Footer


*WANITA & ISLAM*WANITA & ISLAM*WANITA & ISLAM*

Cursor

SAHABAT WANITA ISLAM

Thursday, 2 August 2012

MENANTI DI ALAM BARZAKH........

ku merintih... aku menangis... ku meratap... aku mengharap....
ku meminta... dihidupkan semula.. agar dapat kembali.. ke dunia nyata...
pejalan wukuf melengkapi semua kembara.. singgah di rahim bonda..
sebelum menjejak kedunia.. menanti.. di barzakh ..sebelum berangkat ke mashyar....

diperhitung amalan.. syurga atau sebaliknya....
tanah yang basah... berwarna merah... semerah mawar dan juga rimbun
tujuh langkah pun baru berlalu.. seusai talkin bernada syahdu..
tenang dan damai dipusara ku nisan batu menjadi tugu..
namun tak siapa pun tahu resah penantian ku...

terbangkitnya aku dari sebuah kematian... seakan ku dengari.. tangis mereka yang ku tinggalkan...
kehidupan disini... bukan satu khayalan... tetapi ia sebenar kejadian...
kehidupan disini... bukan satu khayalan... tetapi ia sebenar kejadian...

kembali oh kembali kembalilah ke dalam diri..
sendirian sendiri sendiri berteman kan sepi...
hanya.. kain putih.. yang membalut.. di tubuh ku..
terbujur.. dan kaku jasad didalam.. keranda kayu...

ajal yang datang dimuka pintu.. tiada siapa yang memberi tahu...
tiada siapa pun. dapat hindari tiada siapayang terkecuali..
lemah jemari nafas terhenti.. tidak tergambar sakitnya mati....
cukup sekali tak sanggup untuk ku mengulangi....

jantung.. berdegup kencang... menantikan.. malaikat datang...
menggigil.. ketakutan gelap pekat.. dipandangan...
selama... ini diceritakan kini aku merasa.. kan
di alam barzakh dikebumikan...

selama ini diceritakan kini aku merasa... kan
di alam barzakh dikebumikan....
ku merintih... aku menangis... ku meratap... aku mengharap....
ku meminta... dihidupkan semula.. agar dapat kembali ke dunia nyata...
 
crdt to :  http://arepeslovemuzik.blogspot.com/2011/03/menanti-di-alam-barzakh-kump-far-east.html
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Cinta Rasulullah


