baiklah" jawab Nabi Hud," Jika kamu meragukan kebenaran kata-kataku dan tetap berkeras kepala tidak menghiraukan dakwahku dan meninggalkan persembahanmu kepada berhala-berhala itu maka tunggulah saat tibanya pembalasan Tuhan di mana kamu tidak akan dapat melepaskan diri dari bencananya. Allah s.w.t. menjadi saksiku bahawa aku telah menyampaikan risalah-Nya dengan sepenuh tenagaku kepada mu dan akan tetap berusaha sepanjang hayat kandung badanku memberi penerangan dan tuntunan kepada jalan yang baik yang telah digariskan oleh Allah s.w.t. bagi hamba-hamba-Nya."
 
Pembalasan Allah s.w.t. terhadap kaum Aad yang kafir dan tetap membangkang itu diturunkan dalam dua perinkat. Tahap pertama berupa kekeringan yang melanda ladang-ladang dan kebun-kebun mereka, sehingga menimbulkan kecemasan dan kegelisahan, kalau-kalau mereka tidak memperolehi hasil dari ladang-ladang dan kebun-kebunnya seperti biasanya. Dalam keadaan demikian Nabi Hud masih berusaha meyakinkan mereka bahawa kekeringan itu adalah suatu permulaan seksaan dari Allah s.w.t. yang dijanjikan dan bahawa Allah s.w.t. masih lagi memberi kesempatan kepada mereka untuk sedar akan kesesatan dan kekafiran mereka dan kembali beriman kepada Allah s.w.t. dengan meninggalkan persembahan mereka yang bathil kemudian bertaubat dan memohon ampun kepada Allah s.w.t. agar segera hujan turun kembali dengan lebatnya dan terhindar mereka dari bahaya kelaparan yang mengancam. Akan tetapi mereka tetap belum mahu percaya dan menganggap janji Nabi Hud itu adalah janji kosong belaka. Mereka bahkan pergi menghadap berhala-berhala mereka memohon perlindungan dari musibah yang mereka hadapi.

Tentangan mereka terhadap janji Allah s.w.t. yang diwahyukan kepada Nabi Hud segera mendapat jawapan dengan datangnya pembalasan tahap kedua yang dimulai dengan terlihatnya gumpalan awan dan mega hitam yang tebal di atas mereka yang disambutnya dengan sorak-sorai gembira, kerana dikiranya bahawa hujan akan segera turun membasahi ladang-ladang dan menyirami kebun-kebun mereka yang sedang mengalami kekeringan. Melihat sikap kaum Aad yang sedang bersuka ria itu berkatalah Nabi Hud dengan nada mengejek: "Mega hitam itu bukanlah mega hitam dan awam rahmat bagi kamu tetapi mega yang akan membawa kehancuran kamu sebagai pembalasan Allah s.w.t. yang telah ku janjikan dan kamu ternanti-nanti untuk membuktikan kebenaran kata-kataku yang selalu kamu sangkal dan kamu dusta."
Sejurus kemudian menjadi kenyataanlah apa yang dikatakan oleh Nabi Hud itu bahawa bukan hujan yang turun dari awan yang tebal itu tetapi angin taufan yang dahsyat dan kencang disertai bunyi gemuruh yang mencemaskan yang telah merosakkan bangunan-bangunan rumah dari dasarnya membawa berterbangan semua perabot-perabot dan milik harta benda dan melempar jauh binatang-binatang ternak. Keadaan kaum Aad menjadi panik mereka berlari kesana sini mencari perlindungan Suami tidak tahu di mana isterinya berada dan ibu juga kehilangan anaknya sedang rumah-rumah menjadi sama rata dengan tanah. Bencana angin taufan itu berlangsung selama lapan hari tujuh malam sehingga sempat menyampuh bersih kaum Aad yang congkak itu dan menamatkan riwayatnya dalam keadaan yang menyedihkan itu untuk menjadi pengajaran dan ibrah bagi umat-umat yang akan datang.

Adapun Nabi Hud dan para sahabatnya yang beriman telah mendapat perlindungan Allah s.w.t. dari bencana yang menimpa kaumnya yang kacau bilau dan tenang seraya melihat keadaan kaumnya yang kacau bilau mendengar gemuruhnya angin dan bunyi pohon-pohon dan bangunan-bangunan yang berjatuhan serta teriakan dan tangisan orang yang meminta tolong dan mohon perlindungan. Setelah keadaan cuaca kembali tenang dan tanah "Al-Ahqaf " sudah menjadi sunyi senyap dari kaum Aad pergilah Nabi Hud meninggalkan tempatnya berhijrah ke Hadramaut, di mana ia tinggal menghabiskan sisa hidupnya sampai ia wafat dan dimakamkan di sana dimana hingga sekarang makamnya yang terletak di atas sebuah bukit di suatu tempat lebih kurang 50 km dari kota Siwun dikunjungi para penziarah yang datang beramai-ramai dari sekitar daerah itu, terutamanya dan bulan Syaaban pada setiap tahun.
 
Selesailah kisah kaum Nabi Hud dalam sejarah. Majoriti di antara mereka yang mendustakan ajarannya telah dihancurkan oleh taufan. Sedangkan minoriti antara mereka dapat kembali memakmurkan bumi sebagai wujud dari sunatullah dan janji-Nya.

"Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang takwa." (QS. al-Qashash: 83)


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...