Footer
Cursor
SAHABAT WANITA ISLAM
Tuesday, 20 September 2011
Penyejuk mata, penenang jiwa....
Lihatler Fath ni sayang sungguh adik dia. Raya baru-baru nih ramai la opah-opah sedara dorang sorang2 dok kelek Alisya. Bawak kemana pun semua abang long Alisya follow..lepas tu jumpa ibu siap buat muka kata " org-org suka amik Alisya, Fath geram jer" hihi...sayang ko kat adik yek along...cayang juga lah kat along....
Inilah dua orang budak bucuk ibu, penyejuk mata, penenang n penawar jiwa ibu n abah...& budak2 berdua nilah jugak boleh buat ibu darah tinggi hihi...Apapun demimu la ank2..ibu tak cukup tidur pun takpe...budak2 berdua nih peel sama dr kecik kuat menangis..kadang2 ibu geram la jugak tp bila difikir2 balik..kalau itulah rahmat yg Allah bg kat ibu, bg ibu belajar jd sabar sikit. Sebelum nih ibu geram la jugak..tp makin lama ibu makin boleh terima & follow jek ragam ank2 ibu nih..
Setiap solat ibu selalu doakan Fath n Alisya..tak penah miss sekalipon...utk arinih doa ibu bertambah sket..ibu doakan ank2 ibu jadi penyejuk mata ibu n abah, penenang jiwa kami... supaya bila ibu tgk fath n alisya ibu sentiasa rasa senang..jadilah ank2 yg soleh kepada ibu n abh yer along..adik...
Along ipat beraya
Fath : Wet raya dah dapat..cabut!!!!...
Ibu: tengok tu....
Abah: amboi aii fath....
Aliya: owhh pas dpt wet raya leh cabut..ilmu nih....
Abah: Salam abah cepat
Fath: Tadi dah salam, bnyk2 kali dh salam
Abah: nk wet raya tak???
Fath: yela..yela...
Fath : Selamat hari raye abh... Tgk ibu nangis tak malu!!!
Ibu: Hampeh la ko td baru mintak ampun hihi
Fath: ekekkee...

Fath main games kat ipad2 mummy...
Monday, 19 September 2011
AfroSya beraya
| like a baby doll |
| sweetnyer adik cenyum..... |
| Alisya n ibu |
Alisya sekarang dah 7 bulan..emcakkk!!! uii cepatnya masa berlalu yer. Berat makin susut plak dr umur 6 bulan hari tu, Alisya dah start jaga badan, almaklumler anak dara. Ehh bukan la nih sebab alisya dah mula merangkak dan duduklah hehe. Mungkin nak meringankan badan la tu. Dulu 8 kg sekarang mungkin dah 7kg la kot. Cerita pasal raya Alisya nih, ermm tengok gambar atas tu, tu la baju kurung Alisya walaupun nmpk simple tp mahal la...mungkin susah nk buat kot..comelkan Alisya berbaju kurung dengan rambut kerinting ala-ala afro tu hihi...
Cerita pasal rambut Alisya nih, dia dh dpt gelaran dr abah dia afrosya..kesian adik kan hihi....ala rambut adik ikut rambut abah juga kan hihi...
Alisya nih macam2 gelaran la kami bagi kat dia...abah= afrosya, ibu= airisya, abg long= nenensya... hihii...nama along bagi yg tak tahan kan....yela adik asik nenen jek trus la lekat jd nenensya...sweet jek anak2 ibu...
Alisya nih senang jer nk jaga dia...tp lately nih suka nangis la pulak..perangai baru kot. Sejak dah dok dalam baby walker nih kurang la sket ibu nk kelek Alisya kehulu kehilir. Kalau tak jenuh la kan. Alisya dah pandai tido mengiring...berpusing2...pernah sekali Alisya terjatuh katil..ha tu bukan salah Alisya tp salah ibu sebab tertido..teruk la ibu nih kan..
Alisya dah start makan umur 6bulan.. Mula ibu kasi nestum beras+ sup ayam..pagi2 kasi biskut merry rendam susu atau air jek...ok start 7 bulan ibu tambah biskut carrot lak.. dia leh bantai makan 4 keping sekaligus. Rakus ko dikk hihhihi... kalau bg makanan kat dia lg la best dia main rampas jer, punya la laju tgn..ha yg tu mmg amatlah rakus..kalau adik dh besar baca nih ehh hihhihi..harap2 dh jd ank dara nanti adik sweet n ayu la ehh..kena kaber dik kita pompuan hihihi...
| With mummy..azila sopian |
Owhh td kat atas tu nk citer pasal Alisya beraya kan...pagi raya alisya, ibu, ayang n izz dhia jek tinggal kat umah, yang lain2 semua pergi masjid. Alisya dh pakai baju kurung cantik2 leh bantai tido dlm buayan la plak...petang2 sket kitaorg pergi beraya umh ibu angkat alisya n fath..mummy azila...ok gambar kat atas nun yek...mummy azila nih bestfriend ibu dari tingkatan 4...smpai la sekarang kami masih berkawan baik.. kawan dunia akhirat yek mummy hihhi....Raya kedua lepas subuh Alisya, ibu, abh n along bertolak ke Pantai Remis kampung sebelah abah. Awal2 pagi dh bertolak sebab opah sedara abah meninggal (Opah alang) Al Fatihah.Raya ke3 abah dah kije tinggalla ibu,along n alisya kat umah opah beraya sndri2 hihihi....takder apa yang menarik sebenarnya..ibu cuma nk kongsi gambar raya kita jer...hehe
p/s: sapa baca sila komen yer hihi
Tuesday, 13 September 2011
Pil Diet
- Pengambilan Pil Diet
Pil Diet?.. dengan sebiji pil diet boleh menghancurkan lemak… mudahnya nak kurus! cara yang cepat dan mudah untuk kurus. Memang benar pil diet dapat membakar lemak dengan berkesan dan cepat kurus tapi tidak pula memberi kebaikan tanpa meninggalkan kesan sampingan.
