Footer


*WANITA & ISLAM*WANITA & ISLAM*WANITA & ISLAM*

Cursor

SAHABAT WANITA ISLAM

Sunday, 3 March 2013

Kepulangan abah tercinta ke rahmatullah

Assalammualaikum kepada para pembaca yang diredhai Allah sekalian..

Al Fatihah 3 oct 1953 (sabtu) hingga 26 feb 2013 (selasa)

Hari ini dah masuk 7 hari abah yang tersayang Ameerudin bin Abdul Ghani meninggalkan kami semua... Tanggal 26 febuari 2013 adalah satu tarikh yang sangat sedih bagi eja dan family. Kehilangan abah sangat kami rasai.. Doa kami harap abah tenang di alam yang asing bagi kita yang masih hidup..alam yang memisahkan yang hidup dengan yang mati... semoga abah ditempatkan dikalangan hamba-hamba Allah yang soleh dan diredhaiNya.

Pada tarikh ini 4 mac 2013..bermakna lg 8 hari eja dan suami akan ke mekah menunaikan umrah..Post sebelum ini eja ada bagitau abah tak dapat nak ikut berikutan masalah kesihatannya..Sekarang mak pula terpaksa tarik diri sebab mak sedang dalam tempoh iddah. Eja dan adik hazrul berniat bawa mak & arwah abh menunaikan umrah.tapi apakan daya..takdir dan qada qadar kami kena terima..bukan rezeki kami nk bawa mak abah ke sana..

Semoga abah beroleh pahala atas kebajikan yang telah abah lakukan di dunia.. Ya Allah ampunkanlah dosa-dosa abahku..terimalah dia dikalangan hamba-hambaMu yang soleh.. al Fatihah abah... sayang selamanya... abah sentiasa di hati ja...semoga kita berjumpa lagi di akhirat nanti....salam sayang...eja (4 mac 2013)

Dipusara abah......
Setiap yang hidup pasti akan merasai mati....masa kita akan tiba juga..apakah persediaan dan bekalan yang akan kita bawa bertemu Tuhan kita... Ya Allah kurniakan hidayah kepadaku peliharalah aku dari melakukan doa2 kecil mahupun besar.. jauhkanlah kami dari siksa kubur..api neraka dan malapetaka hari akhirat..... aamiin...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, 6 February 2013

Sudah sampai seru utk ku.....

Assalamualaikum................

Salam muhibbah salam sayang & salam mesra kepada semua para pembaca blog....terutama sekali suami tersayang...anak-anak tersayang....& keluarga tersayang....

Sebenarnya dalam masa sebulan je lagi eja akan ke tanah suci Mekah untuk menunaikan umrah bersama-sama dengan suami tersayang, bonda eja yang tersayang, my best friend forever azila sopian dan ayahandanya uncle sopian. Pada mulanya abah eja akan ikut sekali tapi last minute abah disahkan kena kanser paru-paru.. abah pun ngah tak sihat...nak berjalan pun tak boleh...kita memang cuba merancang yang terbaik tapi perancangan Allah yang paling terbaik sebenarnya...

Sebenarnya memang sedih bila abah kata tak boleh nak ikut eja g umrah...kita cuba juga pujuk...tapi kudrat badannya tak mampu...tak sampai hajat eja nak bawa abah g umrah pe pon alhamdulillah mak ikut sama...diharap pembaca dapat mendoakan kesihatan abah eja..supaya kami sempat jumpa selepas balik dari umrah dan sempat mendoakan abah di sana....

Buat adik beradikku...kita kena tabah dan redha dengan setiap ujian yang allah turunkan buat kita..eja sebenarnya sedang bermonolog dengan diri sendiri. nasihat ini sebenarnya lebih untuk diri sendiri. Terlalu banyak ujian dan dugaan Allah beri sebelum jadi tetamunya...dengan iman yang senipis kulit ini eja cuba bertawakal dan berserah kepada Allah. Diharap hati ini kuat dan bersabar menempuh segala dugaannya.

