Footer
Cursor
SAHABAT WANITA ISLAM
Thursday, 11 October 2012
Penting!!! Mohon Bantuan Anda.. Hulurkanlah Derma Ikhlas Untuk Menyelamatkan Nyawa Jannah.
Hati ibu mana yang tidak sedih dan hiba bila melihat ank yang dikandung sembilan bulan 10 hari ini menderita sakit. Dalam usia yang masih muda adik Nurul Jannah, 6 Tahun telah dikesan menghidap kanser saraf tahap 4. Hanya Tuhan sahaja yang tau perasaan seorang ibu yang terpaksa menerima dugaan yang berat dari Allah swt. Orang kata berat mata yang memandang berat lagi bahu yang memikulnya.
Saya hanya mengenali makcik kepada Nurul Jannah iaitu junior di sekolah saya dulu. Melihatkan beliau post gambar ini dalam facebooknya terdetik hati nak membantu apa yang patut.
Nurul Jannah terlalu kecil untuk merasai sakit sebegini tetapi siapa kita untuk melawan qada dan qadar Allah..Sesungguhnya setiap sesuatu yang Allah takdirkan mempunyai hikmah yang tersembunyi..
Diharapkan pembaca blog semua dapat menghulurkan bantuan ikhlas walaupun hanya seringgit jika itu dapat membantu menyelamatkan nyawa adik kita Nurul Jannah.. Semoga dengan bantuan dari anda semua dapat meringan beban ibu dan keluarga adik Nurul Jannah untuk membiayai kos perubatannya. Segala detail tentang Nurul Jannah akan di update. Post ini boleh di share di blog-blog lain..
Bagi pihak keluarga nurul Jannah saya menggucapkan ribuan terima kasih pada yang sudi membantu dan mendoakan Nurul Jannah..
Sebarang sumbangan boleh di hulurkan ke akaun:
Norazimas bt Yusof : Akaun Maybank
1580 4262 7330
*Semoga Allah membalas setiap kebaikan yang anda buat...
Sumber : Gambar Jannah
Monday, 6 August 2012
Si kaca mata hitam
Nak dijadikan cerita, saya ni ada rabun silau..tapi tak suka pakai cermin mata..ada pun cermin mata yang biasa jer. Satu hari tu sebelum ambil bebudak neh singgah dulu kat giant manjung cari cerminmata gelap ala-ala mak datin tu hihi...niatnya cuma nak guna time drive jer...
Bila ambik bebudak nih dua-dua bising tanya cermin mata diaorang mana..jenuh la suruh ibu janji beli jugak...kecik-kecik dah suka bergaya yer hihi....
Bila ambik bebudak nih dua-dua bising tanya cermin mata diaorang mana..jenuh la suruh ibu janji beli jugak...kecik-kecik dah suka bergaya yer hihi....
![]() |
| alisya mengayakan cermin mata mak datin ibu...gambar ibu tak leh post sbb muka mcm getah sekerap ngeh ngeh |
![]() |
| ala bucuk-bucuk... |
![]() |
| ustaz ensem... |
Shopping..!!!
![]() |
| alisya sibuk shopping hihihi...dia dah memahami.. |
Kami shopping waktu petang jam 4 petang.. sebelum nak balik kampung berbuka dengan mertua singgah kejap beli kasut anak..kesian abah dorang nih kena beratus semata-mata nak bayar 3 pasang kasut jer hihi... ramainya manusia yer...hihi
Masa nih si abang & si adik tengah seronok sangat..lari sana lari sini bawak kasut...seronok jer layan telatah anak-anak...
![]() |
| baju untuk pakai kat rumah..nampak kasar kan alisya nih hihi |
![]() |
| abang suruh ambil gambar dia dan keretanya hihi |
![]() |
| Anak bujang ibu |
![]() |
| abg dan adik... :) |
Thursday, 2 August 2012
Bahagianya jadi seorang wanita
Ada kaum wanita berkata,,, “susah menjadi wanita ISLAM”. Lihat saja peraturan dibawah ini :
1. Wanita auratnya lebih susah dijaga dibanding lelaki.
2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mau keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
3. Wanita saksinya kurang dibanding lelaki.
4. Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki.