Kebanyakan pil diet akan menghilangkan selera makan dengan meransang terus ke bahagian otak. Pil diet memang mampu membuatkan kamu tidak lapar dan seterusnya langsung tidak menyentuh makanan dan boleh membawa ketagihan dan kesan buruk kepada kesihatan. Kadang kala pil diet memberi kesan terhadap organ dalaman yang lain dan mungkin lebih parah dalam jangkamasa yang lama. Mudah kurus mudah pula datang penyakit.. wah! cara ini kah yang patut di pilih? atau ada cara lain yang lebih mudah kurus?
- Phentermine
Contoh cara kurus menggunakan pil diet ialah sejenis pil diet yang dikenali sebagai Phentermine. Phentermine adalah sejenis pil diet yang telah diterima dan diluluskan oleh FDA sekitar tahun 1959 sebagai satu kaedah menyekat selera makan. Pil diet ini juga bertindak terus pada otak untuk menyekat selera makan seseorang. Cara diet ini adalah di luluskan kepada pesakit yang mengalami obesiti di tahap yang teruk dan boleh membahayakan pesakit namun ia perlu di selaraskan bersamaprogram diet dan senaman yang berkesan. Namun begitu pil diet ini turun mempunyai kesan sampingan seperti ketagihan, meningkatkan tekanan jantung, darah tinggi, insommia dan debaran jantung.
- Orlistat
- Bontril / Phendimetrazine
- Hoodia
- Liposuction
Cara ini paling mudah kini untuk mengurangkan berat badan dalam masa yang singkat. Satu insisi pantas yang mendakap diri kamu untuk menjadi vakum di panggil cannula yang dapat menyedut lemak dengan kemasnya. Lemak akan direntap dari badan bersama kapilari-kapilari darah akan di sedut keluar. Jika semuanya berjalan lancar kamu akan kurus dalam masa 6 minggu sahaja. Namun adakalanya cara kurus ini menyebabkan berlaku kekebasan, kulit berlekuk atau tidak sekata dan berparut. Cara kurus ini bukanlah begitu mudah seperti yang difikirkan. Cara kurus ini sebenarnya lebih kepada kaedah membentuk badan, jika kamu terlalu gemuk tidak boleh hanya bergantung kepada satu kaedah ini sahaja. Menyedut keluar sebilangan besar lemak boleh menyeberikan trauma pada tubuh. Tambahan pula hasil kaedah ini tidak kekal. Jika kamu kembali kepada kaedah makan yang asal lemak akan kembali berkumpul.
- Pintasan Gastrik
Mengecilkan perut, mengurangkan pengambilan makanan dan mengurangkan berat badan. Cara kurus ini dilakukan oleh doktor mengetip bahagian perut kamu menjadikan perut lebih kecil. Cara ini mengurangkan kalori secara drastik dan menghilangkan berat badan dengan berkesan. Namun begitu cara kurus ini mungkin membawake pada kesan-kesan lain yang mungkin berlaku seperti kekurangan gizi kerana jumlah serapan makanan yang kurang, dan boleh menjadi punca jangkitan jika perut terbocor. Walaupun cara ini berisiko namun cara kurus ini amat berkesan dan diamalkan oleh beberapa selebriti ternama.
- Diet Ekstrem
Tulah antara cara nak kurus....banyak caranya. walhal kan ubat nak kurus tu senang ajer, semuanya ada kat tangan kita yang penting usaha....hendak dengan tak hendak jer...malah kalau guna kaedah yang kita boleh buat ni kita akan dapat bonus lagi iaitu badan kita akan menjadi sihat dan otak pun cergas....tak perlu keluar kos yang banyak ratus ratus atau ribu riban...yang penting kita luangkan sedikit masa dalam sehari...senang jer.... habiskan setengah jam sehari berjoging, takpun menari...tak susah mana pun...tak perlu nak makan itu ini yang memerlukan kos dikeluarkan ..yang mana kalau kita stop makan nanti entah2 boleh jadi gemuk semula pulak....so fikir2kanlah....
Dan tak perlulah kita membayar kos yang tinggi menjalani program pelangsingan sedangkan semuanya boleh ajer dibuat di rumah sendiri....dan tak perlulah ke sauna yang boleh buat kita salah2 gaya sesak nafas lak dalam sauna tu....huii ngeri....dan habis semua air dalam badan tersejat keluar pulak...sedangkan lemak2 masih berleluasa..lemak tepu bukan mudah nak dibuang yer...kalau makan ubat pulak ada kesan sampingannya.... Okay kalau nak makan ubat2 dietker nak kuruskan badan ker jangan main makan jer, perlu tahu juga kategori mana ubat kurus tu....apa kandungannya....dibawah ini sekadar berkongsi bahan2 yang selalu digunakan untuk menguruskan badan.....saya petik dari web ini yer...ni antara produk-produk yang sering digunakan untuk tujuan membantu menguruskan berat badan ialah seperti yang diterangkan di bawah ini:
1. Appetite suppresant
Ubat jenis ini digunakan untuk mengekang selera makan anda. Antara jenama yang ada di pasaran ialah Adipex Retard, Duromine, Ionamin, Panbesy, dsb. Kesemuanya mengandungi phentermine. Ia berkait dengan ubat seperti amphetamine (ecstasy). Ubat-ubatan ini dikenali sebagai ubat-ubat psikotropik. Pembelian di farmasi hendaklah disertakan dengan preskripsi dari doktor.
