Footer


*WANITA & ISLAM*WANITA & ISLAM*WANITA & ISLAM*

Cursor

SAHABAT WANITA ISLAM

Monday, 29 October 2012

Demam Adam Hawa

Owhhh tidak....aku sekarang dilanda demam Adam Hawa....kenapa lidah nih selalu tersebut adam maya hihi... dari tengok cerita nih melalui dailymotion terus sampai terbeli novel pulak hihi... sesapa yang nak layan Adam hawa online klik sini yer.

Mr Adam & Mrs Adam (hawa) hihihihi....

Kenapa Hawa punya tudung style zaman dulu-dulu yer..




Kenapa drama nih best???? sebab ceritanya berkisar tentang kehidupan suami isteri yang sarat dengan kisah percintaan.. main tarik-tarik tali.. hihi... biasanya kaum hawa la yang suka layan cerita-cerita camnih..romantik katanya.. almaklumle perempuan kan jiwanya lembut gebus hihihi.... Kebetulan cuti baru nih sesaja mengadam hawakan ank-anak... 

mana korang rasa terbaik cara Hawa pakai tudung.................?????


HAWA yg ini cun ker??????????

ke HAWA yang ini...menutup rambut sampai habis.....???

 Tepuk dada tanya selera......... yeker???? ke tepuk dada tanya iman............ wassalam....












Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, 26 October 2012

Guangzhou, China part1

Family trip tahun ni kami ke Guangzhou China. Ini adalah holiday saya yg pertama ke China dan yang ke dua bagi suami saya. Gambar-gambar tidak mengikut hari sebab saya dah terlupa jadual trip ari tu hihi...

Permandangan dari bilik hotel
Kami ke guangzhou selama 5 hari 4 malam. kali ni saya & suami bawa kedua-dua anak kitaorang. Alhamdulillah kalau bab jalan ni budak-budak nih terlebih excited. Gerak waktu subuh bersiap pon laju jer.  ini permandangan dari bilik hotel. Gambar ni tangkap guna kamera nikon D90..

layan susu dulu
Flight kami dari Malaysia lebih kurang jam 3.30am. Perjalanan ke Guangzhou selama 4 jam sahaja. dalam jam 7.30am kitaorang pon sampai ke Guangzhou Airport. Sampai-sampai jer terus ke kedai fabrik yang jual kain-kain langsir, cadar dan kedai-kedai jual beg kulit. Kena hati-hati sebab banyak beg-beg kulit diperbuat dari kulit khinzir.

Pada jam 4pm baru kami sampai ke hotel dan pada jam 6pm kami kena keluar balik untuk makan malam..saya n family tak join makan malam sebab kami kena cas tenaga utk esok plak..adoihh hihhi..

gambar di hadapan hotel yg kami menginap.. 3 star Lido Hotel

Naik tangga nak ke Patung lima kambing

Nih pulak pintu masuk ke patung 5 kambing

Sempat bergambar bersama ank2... backgroundnya pantung 5 kambing larr..tu jer yg ada kat situ hihihi
bergambar di kawasan muzium president
Bersama-sama dengan huda lisa & anak-anak kitaorg, ada 4 tu kan..amik sorg dua hihi... gambar nih nampak cntik sebab menggunakan teknik yg tersembunyi dr en. ahmad tarmizi hihi...

Jed
 Kedai jed yang kaki tipu chaittt..hihi

uncle nih sembang kata ank dia dah ada bp belas org dah..citer yg sama kata travel agent

bergambar berhadapan dengan muzium presiden













Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, 11 October 2012

Update Terbaru Nurul Jannah



Update dari Makcik Nurul Jannah 16 September 2012. Mengatakan keadaan Nurul Jannah semakin sihat.

Update dari facebook makcik Nurul Jannah 15 September 2012.Nurul Jannah dikatakan masih tidak stabil di Hospital Alor Setar.


Sedikit rentetan kisah Nurul Jannah: Maklumat dari makcik Nurul Jannah Norwani Yusof (12 Oktober 2012)

Sebelum ini Nurul Jannah telah demam selama 4 bulan. Pergi check kat hospital doktor tak dapat kesan lagi sampai la lepas raya demamnya semakin teruk dan dia dah tak boleh berjalan kerana kakinya lemah. keluarganya bawa ke Hospital Besar Ipoh dan seminggu kemudian transfer ke Hospital Alor Setar baru doktor dapat kesan dan sahkan Nurul Jannah mengidap kanser saraf.

Jannah dah melakukan rawatan kemoterapi dan masih lagi meneruskan rawatan kemoterapi untuk yang seterusnya. Alhamdulillah, demamnya sudah semakin berkurangan cuma Jannah kelihatan lemah dan tidak aktif. Dalam teks mesej makciknya juga memberitahu di buah pinggang Jannah terdapat tumor. Semalam (11 oktober 2012)  doktor mengesahkan tumor di buah pinggang Jannah telah mengecut (alhamdulillah..). Jika menunjukkan hasil yang positif dan terus mengecut Jannah tak perlu menjalani pembedahan.

Buat masa ini perbelanjaan rawatan, ibu Nurul Jannah telah  daftar dengan MAKNA (Majlis Kanser Nasional), cuma yang akan datang masih lagi tidak tahu sampai bila MAKNA boleh hulurkan sumbangan. Buat masa ini kata makcik Jannah mereka perlukan perbelanjaan ulang alik ke hospital  dan hampir setiap minggu perlu ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan susulan.