5. Wanita harus menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6. Wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
7. Talak ada di tangan suami dan bukan isteri.
8. Wanita kurang beribadah kerana masalah haid dan nifas yang tidak dialami lelaki.
PERNAHKAH KITA BERFIKIR SEBALIKNYA…??
Aurat serta perhiasan wanita adalah suatu yang sangat mahal dan berharga…
makanya..
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiarkan terserak, bukan? Itulah bandingannya antara seorang muslimah dgn pompuan jalanan.
Satu:
Wanita perlu taat kepada suami, tetapi lelaki pun wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapaknya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?
Dua:
Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya.
Manakala lelaki menerima pusaka atau warisan, ia akan menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anaknya.
Tiga:
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat, dan seluruh makhluk Allah di muka bumi ini, dan matinya jika saat melahirkan adalah syahid.
Empat:
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan mempertanggungjawabkan 4 wanita ini:
Isterinya, ibunya, anak perempuannya, dan saudara perempuannya.
Lima:
Seorang wanita pula, tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini:
Suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara, lelakinya.
Enam:
Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu manapun yang disukainya cukup dengan 4 syarat saja :
Solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat pada suaminya dan menjaga kehormatannya.
Tujuh:
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat pada suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH, ia akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang
fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
crdt to :http://xsam-group.blogspot.com/2010/03/berbahagialah-menjadi-seorang-wanita.html
1. Wanita auratnya lebih susah dijaga dibanding lelaki.
2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mau keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
3. Wanita saksinya kurang dibanding lelaki.
4. Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki.
5. Wanita harus menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6. Wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
7. Talak ada di tangan suami dan bukan isteri.
8. Wanita kurang beribadah kerana masalah haid dan nifas yang tidak dialami lelaki.
PERNAHKAH KITA BERFIKIR SEBALIKNYA…??
Aurat serta perhiasan wanita adalah suatu yang sangat mahal dan berharga…
makanya..
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiarkan terserak, bukan? Itulah bandingannya antara seorang muslimah dgn pompuan jalanan.
Satu:
Wanita perlu taat kepada suami, tetapi lelaki pun wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapaknya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?
Dua:
Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya.
Manakala lelaki menerima pusaka atau warisan, ia akan menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anaknya.
Tiga:
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat, dan seluruh makhluk Allah di muka bumi ini, dan matinya jika saat melahirkan adalah syahid.
Empat:
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan mempertanggungjawabkan 4 wanita ini:
Isterinya, ibunya, anak perempuannya, dan saudara perempuannya.
Lima:
Seorang wanita pula, tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini:
Suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara, lelakinya.
Enam:
Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu manapun yang disukainya cukup dengan 4 syarat saja :
Solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat pada suaminya dan menjaga kehormatannya.
Tujuh:
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat pada suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH, ia akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang
fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
crdt to :http://xsam-group.blogspot.com/2010/03/berbahagialah-menjadi-seorang-wanita.html
MENANTI DI ALAM BARZAKH........
ku merintih... aku menangis... ku meratap... aku mengharap....
ku meminta... dihidupkan semula.. agar dapat kembali.. ke dunia nyata...
pejalan wukuf melengkapi semua kembara.. singgah di rahim bonda..
sebelum menjejak kedunia.. menanti.. di barzakh ..sebelum berangkat ke mashyar....
diperhitung amalan.. syurga atau sebaliknya....
tanah yang basah... berwarna merah... semerah mawar dan juga rimbun
tujuh langkah pun baru berlalu.. seusai talkin bernada syahdu..
tenang dan damai dipusara ku nisan batu menjadi tugu..
namun tak siapa pun tahu resah penantian ku...
terbangkitnya aku dari sebuah kematian... seakan ku dengari.. tangis mereka yang ku tinggalkan...
kehidupan disini... bukan satu khayalan... tetapi ia sebenar kejadian...
kehidupan disini... bukan satu khayalan... tetapi ia sebenar kejadian...
kembali oh kembali kembalilah ke dalam diri..
