Footer


*WANITA & ISLAM*WANITA & ISLAM*WANITA & ISLAM*

Cursor

SAHABAT WANITA ISLAM

Tuesday, 18 October 2011

10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah

Baru jumpa ni dari facebook, arkibkan di blog sebagai ingatan untuk saya..berazam nk amalkan surah-surah ni..Harap pembaca-pembaca semua dapat amalkan juga yer.

1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, 26 September 2011

Salji di Malaysia..

Sejuk, putih, dingin...kalau tengok salji mesti aku rasa satu suasana yg nyaman hihi...tp kalau betul2 mau beku kepala lutut yek hihi....Pagi ni ibu hantar fath ke sekolah sbb abah kongsi kereta dgn kawan2. fath tengah ngantuk2  dalam kereta tu, saja la ibu ajak sembang...tidur karang naya lak ibu nk dukung...uhh jenuh hihhii.... nih dialog ibu yg dah dikongsi dengan kawan-kawan kat facebook..

Ibu: Along, harini hujan, sejuk je kan...
Fath: ermm sejuk cuma salji je tak turun lagi bu..
Ibu: Malaysia ada salji ke...
Fath: ada..cuma tak turun je lagi..
Ibu: ??? hihii
( kepada semua jom kita tunggu bila bumi malaysia nih nk turun salji hihi)

Lepas sampai kat sekolah fath, ibu tutup kepala fath dengan lampin Alisya. ikat macam org kerja kontrak pembinaan tu. fath leh plak cakap malu la fath macam nih bu...tgk kawan2 fath tgk..hihi.. kecik2 lagi dah pndai malu2 yek ko along hihhihi...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Alisya masuk contest

Assalammualaikum pembaca semua...
Harinih ibu saja-saja gatai tangan masukkan Alisya contest PAMA bayi bulan ini.. Okey xder kije saja gatai2 tangan la ibu nih...hope pembaca semua leh la tlg klik undi yek... link ada disini  undi alisya

Airis Alisya binti Ahmad Tarmizi
berbaju kurung biru tu yek..setakat nih baru 23 undi..owhh kesian alisya hihihi...
sorry picca alisya tak bp cun sebab ibu mula2 saja try2...main amik jek gmbr dlm pesbuk ibu hihi...ok slmt mengundi yek...

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, 22 September 2011

BIODATA RASULULLAH SAW


 Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan  20 April
                        571. Masehi (dikenali sebagai   Tahun Gajah; 
                        sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang 
                        menyerang kota Kaabah).
Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf..
Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu 
                                   Aiman.
                                 Hamba perempuan bapa   Rasulullah SAW).
Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih 
                            dikenali Halimah As-Saadiah.  Suaminya bernama
                            Abu Kabsyah).
    
USIA 5 TAHUN
Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya. 
USIA 6 TAHUN
Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.
  
USIA 8 TAHUN
Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
  
USIA 9 TAHUN  (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
  
USIA 20 TAHUN
Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ', jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.  Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk member pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.
  
USIA 25 TAHUN
Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.  Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.  Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.  Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
  
USIA 35 TAHUN
Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah. Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.  Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.


USIA 40 TAHUN
Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.


USIA 53 TAHUN
Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.  Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M..
  
USIA 63 TAHUN
Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.
  
ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
·         Khadijah Binti Khuwailid.
·         Saudah Binti Zam'ah.
·         Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
·         Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
·         Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
·         Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
·         Zainab Binti Jahsy.
·         Maimunah Binti Harith.
·         Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
·         Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu
          Orang Miskin).


ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1.      Qasim
2.      Abdullah
3..     Ibrahim
4.      Zainab
5.      Ruqaiyah
6.      Ummi Kalthum
7.      Fatimah Al-Zahra ' 
ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy.
Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda)..
  
SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW
IBU SUSUAN:  Thuwaibah
SAUDARA SUSUAN:
1.      Hamzah
2.      Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
IBU SUSUAN:   Halimah Al-Saidiyyah
SAUDARA SUSUAN:
1.      Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2.      Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3.      Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4.      ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza
  
BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
1..     Al-Harith
2.      Muqawwam
3.      Zubair
4.      Hamzah ***
5.      Al-Abbas ***
6.      Abu Talib
7.      Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8.      Abdul Ka ' bah
9.      Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***
 *** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.


Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku.
Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga."
(Riwayat Al-Sajary daripada Anas ) 
NABI MUHAMMAD SAW - MANUSIA AGUNG
KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH. Begitu indahnya sifat fizikal Baginda,
sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan
keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda..


Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:
·         Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah 
          saw..
·         Aku melihat cahaya dari lidahnya.
·         Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat
          matahari terbit.
·         Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
·         Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
·         Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
·         Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt 
          bulan purnama.
·         Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona...
·         Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
·         Wajahnya seperti bulan purnama.
·         Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
·         Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak 
          semakin jelas semasa marah.
          Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang..
·         Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, 
          kebiruan asli di bahagian sudut.
·         Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan
          luas sekali
·         Mulut baginda sederhana luas dan cantik..
·         Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di 
          bahagian depan.
·         Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari 
          giginya.
·         Janggutnya penuh dan tebal menawan...
·         Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti 
          arca. Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
·         Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
·         Rambutnya sedikit ikal. Rambutnya tebal kdg-kdg 
          menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah
          bahu tapi disisir rapi. Rambutnya terbelah di tengah.
·         Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut
          menganjur dari dada ke pusat.
·         Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara 
          kedua bahunya lebih drpd biasa.
·         Seimbang antara kedua bahunya.
·         Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya
          juga besar dan tersusun dgn cantik.Tapak tangannya bagaikan 
          sutera yang lembut.
·         Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
·         Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak 
          melekat air.
·         Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
·         Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi 
          campuran coklat dan putih. Warna putihnya lebih banyak.
·         Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
·         Warna kulitnya putih tapi sihat.
·         Kulitnya putih lagi bercahaya.
·         Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan 
          kukuh.
·         Badannya tidak gemuk. Badannya tidak tinggi dan tidak pula
          rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
·         Perutnya tidak buncit. Badannya cenderung kepada tinggi, 
          semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih 
          tinggi drpd mereka.


KESIMPULAN :
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman..
Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

CIUM ANAK DAPAT PAHALA


Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. 

Orang yang menangis takutkan... Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.   Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak. 

Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama.   Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi."   Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.  

Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?"Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu." Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi." Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."   Wallahualam  

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Isteri yang suka meleteri suami




" Abang ni balik je kerja, tak nak langsung tolong saya siapkan kerja rumah. Baca suratkhabar, menghadap TV, itu jelah yang awak tahu. Kitakan sama-sama bekerja bang. Saya pun penat macam abang juga.Sekurang- kurangnya buatlah air kopi sendiri, bukannya susah pun. Tukarkan lampin anak ke, ringan sikit kerja saya ni. Nak masak lagi. Abang juga yang nak makan nanti... pot.. pet.. pot.. pet..... " leter Ina kepada suaminya sejurus kembali dari pejabat masing-masing.

Kalaulah Ina tahu, betapa besar hukuman serta dosanya meleteri suami sendiri,sudah tentu dia tidak akan mengulangi perbuatannya itu. Lebih-lebih lagi, sekiranya Ina menghayati ganjaran pahala yang tidak ternilai kerana berbakti kepada suaminya. Dia tidak akan merasa susah mahupunpenat dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu.


Dewasa ini boleh dikatakan fenomena isteri meleteri suami atau dalam kata lain tidak menghormati suami. Bagaikan sudah menjadi satu perkara lumrah bagi kebanyakkan pasangan, tanpa sedikitpun merasa bersalah melayani mereka seperti adik lelaki sahaja lagaknya.

Apa yang lebih mendukacitakan, apabila ada di kalangan isteri yang menyifatkan menjaga peribadinya dengan bersikap sopan terhadap suami sebagai ketinggalan zaman.

Keadaan ini juga akan menjadi model yang tidak baik kepada anak-anak yang mungkin diwarisi dari satu generasi ke satu generasi lain sehingga akhirnya menjadi satu budaya yang negatif.

Banyak nas al-Quran, terutamanya hadis Nabi yang membincangkan tentang kewajipan isteri mentaati suami, selagi tidak diminta melakukan perbuatan maksiat.

Sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: "
Jika sekiranya aku berhak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang yang lain, nescaya aku menyuruh para isteri sujud kepada suaminya. " Hadis tersebut menerangkan betapa kepatuhan isteri terhadap suami amat diutamakan demi kebaikan sesebuah institusi keluarga, sesuai kedudukannya sebagai pemimpin rumah tangga.

Demikian juga halnya ketika junjungan besar Nabi Muhammad s. a. w. mikraj kelangit. Baginda telah dipersaksikan dengan neraka dan penghuninya yang kebanyakkannya terdiri daripada kaum wanita.

Ali Karramallahu Wajhah berkata: "
Aku masuk ke rumah Nabi beserta Fatimah,aku mendapati baginda sedang menangis tersedu-sedan ." Aku bertanya, " Ya Rasulullah, apa yang! membuat anda menangis? "


Baginda menjawab, "
Ya Ali, pada malam aku diangkat ke langit, aku melihat kaum perempuan daripada umat ku disiksa di neraka dengan bermacam-macam seksaan. Lalu aku menangis kerana begitu berat seksaan mereka yang aku lihat. "

MENGHERDIK

Baginda antara lain melihat perempuan yang digantungkan dengan lidahnya, sedangkan air panas dituangkan ke dalam tenggoroknya kerana ia telah menyakitidan menyumpah-nyumpah suaminya.

Ada isteri yang tergamak bercakap kasar malah mengherdik suaminya kerana tidak mendapat apa yang diminta seperti barang kemas, perabot rumah berupa set sofa dan TV rata 29 inci yang menjadi trend semasa.

Lebih buruk lagi perangai si isteri apabila membanding-bandingk an suami dengan jiran tetangga yang mampu menyediakan barangan terbabit, sekali gus dilabelkan sebagai suami mithali. Bukan tidak boleh sama sekali meminta sesuatu daripada suami tetapi janganlah menggesa mereka menuruti kemahuan anda sehingga membebankan dirinya.