Cinta kepada Rasulullah SAW membawa manusia ke syurga. Mencintai Baginda SAW perlu mengatasi dan mendahului segala sesuatu kerana ini adalah perintah dan syarat bagi mendapatkan cinta Allah SWT. Alangkah bertuahnya umat ini kerana dikurniakan seorang Rasul yang memiliki cinta agung yang tulus dan sejati terhadap umatnya. Baginda SAW mengungkapkan cintanya dengan ungkapan-ungkapan cinta yang paling murni dan sejati, termasuklah cinta seorang ayah kepada anaknya, sabda Baginda, “Sesungguhnya diriku bagi kalian bagaikan seorang ayah bagi anaknya.” (HR al-Darimi).
Firman ALLAH SWT: “Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin”. (Al- Taubah: 128)
Tepuk dada tanyalah iman sejauh mana dan sedalam mana kecintaan kita terhadap Rasulullah SAW. Pastilah sebelum kita menemukan jawapannya, Baginda Nabi terlebih dahulu menzahirkan kasih dan sayang Baginda terhadap kita orang-orang mukmin. Seorang Nabi yang sanggup berkongsi, sanggup merasai penderitaan dan yang sangat menginginkan keselamatan pada diri ummat Baginda. Maka sewajarnyalah untuk kita membalas seikhlas-ikhlasnya cinta terhadap Kekasih Allah ini sama bahkan kalau boleh lebih lagi daripada kasih dan cintanya sahabat-sahabat Baginda dahulu.
Banyak kisah-kisah cinta sahabat terhadap Muhammad Rasulullah yang telah terakam dalam sejarah ummat, antaranya seorang Arab Badwi telah datang menemui Rasulullah seraya bertanyakan perihal Hari Kiamat. Rasulullah bertanya, “Apa yang sudah engkau persiapkan bagi hari itu?” Arab Badwi itu menjawab, “Ya Rasulullah, aku tidak memiliki apa-apa, tetapi aku mencintai Allah dan RasulNya”. Mendengar jawapan itu, Rasulullah berkata, “Engkau bersama orang yang engkau cintai.” (HR al-Bukhari)
Salah seorang sahabat bernama Thauban sangat mendalam cintanya kepada Rasulullah SAW, sehingga dia tidak sanggup berpisah lama dengan baginda. Pada suatu hari dia muncul di hadapan Rasulullah dalam keadaan yang sangat mencemaskan. Wajahnya pucat, tubuhnya makin mengurus dan kesedihan nampak jelas pada seluruh raut wajahnya. Rasulullah bertanya kepadanya, “Apakah gerangan yang membuatmu kelihatan begitu sengsara, wahai Thauban?”
“Aku sihat, tidak ada satu penyakit jasmani yang aku keluhkan. Namun, apabila aku tidak menyaksikan wajahmu beberapa saat, nescaya aku dirudung kerinduan dan langsung merasa kesepian. Aku merana luar biasa, sebelum berjumpa denganmu. Aku sangat mencintaimu. Cinta yang lebih besar dan lebih luhur daripada cintaku kepada anak, isteri dan diriku sendiri, sehingga aku tidak akan mampu berpisah lama darimu. Ketika aku sedang bersama dengan anggota keluargaku, bayanganmu masih saja di pelupuk mataku. Ingatanku kepadamu terlalu merasuk di hati, tidak terkendali olehku, sampai aku kembali menyaksikan kesejukan wajahmu. Terlintas keyakinan di benakku, jika perjumpaan tertunda lebih lama lagi, nescaya nyawaku akan segera tercabut bersama memuncaknya kerinduanku”.
Thauban tidak mampu melanjutkan pembicaraan yang kelihatannya belum selesai. Air matanya tidak tertahan lagi, jatuh berderai-derai bersama esak tangisnya yang mula menggema. “Kenapa pula kamu menangis sekarang, bukankah kita sudah bersama lagi?” tanya Rasulullah SAW memujuknya.
“Terbayang olehku perihal kematianku dan kematianmu. Rasa rindu dan merana di dunia ini sudah tentu dapat ku atasi dengan datang menemuimu. Aku sangat khuatir penyesalan yang sama terhadap musibahku ini tidak akan terjadi di kehidupan akhirat. Aku sedari kedudukanmu di syurga nanti akan ditinggikan Allah SWT sedemikian rupa, sehingga tidak ada yang dapat menemanimu kecuali para nabi sahaja. Keinginanku bagi dapat bersamamu di akhirat nanti, sudah membuat hidupku amat sengsara sekarang ini.”
Di ketika yang lain, sunnah merakamkan dialog penuh makna antara Rasulullah SAW dan Saidina Umar al-Khattab r.a. Saidina Umar diriwayatkan berkata, "Wahai Rasulullah, Engkau lebih aku cintai daripada mana-mana manusia yang ada di dunia ini melainkan jiwaku yang berada di dalam jasadku".