Ubat dari jenis ini hendaklah diambil dengan berhati-hati. Anda dinasihatkan berjumpa dengan doktor untuk membuat pemeriksaan terlebih dahulu mengambilnya. Pesakit jantung, galukoma, hyperthyroidism ataupun yang pernah menagih dadah tidak boleh mengambil ubat ini. Ubat ini boleh menyebabkan ketagihan.Ubat jenis ini mempunyai banyak kesan-kesan sampingan dan penggunaan yang lama tidak digalakkan. Pengambilan melebihi tiga bulan berturut-turut adalah tidak dibenarkan. Antara kesan sampingan yang paling ketara ialah rasa resah (restlessness), menjadi lebih agresif dan sukar tidur. Kesan-kesan ini berlaku kerana ubat dari jenis ini bertindak di bahagian otak pengambilnya untuk memberhentikan selera makannya. Antara kesan sampingan lain ialah tekanan darah naik, mulut kering, dsb.
Oleh kerana ubat ini (contohnya Duromine) berkesan selama 16 jam, pengambilnya yang menghadapi masalah untuk tidur perlu mengambilnya pada awal pagi (sebaik sahaja bangun pagi). Pengambilan ubat ini bersama-sama dengan ubat kurus yang lain adalah tidak digalakkan. Pengambilannya bersama-sama dengan ubat monoamine oxidase inhibitor adalah tidak dibenarkan. Amino asid l-phenylalanine juga dikatakan boleh membantu mengawal selera makan. Ia boleh diambil sebagai alternatif yang selamat berbanding ubat-ubat konvensional biasa.
2. Makanan Gantian (Meal Replacement)
Rawatan dari jenis ini mengandungi makanan yang perlu anda ambil mengikut peraturannya, dan berhenti daripada mengambil makanan-makanan yang biasa diambil seperti nasi untuk makan tengahari, dsb. Dalam kata lain, anda hanya boleh mengambil produk ini sahaja sepanjang tempoh rawatan. Bergantung kepada jenis produk yang anda beli, ada yang menyarankan anda mengambilnya dua kali sehari dan ada yang tiga kali sehari. Ada juga yang membenarkan anda meminum susu, dan ada juga yang membenarkan anda mengambil sedikit makanan sekiranya anda rasa betul-betul lapar. Produk-produk jenis ini mengandungi low calory diet (makanan berkalori rendah) atau very low calory diet (makanan berkalori sangat rendah). Sebagaimana yang dinyatakan bahawa pemakanan yang baik dan senaman yang kerap adalah penting untuk membantu anda mengurangkan berat anda secara berkesan dan untuk jangka masa yang lama. Email kami yang terdahulu juga ada menyatakan bahawa penurunan berat badan antara 5-10% adalah memadai untuk mengurangkan risiko-risiko berkaitan dengan kegemukan.
Rawatan melalui pemakanan gantian ini adalah antara cara yang efektif untuk mengurangkan berat badan dengan cepat. Bagaimanapun adalah penting supaya mereka yang mengamalkannya mempunyai daya motivasi yang tinggi. Ini kerana sepanjang rawatan ini anda akan rasa ketagih untuk makan makanan yang tidak sepatutnya anda ambil. Banyak antara mereka ini merasa tertekan dan sukar untuk melawan nafsu makan mereka. Akhirnya, bila mereka mengambil makanan yang tidak dibenarkan, terutamanya makanan berlemak, badan mereka mendapati bahawa lemak ini menjadi lebih sukar untuk dibuang. Berat badan akan naik semula (kesan yo-yo). Ini adalah akibat dari penurunan kadar metabolisma badan mereka semasa mereka menjalani rawatan melalui pemakanan gantian ini. Selalunya produk jenis ini juga mempunyai bahan yang membantu anda mengurangkan rasa ingin makan dengan mencampurkan bahan seperti serat di dalamnya. Oleh itu nafsu makan anda sedikit sebanyak dapat dikawal. Produk-produk ini menurunkan berat badan dengan menambah metabolisma lemak. Ia tidak menghakis otot (protin) dari badan anda. Oleh itu tone badan anda dapat dikekalkan. Antara perkara lain yang perlu diperhatikan semasa mengambil produk ini ialah :
- Sila ikuti program makanan yang disediakan bersama-sama dengan produk yang anda beli, sekiranya ada.
- Jangan campur dengan air yang panas kerana ia akan merosakkan amino asid yang ada di dalam produk-produk ini.
