Footer


*WANITA & ISLAM*WANITA & ISLAM*WANITA & ISLAM*

Cursor

SAHABAT WANITA ISLAM

Monday, 21 May 2012

Bidadari: Dialog Rasulullah


Suatu hari Ummu Salamah bertanya kepada Rasulullah SAW, “ Ya Rasulullah SAW, jelaskan padaku huurun ‘inn?”

Jawab Nabi SAW: “Huurun sangat jelas putih dan hitam serta bulat matanya. Bahkan bulu matanya 
                                bagaikan sayap burung.”

Ummu Salamah: “Fihinna khairaatun hisaan?”

Rasulullah SAW: “Baik akhlak budi pekertinya dan cantik wajahnya.”

Ummu Salamah: “Ka annahunna baidhum-maknuunun?”

Rasulullah SAW : “Halus kulitnya bagaikan putih telur yang ada di dalam telur.”

Ummu Salamah: “Uruban atraaba?”

Rasulullah SAW : “ Mereka yang mati di dunia telah tua Bangka dan tidak bergigi, kulit 
                               yang keriput akan diciptakan Allah SWT menjadi gadis cantik yang sangat  
                               disayangi, dan semua sebaya usianya.”

Ummu Salamah: “Ya Rasulullah SAW, wanita di dunia lebih afdhal ataukah bidadari?”

Rasulullah SAW: “Wanita di dunia lebih afdhal daripada bidadari, kelebihannya yang di luar 
                              daripada di dalam.

Ummu Salamah: “Mengapa demikian?”

Rasulullah SAW: “Kerana solat, puasa dan ibadah mereka kepada Allah Azza wa Jalla. Allah Ta’ala
                              member mereka kecantikan dari nur di wajahnya dan badannya bagaikan sutera 
                              halus, putih kulit, berbaju hijau, perhiasannya kuning berhiaskan permata, 
                              sisirnya dari emas sambil bernyanyi, “Kamilah yang kekal, tidak akan mati 
                              selamanya, kami tetap ada tidak akan pergi untuk selamanya, bahagialah orang 
                              yang mendapatkan kami, dan kami untuknya.”

Ummu Salamah: “ Ya Rasulullah, seorang wanita yang kahwin dua, tiga, empat kali 
                              kemudian ia mati dan masuk syurga, suaminya pun masuk syurga, ia bersama
                              yang mana?”

Rasulullah SAW : “Ia diberi hak memilih, kemudian ia memilih yang terbaik akhlak dan budi 
                              pekertinya. Dan berkata, “ Inilah yang terbaik akhlaknya, maka kahwinkanlah 
                              aku dengannya. : hai ummu Salamah, baik budi dan akhlak itu telah memborong
                              keuntungan dunia dan akhirat”.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, 20 May 2012

Terangkatnya Darjat Seorang Penyanyi.

Baru-baru ni saya terjumpa sebuah buku yang sangat menarik iaitu kisah wali-wali Allah. Tanpa fikir panjang terus beli.Disebabkan mata tak boleh nk lelap di tengah hari ahad ni. Saya taip dan salin untuk tatapan pembaca-pembaca sekalian...Bukan semua kisah saya nak paparkan.Hanya yang menarik sahaja.

Tajuk: Terangkatnya darjat seorang penyanyi.

Suatu ketika Al-Junaid sedang berada di sebuah masjid Jame' untuk tujuan beribadah. Tiba- tiba datang seorang lelaki masuk masjid itu dan terus bersembahyang dua rakaat, kemudian berdoa seperlunya. Lepas solat lelaki itu duduk di situ sambil kakinya dijulurkan ke hadapan. Setelah beberapa saat duduk, is datang menghampirinya. Merasa dirinya dipanggil, Al-Junaid bangun dari duduknya dan pergi kepada lelaki itu.