Kata-kata Umar RA ini disambut oleh Rasulullah SAW dengan tegas, “Tiada sesiapapun yang benar-benar menjadi Mukmin sejati sehinggalah aku lebih dicintainya walaupun daripada dirinya sendiri.”
Mendengarkan sabda yang mulia ini, Umar r.a lantas berkata: “Demi Tuhan yang menurunkan Kitab kepadamu, sekarang ini engkau lebih aku cintai daripada diriku yang berada di dalam jasadku”. Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Sekarang (barulah kamu mempunyai iman yang sempurna) wahai Umar!” (HR al-Bukhari dan Muslim)
Selain hadis-hadis yang mengikat iman dengan kecintaan terhadap Nabi SAW, kita juga menemukan hadis-hadis yang menjadikan cintakan Nabi SAW sebagai pra-syarat bagi mendapatkan matlamat-matlamat sehebat kemanisan iman dan seagung dapat bersama dengan Nabi SAW dalam syurga Allah SWT.
Rasulullah SAW diriwayatkan bersabda, “Sesiapa yang terdapat di dalam dirinya tiga perkara ini, akan merasai kemanisan iman; Allah dan RasulNya lebih dikasihi daripada selain keduanya, dia mengasihi seseorang yang tidak dikasihinya melainkan kerana Allah dan dia berasa benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana dia berasa benci sekiranya dicampakkan ke dalam neraka. (HR Ahmad, al-Bukhari, Muslim, Tirmizi dan Nasa’i di dalam Bab Iman)
Begitulah. Cinta laksana air mengalir yang memindahkan seluruh sifat dan karakter kekasih kepada yang mencintainya. Bukti nyata kita mencintai Rasulullah SAW adalah mencontohi akhlak Baginda dan setia mengikuti sunnah Baginda.
Rasulullah SAW bersabda, “Orang yang paling aku cintai dan paling dekat kepadaku di antara kalian di akhirat kelak adalah orang yang paling baik akhlaknya.”(HR Ahmad)
Firman Allah; “Katakan, (wahai Muhammad), ‘Jika kamu (benar benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa dosamu’. Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang” (Ali-Imran :31)
Maka bohonglah orang yang mengaku mencintai Allah tetapi dia tidak mencintai RasulNya, bohonglah orang yang mengaku mencintai RasulNya tetapi dia tidak mencintai kaum fakir dan miskin. Dan bohonglah orang yang mengaku mencintai syurga tetapi dia tidak mahu mentaati Allah SWT. Demikian ditegaskan Imam Al Ghazali dalam Ihya’ Ulum al Din.
Jiwa kita akan bersama dengan orang yang kita cintai. Rasulullah SAW menganjurkan kita untuk mencintai Baginda dan Ahlil Bait. Ini kerana bila kita mencintai Baginda dengan tulus maka perilaku kita akan sesuai dengan perilaku Rasulullah dan ahi keluarga Baginda. Kita akan berakhlak seperti apa yang dikehendaki Rasulullah SAW. Seluruh kejadian dan peristiwa yang menimpa Rasulullah dan keluarga Baginda akan mempengaruhi emosi dan perasaan kita.
Jika ALLAH telah mengikatmu dengan Nabi yang penuh Rahmat dalam kehidupanmu maka engkau akan mendapatkan kebahagian dan ketenangan. Di antara tanda bahwa engkau telah terikat dengan Nabi Muhammad SAW adalah ketika engkau akan masuk ke dalam rumahmu maka engkau akan teringat apa yang diucapkan Rasulullah SAW ketika memasuki rumah, dan ketika engkau memasuki pasar maka kau teringat tuntunan Nabi Muhammad SAW tentang apa yang diucapkan beliau saat memasuki pasar, ketika engkau sedang menghadapi makanan dan engkau teringat akan tuntunan Rasulullah SAW apa yang diucapkan ketika akan makan, maka sungguh engkau telah terikat dengan Nabi yang penuh Rahmah.
Allah tidak membiarkan keresahan itu berlarutan di hati para pencinta sejati. Allah segera mengakhirinya dengan kedamaian yang menyejukkan. Syurga itu dapat diraih dengan cinta yang tulus kepada Rasulullah SAW. Sekali lagi, marilah kita gegarkan jiwa kita dengan kecintaan terhadap Junjungan Mulia Muhammad Rasulullah SAW melalui sabda Baginda, “Siapa yang mencintaiku, kelak dia akan berada di syurga bersamaku”. 
 crdt to :http://ainulyaqin.blogspot.com/2011/02/cinta-kepada-rasulullah-membawa-ke.html
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Aku terlalu rindu...