sendirian sendiri sendiri berteman kan sepi...
hanya.. kain putih.. yang membalut.. di tubuh ku..
terbujur.. dan kaku jasad didalam.. keranda kayu...
ajal yang datang dimuka pintu.. tiada siapa yang memberi tahu...
tiada siapa pun. dapat hindari tiada siapayang terkecuali..
lemah jemari nafas terhenti.. tidak tergambar sakitnya mati....
cukup sekali tak sanggup untuk ku mengulangi....
jantung.. berdegup kencang... menantikan.. malaikat datang...
menggigil.. ketakutan gelap pekat.. dipandangan...
selama... ini diceritakan kini aku merasa.. kan
di alam barzakh dikebumikan...
selama ini diceritakan kini aku merasa... kan
di alam barzakh dikebumikan....
ku merintih... aku menangis... ku meratap... aku mengharap....
ku meminta... dihidupkan semula.. agar dapat kembali ke dunia nyata...
crdt to : http://arepeslovemuzik.blogspot.com/2011/03/menanti-di-alam-barzakh-kump-far-east.html
Cinta Rasulullah
Cinta
kepada Rasulullah SAW membawa manusia ke syurga. Mencintai Baginda SAW
perlu mengatasi dan mendahului segala sesuatu kerana ini adalah perintah
dan syarat bagi mendapatkan cinta Allah SWT. Alangkah bertuahnya umat
ini kerana dikurniakan seorang Rasul yang memiliki cinta agung yang
tulus dan sejati terhadap umatnya. Baginda SAW mengungkapkan cintanya
dengan ungkapan-ungkapan cinta yang paling murni dan sejati, termasuklah
cinta seorang ayah kepada anaknya, sabda Baginda, “Sesungguhnya diriku
bagi kalian bagaikan seorang ayah bagi anaknya.” (HR al-Darimi).
Firman ALLAH SWT:
“Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri,
berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan
keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap
orang-orang mukmin”. (Al- Taubah: 128)
Tepuk
dada tanyalah iman sejauh mana dan sedalam mana kecintaan kita terhadap
Rasulullah SAW. Pastilah sebelum kita menemukan jawapannya, Baginda
Nabi terlebih dahulu menzahirkan kasih dan sayang Baginda terhadap kita
orang-orang mukmin. Seorang Nabi yang sanggup berkongsi, sanggup merasai
penderitaan dan yang sangat menginginkan keselamatan pada diri ummat
Baginda. Maka sewajarnyalah untuk kita membalas seikhlas-ikhlasnya cinta
terhadap Kekasih Allah ini sama bahkan kalau boleh lebih lagi daripada
kasih dan cintanya sahabat-sahabat Baginda dahulu.
Banyak
kisah-kisah cinta sahabat terhadap Muhammad Rasulullah yang telah
terakam dalam sejarah ummat, antaranya seorang Arab Badwi telah datang
menemui Rasulullah seraya bertanyakan perihal Hari Kiamat. Rasulullah
bertanya, “Apa yang sudah engkau persiapkan bagi hari itu?” Arab Badwi
itu menjawab, “Ya Rasulullah, aku tidak memiliki apa-apa, tetapi aku
mencintai Allah dan RasulNya”. Mendengar jawapan itu, Rasulullah
berkata, “Engkau bersama orang yang engkau cintai.” (HR al-Bukhari)
Salah
seorang sahabat bernama Thauban sangat mendalam cintanya kepada
Rasulullah SAW, sehingga dia tidak sanggup berpisah lama dengan baginda.
Pada suatu hari dia muncul di hadapan Rasulullah dalam keadaan yang
sangat mencemaskan. Wajahnya pucat, tubuhnya makin mengurus dan
kesedihan nampak jelas pada seluruh raut wajahnya. Rasulullah bertanya
kepadanya, “Apakah gerangan yang membuatmu kelihatan begitu sengsara,
wahai Thauban?”