"Wahai Abul Qasim" kata lelaki itu menyebut nama panggilan Al-Junaid.
"Dari mana engkau tahu nama saya" kata Junaid dalam hatinya.Diperhatinya wajah lelaki itu sambil mengingat-ingat mungkin pernah berjumpa di suatu masa dahulu. Tidak juga. " Ah, lelaki itu tentu seorang yang kasy-syaf".

"Sudah hampir masanya aku akan menghadap Allah, menjumpai Kekasihku." katanya sebaik saja Al-Junaid mendekat padanya.

Al-Junaid bertambah hairan apabila ia menyebut tentang kematiannya. Tidak ada sesiapapun yang boleh menentukan hari kematiannya, tetapi lelaki ini sudah mengetahuinya terlebih dahulu.

"Jika aku mati sebentar lagi, kau uruskan jenazahku.Selepas itu aku minta tolong padamu agar menyempurnakan amanahku".

"Amanah apa itu?" tanya Al-Junaid.

"Nanti bila aku sudah mati dan dikebumikan, akan datang kepadamu seorang pemuda yang sekarang pekerjaannya sebagai penyanyi. Bila dia datang nanti, maka serahkan barang-barangku ini kepadanya yang berupa tongkat, jubah dan bekas air."

Pada mulanya Al-Junaid hairan mengapa barang-barang seorang wali Allah akan diwariskan kepada seorang penyanyi, tidak kepada orang lain yang lebih soleh.

"Tuan kan seorang wali Allah, mengapa barang-barang tuan mesti diserahkan kepada seorang penyanyi?: tanya Al- Junaid.

"Betul dia seorang penyanyi. tapi sebentar lagi Allah akan mengangkat darjatnya ke maqam yang tinggi menggantikan kedudukanku untuk berkhidmat kepada Allah semata."

Junaid tidak membantah lagi, kerana semua yang diucapkan oleh orang itu memang keluar dari hati nuraninya yang dikendalikan oleh Allah. Dia seorang wali, mengetahui siapa di antara hanba Allah yang akan dan telah jadi wali. Tiada beapa kemudian lelaki itu membetulkan letak badannya, memandang ke atas dan ketika pula nyawanya berpisah dari tubuh kasarnya. Al-Junaid segera memandikan, mengapankan, menyembahyangkan dan mengebumikannya.

Baru saja urusan pengkebumian dijalankan, tiba-tiba seorang pemuda lengkap dengan pakaiannya sebagai seorang artis datang kepada Al-Junaid. Berdasarkan kepada wasiat yang mati, Al-Junaid sudah mengagak bahawa itulah bakal wali Allah Abdal yang dimaksudkan.

"Betulkah tuan yang bernama Abul Qasim Al-Junaid?' tanya pemuda itu setelah memberikan salam.
"Ya betul," jawab Al-Junaid.
"Kalau begitu tuanlah yang memegang amanah seorang wali yang baru meninggal dunia itu. Mana barang-barang itu sekarang?"
"Kau ini siapa?"
"Saya seorang penyanyi dari Mesir."
"Kau kan seorang penyanyi, lagipun tinggal di Mesir jauh dari sini. Dari mana kau mengetahui itu semua?"

Si penyanyi menerangkan bahawa ketika dia sedang menyanyi dalam suatu majlis makan-makan dan minum yang sedang dianjurkan oleh Bani Fulan, tiba-tiba terdengar suatu bunyi hentakkan kuat. Di dalam hentakkan itu ada suara yang ditujukan kepadanya: " Pergilah engkau sekarang juga kepada orang yang bernama Al-Junaid." dan barang-barang warisan wali Allah yang perlu dituntut daripadanya. "Engkau telah ditugaskan mengantikan Fulan sebagai wali Abdal," kata pemuda itu meniru suara yang didengarnya ketika menyanyi.

Setelah mendengarkan itu semua. Al-Juanid menyerahkan barang-barang yang diamanahkan kepadanya dengan perasaan terharu. Si pemuda menerima barang utu dan dibelek-beleknya untuk memastikan kebenarannya.