Ya Allah ya Tuhanku..saat ini air mataku menitik lagi.. dua tiga hari kebelakangan ini hati aku rasa seakan dihimpit...pedih..sayu...kerana aku terlalu rindukan kekasihmu...kekasihku jua...hanya lagu menceritakan kisahnya sebagai peneman diriku yg kerdil ini.

Ya Allah adakah aku dapat bertemunya di akhirat nanti...adakah syafaatnya akan menjadi milikku...aku tidak layak tapi aku sangat mengharapkannya...

Ya rasulullah...selawat dan salam dariku untukmu...aku berharap kau mengetahui betapa aku merinduimu...



Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu

Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya
Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu

Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu

Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, 30 July 2012

Buat kije sambil merapu



saya dah pakai niqab...ngade2 jek kan...xpe impian..

opss skodeng hihi

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, 29 July 2012

Jom deco rumah part 1

jangan pandang-pandang punggung anei nih..t dia marah..
Okey... aku janji nih post terakhir hari nih..hihi.. nak kongsi dengan semua cara-cara nak deco rumah bersama sepupu eric leong...eja leong!!!  hihihihi...

Okey, kat bahagian sudut nih...tempat boh tv nih kita buat sebagai picture wall.Pekerja saya hari ini anei ke tambi pon tatau..sebab dia tidak menampakkan wajahnya..xpela janji siap...saya pilih corak bunga besar gabungan 2 kaler hitam dan merah... latar belakangnya kaler gold... jangan tnya kenapa saya pilih corak nih..sebab cina kedai tu kata ni fesyen paling terbaru dan cantik....aku yg tak tahu menahu nih follow jer la..



  Tara... (asik ayat tara okey tara okey) siap dah anei pasang..superb la anei... vanekam anei...

picture wall di rumah suamiku...aku tumpang jer..hihi

tara....asik tara je kan hihi...tgk la lagik...


Ni pulak picture wall dalam bilik utama. Saya suka nak buat kaler black n white.. nampak elegent gitu kan...abaikanla ats katil tu tak kemas lagi... (skrg pon mcm kemas sgt kan hihi)




Kali pertama tengok pening kepalaku...belang-belangnya kan..skrg dah tak rasa apa bila tgk belang2 nih...skrg kita tunggu langsir yg ditempah dari saiful designer...katanya dah siap... t aku upload gambar terbaru yer...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Pangkor Island Beach Resort

Jom bercuti ke Pangkor Island Beach Resort, Pulau Pangkor.. terletak 30 minit dari jeti lumut. Waktu ni kami baru jer naik feri. Kelam kabut sebab baru balik kerja terus bergegas ke jeti lumut. Fery kami waktu ni jam 7.00 malam..Seelok jer sampai ke Pangkor Island Beach Resort azan maghrib pon berkumandang.

 Nakal tak muka suami aku..org dok syok sendiri amik gambar..konon comel la kan hihihi...dia main cucuk2 pinggang plak..main kasar ini hihihihihi.....

 Okey, ni la bilik honeymoon kami hihihi...sesampai jer dalam bilik fath terus ke tingkap tengok suasana kat luar. Memang cantik dan menarik... Okey solat maghrib dulu lepas tu boleh pergi dinner hokey..perut lapar dah..

 Kita snap dulu gambar katil kami nih..besar nih kami tido berhimpit 4 orang hihi... macam- macam huruf ada..H la L la hihihi... paham2 sendiri sudah ler...

 Ini permandangan dari luar dari dalam bilik...menghala ke laut...pehhh meme sangat teruja. Tempat nih memang sesuai untuk pergi honeymoon. ada swimming pool...Tunggu yer...nanti petang kita terjun :)

 Okey gambar bilik lagi...layan jer la

  Owhh sori la kualiti gambar tak memuaskan.. Ni gambar santai 2 makhluk Allah yang paling sweet n comel di hati saya hihi.. santai sakan yer...depa la yg paling seronok sgt hihi

 Okey main lari-lari..pegang tangan.. jatuh pastu gaduh hihihi..

 Ibu..!!!! Abah...!!! tengok fath buat istana nih.... adik pon tukang sibuk sama...semangat la pon walaupun sapa pon tatau budak berdua nih tak mandi pagi hihihii...

 Mesti korang terharu tengok istana anak bujang ku ini... Ibu gelarkan istana bekam hihihihihi....sori la abg long..jgn mare yek...

Buah hati pengarang jantung ibu...ank yg paling manja n paling senior en. abh... fath & alisya.. korang skrg pegang carta tertinggi dlm hati ibu selepas Allah & Nabi Muhammad SAW.... moga kita kekal bahagia selama-lamanya... muahh..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, 26 July 2012

Kenali Sujud Sajdah @ Sujud Tilawah




 Selamat Bersahur Jom Kenali Sujud Sajdah atau Sujud Tilawah. Pagi Pagi Jumaat Solat Subuh di Masjid kebiasaan Imam membaca surah al sajdah.