Sebaliknya, isteri patut bersyukur kerana berpeluang meraih keredhaan Allah.

Nabi Muhammad s. a. w. bersabda, "
Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada seorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya. "

Hal ini biasa terjadi kepada suami yang miskin, manakala isterinya pula tergolong dalam orang-orang berada, yang suka mengungkit-ungkit mengenai hartanya, apatah lagi yang telah dinafkahkan kepada suaminya.

Mungkin ia agak sukar untuk dipenuhi apatah lagi bagi isteri yang bekerja,namun percayalah, ia bukan sahaja akan menjadi perkara biasa tetapi juga ringandan lancar, jika kita menganggapnya sebagai ibadah dan juga satu jihad.

Marilah kita sama-sama merenungi kisah anakanda kesayangan Nabi Muhammad s. a.w. iaitu Fatimah Az-Zahra yang melaksanakan rutin hariannya sebagai seorangsuri rumah tangga secara sendirian tanpa pembantu. Fatimah pada suatu hari telah meminta suaminya, Ali pergi menemui Rasulullah s. a. w. dan meminta jasa baik baginda untuk menyerahkan seorang wanita tawanan perang sebagai pembantu rumah.

Rasulullah bagaimanapun tidak dapat memperkenankan permintaan puterinya kerana semua harta rampasan perang termasuk wanita-wanita itu bukan menjadi milik baginda, tetapi milik negara Islam dan kaum Muslimin seluruhnya.

Baginda tidak dapat memberikan sesuatu yang bukan menjadi miliknya.

Permintaan Fatimah itu membimbangkan baginda, bukan kerana tugas berat yang sedang dipikul oleh puterinya itu tetapi disebabkan oleh bayangan keluh kesah seorang isteri yang tertekan akibat tugas-tugas yang perlu dibereskannya.

Pada sebelah malamnya, baginda telah mengunjungi rumah Fatimah dan menyatakan kepadanya: "
Apakah kamu berdua (Fatimah dan Ali) suka kepada satupemberian yang akan ku berikan ini, sedangkan ia lebih baik daripada apa yang kamu minta siang hari tadi? "

Fatimah amat sukacita mendengarkan tawaran tersebut sekalipun dia tidak mengetahui apa bentuknya. Rasulullah menyatakan kepada Fatimah bahawa hendaklah dia membaca
Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar, masing-masing sebanyak 33 kali setiap kali sebelum tidurnya.

Semenjak itu, wirid yang diajarkan oleh Rasulullah telah menjadi amalan anakdan menantunya. Hasilnya, Fatimah mendapati dia tidak lagi menjadi keluh kesah dalam menghadapi apa jua kerja-kerja sehariannya yang berat, malah merasa cukup bahagia melakukannya.

Baginya, segala tugasan yang disempurnakannya sebagai seorang suri rumah merupakan satu amalan yang solehah. Dengan taufik Allah, sesungguhnya walauseberat mana sekalipun tugasan yang menanti di rumah, tidak akan memenatkan selagi steri tidak meletakkan dirinya seolah-olah sama taraf dengan suami, walau setinggi mana sekalipun darjatnya.

Kepada para suami, kita sama-sama maklum, dalam zaman moden yang serba mencabar ini terutamanya di bandar-bandar besar,  kita tidak dapat mengelak kos sara hidup yang tinggi sekaligus memerlukan kedua-dua suami isteri keluar bekerja.

Si isteri telah melakukan pengorbanan mencari rezeki tambahan untuk menyara keluarga yang sepatutnya menjadi tanggungjawab suami. Jadi sudi apalah kiranya sang suami bersama-sama meringankan tugas si isteri seadanya. Bukankah Rasulullahs. a. w. telah berpesan supaya para suami berbuat baik kepada isteri mereka.Jikalau isteri taat kepada kalian, janganlah pula menyusahkan mereka.

Nabi Muhammad s. a. w. bersabda yang ertinya: "
Orang-orang yang terbaik  daripada kamu sekalian adalah yang lebih baik dalam mempergauli keluarganya dan saya adalah yang terbaik dalam mempergauli keluargaku. "

Bagi kaum wanita & lelaki yg sudah berumah-tangga, marilah kitasama-sama belajar saling tolong-menolong meringankan beban pasangan kita.

Semoga kisah tadi membawa menfaat bagi kita semua... insya'Allah. .

SIKAP ISTERI tidak menghormati SUAMI adalah GEJALA SOSIAL MUSLIM sekarang. Ia dilakukan kerana berfikir bahawa SUAMI mesti buat seperti ISTERI dalam RUMAHTANGGA.

TABIAT-ISTERI suka meleteri suami dan TABIAT-SUAMI yang suka meletakkan semua tanggungjawab rumahtangga ke atas bahu isteri semata-mata;  mestilah dihentikan, demi mendidik MENTAL ZURIAT kita ke suatu BUDAYA IBADAT.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...