Ya Allah terimalah aku menjadi tetamuMu...lapangkanlah aku semasa berada di tanah suciMu...terimalah taubat-taubatku ..permudahkan segala urusanku, ibuku, suami ku rakanku dan ayahnya semasa di Mekah dan Madinah... kau lindungilah anak-anak yang ku tinggalkan...sesungguhnya ku bertawakal dan berserah kepadaMu...aamiin...


p/s: Eja mintak ampun dan maaf kepada semua jika ada salah dan silap...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, 13 January 2013

8 Cara mudah kuruskan badan dengan berkesan

Tajuk nih eja memang copy paste dari 1 website alpha lipid sd2.. Saja nak share dengan pembaca-pembaca blog semua eja nak start diet cara alpha lipid sd2.. beli dengan kawan dapat harga rm670 untuk 4 tin. Dapat hadiah shaker, buku panduan dan keahlian. Masih tunggu lagi member eja Zalifa post hihi..pastu leh terus start..target dalam 4 minggu nih turun 10kg hikhik..

Eja akan amalkan pemakanan cara alpha lipid nih tak boleh makan karbohidrat..juz makan sayur hujau n ayam atau ikan... senaman 30 minit sehari.. n guna felinna untuk shape body....tak sabar nk tengok kesan...lagi 4 minggu eja update kesannya positif or negetif...jom kita uat testimoni kat badan sendri okeyy..... tagline : "badan yg ramping idamanku" cehh nak muntah hahahaha.... Selain itu eja nak amalkan 8 cara mudah nak kuruskan badan..berkesan katanya....tapi memang betul kalau ikut logik ..hihihi...lupa nak share eja juga makan vitamin c felinna... 2 biji sehari.... muka habis keluar jerawat nih.... :( kesan permulaan kot...


1. Kawal Pemakanan Anda

  • Pastikan anda berhenti sebelum anda rasa kenyang atau terlalu kenyang.
  • Tahukah anda, setiap lebihan makanan/ kalori yang anda makan akan bertukar menjadi LEMAK jika ia tidak dibakar melalui aktiviti harian anda. 
  • Fakta: Setiap lebihan 8000 unit kalori dalam badan, berat badan anda akan naik 1KG!
2. Kurangkan Karbohidrat, Lebihkan Protein
  • Untuk pengetahuan anda, pengambilan karbohidrat dalam kuantiti yang banyak akan menggemukkan badan anda. Malah karbohidrat hanya memberikan kesan kekenyangan yang sementara (2 jam sahaja) dan kemudian anda akan berasa lapar semula.
  • Protein pula lebih cepat mengenyangkan serta rasa kenyang itu bertahan lebih lama.
  • Jika anda kurangkan karbohidrat (ambil portion kecil sahaja), badan anda akan membakar lemak anda sebagai sumber alternatif bagi membekalkan tenaga kepada anda setiap hari. Oleh itu, badan anda akan kurus dan langsing!
3.  Jangan Berlapar! (Jaga Waktu Makan Anda)
  • Jangan lupa mengambil sarapan kerana ia akan meningkatkan kadar metabolisma badan anda. Jadi kadar pembakaran lemak anda juga bertambah cepat!
  • Makan setiap 2 jam dan selangkan dengan snek ringan supaya anda tidak berasa terlalu lapar.
  • Kadar metabolisma badan anda telah menurun selepas 7.00 malam. Setiap makanan yang diambil selepas itu akan dicerna dengan perlahan dan menyebabkan kegemukan.
  • Jadi, pastikan anda berdiet TANPA berlapar. Bagaimana? Klik di sini
4. Elakkan/ Kurangkan Minuman Bergula dan Berkafein
  • Contoh air bergula adalah air berkarbonat. Kandungan gula dalam air gas ini adalah sangat tinggi iaitu 7-8 sudu gula bagi setiap hidangan!
  • Pengambilan gula yang berlebihan akan menyebabkan masalah kegemukan serta akan mendatangkan penyakit serius seperti kencing manis.
  • Manakala kafein pula bukan sahaja menyebabkan kadar metabolisma badan menurun (kesannya gemuklah!), malah juga boleh menyingkirkan nutrien seperti vitamin daripada badan anda.
5. Minum Air Kosong 8 Gelas Sehari