Ketika itu juga dia menanggalkan baju artis yang sedang dipakainya dan pergi mandi. Lepas itu dipakainya jubah sufi yang kasar tadi, kemudian dicapainya tongkat sementara tangan kirinya menjinjing rikwah atau bekas air yang biasa dipakai oleh orang sufi. Setelah mengucapkan salam kepada Al-Junaid, iapun pergi menuju ke arah Syam. Radiallahu anh.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, 9 May 2012

Gila Meroyan

Rasanya dah lama sangat tak update blog...mood rasa down sebulan dua nih...mood hilang habis selepas isu bersih hari tu..masing-masing nak bergaduh dan tegakkan pendirian masing-masing.. Memang ada kesilapan aku sebab post video-video kat facebook. Niat kat hati cuma nak sharing dengan kawan-kawan. Tak sangka la pulak, ramai2 datang komen carut2 kat wall aku n gaduh2 sesama mereka..mmg hott...Lepas nih jadikan pengajaran la nih..sebab tak semua orang hatinya baik...ada jer nk cari gaduh tak tentu pasal..Sebab kes nih jugak aku kehilangan kawan n adik sendiri..tapi takpe lah tak jadi kudis pon..bukan aku yang cari pasal.. Diaorang yang datang serang2...mencarut2 macam orang takde akal dan maruah...

habis dah isu bersih tu sebab semua yang tak berkenaan aku dah delete & block...semakkan wall je kan..Terbaru pulak aku terjumpa ada orang post kat facebook video baby kena dera..baby girl..kenapa yer..sambil tgk tu aku rasa nk nangis..dan hati rasa sakit sgt tgk mak bby tu...dia mmg tak layak jd mak..dia layak jd pengemis jek...nk kata mcm binatang pon..binatang pon reti sayang ank..mmg tak leh nk kelaskan macam mana org macam tu.. tapi sebenarnya aku rasa dia tu ada masalah tekanan perasaan atau meroyan..harap pihak polis tolong tangkap sekali yang tukang ambil gambar tu...sampai harinih asyik terbayang lagi video tu..sangat menyayat hati...

gambar hiasan

 GILA MEROYAN

Gila Meroyan dari segi perubatan adalah satu bentuk tekanan perasaan berpunca dari keletihan dan gangguan emosi. Hal ini berlaku kerana tidak mendapat kerjasama dan persefahaman terutama daripada suami dan ahli keluarga. Sebagai contoh si ibu yang masih dalam pantang bukan saja perlu menjaga anak yang masih kecil, tetapi menguruskan anak-anak yang lain dan rumah tangga.
Kerap kali, kepercayaan lama mengaitkan masalah tekanan perasaan di dalam atau selepas berpantang disebut gila meroyan dengan masalah gangguan makhlus halus atau melanggar pantang.
Kebanyakkan orang yang kuat berpegang pada adat tradisi proses berpantang adalah proses yang menyeluruh. Menrangkumi soal pemakanan, penjagaan kesihatan, malah ada juga yang langsung  tidak membenarkan suami menghampiri selama 44 hari. Kesemua ini dilihat sebagai langkah pencegahan gila meroyan.

Bila Gila Meroyan Terjadi?
Seawal 2 minggu selepas melahirkan anak. Ia boleh menyebabkan wanita paranoid dan berhalusinasi. Selain itu, dia akan hilang selera makan dan sukar tidur malam. Sesuatu yang paling ketara ialah dia akan kerap menangis, berasa keseorangan dan malu dengan masalah yang dihadapinya.
Wanita yang berhadapan dengan masalah Gila Meroyang ini sangat berbahaya jika ditinggalkan sendirian tanpa pengawasan. Ini kerana mereka berupaya membunuh anak sendiri kerana merasakan anak itu bukan anaknya. Juga berupaya mencederakan dan membunuh diri.