- Antara jenama yang ada di pasaran Malaysia ialah :
- Cambridge Diet
- 21st Century Fat Burner
Xenical adalah antara ubat terkini yang digunakan untuk tujuan menguruskan berat badan. Ia mengandungi orlistat 120mg dalam setiap kapsul berwarna biru. Xenical bertindak dengan memberhentikan fungsi enzim lipase. Enzim lipase bertanggungjawap memecahkan lemak yang kita ambil dari pemakanan kepada free fatty acids dan monoglycerides. Oleh kerana lemak ini tidak dipecahkan (atau tidak dicerna) ia tidak boleh memasuki sistem darah pengambilnya. Xenical hendaklah diambil sebelum makan atau dalam masa sejam selepas makan. Pengambilan Xenical tidak perlu sekiranya makanan yang diambil tidak mengandungi lemak.
Pengambilan Xenical hendaklah diberhentikan selepas 12 minggu (3 bulan) sekiranya berat badan tidak turun sekurang-kurangnya 5% daripada berat badan asal. Oleh kerana produk ini menyerap lemak, vitamin yang larut dalam lemak seperti beta carotene, vitamin A, D, E dan K (sama ada dalam tablet atau dari sumber asli seperti sayuran) tidak akan diserap oleh badan. Oleh itu pengambilan vitamin ini dengan Xenical hendaklah dijarakkan sekurang-kurangnya dua jam (2 jam adalah cukup kerana fungsi Xenical tidak memerlukannya untuk diserap ke dalam darah - di mana ini akan mengambil masa yang lebih lama). Begitu juga, pil perancang yang dibuat daripada kolesterol tidak boleh diambil pada masa yang sama dengan Xenical. Antara ubatan lain yang tidak boleh diambil sekali ialah digoxin, metformin, nifedipine, phenytoins, statins dan warfarin. Xenical tidak boleh diambil oleh mereka yang alahan dengannya, mereka yang mengalami masalah dalam penyerapan makanan dan pesakit cholestasis.
Antara kesan sampingan pengambilan Xenical ini ialah masalah yang berkaitan dengan perut - najis berminyak, lebih kerap buang air dan tidak boleh mengawal buang air besar. Selain itu ia menghalang penyerapan beberapa vitamin (lihat di atas) di mana ini mungkin memerlukan anda mengambil pil-pil vitamin seperti multivitamin
4. Chitosan
Chitosan diperbuat daripada polysaccharide chitin. Ia adalah kanji yang banyak terdapat di dalam kulit udang, kerang dan binatang laut berkulit yang lain. Fungsi chitosan ini samalah seperti fibre (serat) tetapi ia mempunyai kelebihan iaitu ia boleh melekat kepada lemak. Chitosan mengandungi caj-caj positif, dan ini membolehkannya melekat kepada lemak, kolesterol, triglyceride dan asid hempedu yang mengandungi caj-caj negatif. Oleh kerana ia tidak dicerna dan diserap ia tidak menambah kalori ke dalam badan anda.
Kesan-kesan baik yang didapati dengan memakan chitosan
- Lemak-lemak dari makanan boleh ditapis. Lemak-lemak ini dikeluarkan dari badan dan tidak diserap ke dalam badan.
- Mengurangkan LDL (kolesterol tidak baik) dan meningkatkan HDL (kolesterol baik).
- Antacid. Ia melawan asid berlebihan yang dikeluarkan dalam perut / usus. Baik untuk yang menghidapi ulser dan gastrik.
Keburukan chitosan
- Chitosan mengurangkan penyerapan kalsium. Orang yang berisiko menghidapi osteoporosis tidak digalakkan mengambil chitosan.
- Chitosan boleh mengurangkan kandungan bakteria baik Bifidobacteria dan Lactobacillus. Bakteria ini penting dalam fungis enzim yang sempurna di samping penting untuk pengeluaran vitamin tertentu.
- Chitosan boleh menghalang penyerapan ubat-ubat tertentu yang bergantung penyerapannya kepada penyerapan lemak. Ubat-ubatan yang diperbuat daripada lemak seperti pil perancang hendaklah diambil empat jam sebelum atau selepas pengambilan chitosan.
- Sebagai fibre (serat), chitosan menarik air. Kekurangan air boleh menyebabkan sembelit. Terlalu banyak chitosan pula boleh menyebabkan anda rasa kenyang.
- Tidak semua orang boleh mengambil chitosan. Invdividu di bawah ini disarankan tidak mengambil chitosan :
- Mengandung atau menyusukan bayi
- Orang yang mengambil ubat-ubat seperti blood thinner
- Orang yang mengalami osteoporosis
- Orang yang memakan ubat yang banyak. Ini kerana pemakanan ubat pada waktu yang berdekatan dengan pengambilan chitosan menyebabkan ubat tersebut mungkin tidak berfungsi sepenuhnya.
Antara ubat yang sering digunakan untuk tujuan ini ialah benfluorex (Mediaxal) yang berfungsi membaiki metabolisma lemak dan karbohidrat. Selain daripada itu, penggunaan asid amino seperti methionine, choline, inositol, betaine dan l-arginine juga sering digunakan. Asid amino jenis ini bukan sahaja membantu membakar lemak, tetapi juga menyebabkan pengeluaran lecithin oleh hati meningkat. Walaupun tidak digunakan untuk menguruskan badan, lecithin membantu mencairkan kolesterol (Kolesterol ialah lemak di dalam darah dan tidak ada kaitan dengan saiz badan).
kredit to: http://hijrah1429.blogspot.com/2009/11/yang-kurus-itu-indah-menarik-tertarik.html
Sunday, 11 September 2011
Susu Ibu vs susu lembu
Seorang kanak-kanak lelaki di Kemboja yang berusia 20 bulan mula menyusu dengan lembu setelah ibu dan bapanya pergi mencari pekerjaan di kawasan bandar. Kanak-kanak tersebut tinggal bersama datuknya.
