Footer


*WANITA & ISLAM*WANITA & ISLAM*WANITA & ISLAM*

Cursor

SAHABAT WANITA ISLAM

Monday, 29 October 2012

Oh mann.........

 luahan hati berani mati.........

Hidup sentiasa dilanda musibah..adk beradik tak menghormati yang tua...sebenarnya di mana salahnya... allah telah beri kebahagiaan dari segi kasih sayang suami..anak-anak..mertua..rezki yang banyak...kesihatan....lebih berbaloi....aku bersyukur Ya Allah...jika ini dugaan dariMu aku terima dengan hati yang terbuka...ada sahabat berkata..dugaan yang aku hadapi adalah terlalu kecil..biarla org buang kita..asalkan suami n ank2 sayang kita.........
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Makan-makan jer.....kerjanya



breakfast berat di pagi minggu..

layan yogurt ice-cream- yoguroom kat billion baru, Manjung.

Layan mee sanggul pulak...

kek gula hanguas & kek marbel hari raya aidiladha

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Cucur Udang kak Yutt Style

Sape orang batu berangkai mesti dah sinonim dengan kuih-kuih dan nasi lemak kak yutt hihihi lain mcm jer bunyinya... tukar la ayat..nasi lemak dan kuih-kuih kak yut hihihihi.....
Weekend baru nih, kebetulan suami ada kat rumah..petang-petang terasa lapar la perut.. terjadilah kuih cucur udang nih... goreng menggunakan senduk gulai jer...panaskan dulu dlm minyak panas...

makan pulak dgn sos thai..nyum nyum...
Resepi cucur udang... simple jer...

tepung gandum, udang besar, udang kering, taugeh, kentang, bawang, garam, dan barang-barang yag korang rasa nak letak campak jer hihihhi......
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Fathullah got a fever...

Susahnya hati ibu ni kalau ank2 tak sihat.. cuti Raya aidiladha baru nih Fathullah demam...susah hati ibu...ibu tunggu sampai fath lena baru ibu boleh lena..itupun bnyk kali bangun utk gerak fath makan ubt..tukar lapik dahi..sukat suhu badan..anak oh anak...walaupun ibu nih garang...tapi ibu la manusia yang paling sayang kamu......sukatlah hati semua manusia kat dunia nih ada ker yang sayangnya pada kamu melebihi hati ibu......

sayang anak ibu....
Alhamdulillah Fathullah dah sihat sekarang..dah nakal balik...oh man....hihihihi.... Ibu sempat capture gambar fath dengan abg spider tidur macam kembar siam jer hihihi..........

hihhihi cute kan..tatau sape tiru sapa tidur nih hihi

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Demam Adam Hawa

Owhhh tidak....aku sekarang dilanda demam Adam Hawa....kenapa lidah nih selalu tersebut adam maya hihi... dari tengok cerita nih melalui dailymotion terus sampai terbeli novel pulak hihi... sesapa yang nak layan Adam hawa online klik sini yer.

Mr Adam & Mrs Adam (hawa) hihihihi....

Kenapa Hawa punya tudung style zaman dulu-dulu yer..




Kenapa drama nih best???? sebab ceritanya berkisar tentang kehidupan suami isteri yang sarat dengan kisah percintaan.. main tarik-tarik tali.. hihi... biasanya kaum hawa la yang suka layan cerita-cerita camnih..romantik katanya.. almaklumle perempuan kan jiwanya lembut gebus hihihi.... Kebetulan cuti baru nih sesaja mengadam hawakan ank-anak... 

mana korang rasa terbaik cara Hawa pakai tudung.................?????


HAWA yg ini cun ker??????????

ke HAWA yang ini...menutup rambut sampai habis.....???

 Tepuk dada tanya selera......... yeker???? ke tepuk dada tanya iman............ wassalam....












Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, 26 October 2012

Guangzhou, China part1

Family trip tahun ni kami ke Guangzhou China. Ini adalah holiday saya yg pertama ke China dan yang ke dua bagi suami saya. Gambar-gambar tidak mengikut hari sebab saya dah terlupa jadual trip ari tu hihi...