Dua Jenis Gila Meroyan
1. Meroyan  Besar
Dikenali sebagai ‘depression’. Dia tidak mengenali diri dan ahli keluarganya. Malah, dia merasakan anak yang dilahirkan bukan anaknya.
2. Meroyan Kecil
Membabitkan tekanan perasaan yang kecil. Misalnya, dia sedih dan menangis. Dalam perubatan traditional, kita juga percaya gila merooyan ini disebabkan gangguan makhlus halus. Darah yang keluar itu memang disukai makhlus sebegini. Oleh itu, ibu dalam pantang harus membasuhnya sebersih yang mungkin.

Paling Penting!
Dalam berpantang makanan, berurut juga penting.  Urut badan penting kerana ia memberi keselesaan. Selain itu, mereka juga perlu mangambil ubat-ubatan traditional. Sememangnya amalan berpantang agak leceh, tetapi ia mampu memberikan kesan berpanjangan. Jika diabaikan, kesannya mungkin tidak nampak sekarang tetapi tempoh jangka panjang terutama selepas kelahiran anak yang banyak.
Sesetangah ibu berpantang suka mendapatkan perkhidmatan mengurut dari mak bidan, tukang urut dan sebagainya.Produk Sauna/ mandi wap juga merupakan salah satu produk tungku moden yang berupaya memberi keselesaan kepada ibu yang berpantang atau tidak. Ia menghilangkan  rasa ketidakselesaan badan, sengal2 badan keseluruhan. Malah ia juga dapat menurunkan berat badan dengan berkesan secara semulajadi.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Alisya Love animals

Muslimah solehah.....


Kata Si Cilik nih... maak.. maakkk.... (masih tak boleh sebut ibu)  tu.. bat...bat...
Ibu cari-cari...apa bat tu...owh rupanya bird...ibu baru perasan...masa abg dia main games angry bird mmg si along ada bgtau adik...nih bird....angry bird..bird boleh fly... adik dh dapat kenal 1 haiwan hihi... nak dijadikan cerita satu hari tu kami pergi rumah seorang kenalan.. Adik ica ckp maakk... bat... ibu tercari2 mana ada bird dlm rumah..ishh adik nih mana ada bird... dia sebut lagi..maaakk bat tu... owhhh baru ibu nampak bird dia ckp tu lipas..lipas kan boleh terbang hihihi.....habis la semua haiwan yg terbang sume bird hihi....
hai saya la 'bat' (bird) yang alisya ckp tu..saya hepy bird bukan angry bird hokeyy...

Alisya panggil saya meow...kadang2 cing..kadang2 cat... along dia yg ajar panggil meow..meow tu bunyi saya sebenarnya.
 Saya comel cm Alisya tak??? hihihi...meow...saya haiwan pertama yg Alisya kenal..bangganyer..meowww...!!
Saya 'batfly' ...(butterfly) Alisya nampak saya pasti akan ckp tu batfly...batfly hihihi...
Okey saya haiwan kedua Alisya kenal selepas cat...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, 28 March 2012

Zikir-zikir harian


Jom amalkan zikir-zikir harian nih...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

10 carta dosa

sangat takut bila baca carta-carta dosa ni...harap-harap kita dijauhkan Allah dari perkara-perkara seperti ini.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Petua dalam mendidik anak mengikut syariat



 Kesilapan Kita Sebagai Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-Anak

1. Kesilapan pertama: Kurang BerdoaKurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38)
* Doa agar anak mengerjakan solat ((Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)

Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
* Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Fuqan, 25:74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan kedua: Banyak membaeri belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* Terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat: Menegur mereka secara negatif
* Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah)
* Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)
* Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.

6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak
* Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’: “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun daripada mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata: “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”
(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
* Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati syarak bile berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas
* Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah
* Seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak
* Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu Sunnah.

11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang
* Seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktivi yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas: Berrtengkar di depan anak-anak
* Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya.

13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah
* Samada dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang membesar.

14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton
* Samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangn dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak
* Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.”
(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...