Dia mula menyusu dengan lembu setelah melihat anak lembu tersebut juga melakukan perkara yang sama. Datuknya telah melarang tetapi dia meronta-ronta ingin menyusu dengan lembu tersebut.
Apa akan jadi kepada kanak-kanak tersebut sekiranya terus menyusu dengan lembu??

hati seorang ibu pasti sedih bila melihat gambar sebegini.
PENYUSUAN HAK BAYI
1. Para fuqaha menjelaskan penyusuan merupakan hak seorang bayi dengan pendapat mereka seperti berikut:
Maksudnya:
Penyusuan merupakan hak seorang bayi sepertimana nafkah menjadi sebahagian hak seseorang dewasa iaitu ibunya.
Maksudnya:
Penyusuan merupakan hak seorang bayi sepertimana nafkah menjadi sebahagian hak seseorang dewasa iaitu ibunya.
2. Perkara ini disandarkan kepada firman Allah SWT yang berbunyi:
Maksudnya:
“…dan kewajiban bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya…”
Surah al-Baqarah 2: 233
Maksudnya:
“…dan kewajiban bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya…”
Surah al-Baqarah 2: 233
3. Seseorang bayi memerlukan makanan yang diperolehi daripada penyusuan. Maka menjadi kewajipan ke atas bapanya untuk memberikan nafkah makanan dan pakaian kepada si ibu. Ini kerana melaluinya, bayi akan mendapat sumber makanan secukupnya.
4. Dalam perbahasan syariah, penyusuan disebutkan sebagai salah satu isu penting yang melibatkan isu-isu syariah. Penyusuan ini turut dikenali sebagai al-rada’ah
AL-RADA’AH
5. Al-rada’ah merujuk kepada keadaan di mana sampainya susu seseorang wanita ke dalam rongga tekak seseorang bayi sama ada dengan menyusu terus daripada payudara seseorang wanita atau melalui apa-apa kaedah yang boleh menggantikannya dengan syarat-syarat tertentu ( Abdul Karim Zaidan, Al-MufaÎÎal fi ahkÉm al-mar’ah wa bait al-muslim fi syarÊah al-islamiyyah, cet. 3, jil. 9, (Beirut: Muassasah al-Risalah, 2000), m/s: 462.)
6. Definsi ini menjelaskan bahawa terdapat tiga perkara penting dalam konteks penyusuan iaitu:
a. Bayi;
b. Ibu yang menyusu; dan
c. Kaedah penyusuan.
7. Sepertimana yang disebutkan dalam subtopik pertama, seseorang bayi berhak mendapatkan susu. Tempoh sempurna seseorang bayi itu mendapatkan susu secukupnya ialah 2 tahun genap. Perkara ini disandarkan kepada firman Allah SWT:
Maksudnya: “Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak mereka selama dua tahun genap,..” Surah al-Baqarah 2: 233
8. Manakala, seseorang wanita yang menyusukan bayi tersebut boleh terdiri daripada ibu kandungnya dalam ikatan perkahwinannya atau yang telah diceraikan atau wanita yang bukan ibu kandungnya.
9. Kaedah penyusuan pula merujuk kepada penyusuan terus daripada payudara wanita yang menyusukan atau apa-apa kaedah lain seperti susu yang diperah dan disimpan di dalam botol dan disusukan bayi tersebut melalui botol itu. Jika dilihat pada realiti hari ini expressed breast milk (EBM), menepati kaedah penyusuan yang disebutkan oleh para fuqaha.
10. Secara umumnya, telah jelas disebutkan, seseorang bayi perlu disusukan dan boleh disusukan oleh wanita yang bukan ibu kandungnya dalam keadaan yang memerlukan melalui kaedah penyusuan yang betul. Justeru, terdapat beberapa implikasi syariah dalam membincangkan isu ini.
HUKUM PERTALIAN DISEBABKAN PENYUSUAN
11. Isu-isu syariah utama yang sering dikaitkan dengan hukum penyusuan adalah seperti berikut:
a. Tanggungjawab memberi nafkah oleh seseorang bapa;
b. Tanggungjawab seseorang ibu menyusukan bayi;
c. Hubungan pertalian yang diharamkan berkahwin;
d. Penubuhan bank susu.
12. Walau bagaimanapun, skop perbincangan difokuskan kepada hubungan pertalian kekeluargaan kesan daripada hukum penyusuan. Hukum pertalian ini menatijahkan bayi tersebut tidak boleh berkahwin dengan ibu yang menyusuinya serta ahli keluarga tertentu daripada ibu tersebut. Pihak-pihak yang diharamkan berkahwin dengannya akan diterangkan pada perkara 18.
13. Untuk mencapai tahap pertalian kekeluargaan antara bayi dan wanita yang menyusukannya, terdapat beberapa syarat berdasarkan kepada tiga aspek berikut perlu dipenuhi:
a. Bayi;
b. Wanita yang menyusukan; dan
c. Kaedah penyusuan.