“Aku
sihat, tidak ada satu penyakit jasmani yang aku keluhkan. Namun,
apabila aku tidak menyaksikan wajahmu beberapa saat, nescaya aku
dirudung kerinduan dan langsung merasa kesepian. Aku merana luar biasa,
sebelum berjumpa denganmu. Aku sangat mencintaimu. Cinta yang lebih
besar dan lebih luhur daripada cintaku kepada anak, isteri dan diriku
sendiri, sehingga aku tidak akan mampu berpisah lama darimu. Ketika aku
sedang bersama dengan anggota keluargaku, bayanganmu masih saja di
pelupuk mataku. Ingatanku kepadamu terlalu merasuk di hati, tidak
terkendali olehku, sampai aku kembali menyaksikan kesejukan wajahmu.
Terlintas keyakinan di benakku, jika perjumpaan tertunda lebih lama
lagi, nescaya nyawaku akan segera tercabut bersama memuncaknya
kerinduanku”.
Thauban
tidak mampu melanjutkan pembicaraan yang kelihatannya belum selesai.
Air matanya tidak tertahan lagi, jatuh berderai-derai bersama esak
tangisnya yang mula menggema. “Kenapa pula kamu menangis sekarang,
bukankah kita sudah bersama lagi?” tanya Rasulullah SAW memujuknya.
“Terbayang
olehku perihal kematianku dan kematianmu. Rasa rindu dan merana di
dunia ini sudah tentu dapat ku atasi dengan datang menemuimu. Aku sangat
khuatir penyesalan yang sama terhadap musibahku ini tidak akan terjadi
di kehidupan akhirat. Aku sedari kedudukanmu di syurga nanti akan
ditinggikan Allah SWT sedemikian rupa, sehingga tidak ada yang dapat
menemanimu kecuali para nabi sahaja. Keinginanku bagi dapat bersamamu di
akhirat nanti, sudah membuat hidupku amat sengsara sekarang ini.”
Di
ketika yang lain, sunnah merakamkan dialog penuh makna antara
Rasulullah SAW dan Saidina Umar al-Khattab r.a. Saidina Umar
diriwayatkan berkata, "Wahai Rasulullah, Engkau lebih aku cintai
daripada mana-mana manusia yang ada di dunia ini melainkan jiwaku yang
berada di dalam jasadku".
Kata-kata
Umar RA ini disambut oleh Rasulullah SAW dengan tegas, “Tiada
sesiapapun yang benar-benar menjadi Mukmin sejati sehinggalah aku lebih
dicintainya walaupun daripada dirinya sendiri.”
Mendengarkan
sabda yang mulia ini, Umar r.a lantas berkata: “Demi Tuhan yang
menurunkan Kitab kepadamu, sekarang ini engkau lebih aku cintai daripada
diriku yang berada di dalam jasadku”. Lalu Rasulullah SAW bersabda:
“Sekarang (barulah kamu mempunyai iman yang sempurna) wahai Umar!” (HR
al-Bukhari dan Muslim)
Selain
hadis-hadis yang mengikat iman dengan kecintaan terhadap Nabi SAW, kita
juga menemukan hadis-hadis yang menjadikan cintakan Nabi SAW sebagai
pra-syarat bagi mendapatkan matlamat-matlamat sehebat kemanisan iman dan
seagung dapat bersama dengan Nabi SAW dalam syurga Allah SWT.
Rasulullah
SAW diriwayatkan bersabda, “Sesiapa yang terdapat di dalam dirinya tiga
perkara ini, akan merasai kemanisan iman; Allah dan RasulNya lebih
dikasihi daripada selain keduanya, dia mengasihi seseorang yang tidak
dikasihinya melainkan kerana Allah dan dia berasa benci untuk kembali
kepada kekufuran sebagaimana dia berasa benci sekiranya dicampakkan ke
dalam neraka. (HR Ahmad, al-Bukhari, Muslim, Tirmizi dan Nasa’i di dalam
Bab Iman)
Begitulah.
Cinta laksana air mengalir yang memindahkan seluruh sifat dan karakter
kekasih kepada yang mencintainya. Bukti nyata kita mencintai Rasulullah
SAW adalah mencontohi akhlak Baginda dan setia mengikuti sunnah Baginda.