  • Air kosong adalah sangat bagus untuk badan anda kerana hampir keseluruhan badan mengandungi air. Maka, amalkan minum air kosong sebanyak 8 gelas (2-3 liter) setiap hari.
  • Selain itu, air yang mencukupi dapat menyingkirkan bahan perkumuhan yang tak diperlukan oleh badan anda. Lemak yang telah diuraikan juga disingkirkan melalui air kencing dan perpeluhan. 
6. Lakukan Aktiviti Fizikal/ Senaman Ringan
  •  Anda digalakkan untuk melakukan aktiviti fizikal yang ringan (30 minit) setiap hari untuk bakar kalori yang berlebihan dalam badan anda.
  • Cara yang paling mudah: Anda tahan nafas dalam-dalam (pada bahagian perut) selama yang mungkin, kemudian lepaskan semula. Lakukan sekurang-kurangnya 7 kali sehari. Aktiviti ini akan bantu mengempiskan perut anda.
  • Selain itu, apalah salahnya jika sekali- sekala anda menggunakan tangga jika office/ rumah anda tidak terlalu tinggi. Malah, anda juga boleh amalkan aktiviti ini di shopping mall. Sambil shopping, sambil kurus!
7. Pilih Program Diet/ Kuruskan Badan Yang Terbaik
  • Perhatian: Jangan sesekali membuang duit anda di slimming center. Anda jejakkan kaki sahaja ke dalam pejabat mereka, anda perlu bayar RM300 hanya untuk mendapatkan consultation/ khidmat nasihat mereka. 
  • Jika anda fikir mesin-mesin mereka boleh menguruskan badan anda, anda silap! Akhirnya, anda akan diberikan suatu jadual pemakanan yang sangat ketat sehinggakan salah satu menu anda adalah satu batang lobak untuk waktu petang!
  • Anda boleh rujuk blog saya untuk mendapatkan program diet yang benar-benar berkesan, semulajadi dan tidak membebankan. Malah, ia mengikut kesemua 8 cara mudah untuk kuruskan badan dengan berkesan.
8. Positifkan Diri Anda
  • Akhir sekali, anda buatkan satu target yang ingin anda capai seperti berapa berat yang ingin anda capai dalam jangka masa tertentu. Kemudian, disiplinkan diri anda untuk mengikut perancangan yang telah dibuat.
  • Timbang berat badan anda maksimum sekali sahaja dalam seminggu. Ini untuk mengelakkan anda kecewa jika tiada penurunan berlaku. Iyalah, anda takkan nampak kesannya dalam sehari!
  • Jika anda positifkan diri, anda akan menghasilkan result yang positif!
Semoga Berjaya!




kredit to : http://www.rahsiaslimdiet.com/2012/08/8-cara-mudah-kuruskan-badan-dengan-cepat.html






Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, 10 January 2013

Ini kerja sape..........!!!!

Ce kome teka...pe benda nih...hihihihihii.... ibu tatau la ni kije si fath ke alisya... di bubuhnya si upin nih dalam kotak coklat Toblerone. Ibu ingat coklatnya banyak lagi rupanya berat sebab ada si Upin....cakkk kata upin hahahhaha...


Banyak tak coklat ibu, ica n Fath, mama niza kasi dari sabah nih...hihi..tq mama niza...


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Zhang Da..mendapat anugerah tokoh inspirasi pada usia yang muda



Zhang Da menanggung beban hidup yang berat ketika usianya masih sangat muda. Tahun 2001, ketika usianya mencecah 10 tahun, Zhang Da mesti menerima kenyataan ibunya lari dari rumah. Ibunya keliru karena tidak tahan dengan kemiskinan yang dihadapi keluarganya. Yang lebih tragis, ibunya pergi karena merasa tidak sanggup lagi mengurus suaminya yang lumpuh, tidak berdaya & tiada harta. Dan ia tidak mahu membantu keluarganya..

Maka Zhang Da yang tinggal berdua dengan ayahnya yang lumpuh, terpaksa mengambil-alih semua tanggungjawab keluarga. Ia harus mengurus ayahnya, mencari rezeki, memasaknya, memandikan ayahnya, mencuci pakaian, mengubati ayahnya, & sebagainya..