14. Syarat yang berkaitan dengan bayi adalah seperti berikut:
a. Umur bayi tidak melebihi dua tahun;
b. Tidak disyaratkan bayi tersebut beragama Islam memandangkan tiada nas yang melarang seseorang wanita Islam menyusukan bayi bukan Islam. Namun begitu, perlu ditekankan penyusuan tidak mengubah agama
seseorang. Syeikh Attiyyah Saqar menjelaskan bayi akan kekal dalam agamanya dan begitulah sebaliknya. ( Sheikh Attiyah Saqar, A Non Muslim Breastfeeding a Muslim Child, 20 Jun 2006. Diperolehi daripada
http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?cid=1119503549018&pagename=IslamOnline-English-
Ask_Scholar/FatwaE/FatwaEAskTheScholar. Dilayari pada 24 Januari 2011)

c. Tidak disyaratkan juga identiti ibu bapa bayi tersebut diketahui. Bagi bayi yang diketahui identiti ibu bapa mereka lebih mudah diuruskan. Ayat 233 daripada surah al-Baqarah telah menyebutkan, jika ibu kandung tidak mampu menyusukan bayinya, dia boleh mengupah orang lain untuk menyusukannya. Daripada umumnya lafaz yang digunakan dalam al-Quran, ia menunjukkan tiada halangan untuk menyusukan bayi yang diketahui identiti ibu bapa mereka walaupun mereka adalah anak-anak yang terbiar.
15. Syarat yang berkaitan dengan ibu yang menyusukan adalah seperti berikut:
a. Seorang wanita anak adam. Tidak terkesan hukum pertalian kekeluargaan sekiranya bukan dari kalangan anak adam, seseorang lelaki atau seseorang yang bukan wanita asli.
b. Wanita yang menyusukan itu masih hidup sewaktu bayi disusukan.
c. Wanita itu mempunyai susu sama ada hamil atau tidak, berkahwin atau tidak, atau telah menopaus atau belum.
d. Tidak disyaratkan agama tertentu bagi wanita yang menyusukan seseorang bayi. Memandangkan tiada dalil yang melarangnya, dibolehkan bagi wanita bukan Islam untuk menyusukan bayi beragama Islam. Ia merupakansebahagian daripada sifat ihsan. Perkara ini disebutkan oleh Syaikh M.S. Al-Munajjid ketika beliau menjawab soal jawab kemusykilan agama berkaitan isu ini. (Muhammad Saleh al-Munajjid, Can A Muslim Women Breastfeed A Christian Child?, 22 Mac 2004. Diperolehi daripada http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?cid=1119503548106&pagename=IslamOnline-English-
Ask_Scholar%2FFatwaE%2FFatwaEAskTheScholar. Dilayari pada 25 Januari 2011.)

e. Walau bagaimanapun, makruh memberikan seseorang wanita bukan Islam menyusukan bayi beragama Islam. ( ‘UÎÉm al-‘Abd Zuhd dan Jamal al-Hubi, Kertas kerja Athar al-raÌÉ‘ah ‘ala ‘alaqÉt al-usariyyah, dibentangkan dalam Muktamar al-Syariah; al-tasyri‘ al-islamiy wa mutaÏalibÉt al-waqi‘ pada 13 -14 Mac 2006). Ini kerana susu itu tidak selamat daripada makanan atau minuman haram yang sebati dalam makanan dan minuman wanita tersebut. Justeru, ditakuti bayi akan mewarisi sifat buruk kesan daripada pemakanan tersebut. Perkara ini dikiaskan kepada hukum makruh mengupah wanita yang tamak untuk menyusukan seseorang bayi yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi dalam kitab sunannya.
16. Syarat yang berkaitan dengan susu adalah seperti berikut:
a. Susu kekal dalam sifatnya yang asal sama ada mengalir atau sebagainya kerana dengannya akan memastikan tumbesaran tubuh dan penguatan tulang.
b. Sampai susu ke sistem penghadamannya melalui tekak atau saluran hidung.
c. Penyusuan mencecah lima kali kekenyangan bayi. Setiap kali kekenyangan dikenal pasti melalui perbuatan bayi itu sendiri yang meninggalkan susuan secara sukarela dan mengambil tempoh yang lama sebelum menyusu untuk kali yang seterusnya. Sekiranya bayi berhenti menyusu disebabkan oleh gangguan di sekelilingnya, ia tidak dikira sebagai susuan yang mengenyangkan. Susuan yang mengenyangkan tetap dikira sekiranya bayi meninggalkan susuan untuk sementara waktu seperti ingin mengambil nafas, bertukar posisi daripada payudara kanan ke kiri, bersin dan sebagainya.

17. Apabila semua syarat ini dipenuhi, maka terhasillah hubungan pertalian antara bayi dan wanita yang menyusukannya. Perkara ini disandarkan kepada kaedah fiqh:
Maksudnya: Diharamkan (perkhawinan) disebabkan oleh penyusuan (sepertimana) apa yang diharamkan disebabkan oleh keturunan.
Maksudnya: Diharamkan (perkhawinan) disebabkan oleh penyusuan (sepertimana) apa yang diharamkan disebabkan oleh keturunan.