Permandangan dari bilik hotel
Kami ke guangzhou selama 5 hari 4 malam. kali ni saya & suami bawa kedua-dua anak kitaorang. Alhamdulillah kalau bab jalan ni budak-budak nih terlebih excited. Gerak waktu subuh bersiap pon laju jer.  ini permandangan dari bilik hotel. Gambar ni tangkap guna kamera nikon D90..

layan susu dulu
Flight kami dari Malaysia lebih kurang jam 3.30am. Perjalanan ke Guangzhou selama 4 jam sahaja. dalam jam 7.30am kitaorang pon sampai ke Guangzhou Airport. Sampai-sampai jer terus ke kedai fabrik yang jual kain-kain langsir, cadar dan kedai-kedai jual beg kulit. Kena hati-hati sebab banyak beg-beg kulit diperbuat dari kulit khinzir.

Pada jam 4pm baru kami sampai ke hotel dan pada jam 6pm kami kena keluar balik untuk makan malam..saya n family tak join makan malam sebab kami kena cas tenaga utk esok plak..adoihh hihhi..

gambar di hadapan hotel yg kami menginap.. 3 star Lido Hotel

Naik tangga nak ke Patung lima kambing

Nih pulak pintu masuk ke patung 5 kambing

Sempat bergambar bersama ank2... backgroundnya pantung 5 kambing larr..tu jer yg ada kat situ hihihi
bergambar di kawasan muzium president
Bersama-sama dengan huda lisa & anak-anak kitaorg, ada 4 tu kan..amik sorg dua hihi... gambar nih nampak cntik sebab menggunakan teknik yg tersembunyi dr en. ahmad tarmizi hihi...

Jed
 Kedai jed yang kaki tipu chaittt..hihi

uncle nih sembang kata ank dia dah ada bp belas org dah..citer yg sama kata travel agent

bergambar berhadapan dengan muzium presiden













Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, 11 October 2012

Update Terbaru Nurul Jannah



Update dari Makcik Nurul Jannah 16 September 2012. Mengatakan keadaan Nurul Jannah semakin sihat.

Update dari facebook makcik Nurul Jannah 15 September 2012.Nurul Jannah dikatakan masih tidak stabil di Hospital Alor Setar.


Sedikit rentetan kisah Nurul Jannah: Maklumat dari makcik Nurul Jannah Norwani Yusof (12 Oktober 2012)

Sebelum ini Nurul Jannah telah demam selama 4 bulan. Pergi check kat hospital doktor tak dapat kesan lagi sampai la lepas raya demamnya semakin teruk dan dia dah tak boleh berjalan kerana kakinya lemah. keluarganya bawa ke Hospital Besar Ipoh dan seminggu kemudian transfer ke Hospital Alor Setar baru doktor dapat kesan dan sahkan Nurul Jannah mengidap kanser saraf.

Jannah dah melakukan rawatan kemoterapi dan masih lagi meneruskan rawatan kemoterapi untuk yang seterusnya. Alhamdulillah, demamnya sudah semakin berkurangan cuma Jannah kelihatan lemah dan tidak aktif. Dalam teks mesej makciknya juga memberitahu di buah pinggang Jannah terdapat tumor. Semalam (11 oktober 2012)  doktor mengesahkan tumor di buah pinggang Jannah telah mengecut (alhamdulillah..). Jika menunjukkan hasil yang positif dan terus mengecut Jannah tak perlu menjalani pembedahan.

Buat masa ini perbelanjaan rawatan, ibu Nurul Jannah telah  daftar dengan MAKNA (Majlis Kanser Nasional), cuma yang akan datang masih lagi tidak tahu sampai bila MAKNA boleh hulurkan sumbangan. Buat masa ini kata makcik Jannah mereka perlukan perbelanjaan ulang alik ke hospital  dan hampir setiap minggu perlu ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan susulan.

Sempena hari Jumaat yang mulia ini..saya mengharapkan sumbangan ikhlas dan doa dari semua bagi membantu adik Jannah... syukran


Sebarang sumbangan boleh di hulurkan ke akaun:

Norazimas bt Yusof  : Akaun Maybank
                                 1580 4262 7330
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...