 

Yang sangat menjadi inspirasi, ia tidak mahu berhenti sekolah. Setelah mengurus ayahnya, ia pergi ke sekolah berjalan kaki melewati hutan kecil dengan mengikuti jalan menuju tempatnya mencari ilmu. Selama dalam perjalanan, ia makan apa saja yang boleh mengenyangkan perutnya, mulai dari memakan rumput, dedaunan, dan jamur-jamur untuk memberi tenaga. Tidak semua boleh jadi bahan makanannya, ia memelih berdasarkan pengalaman. Jika satu tumbuhan di rasa tidak sesuai dengan lidahnya, ia tinggalkan dan berubah ke tumbahan berikutnya. Sangat bertuah karena ia tidak memakan tumbuhan atau herba yang beracun..








Usai sekolah, agar dirinya boleh membeli makanan dan ubatan untuk ayahnya, Zhang Da bekerja sebagai tukang batu. Ia membawa keranjang di punggung dan keluar menjadi pemecah batu. Upahnya ia gunakan untuk membeli plbagai keperluan seperti ubat-ubatan untuk ayahnya, bahan makanan untuk berdua, dan sejumlah buku untuk ia pelajari..

Zhang Da ternyata cerdas. Ia tahu ayahnya tak hanya memerlukan ubat yang harus diminum, tetapi juga memerlukan ubat yang harus disuntikkan. Karena tidak mampu membawa ayah ke doktor atau ke klinik terdekat, Zhang Da justeru mempelajari bagaimana cara menyuntik. Ia beli bukunya untuk ia pelajari caranya. Setelah boleh ia membeli jarum suntikan dan ubatnya lalu menyuntikkannya secara rutin pada ayahnya..

Kegiatan merawat ayahnya terus dijalaninya hingga sampai lima tahun. Rupanya kegigihan Zhang Da yang tinggal di Nanjing, Provinsi Zhejiang, menarik perhatian pemerintahan setempat. Pada 
27 Januari 2006 pemerintah China mengadakan penghargaan peringkat nasional pada tokoh-tokoh inspirasi peringkat nasional. Dari 10 nama yang dipilih, satu di antaranya terselip nama Zhang Da. Ternyata ia menjadi tokoh terpilih yang termuda..

Acara tersebut diadakan melalui siaran langsung dimedia secara nasional. Zhang Da diminta tampil ke depan pentas. Seorang pengacara bertanya kenapa dia mahu berkorban seperti itu padahal dirinya masih kanak-kanak. "Hidup mesti terus berjalan. Tidak boleh menyerah, tidak boleh melakukan kejahatan. Mesti menjalani hidup dengan penuh tanggung jawab," katanya.

Setelah itu terdengar tepukan gemuruh dari seluruh penonton. Pengacara bertanya pada dia lagi. "Zhang Da, sebut saja apa yang kamu mahu?, sekolah di mana?, dan apa yang kamu inginkan? Berapa banyak duit yang kamu perlukan sehingga kamu habis belajar dan mahu sambung belajar di mana. Pokoknya apa yang kamu mahu sebutkan sahaja. Di sini ada banyak pejabat, perniagaan, dan orang terkenal yang hadir. Saat ini juga ada ratusan juta orang yang sedang melihat kamu melalui layar television, mereka boleh membantumu!" Jelas pengacara.

Zhang Da terdiam. suasana menjadi sunyi menunggu ucapannya. pengacara mesti mengingatkannya lagi. "Sebut saja!" kata pengacara menegaskan.

Zhang Da yang saat itu sudah berusaha 15 tahun pun mulai membuka mulutnya dengan bergetar. Semua hadirin di situ, dan juga jutaan orang yang menyaksikannya secara langsung melalui television, terdiam menunggu apa yang diinginkan oleh Zhang Da. "Saya mahu mama kembali. Mama kembalilah ke rumah, aku boleh membantu papa, aku boleh cari makan sendiri. Mama kembalilah!" kata Zhang Da yang disambut titisan air mata terharu para penonton.