Solat: Sujud Sajdah atau Sujud Tilawah

Ada satu lagi Sujud yg kita wajib tahu, iaitu Sujud Tilawah atau Sujud Sajdah. Sujud Tilawah adalah apabila kita membaca al-Quran atau kita mendegar al-Quran dibacakan, dan kita membaca atau ornag yg membaca al-Quran itu membaca ayat-ayat Sajdah, maka wajib kita Sujud sekali dan bacalah doanya, yg akan kita teliti nanti. Selain itu, ketika kita bersolat atau kita menjadi makmum dalam suatu solat, dan Imam membaca satu ayat Sajdah, maka Imam akan terus Sujud dan kita sebagai makmu ikut Imam Sujud dan bacalah Tasbih Sujud Sajdah itu. Di dalam al-Quran dijelaskan bahawa sesiapa yg membaca Ayat Sajdah atau mendengar Ayat Sajdah dibacakan, dia tidak Sujud maka dia dimurkai Allah (a.w).

Di bawah ini kita turunkan dua daripada beberapa banyak hadith menyebut tentang Sujud Sajdah. Sujud Sajdah ini hendaklah dibaca, bukan sahaja semasa bersolat tetapi juga semasa membaca al-Quran di luar solat:

Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Omar (r.a) berkata: ‘Kadang-kadang membaca Rasulallah (s.a.w) al-Quran, maka bertemu dengan ayat Sajdah, maka Sujud bersama kami sehinggakan berasak-asak kami di sisi beliau, sehingga tidak dapat salah seorang kami tempat untuk Sujud dalamnya’ (Sambung Abdullah Omar): ‘(Sujud) yang selain dari Sujud solat.’ [Hadith Muslim, Kitab Solat]

Di dalam hadith di atas diberitahu oleh Abdullah bin Omar (r.a) bahawa Rasulallah (s.a.w) membaca al-Quran dan, seperti biasa, para sahabat turut sama membaca, yakni belajar dengannya, maka pada suatu ketika Rasulallah (s.a.w) membaca ayat Sajdah, maka beliaupun Sujud, yakni, Sujud Tilawah. Dan, para sahabat juga Sujud. Dan disebabkan, terlalu ramai ketika itu, sampai ada sahabat yang tidak dapat meletakkan dahi mereka untuk Sujud, dan terpaksa Sujud di atas belakang sahabat yang lain. Di dalam hadith berikut, Abu Hurairah (r.a) memberitahu pula dua surah al-Quran yang ada terdapat ayat Sajdah, dan ketika membacanya, Rasulallah (s.a.w) membuat Sujud Tilawah.

Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata bahawasanya berkata: ‘Sujud Rasulallah (s.a.w) di dalam (Surah) ‘izas samaun syaqqat’ [Surah al-Insyiqaq] dan ‘iqrak bismi rababika’ [Surah al-‘Ala’] [Hadith Muslim, Kitab Solat]

Kedua-dua hadith ini merujuk kepada bacaan dalam solat. Ketetapannya adalah ketika membaca ayat Sajdah, hendaklah imam dan makmum terus Sujud sambil menyebut tasbihnya semasa Sujud (Allahu Akbar), dan ketika Sujud membaca kalimah khusus untuk Sujud Tilawah itu, dan kemudian bangkit semula dengan menyebut takbirnya (Allahu Akbar), dan teruskan membaca ayat-ayat berikutnya. Sila rujuk kalimah Doa Sajdah dalam Bab 9 Kitab ini. Apabila membaca al-Quran di luar solat, apabila bertemu dengan ayat Sajdah, hendaklah kita Sujud mengadap Qiblat dan membaca Doa Sajdah juga. [Nota: Sujud Tilawah atau Sujud Sajdah adalah melakukan satu Sujud sebagaimana Sujud bersolat apakala bertemu atau membaca ayat-ayat Sajdah dalam al-Quran. Hendaklah duduk seumpama duduk ketika Sujud, kemudian menyebut Takbir (i.e. Allahu Akbar) dan terus Sujud. Pastikan sebagaimana Sujud ketika solat, tujuh anggota Sujud berada di atas tempat Sujud].

Bacaan ketika Sujud Sajdah: 'Sajjada wajhiyalillazi khalaqahu, syaqqa sam'ahu wa-basarahu bi-haulihi wa-quatik atau mengikut sepotong hadith lain: 'Allahumma laka sajadtu, wa-bika amantu, wa-laka aslamtu. Anta rabbi. Sajjada wajhiyalillazi syaqqa sam'ahu wa-basarahu, tabarakkalahu ahsanul khaliqin'.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...