18. Terdapat banyak hadis yang menunjukkan susur galur keluarga yang diharamkan berkahwin disebabkan oleh penyusuan. Berikut merupakan kesimpulan pihak yang diharamkan berkahwin dengannya disebabkan oleh penyusuan (Abdul Karim Zaidan, jil. 6, m/s: 237-238) :
a. Wanita yang menyusukannya;
b. Anak-anak wanita yang menyusukannya sama ada anak-anak kandungnya atau anak-anak suaminya yang terdahulu;
c. Cucu-cucu wanita yang menyusukannya sama ada daripada anak-anak lelaki atau anak-anak perempuannya;
d. Bayi-bayi sesusuan. Sekiranya ibu menyusukan lebih daripada seorang bayi, bayi-bayi tersebut menjadi saudara susuan antara mereka dan maka mereka tidak boleh berkahwin.
e. Ibu kepada wanita yang menyusukan;
f. Nenek kepada wanita yang menyusukan dan ke atas;
g. Adik-beradik wanita yang menyusukannya. Anak-anak kepada adik-beradik wanita tersebut tidak diharamkan berkahwin dengannya; dan
h. Wanita yang menyusukan diharamkan berkahwin dengan anak kepada bayi yang disusukan dan ke bawah.

Wednesday, 7 September 2011
Hikmah puasa 6 hari di bulan syawal
Pelengkap dari puasa Ramadhan
Puasa sunat 6 hari di bulan Syawal selepas Ramadhan adalah pelengkap dan penyempurna pahala dari puasa setahun penuh. Penyempurna dari kekurangan, membawa maksud, walaupun hukumnya sunat, pada hari Kiamat nanti perbuatan2 fardhu akan disempurnakan (dilengkapi) dengan perbuatan2 sunnah ini. Rasulullah s.a.w pernah bersabda dalam hadith Qudsi – “Dan senantiasa hamba Ku mendekatkan diri kepada Ku dengan amalan2 sunnah sehingga Aku mencintainya.” (Hadith Riwayat Bukhari)
Menyediakan sistem pencernaan
Selama 1 bulan sistem pencernaan kita berehat pada waktu siang. Kedatangan bulan Syawal boleh mendatangkan kejutan bagi sistem pencernaan kita, tambahan apabila disajikan dengan pelbagai juadah di dalam pelbagai majlis yang biasa masyarakat kita lakukan di bulan Syawal ini. Maka, puasa 6 ini memberi peluang kepada sistem pencernaan kita yang telah direhatkan tadi untuk bertugas secara beransur-ansur.
Amalan Ramadhan tidak terputus
Antara manfaat lain berpuasa 6 adalah segala amal yang dilakukan oleh seseorang itu di dalam bulan Ramadhan, untuk mendekatkan diri-Nya dengan Allah, tidak akan terputus setelah berlalunya bulan Ramadhan yang mulia ini, selama seseorang itu masih hidup. Ini juga mengajar kita untuk beribadat secara istiqamah dan berpanjangan. Menyusuri daripada kata2 para cerdik pandai – “Pahala amal kebaikan adalah kebaikan yang ada sesudahnya.”
Tanda syukur rahmat bulan Ramadhan
Berpuasa di bulan Ramadhan mendatangkan maghrifah atas dosa2 masa lalu. Orang yang berpuasa di bulan Ramadhan akan menerima ‘ganjaran’ di bulan Syawal – maka berpuasa di bulan Syawal adalah seperti tanda mensyukuri ganjaran yang diterima ini. Ia juga sebagai tanda syukur atas segala nikmat, pertolongan dan pengampunan yang telah diberikan oleh-Nya dalam bulan Ramadhan. Dan atas rasa cintanya terhadap ibadah puasa di bulan Ramadhan, ia tidak merasa bosan, berat atau jenuh apalagi benci berpuasa Ramadhan – lantas meneruskannya dengan berpuasa lagi selama 6 hari di bulan Syawal.
Nabi Luth a.s
Nabi Luth adalah anak saudara dari Nabi Ibrahim. Ayahnya yang bernama Hasan bin Tareh adalah saudara sekandung dari Nabi Ibrahim. Ia beriman kepada bapa saudaranya Nabi Ibrahim mendampinginya dalam semua perjalanan dan sewaktu mereka berada di Mesir berusaha bersama dalam bidang perternakan yang berhasil dengan baik binatang ternaknya berkembang biak sehingga dalam waktu yang singkat jumlah yang sudah berlipat ganda itu tidak dapat ditampung dalam tempat yang disediakan . Akhirnya perkongsian Ibrahim- Luth dipecah dan binatang ternakan serta harta milik perusahaan mereka di bahagi dan berpisahlah Luth dengan Ibrahim pindah ke Yordania dan bermukim di sebuah tempat bernama Sadum.
Nabi Luth a.s diutuskan Oleh Allah Kepada Rakyat Sadum
Masyarakat Sadum adalah masyarakat yang rendah tingkat moralnya,rosak mentalnya, tidak mempunyai pegangan agama atau nilai kemanusiaan yang beradab. Kemaksiatan dan kemungkaran bermaharajalela dalam pergaulan hidup mrk. Pencurian dan perampASan harta milik menrupakan kejadian hari-hari di mana yang kuat menjadi kuASa sedang yang lemah menjadi korban penindASan dan perlakuan sewenang-wenang. Maksiat yang paling menonjol yang menjadi ciri khAS hidup mereka adalah perbuatan homoseks {liwat} di kalangan lelakinya dan lesbian di kalangan wanitanya. Kedua-dua jenis kemungkaran ini begitu bermaharajalela di dalam mASyarakat sehinggakan ianya merupakan suatu kebudayaan bagi kaum Sadum.