Zhang Da tak meminta hadiah duit atau kebendaan atas keikhlasannya berbakti kepada orang tuanya. Sedangkan pada masa itu tetamu yang hadir boleh membantu menolongnya. Di mata Zhang Da, mungkin kebendaan boleh dicari mengikut dengan keperluannya, TETAPI SEORANG IBU & JUGA 


p/s : Kemungkinan sekarang Zhang da sudah berumur 22 tahun pada tahun 2013 nih..






KASIH SAYANG DARIPADA IBUNYA ITU SANGAT TIDAK TERNILAI~
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, 9 January 2013

Status terakhir di facebook



Tajuk post kali ni menarik pada eja. Apakah status terakhir kita di dalam facebook atau muka buku nanti sesudah ketiadaan kita... adakah status cintakan Tuhan, Status berkenaan suami, anak-anak.,  status aku lapar...aku mengantuk...kutuk mengutuk, caci maki orang lain.. Percayalah selepas jer kita meninggal dunia..ramai kawan-kawan kita, saudara mara dan adik beradik akan buka wall facebook kita untuk melepaskan rindu, membaca setiap celoteh kita, adakah kita akan meninggalkan sesuatu ayat yang akan memalukan diri kita sendri... 

Kata Ustaz Azhar Idrus... kalau rindu suami, kalau cerdik call jer suami terus tak payah tulis dalam facebook nanti buat orang yang baca nak termuntah jer hihihi.. Betul la tu..dulu eja pon ada buat kesilapan yang sama. Suka bercerita hal anak-anak..hal suami tak pernah cerita sebab terlalu peribadi hihi... eja suka sembang pasal ank-ank dalam facebook..setiap perkembangan ank-anak mesti nak update dalam facebook.. sekarang update dalam blog je kan,...siapa suka boleh baca harap tak meluatkan sesiapa hihihi...Sekarang alhamdulillah tak update benda-benda lagha dah... Alhamdulillah syukur kpd Allah sebab bukakan pintu hati ni untuk berubah..


Facebook ni juga boleh diibaratkan sebagai medan pertempuran hihihi.... kalau korang perasaan berapa ramai kawan kita yang dah jadi musuh gara-gara suka menyebuk post kat wall orang...kita akan komen dan menulis ikut sesedap rasa jari kita sehingga menyakitkan hati kawan-kawan..tapi adakah kita rasa bersalah..biasanya tak kan tapi rasa puas hati./..cara terbaik senyap lebih baik...eja pon ada gak gaduh dengan sorang junior sekolah nih sebab kami berbeza pendapat dan dia pula jenis suka menyebuk kat wall orang dan komen-komen yang menyakitkan hati..lastly block terus..adakah itu bermakna putus kawan...memutuskan silaturahim tu sesuatu yang dikutuk dalam Islam... kepada yang berkenaan... seorang anggota polis...nama bermula huruf R... jika ko baca msj nih...sy minta maaf yer..harap kosong-kosong la ehh...belajar la dari kesilapan...sama2 silap...sebenarnya berdiam diri tu lebih baik...


" Dahulu saya juga selalu update facebook seperti kamu, kini tidak lagi, alhamdulillah...."











Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Bahaya hutang

Hutang wajib dibayar walaupun tidak dituntut...

Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )

Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :

Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ; Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhari, 1/214 )



Hadis nabi berkenaan hutang....

Berhati-hatilah dalam berhutang. Sesungguhnya berhutang itu suatu kesedihan pada malam hari dan kerendahan diri (kehinaan) di siang hari. (HR. Ibnu Babawih dan Al-Baihaqi)

Orang kaya yang menunda-nunda (mengulur-ulurkan waktu) pembayaran hutangnya adalah kezaliman. (HR. Bukhari)

Roh seorang mukmin masih tergantung-gantung (sesudah wafatnya) sampai hutangnya di dunia dilunasi. (HR. Ahmad)


Sebaik-baik kamu ialah yang paling baik dalam membayar hutangnya. (HR. Bukhari)

Seorang hamba muslim yang membayar hutang saudaranya maka Allah akan melepaskan ikatan penggadaiannya pada hari kiamat. (HR. Mashabih Assunnah)


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...