Rasulullah
SAW bersabda, “Orang yang paling aku cintai dan paling dekat kepadaku
di antara kalian di akhirat kelak adalah orang yang paling baik
akhlaknya.”(HR Ahmad)
Firman Allah;
“Katakan, (wahai Muhammad), ‘Jika kamu (benar benar) mencintai Allah,
ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa dosamu’. Allah
Maha Pengampun dan Maha Penyayang” (Ali-Imran :31)
Maka
bohonglah orang yang mengaku mencintai Allah tetapi dia tidak mencintai
RasulNya, bohonglah orang yang mengaku mencintai RasulNya tetapi dia
tidak mencintai kaum fakir dan miskin. Dan bohonglah orang yang mengaku
mencintai syurga tetapi dia tidak mahu mentaati Allah SWT. Demikian
ditegaskan Imam Al Ghazali dalam Ihya’ Ulum al Din.
Jiwa
kita akan bersama dengan orang yang kita cintai. Rasulullah SAW
menganjurkan kita untuk mencintai Baginda dan Ahlil Bait. Ini kerana
bila kita mencintai Baginda dengan tulus maka perilaku kita akan sesuai
dengan perilaku Rasulullah dan ahi keluarga Baginda. Kita akan berakhlak
seperti apa yang dikehendaki Rasulullah SAW. Seluruh kejadian dan
peristiwa yang menimpa Rasulullah dan keluarga Baginda akan mempengaruhi
emosi dan perasaan kita.
Jika
ALLAH telah mengikatmu dengan Nabi yang penuh Rahmat dalam kehidupanmu
maka engkau akan mendapatkan kebahagian dan ketenangan. Di antara tanda
bahwa engkau telah terikat dengan Nabi Muhammad SAW adalah ketika engkau
akan masuk ke dalam rumahmu maka engkau akan teringat apa yang
diucapkan Rasulullah SAW ketika memasuki rumah, dan ketika engkau
memasuki pasar maka kau teringat tuntunan Nabi Muhammad SAW tentang apa
yang diucapkan beliau saat memasuki pasar, ketika engkau sedang
menghadapi makanan dan engkau teringat akan tuntunan Rasulullah SAW apa
yang diucapkan ketika akan makan, maka sungguh engkau telah terikat
dengan Nabi yang penuh Rahmah.
Allah
tidak membiarkan keresahan itu berlarutan di hati para pencinta sejati.
Allah segera mengakhirinya dengan kedamaian yang menyejukkan. Syurga
itu dapat diraih dengan cinta yang tulus kepada Rasulullah SAW. Sekali
lagi, marilah kita gegarkan jiwa kita dengan kecintaan terhadap
Junjungan Mulia Muhammad Rasulullah SAW melalui sabda Baginda, “Siapa
yang mencintaiku, kelak dia akan berada di syurga bersamaku”.
crdt to :http://ainulyaqin.blogspot.com/2011/02/cinta-kepada-rasulullah-membawa-ke.html
Aku terlalu rindu...
Ya Allah ya Tuhanku..saat ini air mataku menitik lagi.. dua tiga hari kebelakangan ini hati aku rasa seakan dihimpit...pedih..sayu...kerana aku terlalu rindukan kekasihmu...kekasihku jua...hanya lagu menceritakan kisahnya sebagai peneman diriku yg kerdil ini.
Ya Allah adakah aku dapat bertemunya di akhirat nanti...adakah syafaatnya akan menjadi milikku...aku tidak layak tapi aku sangat mengharapkannya...
Ya rasulullah...selawat dan salam dariku untukmu...aku berharap kau mengetahui betapa aku merinduimu...
Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran
Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunyaTak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran
Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu
Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela
Ya Allah adakah aku dapat bertemunya di akhirat nanti...adakah syafaatnya akan menjadi milikku...aku tidak layak tapi aku sangat mengharapkannya...
Ya rasulullah...selawat dan salam dariku untukmu...aku berharap kau mengetahui betapa aku merinduimu...
Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran
Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunyaTak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran
Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu
Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela
Subscribe to:
Posts (Atom)



