Seorang pendatang yang masuk ke Sadum tidak akan selamat dari diganggu oleh mrk. Jika ia membawa barang-barang yang berharga maka dirampaslah barang-barangnya, jika ia melawan atau menolak menyerahkannya maka nyawanya tidak akan selamat. Akan tetapi jika pendatang itu seorang lelaki yang bermuka tampan dan berparas elok maka ia akan menjadi rebutan di antara mereka dan akan menjadi korban perbuatan keji lelakinya dan sebaliknya jika si pendatang itu seorang perempuan muda maka ia menjadi mangsa bagi pihak wanitanya pula.
Kepada masyarakat yang sudah sedemikian rupa keruntuhan moralnya dan sedemikian paras penyakit sosialnya diutuslah Nabi Luth sebagai pesuruh dan rasul-Nya untuk mengangkat mereka dari lembah kenistaan ,kejahilan dan kesesatan serta membawa mereka alam yang bersih ,bermoral dan berakhlak mulia. Nabi Luth mengajak mereka beriman dan beribadah kepada Allah meninggalkan kebiasaan mungkar menjauhkan diri dari perbuatan maksiat dan kejahatan yang diilhamkan oleh iblis dan syaitan. Ia memberi penerang kepada mereka bahwa Allah telah mencipta mereka dan alam sekitar mrk tidak meredhai amal perbuatan mrk yang mendekati sifat dan tabiat kebinatangan dan tidak sesuai dengan nilai-nilai kemanusiaan dan bahwa Allah akan memberi ganjaran setimpal dengan amal kebajikan mereka. Yang berbuat baik dan beramal soleh akan diganjar dengan syurga di akhirat sedang yang melakukan perbuatan mungkar akan di balaskannya dengan memasukkannya ke dalam neraka Jahanam.
Jln capai takwa mujahadah(lawan nafsu),jaga k'bersihan hati(jgn mkn byk,m'baca al-quran)dan bersih kan hati dari nafsu.
Nabi Luth berseru kepada mrk agar meninggalkan adat kebiasaan iaitu melakukan perbuatan homoseks dan lesbian karena perbuatan itu bertentangan dengan fitrah dan hati nurani manusia serta menyalahi hikmah yang terkandung didalam penciptaan manusia menjadi dua jenis iaitu lelaki dan wanita. Juga kepada mereka di beri nasihat dan dianjurkan supaya menghormati hak dan milik masing-masing dengan meninggalkan perbuatan perampasan, perompakan serta pencurian yang selalu mrk lakukan di antara sesama mrk dan terutama kepada pengunjung yang datang ke Sadum. Diterangkan bahwa perbuatan-perbuatan itu akan merugikan mrk sendiri, karena akan menimbulkan kekacauan dan ketidak amanan di dalam negeri sehingga masing-masing dari mereka tidak merASa aman dan tenteram dalam hidupnya.
Demikianlah Nabi Luth melaksanakan dakwahnya sesuai dengan tugas risalahnya.Ia tidak henti-henti menggunakan setiap kesempatan dan dalam tiap pertemuan dengan kaumnya secara berkelompok atau secara berseorangan mengajak agak mrk beriman dan percaya kepada Allah menyembah-Nya melakukan amal soleh dan meninggalkan perbuatan maksiat dan mungkar. Akan tetapi keruntuhan moral dan kerusakan akhlak sudah berakar sgt di dalam pergaulan hidup mereka dan pengaruh hawa nafsu dan penyesatan syaitan sudah begitu kuat menguasai tindak-tanduk mereka, maka dakwah dan ajakkan Nabi Luth yyang dilaksanakan dengan kesabaran dan ketekunan tidak mendapat tanah yang subur di dalam hati dan fikiran mereka dan berlalu laksana suasana teriakan di tengah-tengah padang pasir .Telinga-telinga mereka sudah menjadi pekak bagi ajaran-ajaran Nabi Luth sedang hati dan fikiran mereka sudah tersumbat rapat dengan ajaran -ajaran syaitan dan iblis.
Akhirnya kaum Luth merasa dan kesal hati mendengar dakwah dan nasihat-nasihat Nabi Luth yang tidak putus-putus itu dan minta agar ia menghentikan aksi dakwahnya atau menghadapi pengusir dirinya dari sadum bersama semua keluarganya. dari pihak Nabi Luth pun sudah tidak ada harapan lagi masyarakat Sadum dapat terangkat dari lembah kesesatan dan keruntuhan moral mereka dan bahawa meneruskan dakwah kepada mereka yang sudah buta-tuli hati dan fikiran serta mensia-siakan masa. Ubat satu-satunya, menurut fikiran Nabi Luth untuk mencegah penyakit akhlak itu yang sudah parah itu menular kepada tetangga-tetangga dekatnya, ialah dengan membasmikan mereka dari atas bumi sebagai pembalasan ke atas terhadap kekerASan kepala mrk juga untuk menjadi ibrah dan pengajaran umat-umat disekelilingnya. beliau memohon kepada Allah agar kepada kaumnya masyarakat Sadum diberi pengajaran berupa azab di dunia sebelum azab yang menanti mereka di akhirat kelak.
Jln capai takwa mujahadah ,jaga k'bersihan hati dan bersih kan hati dari nafsu.

Subscribe to:
Posts (Atom)