Sempena hari Jumaat yang mulia ini..saya mengharapkan sumbangan ikhlas dan doa dari semua bagi membantu adik Jannah... syukran


Sebarang sumbangan boleh di hulurkan ke akaun:

Norazimas bt Yusof  : Akaun Maybank
                                 1580 4262 7330
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Penting!!! Mohon Bantuan Anda.. Hulurkanlah Derma Ikhlas Untuk Menyelamatkan Nyawa Jannah.


Hati ibu mana yang tidak sedih dan  hiba bila melihat ank yang dikandung sembilan bulan 10 hari ini menderita sakit. Dalam usia yang masih muda adik Nurul Jannah, 6 Tahun telah dikesan menghidap kanser saraf tahap 4. Hanya Tuhan sahaja yang tau perasaan seorang ibu yang terpaksa menerima dugaan yang berat dari Allah swt. Orang kata berat mata yang memandang berat lagi bahu yang memikulnya.

Saya hanya mengenali makcik kepada Nurul Jannah iaitu junior di sekolah saya dulu. Melihatkan beliau post gambar ini dalam facebooknya terdetik hati nak membantu apa yang patut.

Nurul Jannah terlalu kecil untuk merasai sakit sebegini tetapi siapa kita untuk melawan qada dan qadar Allah..Sesungguhnya setiap sesuatu yang Allah takdirkan mempunyai hikmah yang tersembunyi..

Diharapkan pembaca blog semua dapat menghulurkan bantuan ikhlas walaupun hanya seringgit jika itu dapat membantu menyelamatkan nyawa adik kita Nurul Jannah.. Semoga dengan bantuan dari anda semua dapat meringan beban ibu dan keluarga adik Nurul Jannah untuk membiayai kos perubatannya. Segala detail tentang Nurul Jannah akan di update. Post ini boleh di share di blog-blog lain..

Bagi pihak keluarga nurul Jannah saya menggucapkan ribuan terima kasih pada yang sudi membantu dan mendoakan Nurul Jannah..

Sebarang sumbangan boleh di hulurkan ke akaun:

Norazimas bt Yusof  : Akaun Maybank
                                 1580 4262 7330

*Semoga Allah membalas setiap kebaikan yang anda buat...

Sumber : Gambar Jannah
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, 6 August 2012

Si kaca mata hitam

 Nak dijadikan cerita, saya ni ada rabun silau..tapi tak suka pakai cermin mata..ada pun cermin mata yang biasa jer. Satu hari tu sebelum ambil bebudak neh singgah dulu kat giant manjung cari cerminmata gelap ala-ala mak datin tu hihi...niatnya cuma nak guna time drive jer...

Bila ambik bebudak nih dua-dua bising tanya cermin mata diaorang mana..jenuh la suruh ibu janji beli jugak...kecik-kecik dah suka bergaya yer hihi....

alisya mengayakan cermin mata mak datin ibu...gambar ibu tak leh post sbb muka mcm getah sekerap ngeh ngeh
ala bucuk-bucuk...

ustaz ensem...

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Shopping..!!!

alisya sibuk shopping hihihi...dia dah memahami..
 Assalammualaikum semua.. sempena menyambut aidilfitri kemenangan umat islam berpuasa sebulan nih. Saya rasa teruja bawa anak pergi shopping..kegembiraan anak2 adalah kegembiraan kita juga. Ibunya tak beli apa-apa untuk diri sendiri. Cukup seronok tengok insan tersayang happy.. tu dah memadai...

  Kami shopping waktu petang jam 4 petang.. sebelum nak balik kampung berbuka dengan mertua singgah kejap beli kasut anak..kesian abah dorang nih kena beratus semata-mata nak bayar 3 pasang kasut jer hihi... ramainya manusia yer...hihi

Masa nih si abang & si adik tengah seronok sangat..lari sana lari sini bawak kasut...seronok jer layan telatah anak-anak...

baju untuk pakai kat rumah..nampak kasar kan alisya nih hihi

abang suruh ambil gambar dia dan keretanya hihi

Anak bujang ibu


abg dan adik... :)

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, 2 August 2012

Bahagianya jadi seorang wanita

Ada kaum wanita berkata,,, “susah menjadi wanita ISLAM”. Lihat saja peraturan dibawah ini :
1. Wanita auratnya lebih susah dijaga dibanding lelaki.
2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mau keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
3. Wanita saksinya kurang dibanding lelaki.
4. Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki.
5. Wanita harus menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6. Wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
7. Talak ada di tangan suami dan bukan isteri.
8. Wanita kurang beribadah kerana masalah haid dan nifas yang tidak dialami lelaki.

PERNAHKAH KITA BERFIKIR SEBALIKNYA…??
Aurat serta perhiasan wanita adalah suatu yang sangat mahal dan berharga…
makanya..

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiarkan terserak, bukan? Itulah bandingannya antara seorang muslimah dgn pompuan jalanan.

Satu:
Wanita perlu taat kepada suami, tetapi lelaki pun wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapaknya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Dua:
Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya.
Manakala lelaki menerima pusaka atau warisan, ia akan menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anaknya.

Tiga:
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat, dan seluruh makhluk Allah di muka bumi ini, dan matinya jika saat melahirkan adalah syahid.

Empat:
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan mempertanggungjawabkan 4 wanita ini:
Isterinya, ibunya, anak perempuannya, dan saudara perempuannya.

Lima:
Seorang wanita pula, tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini:
Suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara, lelakinya.

Enam:
Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu manapun yang disukainya cukup dengan 4 syarat saja :
Solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat pada suaminya dan menjaga kehormatannya.

Tujuh:
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat pada suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH, ia akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang
fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.


crdt to :http://xsam-group.blogspot.com/2010/03/berbahagialah-menjadi-seorang-wanita.html
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...